KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Thursday, November 29, 2012

DAY 2 : Percutian ke Bali

Okay. Hi. Assalamualaikum. So, mari kita sambung cerita cinta kita. Eh silap. Cerita perjalanan kita ke Bali untuk hari ke 2. Ingatan saya mulai berbalam balam sebab dah nak masuk sebulan kan habis vacation so hopefully that i can still digest important informations so that it will help you out there.



DAY 2 : NGURAH RAI AIRPORT, NUSA DUA BEACH, PADANG-PADANG BEACH, PURA ULUWATU, JIMBARAN BEACH



Kepentingan telefon pintar ialah bukan hanya nak membantu anda upload pic-pic makanan dekat instagram,check in kat tempat yang org lain tak jejak kaki lagi or menghilangkan perasaan awkward apabila keseorangan di khalayak ramai. Tetapi smartphone juga boleh digunakan sebagai diary. Me download apps tu dan catit apa yang patut untuk memudahkan proses menulis blog di kemudian hari. Call me systematic please. ( puihhhh. tertinggal sabun shampoo dekat bandung sistematik ape bendanye tah ) hah



Kami bergerak keluar dari hotel di bandung jam 7am. Check in, ambil boarding pass semua dari staff airasia ( refer entry day 1 please kalau nak tahu kenapa boarding pass kami airasia pegang ) dan ready utk fly jam 8.30am.


Kami pergi 10 orang. tiket kami tempah lebih kurang 2bulan sebelum. 884k rupiah. Dalam 300++ untuk return. Agak murah jugak sebab yang ini promo. Kalau dari malaysia saya tak tahu berapa range dia. untuk jimat,kami tak amik luggage pun sebab kalau domestik tak ketat sgt. So segala liquid form semua lepas.


Ngurah Rai Airport, Bali.

Hai Bali! Kami sampai tepat jam 11.30 waktu tempatan. For ur information, waktu di bali adalah sama dengan waktu malaysia. Bandung je awal sejam. Perjalanan dari bandung ke bali lebih kurang 1jam 45minit. Tapi sebab saya pengsan sepanjang perjalanan,bukak bukak mata je dah sampai bali. haha.



Sampai je kat airport, terus bapak supir yang kami dah tempah siap siap tunggu dekat luar. Since i have my senior yang belajar kat bali, so mintak tolong dia carikan kereta sewa untuk 5hari ni. Jangan risau. Bila sampai dekat airport tu, amik je banyak2 pamplet yang ada dekat situ dan compare harga kereta sewa. For me, it is more convenient kalau amik kereta sewa dari amik teksi sebab sini kawasan tourist so takut dia cas mahal. Misi kita apa? ye. Ke bali hanya dengan 2juta rupiah all in! So, consider even small things.



Peringatan : Bali memang hot gila! So, janganlah berfesyen fesyen bagai sampai 4-5helai baju sekali pakai sebab kang korang tgk mat salleh kat sana sleeveless je korang rasa nak ikut sekali kang! iman wei. iman.










Jadi destinasi pertama kami setelah tiba ialah : NUSA DUA BEACH.


dekat bali ni memang banyak pantai cantik cantik. Nusa Dua ni salah satunya. Tapi memandangkan kami sampai Bali tengahari, agak kegilaan ye bila first destination ialah pantai. Terbakar tapak kaki wei dekat pasir. Kalau letak ayam bbq pun boleh masak. Air pun time ni surut so agak mengecewakan tak boleh feeling feeling layan ombak. Sekitar kawasan Nusa Dua ni memang kawasan mat salleh sebab very exclusive place. Masuk pantai ni tak payah bayar. FOC. 



See. Ini pemandangan biasa di sana. Lol. I rate this place 3stars sebab buat aku berpeluh yang amat. haha.



2ND DESTINATION : PADANG PADANG BEACH.

first thing, aku tak tahu motif apa dia letak sampai 2kali padang. haha. Tapi yang penting this place is very awesomeeeeeeeeee!! 


Pelik tak macam mana aku boleh amik gambar dari view ni? sebab nak masuk kat pantai ni kena turun dari celah celah batu..wohooooo. Mengah tau time nak turun ni. Tapi rasa tercabar sebab ada pakcik sebelah aku gagah muka ilek ilek je turun,aku yang 21 tahun ni dah nak terbalik dah. haha. 

So, tempat ni memang awesome dan ramai orang surfing. Nampak tak payung payung tu? Mat salleh berjemur kat bawah tu. Korang jangan sesuka hati je nak tumpang masuk sekali sebab kena bayar tu. haha. So, pantai ni memang wajib pergi layan feeling sebab cantik sangat ciptaan ALLAH s.w.t............tengok pic ye semua. :)


Have i mention that the water is CRYSTAL CLEARRRR my dearrrr...!! Deruan ombak dia memang sangat menenangkan dan membuatkan diriku terkenang kekasih hati yang jauh di mata. :)


if only i can spend my time here.......ombak..pantai....tenang......

Now wonder couple always choose Bali as one of the most popular honeymoon place.
No. I wont. hahaha.

I rate this place 5stars! :) oh i miss Bali.





3rd DESTINATION : PURA ULUWATU

So, instead of terkenal dengan pantai pantai yang cantik, Bali juga terkenal dengan temple bersejarah. Baca betul betul. It is temple. Not tempe. Kalau tempe tak payah fly jauh jauh, Bandung pun ada. haha
Salah satu yang paling historic ialah Pura Uluwatu ni. Pura = Kuil. Bali memang majoriti ialah agama hindu jadi memang banyak kuil kuil kat sana. 



Sepanjang perjalanan ke Pura Uluwatu ni memang banyak carving bangunan yang membuatkan aku membuka kaca mata hitamku. And i imagine how can they carve such building. Ohhh. manusia adalah ciptaan ALLAH yang menunjukkan kekuasaanNYA. Penat memang penat tapi bila lagi nak dapat peluang tengok bangunan yang diukir cantik jadi ku gagahkan diri supaya tidak tidur sepanjang perjalanan. 

Jom layan gambar. Pastikan tutup mulut ye selepas ini. 


Terlalu cantik kan ciptaan ALLAH? ini gambar pemandangan dari atas kuil ini. And i wonder how they build this temple. I love history so much. :)



Gambar sebelum ni saya amik dari sebelah sana. Nampak tak kegigihan saya berjalan dari sebelah sana ke sebelah sini. haha.




This is too beautiful to ignore. bukan model pacak kat depan tapi tu pemandangan belakang tu. haha.
Btw, kain purple tu memang kena pakai bila nak masuk temple ni. Peraturan temple. 



Ini batu karang tau. Tapi batu karang ni dekat bahagian atas temple. Kalau ada batu karang dekat bahagian atas maksudnya dulu air laut tu boleh naik sampai atas?????? 






Dan part paling menarik kat pura uluwatu ni ialahhhhhhh......

Yup. I am waiting for sunset here. :)



Pura uluwatu ni memang terkenal untuk tunggu sunset. So,kalau nak pergi, bajet timing biar boleh spend sampai sunset. Anda akan merasakan kebestan nye. Apa punya tatabahasa ni. haha.

Menunggu pertukaran dari siang ke malam. Air surut pun mulai pasang. Terasa mimpi dan tidak percaya finally saya boleh tgk sunset here in bali. So romantic :)

tiket masuk ke Uluwatu ni berbeza untuk penduduk tempatan dan pelancong. Kalau penduduk tempatan rp15ribu = RM4++
murah kan? Jadi gunakan kebijaksanaan anda agar dapat harga tempatan.




cukup tak gambar gambar dekat pura uluwatu? Banyak lagi gambar cantik cantik tapi limited kan..hehe.

So, pengembaraan waktu siang kami berakhir dan pulang dari uluwatu terus kami menuju ke rumah sewa kami. yup. kami sewa rumah memandangkan kami pergi 10 orang dan lebih jimat sebenarnya kalau sewa rumah. Macam mana kami dapat rumah? google dan compare harga. Make sure deal betul betul. We stay at  Jimbaran. 
U can choose to stay at Kuta or Jimbaran. Itulah yang selalunya tempat kat Bali orang tinggal. Jarak dari Kuta dan Jimbaran pun tak jauh sangat. Lebih kurang 30minit jela.

ni gambar rumah sewa kami. very nice. murah. oleh sebab kami duduk 10orang, kami bayar tidak sampai rm30 seorang untuk semalam. 



Penat mengembara pagi tak hilang lagi tapi sampai rumah je siap siap apa yang patut then kami terus ready untuk dinner. 
Let's have seafood yawwwww. 

Wajib untuk pergi makan seafood dekat tepi pantai Jimbaran ni. sebab..........


This is so romantic u guys. Candle light dinner, tepi pantai, dengar ombak, ada org nyanyi lagu......very nice. So,honeymoon couple, this is what u need. haha..

10 of us have dinner here. seafood sangat fresh. Ada banyak restoran sepanjang pantai ni. Pilih yang mana anda rasa murah dan best. Tapi harga lebih kurang. Kita just pilih seafood and dia akan suggest nak masak apa yang best. Sangat kenyang dan sangat sedap. Trust me. :) adakah kesedapannya dibantu oleh keromantikan bunyi ombak dan candle light dinner itu? haha.




Jadi perjalanan hari pertama kami berakhir. Balik rumah masing masing tumbang sebab penat perjalanan dari  pagi sampai la malam. Kumpul energy gila gila sebab esok nak main watersport pulak satu hari..yeaaa! the most awaited part. InsyaALLAH saya akan update pulak pasal watersport dalam entry perjalanan hari ke 3.

Adakah saya telah membuatkan anda mahu ke Bali? haha. 

Sekian, assalamualaikum semua. :) 





7 comments:

  1. aahhh...ko buat aku terasa nk melancong la...kene kumpul duit ni :)

    ReplyDelete
  2. macam mana nak sewa rumah tu ek???? ada contact number ke.TK

    ReplyDelete
  3. bestnya...rumah tu camana nak contact...

    ReplyDelete
  4. haah...umah sewa tu berkenan gak...mcm best memandangkan kalau p ramai2..so kira save sket...cane nk contact or dapatkan pasal umah sewa tu ea...

    ReplyDelete

  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  6. awak cantik la... dah berpunya ke

    ReplyDelete

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3