KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Tuesday, October 09, 2012

Kisah benar : Kuasa doa.

Hi. Assalamualaikum. 


Gila tak hot. Berapa lama membiarkan blog bersawang. Tak,sebenarnya laptop rosak 2minggu so nak update pun tak boleh. ( padahal kalau laptop tak rosak pun malas nak update ). Banyak jugaklah kena charge time laptop rosak haritu. Susah kalau laptop rosak kat tempat mcm ni sebab kita taktau betul ke harga component memang macam tu. Dibuatnya dia sajeeeee buat kerek charge lebih. Toing toing. Dia taktau ke ni kak yong kawasan. Berani dia buat camtu. huahua. Melayang duit tabung bali aku. Sob sob. (dalam medical term, SOB is shortness of breath )


Okay, sebenarnya diriku tengah final exam sem 5 sekarang. Ya ampun, tua gajah dah haaaa, dah sem 5..busy kau nyahhhh study. Bilik macam kedai fotostat. Okay takde sapa nak amik kisah kau exam ke tak. Proceed to the story please. *drumroll*


 I have a story to share. Baru je berlaku pagi tadi.


Semalam, i got message from my friend cakap harini kena bawak result untuk sem lepas. Aku pun dengan confident level yang tingginya meletakkan harapan, semua fail result aku ada atas almari. Berdondang sayang aku berfikir esok pagila lepas bangun tido tu amik. Confidence level tu penting ye. Confident makes us beautiful. aha. ( puihhhh )


Dan keesokan harinya, setelah tidurku disulami dengan mimpi indah ( ayat novel ) maka terbangunlah aku. Sebab indah sangat kan mimpinya, sekali terbangun lambat daaaa....terkejut tenggiling la aku bila sedar alamak, kena cari result exam.


aku pun intai atas almari, bawak turun segala fail bagai atas almari tu. Habuk tak payah cakap la. Boleh triggering factor utk sinusitis aku. Sekali cari, punya cari, punya cari, alamak...takde fail result aku. Tapi fail mara and borang borang aku semua ada kat situ. Takpe, kita cari lagi. Maybe dia main Hide and Seek. lol


Setelah membongkar untuk kali yang ke 3 nya, still tak ada lagi. Aduh..macam mana ni. Aku dah lambat nak pergi exam pagi ni. Exam dahla pukul 8. Mandi belum, baju belum gosok. Aku pun dengan segala kekuatan yang ada, memunggah satu bilik semata mata mencari result exam tu. Habis kotak kotak, baju baju semua aku punggah. Poyo je kan? Apa ke pekdahnya aku nak letak result exam dalam lipatan baju baju kan. Tapi sebab menggelabah punya pasal, nak pikir apa lagi. Kalau ada kotak makanan, kotak makanan aku punggah. Kot kot fail tu berjalan masuk sendiri.


Memang konform tak ada. Aku pun tengok lagi sekali atas almari tu. Takdak. Belakang almari buku 5 tingkat yang dah tak cukup tu pun takdak. And i give up. ( tetiba keluar lagu latar Jason Mraz - I won't Give up~~~ ) eh. tetiba je kan.


Aku pun terdiam seketika. Aku tahu, hanya DIA sahaja yang boleh bantu aku. Aku dah lambat nak pergi exam, aku belum habis baca lagi, aku belum jumpa lagi mana fail tu. Aku berdoa padaNYA. Aku mohon, DIA bantu aku. Tunjukkanlah kat mana fail tu. Dekat 5minit aku terdiam atas katil. Mulutku tak henti henti bermohon 'YA ALLAH, bantu aku....YA ALLAH bantu aku........Hanya ENGKAU maha mengetahui'


ditakdirkan, aku terdetik sekali lagi untuk tengok atas almari tu. Sekali aku nampak ada benda warna putih. Bukan cerita hantu, korang jangan takut pulak. Aku amik kerusi, aku panjat, dan aku lihat fail tu ada dekat atas almari tu. 


Alhamdulillah. Tadi memang aku dah cek atas almari tu 3kali. Takde pun.


what i would like to tell here adalah, kita orang islam, kuasa kita adalah doa. Doa itu senjata orang mukmin. Berdoalah. DIA maha mendengar walau hanya bisikan hatimu. Aku bersyukur sangat, ALLAH makbulkan doa aku. What a miracle file tu boleh ada kat situ. Nampak tak kuasa doa. 


mungkin file tu memang ada kat situ dari tadi. Agaknya aku kelam kabut, so aku tak nampak. mungkin jugak file tu memang tak ada kat situ tapi.....mungkin jugak ALLAH nak menguji aku. menguji kesabaran aku. Hanya DIA mengetahui.

ALLAH sentiasa mendengar doa hamba-hambanNYA. Berdoalah..nescaya akan dimakbulkan..Cepat atau lambat saje. :)

Sekian, nak sambung study. Doakan kejayaan kami. Assalamualaikum. 

_Izzatul Hidayah_

1 comment:

  1. Confidence level bukan confident level (",)
    Confident tu kalau merasa confident. I feel confident. I don't have a very high confidence level.
    Confidence adalah sifat dan confident adalah manifestasi dari sifat tersebut.

    ReplyDelete

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3