KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Tuesday, March 26, 2013

Hanya secebis ingatan bersama

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum dan selamat malam..
alhamdulillah esok tinggal paper terakhir aku...so far aku hanya berserah pada ALLAH yang MAHA ESA sebab nak kata confident tu jangan nak poyo sangatla kan..memang tak..jadi bertawakal lah saya kepadaNYA sebab itu yang paling utama.

Hari ini saya terbaca status seorang sahabat saya di sini :

'pemergian ulama'2 menandakan hampirnya kedatangan hari yang telah dijanjikan.. mari refleks hidup dan respon ke arah yg lbih baik..'

Meremang bila baca apa yang dia kongsikan. Nak menangis pun ada. Sekarang ni kalau baca, memang ramai ulama' dan ahli pemikir islam yang kembali ke pangkuanNYA.. al-fatihah.

Itu kan salah satu tanda tanda hari kiamat. 

Selain dari itu, banyak lagi tanda tanda yang telah kelihatan. Kita tahu, janji ALLAH itu pasti. Kita tahu hari itu pasti akan berlaku. Sudah cukupkah persediaan kita untuk menghadapi pencipta YANG ESA?

ALLAH.....aku mengingatkan ini untuk diri sendiri. Takut,sebak semua ada. Kerana aku sedar, aku masih belum layak untuk syurgaNYA tapi tidak pula aku sanggup untuk siksaan api neraka yang maha dasyat...ALLAH.....

YA ALLAH...sekarang ni bila tgk dunia kini takut.....manusia dah tak boleh terima teguran berkaitan kewajiban terhadapmu...janganlah KAU jadikan kami mereka yang tergolong dalam golongan itu...Setiap hari dalam surah al-fatihah kita baca ayat yang sama. 

' Tunjukkan kami jalan yang lurus dan jalan yang ENGKAU redhai. Dan bukan pula jalan mereka yang sesat'

Marilah kita sama sama respon diri. Dunia ini hanya pinjaman semata mata. Yang kita nak kena kejar adalah yang abadi, akhirat sana. Bila kita ingat benda tu, mesti kita akan rasa takut.

Aku juga belum sempurna,belum layak..aku masih banyak kekurangan diri. Lemah. Setiap kali masalah datang, rebah aku sujud di sejadah memohon pertolongan dariMU...nikmat dunia bermacam macam KAU berikan padaku. Kau berikan aku kebahagiaan atas dunia ini yang kadang kala membuat aku alpa, riak, lupa yang semua itu pinjamanMU YA ALLAH................ye...semua di dunia ini hanya pinjaman. Aku lupa semua itu.....Disebalik semua apa yang KAU berikan, KAU hanya mahu aku sujud,beribadah kepadaMU...namun, itu sering kali aku alpakan....ALLAH...........................

Refleks diri. Layakkah aku untuk syurgaMU.............

assalamualaikum......







Saturday, March 09, 2013

oh. ada blog ke dia??

Assalamualaikum.
sepatutnya aku kena study sekarang. Tapi oleh sebab aku merasakan betapa aku nak menulis, so aku stop study kejap.

Tadi aku singgah blog Mat Lutfi. Oh, aku pun baru tahu Mat Lutfi ada blog. Selama ni igt dia ada youtube account je. Ala,orang mcm aku pun ada blog, apatah lagi dia.


Aku baca blog dia, aku boleh rasakan betapa uniknya cara pemikiran dia. Seronok. Kau takkan tak ketawa dalam setiap entry dia. The power of 'kedah words'. eh.


Terfikir seketika aku, cara penulisan dia buatkan aku kagumi dia. Apatah lagi bila dia bagi pendapat. Aku suka cara pemikiran dia yang tak semua anak muda zaman twitter,facebook ni ada. Cool man. You cool.


Pergilah baca. Baca dengan hati sebab kau takkan mudah faham kalau hanya guna satu pancaindera.


Dah lama aku tak modified blog ni. Rasa macam budak2 bila tengok layout apa kejadah cute cute thing semua bagai ni. Nantilah habis exam.


Exam??


Minggu depan aku exam. Aku dan kawan kawanku. Kami. 

Takut. Sumpah aku takut. Dan aku selalu bersyukur sebab aku masih punya senjata. 'Doa ibu dan ayah'



Sekian, assalamualaikum.

-cahayagemilangpetunjuk-
-sambil renung bilik yg macam kedai fotostat-

Tuesday, March 05, 2013

5th march.

YA ALLAH....besarnya dugaanMU menghadapi hari hari terakhir di sini.
Aku kadang lemah, dan hanya padaMU aku mohon kekuatan.
Cekalkan, tabahkan hatiku YA ALLAH........
Aku tahu aku tak pernah sendiri kerna KAU selalu bersama hamba-hambaMU......
Bantu aku YA RABB.....
Kuatkan semangat dan iltizamku......
KAULAH yang maha mendengar........


-cahayagemilangpetunjuk-

Sunday, March 03, 2013

for my sayang. :)

MEDICAL LOVE LETTER :)

Hi darling,


Hows your anatomy and physiology?


My biochemistry is within normal limits.


I miss u like an ischemic heart miss its blood supply.


I love u as the TB loves the apex of lung.


I care for u like the way IV Taxim and Metrogyl care for a postoperative patient.


I have implanted u in my SA node.


Please don't be the etiology of my heart failure.


Miss you like ventilation.


Take care of your vitals. your love -- Dr.XYZ



-hahahaha...this is toooooo sweet. :D copied from doctorshangout page at facebook.


i dedicated this to my one and only sayang,Sir Izuandi. haha. sayang, u wont read this but i'll make sure one day u will. ;)