KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Tuesday, July 10, 2012

Kerana kidal, Izzatul Hidayah di MHI






Hi. Assalamualaikum.:)


Sebelum start entry, izinkan saya menampar diri saya beberapa kali sebagai tanda ini bukan mimpi. *pannggggg!*


Pada hari Isnin, 9 July yang lalu, kalau siapa yang bangun paginya cemerlang, maka dapatlah menonton Malaysia Hari Ini ( MHI ) dan saya telah muncul secara live call dari Malaysia ke Bandung untuk segmen ' Kidal '. I dunno the exact segment cause saya takde tv. lol. 



( macam bosan cakap skema-skema. Not my type. hahaha )


Okay,kalau kawan-kawan,family semua terkejut camno haaaa ekau boleh terpilih ni haaaa. Korang kira terkejut korang je, terkejut aku korang tak pikir???hahaha.


Now,let me share how it begins and feel free to read it. :)

Sabtu ahad minggu lepas saya ada kelas. Oh, sila jangan buat buat terkejut sebab itu rutin harian saya sebagai pelajar Twinning Program UKM-UNPAD sejak tahun pertama lagi. So, hari sabtu tu bila dah penat penat,haruslah balik tu kuak lentang dekat katil. Then, bila bangun mamai mamai capai la bb ku then check email and FB.



Suddenly, i got PM from unknown person.

' Hi, saya ****** from mhi. We would like to interview u about being kidal in medical. '

And me just......oh,okay. Mimpi je tu.

Then, i put my bb beside and i walked to fridge and tiba tiba stop. (kemain aku bercerita kan...mcm buat essay )

Eh....mhi???

Then, dengan muka terkejut yang busuknya, capai balik phone and baca message tadi dengan mata yang dibesarkan dengan kadar semaksimum mungkin. toing toing.



*disitulah ceritanya bermula dan setelah conversation dengan producer and wartawan tu saya pun terimalah offer tu. Ramai bertanya, kenapa dalam ramai ramai student medic yang kidal, kenapa saya yang terpilih? kenapa saya yang ada kat bandung jauh jauh ni yang dey all nak interview? kenapa tak amik student medic kat malaysia je? kenapa tak amik doktor je terus? kenapa pilih izzatul? kenapa tak pilih saya? kenapa???why???kenapaaa????



Jangan nak meroyan sangat, meh nak bagitau ye. Setahun yang lalu saya pernah menulis entry di dalam blog mengenai KIDAL IN MEDICAL AND DAILY LIFE macam mana and they read it. So,they were interested and would like to interview me. Itu sahaja. :)



Sebenarnya saya dijemput ke Sri Pentas,untuk bersama sama ditemubual pagi tu. Tapi almaklumlah memandangkan jarak Bandung ke Malaysia itu adalah sepelaung jauhnya, saya pun dengan sedihnya terpaksa reject offer tu mula mula. Rezeki bukan kali ni so saya pun takpela kalau macam tu. Then,saya terfikir why not buat live call isnin tu memandangkan kelas saya pun pukul 9. Producer cakap okay then we proceed. :)


Hanya ALLAH yang tahu adrenaline rush yang berlaku time nak call live tu.Lagi lagi bila saya tau pengacara tu Ally Iskandar.huhu. Heart rate mencanak canak naik. Tapi bila dah start cakap tu alhamdulillah okay. :)


Saya tak tahu nak cakap mcm mana tapi saya bersyukur sebab macam satu mimpi yang jadi kenyataan. Seolah olah mimpi ditemubual oleh Ally Iskandar dan menyatakan pendapat saya mengenai bidang saya dan didengari satu Malaysia dalam program yang sudah established. Walaupun panggilan itu hanyalah beberapa minit tapi saya tahu tak semua orang dapat peluang itu. Dan dalam ribuan pelajar medic yang kidal, saya terpilih. Saya sangat menghargai bila mereka kata mereka tertarik dengan hasil tulisan saya. Itu adalah satu penghargaan bagi diri saya yang tidak seberapa dan masih lagi hijau dalam bidang penulisan ini. Alhamdulillah all praises goes to ALLAH MAHA BESAR. :')


I have something to share.


Dalam setiap apa yang kita lakukan, keikhlasan amatlah penting. Dan, ingatlah doa yang akan dimakbulkan oleh ALLAH ialah antaranya doa ibu bapa buat anak-anaknya. Dan saya tahu rezeki yang diterima ini adalah berkat doa kedua ibu bapa saya. Saya bukanlah siapa siapa tapi saya diberi peluang ini. Mungkin ALLAH mendengari doa mak dan abah saya supaya diberikan kejayaan dan rezeki buat anak-anak. Wallahualam.



9 Julai 2012 akan terus kekal dalam ingatan saya. And i have a very memorable story to be tell to my future kids. :)


Dan rahsia yang masih kekal sampai sekarang ialah ketika entry itu ditulis, saya sebenarnya menulis kerana seseorang. Seorang yang juga kidal dan antara insan penting dalam hidup saya sekarang. :) Saya tidak pernah ingin dia tahu bahawa wujudnya tulisan itu bermula kerana dirinya. Biarlah rahsia. Mungkin suatu hari nanti, bila tiba masanya dia akan tahu juga. :)



Sekian,doakan kejayaan saya dan juga rakan rakan dalam bidang ini. Semoga kami menjadi doktor muslim dan muslimah yang ulung. InsyaALLAH. Jangan pernah takut untuk bermimpi. Siapa tahu satu hari nanti jadi nyata. ;)  With that, thank you.


Salam dari Bandung, Nur Izzatul Hidayah bt Ahmad (seriously,sangat malu dengar suara sendiri -.- huahuahua )


p/s : video tu ada di FB. feel free to hear my opinion and dont worry cause i make it as public view. :)


No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3