KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Saturday, January 05, 2013

Ucapan 2013 eastzatulhidayah

Assalamualaikum.

Jadi. Entry ini akan menjadi entry pertama saya untuk tahun 2013. Wah. Tepuk sikit please. haha. Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan selamat tahun baru 2013 kpd semua. So fast isn't?? So, honestly i didn't have any resolution for 2013. not even one. haha. ( basically i will insert haha to make sure that this kind of conversation not look too serious for you. hurmm. so if i put haha but u still read my entry with serious and 20cent face,it is on your own risk )



Bila tengok balik entry tahun 2012, eishhh eishhhh eishhhhh, sangatlah sedikit. Itu ada 2 petanda. Pertama, saya sangat pemalas menaip sekarang. Kedua, masa terluang saya digunakan untuk study. Gituwwwww. Nampak ilmiah kan? Barulah nampak mcm yang iDontCareBoutBloggingSinceIamEnjoyingMyHeavenRealityLifeAsA MedicalStudent.



Saya baru pulang bercuti dari Malaysia. No. It is not bercuti actually coz i have mid sem examination this becoming tuesday but i acted like i am a boss so no one can order me to study when im in Malaysia. haha. Holiday for 10days yang sangat singkat rasanya sempena christmas and new year. I met my family and my one and only the owner of my heart. ( nampak tak ada bunga bunga keluar kat mata sbb mood cinta ini ) haha. 



InsyaALLAH, saya akan menghadapi peperiksaan mid semester 6 selasa ini. Kemudian habis exam, terus masuk system terakhir saya di sini iaitu GUS. Dan saya hanya tinggal lebih kurang 4bulan lagi disini sebelum pulang ke Malaysia menyambung tahun klinikal di sana. Doakan saya banyak banyak. Tahun terakhir memang banyak menguji kekuatan kesabaran dan kecuakan. 



Dalam banyak perkara, apa yang saya tak boleh tahan sepanjang berada di sini ialah 'kerenah birokrasi' sesetengah pihak. cant talk more sebab nanti saya kena saman then keluar paper muka depan 'pikiran rakyat'. Jangan tak tau betapa hebatnya pengaruh media di sini. 


Dalam tahun 2012, banyak merakamkan kenangan manis yang mungkin takkan saya lupa sampai bila bila. Akan penuhlah bed time story bakal anak anak saya nanti dgn impian impian ibunya yang berjaya tercapai di tahun 2012. (baca betul betul ye. Impian impian ibunya. Bukan impian ibu-ibunya. -.- ) 


' ibu dulu kannn..haaaaa...blablabla'.....then tambah sikit garam,gula,black pepper penyedap sikit cerita biar anak-anak tu macam wahhhhhh...hebatnya mak aku dulu....kena cerita kat sekolah ni....


Untuk tahun 2013, saya menginjak ke usia 22tahun secara tidak rasminya. Di sudut hati ini sentiasa bersyukur ALLAH panjangkan usia saya dan memberi nikmat yang melimpah ruah ini. Biarpun kadang kadang saya selalu terfikir


" Kenapa aku tak macam dia "
" Kenapa ujian ini ALLAH bagi kat aku "
" Untungnya dia tu mcm tu. Nak mcm tu jugak "


Hey...kemon guys. kemon. Kisah hidup setiap manusia itu berbeza. Saya selalu mengingatkan diri ini supaya bersyukur dan sentiasa melihat ke bawah agar kita boleh tahu dan nampak betapa beruntungnya kita. Ingat, kekayaan, kecantikan, kesihatan, itu semua juga adalah ujian yang ALLAH berikan kepada kita. Nikmat itu juga adalah ujian. Jadi 2013 ni kita harus sentiasa belajar bersyukur. 


Bukanlah nama kehidupan kalau tidak ada ujian. Dengan ujian, kita sebagai pelajar boleh tahu tahap diri kita dan boleh naik tahun. Sama jugak mcm kehidupan, ujian itu juga meningkatkan tahap diri kita. Setiap kali saya diuji, saya selalu lemah. Dan berfikir, kenapa saya? huhu.( haaaa. this time i used huhu instead of haha. )
Tapi kan ujian itu tanda sayang. :) 


saya diuji lagi. Tak sampai 4hari balik malaysia, laptop saya rosak. Mengalami masalah yang sama seperti 2bulan yg lalu. Baru je tak sampai 2bulan saya repair dan kena cas rp750 000, kena pulak kat malaysia cas rm300++. Then,bila balik bandung, wayar internet rumah pulak rosak kena bayar lagi 200k. Tapi semua tu takkan berlaku tanpa izinNYA kan? so, saya redha jela. 



Tahun 2013 ni, saya mengharapkan perkara perkara terbaik akan datang dalam diri saya :)  semua orang pun macam tu kan? who doesn't? hehe. azam yang paling saya igt tahun lepas ialah nak belajar buat cake and cupcake. Booo. Memang non hado aku sentuh langsung bab bab cake tu haaaa. Tak tercapai langsung. Sambung la this year. :p


Sekian, ( tiba tiba lagu ayat ayat cinta keluar kat hotfm ) melayang seketika. tutup buku dan tidur. 
Assalamualaikum. 

:: Duduk kaki bersilang sambil panaskan kaki dkt charger laptop.



No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3