KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Thursday, September 26, 2013

Nak pilih medic? Are u sure?

Assalamualaikum.


I feel very tense now. Saya tengah dalam denial stage sekarang. Ini kisah benar dari hati yang saya tulis dengan jujur. Mungkin dengan air mata jugak.


Saya tak dilahirkan bijak. Tapi adalah sedikit kelebihan yang ALLAH kurniakan kepada saya iaitu kemudahan dalam menghafal dan memahami sesuatu dengan cepat. Sejak dari kecil, saya sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup saya. Dari tadika saya sentiasa berusaha mengekalkan kedudukan pertama dalam kelas dan hujung tahun je,mesti saya naik pentas untuk ambil hadiah. Waktu tu saya tau seronok je dapat hadiah. Tak ada terfikir benda lain pun.



Naik sekolah rendah,kecemerlangan itu saya teruskan. Dan jujur, saya usaha nak dapat yang terbaik dalam pelajaran saya sebab saya takut mak abah saya marah kalau saya tak dapat nombor satu. Ye. Itu kenyataannya. Bukan sebab saya nak benda lain. 


" Alamak, kalau tak dapat nombor satu, nanti abah marah ni "


Dan saya tak faham kenapa adik adik saya sekarang tak fikir pasal tu. Dey all tak kisah pun abah marah ke tak kalau tak dapat nombor satu atau yang terbaik. Mungkin zaman berubah. Mungkin.



Tapi bila saya melangkah ke sekolah menengah, saingan semakin sukar. Tapi sekurangnya saya masih mampu mengekalkan kedudukan terbaik saya. Seadanya. Saya skor 9A dalam PMR tapi sewaktu SPM memang saya teruk. Kawan kawan baik saya pun tak tahu result SPM saya. Saya sembunyikan. Biarlah. Biarlah ia di simpan rapi dalam kenangan saya. Yang pastinya kalau result SPM saya didedahkan, u all akan shocked macam mana result mcm tu dapat medic??



It is all about rezeki dan kepercayaan yang ALLAH S.W.T letakkan kepada saya bahwa pasti saya boleh buat. Ye. Itulah dulu yang saya fikirkan jugak.



Tapi semua tu dah tak bermakna lagi sekarang.



Saya kini bukan lagi di alam persekolahan yang mengejar kedudukan terbaik dalam kelas, ataupun mengejar berapa banyak A yang mampu dicapai. Tak bro,tak. 



Aku dah melangkah ke alam praktikal bidang perubatan. Bidang yang aku half hearted nak masuk. 


Minggu pertama di tahun klinikal aku seolah terkapai. 

Apa yang aku kena buat ni?
siapa yang aku nak approach suruh ajar ni? Semua orang sibuk?
Macam mana aku nak fullfill logbook ni kalau aku tak buat semua prosedur?
Kalau aku buat salah macam mana?
Kalau patient marah aku mcm mana?


Dan end up, bila aku stress, aku menangis......................menangis jela aku mampu. atau kadang kadang aku makan aiskrim.



Saat saat macam ni aku terfikir....

Apa makna semua A yang aku kejar dulu?
Apa makna kedudukan terbaik yang aku dapat dulu?
Apa makna gelaran yang pernah aku raih dulu?

USELESS! 

Izzatul Hidayah yang pernah diangkat sebagai pelajar cemerlang, tokoh pelajar, pemimpin, bahkan pendebat terbaik berakhir dengan budak kecik nangis sorang2 sebab stress kat wad.

Ini semua duniawi semata.

Dan bagaimana bidang yang disanjung, glamor, kononnya kaya, 'membunuh' hati,jiwa dan semangat seorang gadis yang selalu inginkan yang terbaik dalam hidup. 


Apa nilai A kau?

SAMPAH!

Baru ko tau apa nilai kekuatan dalaman. Tak payah nak kena sanjung sangat kalau bila kena tegur terus kau jatuh. 


Kalau kemahsyuran, kekayaan, sanjungan yang kau tuntut bila itu niat kau menjejakkan kaki dan memilih bidang perubatan, kau silap. Aku rasa syarat kelayakan amik medic patut diubah. Bukan hanya 4.0 semata.
Tapi kena tambah lagi satu.



Anda layak memohon jika anda tahan makian, bebelan, jelingan dan not defensive person. 

itu bukan jenis saya.



sekian.

Tuesday, September 24, 2013

meniti usia dewasa

Assalamualaikum.

Meniti usia dewasa ini semakin sesak hidup. Dulu nak sangat jadi dewasa sampai bila habis SPM tu konon cukup bahagia habes dah sebab dah boleh dewasa kannn. Serve right on you!

Too many things to consider. 

Too many works to do

Too many heart to take care off.

Too many heart will break

Too many lies we made

Too many problems appearing


Finally, i found out one solution.

Keep calm and eat ice cream while playing buaian.


eastzatulhidayahishavingPMSsonevermesswithmenow

Friday, September 13, 2013

Kadang bila kau keliru dalam hidup, kau perlukan masa untuk bertenang.
Pergi dan mendiamkan diri mungkin bukan jalan terbaik, tapi jika itu sahaja pilihan yang kau ada............
dan mungkin pilihan kau itu akan menyakitkan hati insan insan yang berada di sisi kau dan amat kau sayangi.......

Percayalah..tidak ada sekelumit rasa di hati ini ingin menyakitkan hati kalian semua...kalaulah kalian tahu setiap bait kata yang keluar tidak pernah aku maksudkan...namun aku juga manusia yang lemah dan tidak sempurna...tatkala aku lemah, aku mohon pengertian..aku tidak sebisa itu menjadi kuat walau berkali aku cuba....

Air mata yang menitik setiap kali memikirkan apa yang telah berlaku dan telah aku lalui selama hampir 10tahun ini masih belum cukup menguatkan aku. Kadang aku mempersoalkan takdir ILAHI...YA ALLAH ampunilah dosaku yang seolah tidak redha dengan ketentuanMU...... ='(

Maafkan diri ini kerana tidak boleh untuk memuaskan hati semua pihak.

Sekian, assalamualaikum......

Izzatul Hidayah, 13 September 2013, 6.14pm, Laman Midah Cheras Kuala Lumpur