KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Friday, June 10, 2016

6 tahun yang bermakna Part I

Assalamualaikum 

wow it has been a long long long long timeeeee since mengetuk keyboard di sini.
Hi eAst. So how's you been all this while? Setahun ku tinggalkan kau tanpa nafkah. Hahaha.

So enough with the introduction. Now move on to our business.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa secara rasminya saya telah tamat segala macam kuliah di fakulti perubatan setelah 6 tahun bergelumang. Kuliah rasmi ye. Exam professional masih belum lagi. Insyaallah after this i will have 3 weeks study break before i face my professional exam that has been scheduled on 11 July 2016.

6 years guys. 6 years. Ape ko ingat senang nak jadi doktor? Itu baru doktor pelatih tau. 2 tahun lagi kena completekan doktor pelatih (houseman) lepas tu kena campak berkhidmat sebagai pegawai perubatan UD44 pulak. Lepas tu kalau masuk post graduate program untuk bergelar pakar, 4 tahun lagi. Lepas tu senang senang pulak ekau viral viral kat facebook kutuk doktor doktor???!! Terima kasih pun tak! Hahahahaha. Itu segelintir jela. Ada patient and relative yang bagus. 

Banyak benda yang telah ditempuhi sepanjang 6 tahun pembelajaran. 3 tahun di Bandung dan 3 tahun di Malaysia. Dan banyak jugak ku coretkan dalam post post lama di blog ini. Banyak ragam manusia yang telah dilihat di hospital. Melihat jerih payah doktor doktor yang bertugas kadang buat aku terfikir mampukah aku kuat menghadapi bidang ini apabila bekerja kelak? Dapat pulak colleague yang kerja lepas tangan memang aku rasa nak bagi tangan. Itu kalau baik sikit. Kalau jahat, ingat nak bagi kaki. Okay lupa pulak taip bulan puasa. Sabar Izzatul.


Masih terbayang di ingatan, sewaktu mula mula mendapat surat tawaran melanjutkan pengajian dari MARA. 

Tahniah. Merujuk perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa pemilik nama berikut
Nama: Nur Izzatul Hidayah bt AhmadNo IC : 91*********
telah ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan kerjasama UKM-UNPAD bermula 3 July 2010-july 2016.


ini contoh jela. ayat sebenar dalam surat tak ingat. Hahahaha.

Waktu tu dalam minda terfikir beberapa perkara seperti berikut:


  1. Pergh lamanya sampai 2016. Waktu tu nak dekat 2020. Agaknya waktu tu Malaysia dah ada kereta terbang yang aku bayangkan masa buat karangan darjah 6 ke ye?
  2. Bandung? Ni kalau gempa bumi ni, mau aku keluar TV. 
  3. Nak reject ke offer UPU dari UM tu? UM kot. Impian dari kecik nak masuk UM ni. 
  4. Perubatan? Eishh. Jadi doktor? Besar sangat tu cita cita yang tak pernah terfikir ni. Nak kerja biasa biasa je mcm CEO syarikat ke, pengacara TV ke. 
  5. Mampu ke survive ni? Tak adala pandai sgt. Biasa biasa je. Cuma dari dulu je terbijak biologi sikit. Hahaha oii riak!

Then i texted my abah asked for his opinion whether should i go for the interview or not . At that time he was at mecca performing his umrah. 

' Pergilah. Abah doakan angah lulus interview tu dari sini'

Perghhh. Can you say
 'no abah. angah taknak ambil medic pun.' when he told you that? 
Do I have any gut to go against his will? He prayed for me so that i can pass the interview from the most sacred place in the world. And aku memang seorang anak yang cukup patuh pada kata kata abah. Especially in my study. Abah kata masuk asrama,aku ikut. Abah kata makan kismis before pergi sekolah, aku ikut. Along tak ikut cakap abah sebab along senyap senyap bagi kismis dia suruh aku habiskan. Sebab tu aku terpandai sikit dari along. Pengorbanan seorang kakak bagi kismis kepada adiknya. Hahaha
 Abah hair dryer rambut aku pagi2 before aku pergi sekolah rendah pun aku ikut walaupun time tu kepala aku rasa nak terbakar panasnya!! hahaha 

So at that time, i was like 

'Okay. Pergi suka suka je and if ALLAH granted abah's doa then maksudnya ALLAH tahu aku mampu'

I always keep that in mind. Kalau tak mampu kenapa ALLAH hadiahkan rezeki ni ye dak? 

Then my emak drove me to Anggerik Mall Shah Alam where the interview was held. 

Well. dipendekkan cerita yang tak berapa nak pendek, PASS!

Then dapat surat lagi. 

What?! Kena interview lagi dekat HUKM pulak?? Berapa banyak interview ni? Penat tau membazir adrenaline! Haha.

Then okayla. Dengan malas bangun paginya, aku pun ikut abah yang waktu tu masih bekerja di Kuala Lumpur untuk interview di HUKM. Abah drop aku dekat HUKM tu then abah pergi kerja. Maka terpakulah aku di situ menganga mencari mana dewan peperiksaan tingkat 4. Survive sendiri kot. Waktu tu nampak kat kafe superhero yang berwhite coat putih. Pergh. Nampak cool gila jadi doktor oiii pakai baju putih tu. Waktu tu rasa macam okay, nak jadi doktor sebab nak pakai white coat. Hahahaha ( Tapi bila sekarang ni 6tahun pakai white coat, aku rasa mcm mak aii selekehnya kau nakkkk. Dh mcm chef pakai apron pun ye jugak -.- )

So interview tu dua hari. Hari pertama ujian bertulis. Banyak gila soalan dia. Siap ada soalan psikologi oi! Yela. Kang terpilih psiko student masuk medic kang buat habeh beras MARA je haaa. So relevant jela kot test tu. Sumpah waktu tu soalan basic fizik kimia bio yang aku tak tahu pun aku jawab apa. Asal sedap dengar je aku bulat. Hahahaha.

Habis je interview tu, aku lepak lunch dengan Sara. makan nasi ayam. pergh. ingat lagi. Sara ni sebab aku dah kenal dari matriks penang lagi. Dia housemate bestfriend aku so aku pun close la dgn dia. (Sampai sekarang sara dah jadi housemate aku 5tahun dah.) Lepas tu aku dimaklumkan esok ada interview lagi. Waktu tu dalam hati aku tak fikir interview. cuba fikir aku fikir apa? 
Ye. Aku fikir
 ' alamak. Esok kena bangun awal pagi lagi la ni mandi air sejuk lagi sebab kena follow abah pergi kerja terus.' Tak senonoh kan? -_-

Keesokan harinya aku pun dalam kereta tidooo je on my way from Klang to KL kerana dalam hati dengan bahagianya berfikir nak tembak jawapan apa lagi harini. Dengan berbaju kebaya bandung, aku melangkah masuk HUKM sekali lagi. Eceh. Berangan nak pergi Bandung ke pakai baju kebaya tu? haha. So, kali ni aku kena naik Bangunan tingkat 10. Abah drop aku je then abah pergi kerja. Aku pun melilau lilau di sekitar bangunan HUKM, aku jumpa lif and aku tekan tingkat 10. Bila sampai tingkat 10 tu, aku tengok aikkk tak ada orang langsung! Aku salah tempat ke? Interview dah habis ke? Matilah nakkk tak dapat pergi Bandung beli kebaya lagi. Then aku pun buat keputusan untuk tunggu. 

Adalah dalam beberapa ketika lepas tu ramai student datang. Pergh muka semua konfidenn konfiden ni. Dia nak pilih 42 orang je. Semua orang bawak buku siap. Aku je nganga belek hidung time tu. Dipendekkan cerita, kitorang pun kena panggil dengan urusetia. Dia bagi nombor suruh lekat dekat tudung. Aku dah pelik dah time tu dah kenapa nak jawab ujian bertulis siap ada nombor bagai. Semalam tak ada pun. Tapi aku buat cool lagi time tu sebab aku memang suka berlagak cool padahal dalam hati jantung nak tercabut.

Sekali rupanya makkk aiiiii kena interview lisan dengan doktor UKM and UNPAD. Dan tambah sadis lagi kebanyakan calon tahu yang hari ni interview lisan. Haaa tula Izzatul Hidayah. Galak makan nasi ayam lagi tak dengar announcement. Aku nekad hadap jela apa interviewer tanya secara spontan. Sedangkan Debat UIA yang spontan tu aku boleh ranking 19 pendebat terbaik Malaysia takkan ni tak boleh. Hahahaha. 


Apa yang terjadi masa interview? Professor mana yang interview? And sebab kecewa sangat, aku terus berlalu pulang? Okay tunggu 6 tahun yang bermakna Part II. (jangan aku update 6 tahun lagi sudah. Hahaha)

Till then,
Assalamualaikum dan salam ramadan.

....................................................................................
eAst






No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3