KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Monday, July 30, 2012

Let the video tell you. Wordless.





Wordless Monday. 
My midterm examination for Cardiovascular system will be held tomorrow. Do wish us luck.




Missing you,
( eastzatul hidayah - bukan nama sebenar. haha )



Friday, July 27, 2012

kemunculan sekali lagi izzatul hidayah di MHI.

Hi. Assalamualaikum.


Haritu saya tampar pipi belah kanan kot. Kali ni nak tampar belah kiri pulak so that, equality yang ini bukan mimpi adalah sama. hahaha.


Yup. This is my second appearance in MHI within this month. Baru je saya update pada entry bertajuk Kerana kidal Izzatul Hidayah di MHI lebih kurang 2minggu yang lalu then saya diberi peluang sekali lagi muncul dalam segment ' Berpuasa di rantau '



I know,people might wonder why me. And as i stated in my last writing, it is all about rezeki. It was a rare opportunity u had been given chance to come out live on televisyen program 2 times a month. Less than 2 weeks guys!



Again, time producer call, aku mamai mamai tgh tido. hahaha. Actually time tu baru balik beli barang rumah untuk stok seminggu so boleh bayangkan tak muscle muscle aku kepenatan angkat barang. Dahla puasa kan, so tido la ape lagi. Conclusionnya apa? Aku kena tido selalu dengan harapan producer akan call lagi bila tgh tido. harharhar. No. Im joking. Please believe me. haha.



Then, he asked me whether they can make live video call, same just like last 2weeks but this time with another topic ' Berpuasa di Rantau'. Dalam hati aku segan sebenarnya sebab macam tak berapa nak rantau je. Rantau abang jauh sikit kot naik kereta. Ni naik flight 2 jam je. But then,producer tu macam paham paham je kan aku sedang bermonolog dengan diri aku sendiri and dia pun cakap :

' Even indonesia dengan malaysia ni dekat je, tapi mungkin ada perbezaan, something yang menarik ke, aktiviti student malaysia kat sana ke...so izzatul boleh la story '



Bila dengar macam tu so aku pun accept the offer and why not kan? At least dah ada pengalaman before and dah tau what shoud i do. :)


TAPI AKU SILAPPPPPP....toing toing..( kena ketuk dengan tukul katak plastik )


Kali kedua live call ni punya menggelabah aku coz i really dunno what should i mumbling about. hahaha.


Nak dijadikan cerita, pagi tu kami kat sini ada program qiamullail. Then, lepas selesai solat subuh dan tazkirah tu aku pun mamai mamai la balik rumah. Tengok tengok jam pukul 5.45 pagi mcm tu la lebih kurang. Dey all nak call jam 6.50 waktu sini so lambat lagi kan....aku pun mengambil kesempatan yang tak berapa nak menyempat itu untuk tidooooooo dengan harapan hanya 30min saje..

( perbezaan waktu di indonesia dengan malaysia ialah 1 jam. Jadi ketika tembual itu diadakan, waktu malaysia ialah jam 8 pagi manakala di sini pukul 7am. )

Harapan hanya tinggal harapan...puuuiiiiii....aku kalau dah tido, memang ke laut la gamaknya 30minit..Bila terjaga, jam dah pukul 6.40...menggelabah basuh muka dan buat praktis suara supaya tak ketara sgt baru bgn tido...huahuahua. Then lebih kurang jam 7, aku terima panggilan and they asked me to get ready. So, sebab tu suara kelihatan agak tidak bersemangat kerana ku masih mamai...huhuhu....:)



Live call begin and i've been interviewed by Nurul Syuhada Nurul Ain!!! :) Last time with Ally iskandar. Terasa mimpi dan di awangan bila dapat bercakap dengan antara personaliti tv3 yang diriku minati. :')

Itu jela kot yang nak diceritakan. I dunno kalau lepas ni ada peluang lagi ke tak. Kalau ada, itu rezeki. :)
Dan saya diberikan peluang sampaikan Salam perantauan secara live. Saya memang tak jangka pihak MHI nak bagi saya peluang tu so tetiba saya macam terkejut and eh eh..ntah pape saya sebut..hahaha...sorry kalau ada yang tak tersebut. :')  



And terima kasih kerana memberikan saya peluang ini pihak mhi. :) 


Sekian sahaja. Selamat berpuasa di ucapkan dan marilah kita bersama sama berdoa semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya insyaALLAH.. ameen.

Salam dari kejauhan,
Nur Izzatul Hidayah bt Ahmad.
Bandung, Indonesia. 

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan bakal datang lagi. checklist jom!

Assalamualaikum semua. :)



Jeng jeng jeng. Puasa sabtu kan??? alhamdulillah...sini pun puasa sabtu jugak...tak sabar sangat nak puasa kat Bandung. Saaaaaaaangat seronok puasa dekat sini. Tak terasa penat pun. Walaupun tiada bazar ramadhan semeriah Malaysia, tapi tetap best. :)



Dan alhamdulillah, tahun ini sudah masuk tahun ketiga diriku ini berpuasa di perantau. sob. Takpe takpe. InsyaALLAH tahun ni tahun terakhir puasa dekat sini. Tahun depan malaysia pulak! ;) Dapatlah diriku berpuasa bersama family setelah bertahun tahun merantau jauh sejak sekolah menengah. Bersama org tersayang jugak. aha. 



Dikesempatan yang tak berapa nak menyempat ni, marilah kita sama sama mengimarahkan kehadiran bulan mulia ini dengan ibadah wajib dan sunat seperti solat terawikh, tilawah dan tadabbur Al-Quran, zakat fitrah, sedekah dan sebagainya. :) Yang wajib jangan dilupakan.


 Jadi, jom kita buat checklist for ramadhan.


Senaraikan apa yang kita nak capai di bulan ramadhan ni, dan tampal dekat meja study ke,dinding bilik ke, tempat tempat yang selalu kita tengok. So that nanti insyaALLAH akan terdorong rasa mencapai matlamat kita itu. Jangan tampal kat peti ais pulak! Kang terdorong nak bukak tengok makanan ape ada. ( Aku lertuuuu time tecit tecit tomeyyyy :P )



Kalau boleh, Ramadhan kali ini diriku mau solat di awal waktu dan belajar mengawal emosi...huhuhu...biasalah, kita ni manusia kadang kadang terleka...sebab tu kita kena selalu saling mengingatkan...



Sekian, selamat menyambut kedatangan bulan mulia, bulan Ramadhan. Bulan di mana amalan-amalan kita akan di gandakan. Marilah kita meningkatkan amalan di bulan mulia ini agar Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Marilah kita bersama-sama mengawal nafsu kerana time ni syaitan dah diikat. Jadi, nafsu itu sebenarnya menjadi punca. Doakan kebaikan bersama sepanjang bulan ini. Saya nak exam ni minggu kedua puasa insyaALLAH......doakan saya dan rakan-rakan. :)


Assalamualaikum. :)
-Nur Izzatul Hidayah Ahmad-
-Jatinangor, Bandung Indonesia-






Tuesday, July 10, 2012

Kerana kidal, Izzatul Hidayah di MHI






Hi. Assalamualaikum.:)


Sebelum start entry, izinkan saya menampar diri saya beberapa kali sebagai tanda ini bukan mimpi. *pannggggg!*


Pada hari Isnin, 9 July yang lalu, kalau siapa yang bangun paginya cemerlang, maka dapatlah menonton Malaysia Hari Ini ( MHI ) dan saya telah muncul secara live call dari Malaysia ke Bandung untuk segmen ' Kidal '. I dunno the exact segment cause saya takde tv. lol. 



( macam bosan cakap skema-skema. Not my type. hahaha )


Okay,kalau kawan-kawan,family semua terkejut camno haaaa ekau boleh terpilih ni haaaa. Korang kira terkejut korang je, terkejut aku korang tak pikir???hahaha.


Now,let me share how it begins and feel free to read it. :)

Sabtu ahad minggu lepas saya ada kelas. Oh, sila jangan buat buat terkejut sebab itu rutin harian saya sebagai pelajar Twinning Program UKM-UNPAD sejak tahun pertama lagi. So, hari sabtu tu bila dah penat penat,haruslah balik tu kuak lentang dekat katil. Then, bila bangun mamai mamai capai la bb ku then check email and FB.



Suddenly, i got PM from unknown person.

' Hi, saya ****** from mhi. We would like to interview u about being kidal in medical. '

And me just......oh,okay. Mimpi je tu.

Then, i put my bb beside and i walked to fridge and tiba tiba stop. (kemain aku bercerita kan...mcm buat essay )

Eh....mhi???

Then, dengan muka terkejut yang busuknya, capai balik phone and baca message tadi dengan mata yang dibesarkan dengan kadar semaksimum mungkin. toing toing.



*disitulah ceritanya bermula dan setelah conversation dengan producer and wartawan tu saya pun terimalah offer tu. Ramai bertanya, kenapa dalam ramai ramai student medic yang kidal, kenapa saya yang terpilih? kenapa saya yang ada kat bandung jauh jauh ni yang dey all nak interview? kenapa tak amik student medic kat malaysia je? kenapa tak amik doktor je terus? kenapa pilih izzatul? kenapa tak pilih saya? kenapa???why???kenapaaa????



Jangan nak meroyan sangat, meh nak bagitau ye. Setahun yang lalu saya pernah menulis entry di dalam blog mengenai KIDAL IN MEDICAL AND DAILY LIFE macam mana and they read it. So,they were interested and would like to interview me. Itu sahaja. :)



Sebenarnya saya dijemput ke Sri Pentas,untuk bersama sama ditemubual pagi tu. Tapi almaklumlah memandangkan jarak Bandung ke Malaysia itu adalah sepelaung jauhnya, saya pun dengan sedihnya terpaksa reject offer tu mula mula. Rezeki bukan kali ni so saya pun takpela kalau macam tu. Then,saya terfikir why not buat live call isnin tu memandangkan kelas saya pun pukul 9. Producer cakap okay then we proceed. :)


Hanya ALLAH yang tahu adrenaline rush yang berlaku time nak call live tu.Lagi lagi bila saya tau pengacara tu Ally Iskandar.huhu. Heart rate mencanak canak naik. Tapi bila dah start cakap tu alhamdulillah okay. :)


Saya tak tahu nak cakap mcm mana tapi saya bersyukur sebab macam satu mimpi yang jadi kenyataan. Seolah olah mimpi ditemubual oleh Ally Iskandar dan menyatakan pendapat saya mengenai bidang saya dan didengari satu Malaysia dalam program yang sudah established. Walaupun panggilan itu hanyalah beberapa minit tapi saya tahu tak semua orang dapat peluang itu. Dan dalam ribuan pelajar medic yang kidal, saya terpilih. Saya sangat menghargai bila mereka kata mereka tertarik dengan hasil tulisan saya. Itu adalah satu penghargaan bagi diri saya yang tidak seberapa dan masih lagi hijau dalam bidang penulisan ini. Alhamdulillah all praises goes to ALLAH MAHA BESAR. :')


I have something to share.


Dalam setiap apa yang kita lakukan, keikhlasan amatlah penting. Dan, ingatlah doa yang akan dimakbulkan oleh ALLAH ialah antaranya doa ibu bapa buat anak-anaknya. Dan saya tahu rezeki yang diterima ini adalah berkat doa kedua ibu bapa saya. Saya bukanlah siapa siapa tapi saya diberi peluang ini. Mungkin ALLAH mendengari doa mak dan abah saya supaya diberikan kejayaan dan rezeki buat anak-anak. Wallahualam.



9 Julai 2012 akan terus kekal dalam ingatan saya. And i have a very memorable story to be tell to my future kids. :)


Dan rahsia yang masih kekal sampai sekarang ialah ketika entry itu ditulis, saya sebenarnya menulis kerana seseorang. Seorang yang juga kidal dan antara insan penting dalam hidup saya sekarang. :) Saya tidak pernah ingin dia tahu bahawa wujudnya tulisan itu bermula kerana dirinya. Biarlah rahsia. Mungkin suatu hari nanti, bila tiba masanya dia akan tahu juga. :)



Sekian,doakan kejayaan saya dan juga rakan rakan dalam bidang ini. Semoga kami menjadi doktor muslim dan muslimah yang ulung. InsyaALLAH. Jangan pernah takut untuk bermimpi. Siapa tahu satu hari nanti jadi nyata. ;)  With that, thank you.


Salam dari Bandung, Nur Izzatul Hidayah bt Ahmad (seriously,sangat malu dengar suara sendiri -.- huahuahua )


p/s : video tu ada di FB. feel free to hear my opinion and dont worry cause i make it as public view. :)