KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Thursday, November 29, 2012

DAY 2 : Percutian ke Bali

Okay. Hi. Assalamualaikum. So, mari kita sambung cerita cinta kita. Eh silap. Cerita perjalanan kita ke Bali untuk hari ke 2. Ingatan saya mulai berbalam balam sebab dah nak masuk sebulan kan habis vacation so hopefully that i can still digest important informations so that it will help you out there.



DAY 2 : NGURAH RAI AIRPORT, NUSA DUA BEACH, PADANG-PADANG BEACH, PURA ULUWATU, JIMBARAN BEACH



Kepentingan telefon pintar ialah bukan hanya nak membantu anda upload pic-pic makanan dekat instagram,check in kat tempat yang org lain tak jejak kaki lagi or menghilangkan perasaan awkward apabila keseorangan di khalayak ramai. Tetapi smartphone juga boleh digunakan sebagai diary. Me download apps tu dan catit apa yang patut untuk memudahkan proses menulis blog di kemudian hari. Call me systematic please. ( puihhhh. tertinggal sabun shampoo dekat bandung sistematik ape bendanye tah ) hah



Kami bergerak keluar dari hotel di bandung jam 7am. Check in, ambil boarding pass semua dari staff airasia ( refer entry day 1 please kalau nak tahu kenapa boarding pass kami airasia pegang ) dan ready utk fly jam 8.30am.


Kami pergi 10 orang. tiket kami tempah lebih kurang 2bulan sebelum. 884k rupiah. Dalam 300++ untuk return. Agak murah jugak sebab yang ini promo. Kalau dari malaysia saya tak tahu berapa range dia. untuk jimat,kami tak amik luggage pun sebab kalau domestik tak ketat sgt. So segala liquid form semua lepas.


Ngurah Rai Airport, Bali.

Hai Bali! Kami sampai tepat jam 11.30 waktu tempatan. For ur information, waktu di bali adalah sama dengan waktu malaysia. Bandung je awal sejam. Perjalanan dari bandung ke bali lebih kurang 1jam 45minit. Tapi sebab saya pengsan sepanjang perjalanan,bukak bukak mata je dah sampai bali. haha.



Sampai je kat airport, terus bapak supir yang kami dah tempah siap siap tunggu dekat luar. Since i have my senior yang belajar kat bali, so mintak tolong dia carikan kereta sewa untuk 5hari ni. Jangan risau. Bila sampai dekat airport tu, amik je banyak2 pamplet yang ada dekat situ dan compare harga kereta sewa. For me, it is more convenient kalau amik kereta sewa dari amik teksi sebab sini kawasan tourist so takut dia cas mahal. Misi kita apa? ye. Ke bali hanya dengan 2juta rupiah all in! So, consider even small things.



Peringatan : Bali memang hot gila! So, janganlah berfesyen fesyen bagai sampai 4-5helai baju sekali pakai sebab kang korang tgk mat salleh kat sana sleeveless je korang rasa nak ikut sekali kang! iman wei. iman.










Jadi destinasi pertama kami setelah tiba ialah : NUSA DUA BEACH.


dekat bali ni memang banyak pantai cantik cantik. Nusa Dua ni salah satunya. Tapi memandangkan kami sampai Bali tengahari, agak kegilaan ye bila first destination ialah pantai. Terbakar tapak kaki wei dekat pasir. Kalau letak ayam bbq pun boleh masak. Air pun time ni surut so agak mengecewakan tak boleh feeling feeling layan ombak. Sekitar kawasan Nusa Dua ni memang kawasan mat salleh sebab very exclusive place. Masuk pantai ni tak payah bayar. FOC. 



See. Ini pemandangan biasa di sana. Lol. I rate this place 3stars sebab buat aku berpeluh yang amat. haha.



2ND DESTINATION : PADANG PADANG BEACH.

first thing, aku tak tahu motif apa dia letak sampai 2kali padang. haha. Tapi yang penting this place is very awesomeeeeeeeeee!! 


Pelik tak macam mana aku boleh amik gambar dari view ni? sebab nak masuk kat pantai ni kena turun dari celah celah batu..wohooooo. Mengah tau time nak turun ni. Tapi rasa tercabar sebab ada pakcik sebelah aku gagah muka ilek ilek je turun,aku yang 21 tahun ni dah nak terbalik dah. haha. 

So, tempat ni memang awesome dan ramai orang surfing. Nampak tak payung payung tu? Mat salleh berjemur kat bawah tu. Korang jangan sesuka hati je nak tumpang masuk sekali sebab kena bayar tu. haha. So, pantai ni memang wajib pergi layan feeling sebab cantik sangat ciptaan ALLAH s.w.t............tengok pic ye semua. :)


Have i mention that the water is CRYSTAL CLEARRRR my dearrrr...!! Deruan ombak dia memang sangat menenangkan dan membuatkan diriku terkenang kekasih hati yang jauh di mata. :)


if only i can spend my time here.......ombak..pantai....tenang......

Now wonder couple always choose Bali as one of the most popular honeymoon place.
No. I wont. hahaha.

I rate this place 5stars! :) oh i miss Bali.





3rd DESTINATION : PURA ULUWATU

So, instead of terkenal dengan pantai pantai yang cantik, Bali juga terkenal dengan temple bersejarah. Baca betul betul. It is temple. Not tempe. Kalau tempe tak payah fly jauh jauh, Bandung pun ada. haha
Salah satu yang paling historic ialah Pura Uluwatu ni. Pura = Kuil. Bali memang majoriti ialah agama hindu jadi memang banyak kuil kuil kat sana. 



Sepanjang perjalanan ke Pura Uluwatu ni memang banyak carving bangunan yang membuatkan aku membuka kaca mata hitamku. And i imagine how can they carve such building. Ohhh. manusia adalah ciptaan ALLAH yang menunjukkan kekuasaanNYA. Penat memang penat tapi bila lagi nak dapat peluang tengok bangunan yang diukir cantik jadi ku gagahkan diri supaya tidak tidur sepanjang perjalanan. 

Jom layan gambar. Pastikan tutup mulut ye selepas ini. 


Terlalu cantik kan ciptaan ALLAH? ini gambar pemandangan dari atas kuil ini. And i wonder how they build this temple. I love history so much. :)



Gambar sebelum ni saya amik dari sebelah sana. Nampak tak kegigihan saya berjalan dari sebelah sana ke sebelah sini. haha.




This is too beautiful to ignore. bukan model pacak kat depan tapi tu pemandangan belakang tu. haha.
Btw, kain purple tu memang kena pakai bila nak masuk temple ni. Peraturan temple. 



Ini batu karang tau. Tapi batu karang ni dekat bahagian atas temple. Kalau ada batu karang dekat bahagian atas maksudnya dulu air laut tu boleh naik sampai atas?????? 






Dan part paling menarik kat pura uluwatu ni ialahhhhhhh......

Yup. I am waiting for sunset here. :)



Pura uluwatu ni memang terkenal untuk tunggu sunset. So,kalau nak pergi, bajet timing biar boleh spend sampai sunset. Anda akan merasakan kebestan nye. Apa punya tatabahasa ni. haha.

Menunggu pertukaran dari siang ke malam. Air surut pun mulai pasang. Terasa mimpi dan tidak percaya finally saya boleh tgk sunset here in bali. So romantic :)

tiket masuk ke Uluwatu ni berbeza untuk penduduk tempatan dan pelancong. Kalau penduduk tempatan rp15ribu = RM4++
murah kan? Jadi gunakan kebijaksanaan anda agar dapat harga tempatan.




cukup tak gambar gambar dekat pura uluwatu? Banyak lagi gambar cantik cantik tapi limited kan..hehe.

So, pengembaraan waktu siang kami berakhir dan pulang dari uluwatu terus kami menuju ke rumah sewa kami. yup. kami sewa rumah memandangkan kami pergi 10 orang dan lebih jimat sebenarnya kalau sewa rumah. Macam mana kami dapat rumah? google dan compare harga. Make sure deal betul betul. We stay at  Jimbaran. 
U can choose to stay at Kuta or Jimbaran. Itulah yang selalunya tempat kat Bali orang tinggal. Jarak dari Kuta dan Jimbaran pun tak jauh sangat. Lebih kurang 30minit jela.

ni gambar rumah sewa kami. very nice. murah. oleh sebab kami duduk 10orang, kami bayar tidak sampai rm30 seorang untuk semalam. 



Penat mengembara pagi tak hilang lagi tapi sampai rumah je siap siap apa yang patut then kami terus ready untuk dinner. 
Let's have seafood yawwwww. 

Wajib untuk pergi makan seafood dekat tepi pantai Jimbaran ni. sebab..........


This is so romantic u guys. Candle light dinner, tepi pantai, dengar ombak, ada org nyanyi lagu......very nice. So,honeymoon couple, this is what u need. haha..

10 of us have dinner here. seafood sangat fresh. Ada banyak restoran sepanjang pantai ni. Pilih yang mana anda rasa murah dan best. Tapi harga lebih kurang. Kita just pilih seafood and dia akan suggest nak masak apa yang best. Sangat kenyang dan sangat sedap. Trust me. :) adakah kesedapannya dibantu oleh keromantikan bunyi ombak dan candle light dinner itu? haha.




Jadi perjalanan hari pertama kami berakhir. Balik rumah masing masing tumbang sebab penat perjalanan dari  pagi sampai la malam. Kumpul energy gila gila sebab esok nak main watersport pulak satu hari..yeaaa! the most awaited part. InsyaALLAH saya akan update pulak pasal watersport dalam entry perjalanan hari ke 3.

Adakah saya telah membuatkan anda mahu ke Bali? haha. 

Sekian, assalamualaikum semua. :) 





Tuesday, November 13, 2012

Kenapa anda perlu google nama sendiri

Hai. Assalamualaikum. 
Nak tau tak i can track who visited my blog. Let say if u reached my blog dari google ke, dari your friend's blog ke, dari keyword pape ke, dari negara mana sekalipun, memang akan di track.


So far mmg byk la pencarian yang datang pasal hot entry yang tak berapa nak hot iaitu pasal tempat melancong kat bandung tu kan. Tetiba dah lama tak check, suddenly i saw, 'looking for izzatul hidayah' from wilayah persekutuan kuala lumpur.


Are u a stalker? ahahaha. Ala, stalk jela belog ni. Takde mendeeeewww pun yang nak disembunyikan. Kemain dagu ke depan semua ye time baca mendeewwwww tu. 


So, tadi aku pun buat kerja gila yang mesti korang semua pernah buat. Google nama sendiri. 
kot kot la google nama sendiri sekali ada keluar aksi melampau ke haaaa tak ke naya. So selepas ni, anda digalakkan google google nama sendiri supaya boleh memastikan nama anda bersih di google dan kalau ada bakal mak mertua techno sekali dia google nya haaaa. Zaman sekarang anything is possible. So, kat instragaram (sengaja typo supaya menunjukkan saya takde instagram ) janganla upload pelik2 walaupun anda pelik.



For me, ofcoz la keluar my blog. Since i never hide my real name. Hai. nama saya izzatul hidayah. Nama surat beranak ada nur. Nama ayah, ahmad. Nama saya sedap sebab tu saya tak pernah nak pakai nama pelik2 kat facebook twitter or whatsoevertechnologyidontcare.
*flip my hair*



Tetiba2....or suddenly....saya tak pandai grammar. Muet saya band 3 je lagi 2marks nak band 4 (nak kata riak lertuwwwww ) sampai saya kena tegur dengan seorang pembaca pasal grammar saya. Ala bro, salah grammar sikit je. Wa tak amik TESL. wa amik medic je. Medic tak kira sgt grammar as long as ko inject org betul.


Terkeluar benda ni haaaaa. YA ALLAH gelak2 aku baca sambil latar belakang lagu Sejarah Mungkin Berulang~~~
Dah berapa tahun aku 'bersara' dari dunia perdebatan. Dunia yang banyak membentuk diriku sekarang. 
Perdebatan yang banyak meningkatkan my self esteem dan juga kespontanan loyar buruk. Gituwww. Almaklum nak amik lawyer tak jadi. 

Ini adalah ranking nama seluruh pembahas yang melibatkan diri dalam pertandingan UIA debate open ni. One of debate competition yang memang berprestij dan ditunggu-tunggu oleh pembahas seluruh malaysia. 
Eh. aku dulu pembahas la. Tak caye? kbye. huahua.

Jom check mana nama den terselit ni haaaa...




The 6th IIUM School Debating Championship Rank list (2007)

Speaker's Name and Total
1 MUHAMMAD AFFENDY B HASNI MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR ( A ) 1627
2 DAHLIA HAZIRAH BT JAAFAR SBPI GOMBAK ( A ) 1621
3 NUR HAZDIANA BT LATIP SMS MUZAFFAR SYAH 1620
4 ASLAM B ABD JALIL MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR ( A ) 1618
5 MOHD AQMIN B ABDUL WAHAB MRSM TAIPING ( 1 ) 1614.5
6 MUHAMMAD ADIB B REDZUAN SMS MUZAFFAR SYAH 1614
7 FARAH HUSNA BT MOHD NAZRI SMS POKOK SENA 1612
8 MUHAMMAD KASYFUL AZIM B SHAHLAN SBPI GOMBAK ( A ) 1610
9 MOHAMAD HISYAMUDDIN B GHAZALI SMAP KAJANG 1608.5
10 MOHD SYAFIQ B SAIFULLAH SMS SULTAN HJ AHMAD SHAH 1607
11 NURHAFIZAH MOHD YUSOF KOLEJ TUNKU KURSHIAH ( A ) 1605
12 MUHAMMAD SYAFIQ B MUSA SEKOLAH ALAM SHAH A 1599
13 FARAH ADIBA MALIHA SMAP LABU 1599
14 MOHD FIKRI B AHMAD SBPI GOMBAK ( B ) 1599
15 AMMAR B SAHRIM SM ISLAM AL-AMIN GOMBAK ( A ) 1598
16 MUHAMAD HANIF B KAMAIL SMS SULTAN MUHAMMAD JIWA 1598
17 WAN FARAH AIMUNIE BT WAN NASRUDIN SMS TENGKU ABDULLAH 1595
18 MOHAMMAD ZARIF ASRAF B ZULKEFLE SBPI SABAK BERNAM 1594.5
19 NUR IZZATUL HIDAYAH BT AHMAD SBPI SABAK BERNAM 1594
20 ABDULLAH AZZAM B ABDUL RASHID KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1591
21 MOHD FARIS B RAZALI MRSM TRANSKRIAN 1589.5
22 ADAM LUQMAN B AMDAN SEKOLAH ALAM SHAH A 1589
23 AFILDHATUL NASHIMA MUSTAFA SEKOLAH TUN FATIMAH 1589
24 MUHAMED AQWA ALIF B JASMI MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR ( B 1589
25 MOHD NASRUL HILMI M. DIN SMAP LABU 1589
26 KHAIRUZZIKRI B MOHD SAGI SEKOLAH ALAM SHAH B 1587
27 MUHAMMAD AMIR SAIFUDDIN B MUHD JUHARI SM ISLAM AL-AMIN GOMBAK ( A )1586
28 MUHAMMAD SIRAJ B ABDUL AZIZ SEKOLAH TUNKU ABDUL RAHMAN 1586
29 MOHAMAD FADLI B MOHD ZAILAN MRSM TAIPING ( 1 ) 1586
30 SITI NORHAFIZA MD YASIN SM SERI SERDANG (A) 1586
31 ISMAH MANSURAH BT ZAINUDIN SBPI GOMBAK ( A ) 1586
32 HAYATUL WIRDAH BT MOHD YUNOS SBPI SABAK BERNAM 1583.5
33 MUHD HARINN HIZHADI B MOKHTAR SEKOLAH TUNKU ABDUL RAHMAN(A)1583
34 NUR ALIYA DALILA BT MOHD RUSLAN MRSM TAIPING ( 1 ) 1583
35 MOHD NUR AFIQ B YASIM SMAP KAJANG 1583
36 DAENG AHMAD SAIFULLAH B TERMIZI SM ISLAM HIDAYAH 1583
37 MUHD FARID AL-AZIM B NORUZI SEKOLAH TUNKU ABDUL RAHMAN B 1583
38 MOHD AMIRUL ASYRAF MOHD HANAFI MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR ( A ) 1583
39 AIMAN ARIFF BIN ABDUL AZIJ MRSM PASIR SALAK 1583
40 ALIF ELIT JOHAN B ALANG WAHI ASRAMA YAYASAN SELANGOR 1583
41 AHMAD MUNIR B MANSOR SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK 1583
42 ELLYA NABILA BT A. JALIL SBPI SELANDAR 1582.6
43 FAWZA SABILA BT FAUDZI SMS POKOK SENA 1582
44 ABD HAKIM B MAIDEN SEKOLAH TUNKU ABDUL RAHMAN A 1582
45 IZZAT FATIH B HISHAM MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR1581

Sebenarnya ada 300++ lebih pembahas tapi igt takde kerja lain ke nak copy paste byk2 ni haaaaa. haha. 
ranking 19 malaysia ye. hurmmm. not bad jugak. haha. sebenarnya dulu byk goreng fakta. Paling penting muka kena meyakinkan. dan menggoda. eh. motif?? hahaha.

Kalau ditakdirkan satu hari rasa nak berbahas balik, bahas dengan suami jela kat rumah nak balik raya rumah sapa tahun ni. wakakakaka. 












Saturday, November 10, 2012

DAY 1 : percutian ke bali.


Hai. Assalamualaikum.

Saya baru balik bercuti dari bali. And would like to share sikit tempat tempat best and how our holiday ran. Ada benda lawak and benda sedih and benda penat. Dunno how long my entry would be but i'll try my best to summarize it. ( kalau tak lupa la since i hv short term memory lost.. :p )


DAY 1 : 30 October 2012


Flight kami dijadualkan pukul 6.15 waktu tempatan. So maknanya 7.15 waktu malaysia.Tapi masa tu dah tak sedap hati sebab cuaca mmg hujan. Malas sebenarnya nak delay flight sebab dah deal dengan pak supir kat sana. Ku sangka kan panas hingga ke petang, rupa-rupanya flight delay sampai 8.30pm. Schizo aaaaa. Delay flight almost 2hours. Tapi oleh sebab kami dikurniakan kesabaran yang tinggi, maka kita cool cool aje..



After penat dah kami melepak kat Bandara ( bandar udara ) bandung tu, tiba-tiba one of Air Asia punya officer datang kat kami. Then.......Suspen tak? haha.

' Anda ni semua nak pergi Bali ye? Dah tempah semua ke kat sana? Student ye 10 orang?' - bayangkanla officer ni cakap dalam indonesia. Kang kalau aku tulis, nganga nak paham kang.haha.

' Kami dari pihak airasia nak tawarkan anda 10 orang flight esok pagi. Satu pesawat kami rosak jadi 2 pesawat kena merge jadi 1. Dan kami kelebihan penumpang 10 orang. Jadi nak mintak tolong 10 orang ni supaya fly ke Bali esok pagi. Penginapan dan pengangkutan akan ditanggung oleh pihak air asia. '    ( lebih kurang mcm ni la ayat dia. Ada yg diolah untuk menyedapkan lagi suasana. Loyar buruk dan gelak tawa semua terpaksa di cut ye. )

Hurmmm.....setelah berbincang dan menimbang tara, we all decide. 

' Okay. Boleh. Tapi dengan syarat. Kami nak hotel selesa and flight esok yang paling awal dan kami nak airasia sediakan tiket balik untuk kami semua 2hb. Dan kitorang nak mcd!!! '

hahahaha. Ingat senang senang tu je nak mengalah dengan air asia. Customer is always right. So kami demand several things. Sepatutnya ade beberapa orang akan pulang 1hb, paling lewat 2hb. Tapi ambil kesempatan, kami semua extend tiket jadi 2hb. See. Percaturan yang paling menguntungkan kedua dua belah pihak. Errr...Yang mcd tu pun menguntungkan jugak sebab pow mcd banyak gila bwk balik hotel. haha.


Then air asia hantar kami ke Hotel Mutiara. Okayla hotel dia. Selesa. ada hikmah jugak flight kami delay. At least, kami akan sampai di bali pada esok pagi dan masa akan jimat. Kalau sampai malam ni pun, flight dah delay dan tak dpt nak jalan jalan sangat. Perancangan ALLAH itu lebih baik dari manusia. Jadi selalulah bersangka baik dengan ALLAH. DIA lebih mengetahui. Sebelum tu izzatul hidayah dah membebel bebel dah dekat loveku sbb flight delay. That's not good izzatul hidayah..hehe.


Style kan. Pengalaman tu. hehe



Time dah pukul 11.30 tau. Dah takde orang kat airport. Sebab tu sesuka hati je aku melepak kat roller tu. haha




Sebelum tu sempat wish adik demooookkku Teah sebab time ni birthday teah yang ke 9. omomomo. Adik angah dah besar. My lil pwincesssss yang selalu angah rindu. mmmuuuuaaaaahhhhh mmuaaaahhhhhhhhh. Hadiah teah jauh datang dari bali kali ni. hehe.
proud dengan kejayaan adik adikku dalam hoki. :) 







Check in hotel and tidoooooooo.

Banyak betul dugaan sebelum nak pergi bali ni. Esok perjalanan ke Bali bakal bermula. Nasib baik la aku tak check in kat FB ; Off to Bali tonight. Kalau tak, lagi bertambah kebengangan. Aku upload ; waiting....
Sekali memang waiting ponnnn..... -.-

 sempat lagi my friends terjun pool malam tu. haha




to be continue....................... ( DAY 2 31 OCTOBER 2012 )

Thursday, November 08, 2012

TEASER : percutian ke Bali

Hai. Assalamualaikum.

Saya baru balik bercuti dari bali. And would like to share sikit tempat tempat best and how our holiday ran. Ada benda lawak and benda sedih and benda penat. Dunno how long my entry would be but i'll try my best to summarize it. ( kalau tak lupa la since i hv short term memory lost.. :p )

DAY 1 : 30 October 2012


Flight kami dijadualkan pukul 6.15 waktu tempatan. So maknanya 7.15 waktu malaysia.Tapi masa tu dah tak sedap hati sebab cuaca mmg hujan. Malas sebenarnya nak delay flight sebab dah deal dengan pak supir kat sana. Ku sangka kan panas hingga ke petang, rupa-rupanya flight delay sampai 8.30pm. After penat dah kami melepak kat Bandara ( bandar udara ) bandung tu, tiba-tiba one of Air Asia punya officer datang kat kami. Then.......Suspen tak? haha.

To be continue..........

Sesuka hati je melepak dekat roller airport. :D