KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Sunday, December 16, 2012

Dewasa

Hi. Assalamualaikum semua.


Dah lama rasanya saya tak mencoretkan sesuatu dari hati ke dalam penulisan. Dulu sewaktu zaman persekolahan, kalau saya stress atau sedih, saya akan main hoki atau jogging. Seriously saya akan rasakan kepuasan bila memukul bola hoki sekuat hati.


Itu dulu.


Bila dah berada di sini, saya cuba mencari jalan lain menghilangkan masalah dan kesedihan iaitu dengan menulis. Saya cukup suka menulis but because i have bad handwriting ( classical sign of doc-to-be haha ) i chose to hit the keyboard.


Here comes eastzatulhidayah.blogspot.


I wrote what i love. What i feel. Kadang kadang tulisan ni merapu ( like what im doing right now haha ) tapi yeahh itulah apa yang saya fikirkan sebenarnya.

Tahun 2012 tak lama lagi pun nak berakhir. Hari ni dah 16 Dec dah. Pejam celik,pejam celik makan tido twitter Facebook ( too klise sangat ayat pejam celik tu ) dah nak berakhir dah tahun ni. Frankly speaking, tahun ni saya rasa cepat sangat masa berlalu. Dan kalau mengikut perkiraan insyaALLAH 4bulan je lagi saya nak tinggalkan bumi Bandung ni for good. Dah 3 tahun kan? Even rasa macam sekejap tapi banyak jugaklah benda penting dah berlaku dalam hidup. :)



Saya tak tahu apa yang saya nak tulis sebenarnya sebab saya rasa mcm something. Jadi saya terus menulis. U're kind of talking to yourself right now, izzatul hidayah. haha.


Dulu waktu saya kecik,(skrg pun saya kecik lagi) saya selalu terfikir, seronok ke jadi dewasa? Nampak macam seronok je. Boleh drive kereta, ( believe me dulu saya kategorikan orang tu dewasa bila dia boleh bawak kereta. So kalau anda tak boleh drive,anda bukan org dewasa!haha) boleh buat apa benda je dia suka, boleh pergi mana-mana tanpa perlu nak kisah apa pun. 


Biasala, budak budak kan.


Kini, saya sudah dewasa. Dah nak menginjak 22 tahun dah. Saya boleh bawak kereta, saya boleh buat benda yang saya suka, saya boleh pergi mana-mana saya nak pergi. Saya sendiri jugak yang takrifkan definisi dewasa sebegitu kan?


Tapi kenapa bila saya boleh melakukan itu semua, saya rasa saya tak nak semua benda tu.


Saya nak kembali ke zaman dulu di mana saya rasa tak secure, saya nak rasa perhatian, saya nak dimanjai. Believe me saya manja sangat!! Mak saya suka peluk saya bila saya tido,makan nak suap,peluk cium adik adik saya. hahaha. who cares aku dah besar ponnnnnnn. 


Saya tinggalkan rumah sejak dari usia 13tahun. Banyak tempat saya jejaki cari pengalaman, cari erti hidup, handle problems by myself though sometimes i failed. InsyaALLAH tahun depan bila saya kembali balik ke Malaysia, agaknya baru saya sedari banyak benda dah saya terlepas untuk cita-cita dalam hidup ni. 


Dalam pada masa saya sibuk memikirkan banyak benda yang telah berlaku, kadang kala saya terlupa bukan saya seorang yang menginjak usia. Ibu bapa saya semakin berusia, kakak yang dah boleh kahwin dah ( huahua), adik adik yang semakin membesar dan sekeliling yang berubah. Saya kena menerima hakikat, masa merubah segalanya. Hidup saya bukan lagi seperti hidup tatkala saya mula jauh dari keluarga 9tahun yang lalu. Lebih banyak tanggungjawab datang, lebih banyak masalah saya kena uruskan sendiri, lebih banyak urusan yang kadang kadang buatkan saya terfikir, 'eh..dah besar rupanya aku ni'


Dear friends,
Dalam hidup ni kita akan sentiasa mencari sesuatu sampai kita puas. Dalam pada kita  sibuk mencari tu jangan pernah lupa padaNYA yang sebenarnya menentu jalan takdir hidup. Segala setiap apa yang berlaku ni semua berlaku atas izinNYA. Pernah kita rasa kenapa kita yang dipilih berada di sini? Kita rasa sepatutnya bukan jalan ni yang kita pilih. Siapa kita nak melawan kuasaNYA. Teruskan perjuangan dalam bidang masing-masing, keep strong and have faith.

2012 pun dah nak berakhir. Cepat sangat kan masa? :) I wanna wrote bout my 2012 but nantilah bila mood datang. 



Sekian sahaja coretan entah apa apa yang lahir dari hati.
Assalamualaikum. 
Nur Izzatul Hidayah.



No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3