KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Thursday, October 17, 2013

Untuk kaki kaki kipas dan kaki mintak kipas

Assalamualaikum.

coretan ini sekadar ingin berkongsi rasa. Pernah tak bila kita stalk insan insan popular dekat blog, instagram, twitter ke, bila dia share gambar life dia bagai, pernah tak terdetik rasa cemburu?

Nak nak lagi kalau yang kahwin muda, dapat anak comel2 pulak tu kannnn. Ramai jugak kan blogger blogger fofular yang kahwin awal. Haishhhhhh. Ini membawa satu kejelusan. Hurmmm. Untung mereka kan.

Kadang aku terfikir la jugak. Bila tgk kehidupan alam maya yang mereka paparkan, memang rasa sangat cemburu. Yela. Post semua yang bahagia bahagia je. Diorang ni memang tak ada masalah langsung ke? Ke hidup aku je yang tak normal sebab banyak masalah ni? haha.

( Tunggula korang. Aku dapat anak nanti, hari hari aku post gambar anak aku dari dia umur satu hari sampai menarche. hahaha )

Tapi kadang kadang aku rasa diorang ni banyak peminat nak kipas je lebih. Sikit sikit nak puji, sikit sikit nak puji. Kalau benda tu tak betul, nakkkkkk jugak kipas cakap betul. Adehh. Get a life la pengstalker alam maya sekalian. Benda tak comel ko cakap comel. Benda tak cantik ko cakap cantik. Benda tak best ko cakap best. Semata-mata nak kipas. Semata-mata nak selebriti tu reply. Kalau selebriti tu tak reply, setaman kau canang. Kadang-kadang aku tengok blogger-blogger sekalian ni dahla cepat sentap. Dah namanya manusia, takkan kau nak expect orang puji kau setiap masa, setiap benda kau share. Kalau kau tak cukup kuat nak terima kritikan, jangan post life kau di tempat awam.
Memang la twitter, FB, instagram, blog itu hak masing-masing tapi kalau dah namanya manusia, kerja part time nya mestilah cari salah orang lain. Cari bahan nak kutuk. So, kuatkanlah semangat sikit kalau rasa nak share semua benda tu. You pay for your popularity kan.


Kehidupan alam maya ni tak indah la. 
Lebih baik jadi Hlovete.
Tak siapa tahu siapa kau.
Namun karya kau diangkat pembaca.
Menarik kan?


Agak- agak kalau kita update life yang konon sempurna tu, nak tunggu orang puji, like, share, ada timbul perasaan riak tak??

psssssss: Pesanan untuk diri sendiri.


No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3