KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Monday, January 14, 2013

Tempat-tempat menarik di Bandung Part 2

Assalamualaikum.

Memandangkan ramai yang bertanya ada tak tempat tempat menarik lagi dekat Bandung ni selain dari yang pernah saya kongsikan hampir setahun yang lalu dalam entry bertajuk TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI BANDUNG dan ada lagi tambahan sikit. Boleh refer dekat tour tips dekat page.



Harap maklum yang entry tempat tempat menarik tu saya tulis dah lama dah. Maaf la kalau tak berupdate tempatnya sebab sebenarnya banyak lagi tempat tempat menarik dekat sini kan. U did an effort to google, so dengan info yang tak seberapa ni haraplah dapat membantu anda lebih lagi. :)



Kalau dulu saya kongsikan mengenai tempat tempat shopping, now kita chekidout ( gitu maju sangat bahasa kau ) tempat tempat pelancongan pulak.



KAMPUNG DAUN.
Saya pernah 2kali menjejakkan kaki ke sini, tapi baru minggu lepas saya pergi saya berpeluang merasai makanan di sini. So, Kampung Daun ni basically cafe dalam hutan macam tu. Dan makanan nya boleh tahan sedap dan disajikan dengan menarik. 




 cantik kan pemandangan dia? sejuk je sambil makan dekat sini.

Cara nak order makanan kat sini pun menarik. Ambil nombor dari kaunter utama, then pergi dekat saung tempat makan tu ikut nombor anda. Lepas tu kena ketuk ada kayu kat luar saung tu untuk panggil pelayan. 
Saya rasa ni leceh sangat sebab tempat ni selalu ramai orang lunch then pelayan tu macam tak dengar sangat kita ketuk.
 Alamak, jerit jerit panggil 'kak...saya nak order!! ' tak boleh ke?hahahaha. ok, im not so proper,bersabar dan tak melayu klasik betul. -.- 

Overall, anda patut cuba tempat ni. Sambil tu boleh tangkap tangkap gambar. :)



TANGKUBAN PERAHU.

Tangkuban perahu ni lebih kurang sejam lebih dari Bandung. Memandangkan Tangkuban Perahu dan Kampung Daun ini sehaluan sejalan, jadi selalunya pergi makan di Kampung Daun dan direct terus ke Tangkuban Perahu. Lebih menjimatkan masa. Kita kena rancang percutian supaya tidak banyak masa dihabiskan di jalan memandangkan tahap kemacetan di Bandung ni boleh tahan la. 

Tangkuban Perahu juga bolehla dianggap tempat wajib lawat ke Bandung ni. Sejarah tangkuban perahu ini mengisahkan seorang anak yang jatuh cinta dengan ibunya sendiri. Tapi apabila mendapati dirinya ditipu oleh ibunya, dia telah menendang perahu yang diarahkan dibina oleh ibunya dan perahu itu tertangkub. 

Saya pun sendiri baru tahu sejarah Tangkuban Perahu ini. Menarik kan? So,have a visit. Boleh jugak beli cenderamata yang dijual kat sini. Sulfur kat sini aktif jugak sebab gunung ini sebenarnya masih aktif. So bolehla kalau nak bawak mask siap2 ke. 






Gambar gambar ni baru je saya tangkap minggu lepas sebab saya baru je balik dari Tangkuban. haha. Fresh dari oven. 
Untuk bayaran masuk, berbeza untuk local dan international. Kalau saya student, dapat harga local. Kalau anda, rp50000 untuk seorang. taktaula kalau makin lama nanti harga naik ke..hehe


KAWAH PUTIH

Maaf, saya tak berkesempatan nak tangkap gambar kawah putih ni. Saya baru pergi sekali dan menarik jugak tempat ni. Sangat cantik pemandangan kalau untuk tangkap gambar. Anda boleh turun sampai ke dasar kawah dan lihatlah kecantikan ciptaan ALLAH ketika itu. :)

(ihsan : google)

cantik kan? bayaran masuk ke tempat ini saya tak ingat berapa sebab dah lama tak pergi. maaf. hehe


PENGINAPAN

Okay, saya buat kenyataan ni setiap kali ramai yang bertanyakan kepada saya soal tahu tak hotel hotel murah dekat sini. Jawapan saya masih sama : saya kurang pasti pasal tempat penginapan sebab saya tinggal di rumah sendiri jadi rate hotel di sini saya kurang pasti.
Saya ada cadangan apa kata anda layari agoda.com dan boleh bandingkan rate harga hotel ikut kehendak anda di situ. 
Apa yang boleh saya katakan banyak sangat hotel di sini dan banyak pilihan untuk anda. 
Kalau mahu dekat dengan factory outlet, boleh pilih di jalan dago.


TEMPAT MAKAN

Kalau pelancong datang ke sini, mesti wajib rasa Nasi Padang. Banyak sangat pilihan kedai Nasi Padang di sini dan yang penting halal.
Kalau anda mahukan makanan sunda, banyak jugak kedai makanan sunda di sekitar bandung.
Kalau anda mahukan seafood, ada jugak.
Kalau mahu ayam penyet, saya tak tahu kedai mana paling sedap. hurmm..haha
Kalau ada jumpa ayam bakar padang pun anda patut rasa. Why not kan.
Nasi uduk? dia macam nasi lemak. tapi kalau anda berminat nak cuba, just try. 
Jangan lupa rasa jus alpukat sebab selalu orang datang sini mesti teringat ingat. (tp saya tak suka. well,taste is different right? )
Cubalah rasa teh botol atau teh kotak yang banyak dijual di mart dia. Sangat sedap kalau tekak siapa yang boleh terima teh wangi macam ni. 
apa lagi yang menarik ye?
Kalau anda backpackers dan berani,bolehla cuba makanan makanan di gerai tu. Tapi saya nasihatkan jangan sebab bakteria di indonesia dan malaysia mungkin berbeza dan mungkin perut anda tak tahan. Nanti diarrhea atau kita panggil cirit birit so better jangan. 





So...................................Part 1 saya dah kongsikan tempat shopping, part 2 saya tambah sedikit maklumat. Saya harap ianya dapat membantu anda yang mencari tips2 dan tempat tempat menarik di bandung ni. Kalau sesiapa yang nak berkongsi tambahan maklumat boleh titipkan dekat ruang komen. Titip gitu kau. Almaklum dah 3tahun duduk indonesia,bahasa pun terikut dah.


Sekian...doakan saya ye dalam semester terakhir ni. Nanti saya balik malaysia, saya tak boleh nak share dah pasal bandung ni..haha. 

Assalamualaikum dan semoga tulisan ini memberi manfaat kepada anda yang membaca. :)


dr.IZZATUL HIDAYAH.


6 comments:

  1. info yg berguna.. insha Allah, Wie dan isteri akan ke sana bulan 9 nanti.

    ReplyDelete
  2. menarik, saya nak request pasal Puncak pulak boleh tuan blog? hehe

    ReplyDelete
  3. Having read this I thought it was rather enlightening.
    I appreciate you taking the time and energy to put this informative article together.
    I once again find myself personally spending way too much time both reading and commenting.
    But so what, it was still worth it!
    My web page > chapter 13 bankruptcy florida

    ReplyDelete
  4. Hi..sy nk pi bandung bln 6 ni..blh tlg mana tpt best shoping?

    ReplyDelete
  5. Hi..sy nk ke bandung bln 6 ni.blh bg cadangan tpt mana paling best shoping?

    ReplyDelete
  6. Salam semua,

    Saya iwan dr Bandung, Untuk quotation perkhidmatan transport/supir di Bandung mahupun di Jakarta, boleh hubungi, sms @ email ke :

    sms/call/whatsapp : +6281221401090 (Iwan Setiawan, Bandung Indonesia)
    tel Office : +622261699456
    email : setiawantransport@gmail.com
    website : www.setiawantransport.com
    or can
    sms/call/whatsapp at : 0173029722 (Bella @ Ila, Cheras Selangor - isteri iwan)
    email : syabilah@gmail.com

    Company iwan 100% milik orang ISLAM

    ReplyDelete

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3