KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan bakal datang lagi. checklist jom!

Assalamualaikum semua. :)



Jeng jeng jeng. Puasa sabtu kan??? alhamdulillah...sini pun puasa sabtu jugak...tak sabar sangat nak puasa kat Bandung. Saaaaaaaangat seronok puasa dekat sini. Tak terasa penat pun. Walaupun tiada bazar ramadhan semeriah Malaysia, tapi tetap best. :)



Dan alhamdulillah, tahun ini sudah masuk tahun ketiga diriku ini berpuasa di perantau. sob. Takpe takpe. InsyaALLAH tahun ni tahun terakhir puasa dekat sini. Tahun depan malaysia pulak! ;) Dapatlah diriku berpuasa bersama family setelah bertahun tahun merantau jauh sejak sekolah menengah. Bersama org tersayang jugak. aha. 



Dikesempatan yang tak berapa nak menyempat ni, marilah kita sama sama mengimarahkan kehadiran bulan mulia ini dengan ibadah wajib dan sunat seperti solat terawikh, tilawah dan tadabbur Al-Quran, zakat fitrah, sedekah dan sebagainya. :) Yang wajib jangan dilupakan.


 Jadi, jom kita buat checklist for ramadhan.


Senaraikan apa yang kita nak capai di bulan ramadhan ni, dan tampal dekat meja study ke,dinding bilik ke, tempat tempat yang selalu kita tengok. So that nanti insyaALLAH akan terdorong rasa mencapai matlamat kita itu. Jangan tampal kat peti ais pulak! Kang terdorong nak bukak tengok makanan ape ada. ( Aku lertuuuu time tecit tecit tomeyyyy :P )



Kalau boleh, Ramadhan kali ini diriku mau solat di awal waktu dan belajar mengawal emosi...huhuhu...biasalah, kita ni manusia kadang kadang terleka...sebab tu kita kena selalu saling mengingatkan...



Sekian, selamat menyambut kedatangan bulan mulia, bulan Ramadhan. Bulan di mana amalan-amalan kita akan di gandakan. Marilah kita meningkatkan amalan di bulan mulia ini agar Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Marilah kita bersama-sama mengawal nafsu kerana time ni syaitan dah diikat. Jadi, nafsu itu sebenarnya menjadi punca. Doakan kebaikan bersama sepanjang bulan ini. Saya nak exam ni minggu kedua puasa insyaALLAH......doakan saya dan rakan-rakan. :)


Assalamualaikum. :)
-Nur Izzatul Hidayah Ahmad-
-Jatinangor, Bandung Indonesia-






No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3