KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Sunday, February 22, 2015

caffeine.

Hi. assalamualaikum. Gong Xi Fa Chai. Entah eja betul ke tidak. haha.

saya baru sahaja tamat cuti seminggu. sebenarnya cuti sampai ahad which is tomorrow. tapi di saat saat cuti email masuk menderu-deru. dengan research nak kena buat macam macam bagai, dengan report patient yang asyik kena reject oleh supervisor kesayangan yang cantik, dengan email CIMB asyik send reminder birthday aku. Kau dah kenapa CIMB? tak menyempat nk tunggu aku tua ke? haha.

so terpaksalah diri ini melangkah pulang ke cheras. berat hati nak balik sebenarnya sebab tengah galak lagi bergelak tawa dengan adik adik di rumah tapi terpaksalah kita. kang kalau tunggu ahad baru nak balik, menggagau siapkan kerja. nasib baiklah mamat lonjong kesayangan tu cakap dia nak hantar so adalah jugak vitamin semangat aku. (dia tau aku panggil dia mamat lonjong, pengsanlah aku! ) 

malam ni telah membuang tebiat minum nescaffe. oh. aku ada caffeine intoxication. tak boleh minum caffein. tapi bak kata pepatah 'doctors make bad patients'. kisah pulak aku kan ada palpitation ke tidak. janji biji mata ni tak terlelap. so terlahirlah ketukan di keyboard ini sambil di telinga melayan spotify. 

lama tak update perkembangan pelajaran. tak terpelajar betul. sekarang tengah posting psikiatri. which is until now is my favorite posting and i may consider to pursue my master programme in psychiatri. although after 7th weeks i am not really sure what have i learnt so far. haha. (okay. lagu yang tengah keep playing dekat spotify ni membosankan -.- )

back to business. 

yeay! kenapakah saya rasa tidak sabar mahu menamatkan pengajian berbaki satu tahun lebih lebih sikit ni dengan cepat? saya tahu, melangkah ke alam pekerjaan dan bergelar seorang doktor adalah satu permulaan dan bukannya pengakhiran. tidak ada istilah pengakhiran dalam dunia perubatan kerana ini adalah on going education system. once you in, no out. unless you decided to make yourself outdated about research, journals and scientific based evidence. ke evidence based medicine? terbalik pulak. haha. maaflah short term memory loss after one week holiday. kau percayalah, budak medic ni tak boleh dibagi cuti panjang-panjang. nanti hilang ingatan cepat. role model dia macam aku.

okaylah. effect caffeine dah hilang. kena tidur. esok lambat subuh aku. selamat malam. :)

-east-

1 comment:

  1. Hello Blogger!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3