KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Thursday, August 14, 2014

izzatul hidayah kembali menulis

Assalamualaikum.

kali terakhir menjenguk blog ini ialah Mac 2014 lebih kurang 5 bulan yang lalu. Entah kenapa malam ini hati tergerak kembali untuk menulis. Ku jeling sekitar blog ini dan tergelak sendirian. Blog rakan rakan yang lain sudah bertahun tidak berupdate tapi aku baru 5 bulan dah rasa lama. Jeling lagi tengok layout. Gelak lagi. Banyak sungguh ketidakmatangan gambar zaman dahulu kala. haha. Ah. Delete delete delete.

Masih relevan ke penulisan blog? 

Di saat sekarang yang orang ambil peduli cuma

Facebook
Instagram
Twitter
Whatsapp
wechat ( sorry. my own opinion wechat ni sesuai untuk budak-budak je )


Tapi itulah kenyataan. Penulisan blog semakin dilupakan.

Usah bercakap soal rakan rakan yang tidak berupdate. Lihat sahaja diri ini. Terlupa laman web blog sendiri. Nasib baik dicipta perkataan 'bookmark' yang membolehkan aku terus mengKLIK dan oh. begini rupanya rupa blog. ( hembus hembus habuk...fuuuhhhhh )

Kenyataan ini mungkin agak memalukan tapi benda memalukan tu memang selalu orang ingat. haha. Saya sangat sayang blog ini. Saya sangat menyayangi blog ini melebihi sayang kepada makanan. ( ok tipu.) 

kau tahu apa itu istilah sentimental value?

it is not about something mental that related to psychiatry or weird behaviour. 

throwback 4 years ago, around july 2010, when i felt lonely and crying at my 'hotel' at Jatinangor Bandung, i opened my laptop and wrote down all my feelings on my blog. This blog witnessed my tears, my joy, my happiness, period when i crushed on my boyfriend ( projectile vomitting ), complaint about my study and how i dealt my disadvantages as lefthanded person. Sampai keluar tv kot. urmm. bila lagi nak keluar tv ni. tak ada orang nak panggil lagi ke. haha.


Jadi izzatul hidayah kembali menulis. bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan diri sendiri. 

Currently,
baru sahaja satu minggu bergelar pelajar perubatan tahun 4. alhamdulillah lulus exam dan berjaya naik tahun. percayalah. lulus peperiksaan dalam perubatan ialah satu perkara yang sangat susah. jadi diri yang tidak berapa rajin belajar ini amatlah bersyukur bila lulus peperiksaan. ( nangis. lepas tu abah suruh belanja makan sebab lulus exam lagi nangis teruk. haha )


Kalau ikutkan sudah 5 tahun belajar dalam bidang ini. kalau di Malaysia, sudah di tahun terakhir pengajian. Tapi sementelah ( purba sangat bahasa ) melanjutkan pelajaran di dua negara, ada sedikit perbedaan. harus ditambah tempoh pengajian menjadi 6 tahun. Makanya kini di tahun ke 4. huduh sangat lama tak cakap indonesia. haha.


Sisi hidup juga lebih matang dan tidak lagi merajuk tidak semena mena apabila mahu menarik perhatian yang tersayang. hahaha. see. i told u i became more mature. banyak perubahan berlaku dalam hidup dan pemikiran. di usia 23 juga menyaksikan ramai rakan rakan dah melangkah setapak lagi dalam hidup. ramai dah grad, dah kerja, tunang, kahwin. Takpe. u worth your waiting wahai sayangku. hamboi. tak boleh nak perasan lagi? haha. 

Pesanan penaja terbaik dari saya untuk rakan rakan medik yang jelus tengok orang lain belajar dah kahwin ialah :


' Takpe. Kahwin lepas grad nanti boleh letak Dr. dalam kad kahwin '


JFF. ( just for fun )

sekian.

Assalamualaikum.
2200 waktu semenanjung malaysia. 14august2014. cheras kuala lumpur. sambil usya PPUKM dari tingkat 14 apartment laman midah.


No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3