KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Sunday, June 10, 2012

menjawab persoalan mengenai top entry




Dah lama sebenarnya saya tak bergiat aktif dalam pengupdatean blog. Eh, bahasa melayu dia apa? Penaikan tarikh kot. hahaha. Okay, tak lawak. Dulu ketika saya di 1st year, yakni masih berjinak jinak manja dalam penulisan ini memang kalau boleh hari hari nak update. Tapi bila masuk tahun kedua, sibuknya yang amat! Sabtu ahad siap ada kelas lagi, dengan sistem yang menebalikkan kepala otak lagi, dengan saya yg pemalasnya lagi. eh. 
So, melangkah ke tahun ketiga ini saya berazam akan menjaga kebajikan anda anda semua jadi undilah saya! ( manifesto yang akan kedengaran ketika pilihanraya hampir menjelang tiba )
Takla, tipu je. Saya berazam akan rajin sikit menulis. Sebab apa tau? sebab.......orang orang malaysia ni memang kaki shopping. Tak caya? tengok ni.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
haaaa....kena tipu lagi......shopping apa kejadahnya semua ini bergajah gajah bagai??
Takla, sebenarnya nak tunjuk benda ni.




* boleh refer top entry mengenai 'tempat tempat menarik di bandung' *



Ramai rupanya nak tahu pasal tempat tempat menarik kat bandung ni. Blog picisan tuan hamba ini tidaklah segagah blog kakak senior tuan hamba si cantik manis yang keluar MHI and Nasi Lemak Kopi O dan asyiklah diusik oleh Fizo Omar tuuuuuuuuuuu.
Maka rasa seronok kerana dapat membantu, bagi input walaupun sedikit mengenai bandung ini.


Dan banyak sebenarnya yang request suruh story telling maka tersebutlah alkisahhhhhhh pasal :

* tempat tempat pelancongan menarik selain dari shopping. Actually dah taip dah tapi still in draft sebab saya pemalas nak masukkan gambar. sekian.

* pasal pengangkutan awam kt bandung sebab takut ditipu ke apa ke kan.

*pasal makanan makanan best dan murah. ( demand kan korang kan! dah best, nak murah pulak tu. puasa je! kehkehkeh )

hurmmmmmm. hurmmmmmmm.

i will try to give more information soon. Sebab sekarang ni masih lagi di minggu pertama my 3rd year, jadi masih belum sibuk sepenuhnya. Sekarang sistem jantung oiiiiiii...terbalik terbalik....atau bahasa inggerisnya HEART.
I love 'my heart'.  huahua.




Tengokla dulu sikit2 gambar gambar menarik buat cuci cuci mata anda-anda semua. Seronok sebenarnya duduk tempat orang ni sebab keunikan ni mungkin tak ada di negara kita. 

see. cantik kan. Ini ditangkap pakai kamera sony ericson aku yang capuk tu je. Kalau korang yang camera canggih canggih macam rantai sauh gantung kat leher tu mesti lagi cantik.



*korang jangan nak gelakkan muka cuak aku ea. Tu harimau betul tu. :P *










 nasi kuning. bukan nasi minyak ea. eh. :P


ni bukan wallpaper ye. ini air terjun. atas tu restoran. abaikan budak tembun depan tu. =.= 


Assalamualaikum. :)



No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3