KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Wednesday, August 28, 2013

Kehidupan sebagai pelajar klinikal

Hi semua assalamualaikum....


Ye. Saya dah memasuki pengajian semula. Tapi pengajian kali ini agak berbeza sedikit sebab dah masuk hospital. Buat sesiapa yang membaca dari dahulu lagi mesti tahu sebelum ni saya menuntut 3tahun di Bandung. 3 tahun saya jauh dari tanah air sendiri demi mendapatkan ilmu gituuuuu. So, bila dah habis pre klinikal selama 3 tahun dan telah bercuti selama hampir 5BULAN, saya masuk kembali ke tahun klinikal. ( saje highlight 5bulan tu untuk menunjukkan berapa lamanya aku tak study dan hilang abeh memory2 medic )



Alhamdulillah sekarang dah masuk minggu ke 2 saya di PPUKM,Cheras Kuala Lumpur. So far so good sebab sekarang masih lagi di klinik asas. Klinik asas tu lebih kurang persediaan dan pendedahan sebelum melangkah ke posting yang sebenar la. Dedah dedah begini takpe ye, jangan kita dedah yang lain. haha.



Jadi,posting pertama saya di tahun 3 ini ialah Obstetrics and Gynecology diikuti Surgery, Internal Medicine dan diakhiri oleh Khidmat Masyarakat. Untuk Obs n Gynae,Surgery dan Internal Medicine, saya akan berada di PPUKM tapi untuk posting Khidmat Masyarakat, saya akan ke Beranang sepanjang posting. Posting untuk setiap jabatan adalah 7minggu. 



( saya suka baby soooooo saya sangat seronok berada di wad OnG sebab boleh tengok baby comel2.. =)



Mesti pelik kenapa bila saya di Bandung sudah tahun ke 3 tapi bila pulang ke Malaysia masih lagi di tahun ketiga?? Ye. Saya pun pelik bin ajaib. Takyah nak pelik pelik sangat ye Izzatul Hidayah. haha.



Saya mengikuti program twinning antara UNIVERSITAS PADJADJARAN (oh my uni!! ) dan UKM. Di Indonesia, tempoh untuk pre-klinikal bagi setiap pelajar perubatan ialah 4tahun, klinikal 2tahun... Manakala di Malaysia, tempoh untuk pelajar perubatan ialah 2tahun pre-klinikal, dan 3tahun klinikal. Oleh kerana saya adalah pelajar untuk 2buah negara, jadi lebih afdhalnya kalau kita mengambil di tengah2...gituuuu special program twinning ni haaaa....terasa anak anak istimewa sangat...jadi untuk pelajar twinning, tempoh pre-klinikal ialah selama 3 tahun dan klinikal selama 3 tahun juga. 



Setiap negara polisinya berbeza. Di Indonesia, tidak perlu melalui proses Housemanship selama 2tahun seperti di Malaysia. Kalau tidak salah saya, proses ' Magang ' di Indonesia hanyalah selama 6bulan sahaja. Tetapi di Malaysia, Housemanship selama 2tahun digelar sebagai Doktor Pelatih, kemudian Medical Officer, kemudian baru Doktor Pakar kalau kita ambil pengkhususan dalam mana mana bidang. Hebat lagi kalau sambung lagi amik consultant. See. Perubatan ialah bidang menuntut ilmu sepanjang hayat. Ilmu perubatan juga sentiasa bergerak dan berkembang. So, sebagai penuntutnya kita juga harus bergerak dan berkembang. Berkembang dari segi minda ye, bukan dari segi badan.




Jadi sekarang saya berada di posting surgery untuk klinik asas. Ketika di OnG dulu boleh tahan sibuk dan penat sebab kena follow ward round. Nak cari ilmu kena inisiatif diri sendiri. Jangan haraplah doktor nak suap kau bila dah masuk klinikal ni. You can choose either you want to stay at home or you go to ward and learn from patient. Tiada siapa akan peduli atau marah bila kau tak belajar. So, make your own effort la kan...kalau tak nak belajar, jangan jadi doktor. This is a fact that we have to accept. Kita memang akan berkorban banyak benda. Masa,tenaga,kena marah,perasaan nervous dan sebagainya. Tapi di sebalik semua tu, kita ikhlaskan diri. ALLAH akan membalasnya kelak.



Terasa serius pulak penulisan hari ini. Lama tak menulis so beginilah jadinya. Nanti kalau berkesempatan, insyaALLAH dicoretkan lagi. Doakan sayaaaaaa.

Sekian, assalamualaikum.



Dr.junior to be - Izzatul Hidayah 



No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3