KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Saturday, April 07, 2012

Cara Mempositivekan Diri

Assalamualaikum.


I am on my last week of final exam. Last week means i still have exam to go through dear! but the way im acted is like

' HELLO WORLD..socca dah habis so aku boleh golek-golek baring atas katil sambil orang suap anggur ko tauuu! '


That is not an appropriate way to celebrate ending of socca ok. BTW, i scored A in socca @ my oral test presentation. Yeaaa...alhamdulillah. Pengorbanan tido 3pagi terbalas. Instead of that, of course berkat du'a semua orang yg mendoakan. Sekali kita mendoakan untuk kebaikan orang lain, beribu kali malaikat mendoakan untuk kita. 
Thanks mak abah. :')


Saya ada sedikit perkongsian bagi yang menjengah blog ini. Sebenarnya saya nak buat cara belajar guna mind map sebab saya aplikasikan masa saya tgh busy dgn exam dulu dan saya rasa macam eh eh,lagi memudahkan. So what if we spread the love kan. 
Tapi memangdangkang ( versi Ganu kehkehkeh ) saya malas nak capai USB Drive atas almari ( aaaaa malassssnyaaaaaa malassssnyaaaaaaaa...malasssnyaaaaaa) so saya tak boleh nak transfer kan mind map yg saya dh buat.

Esok lusa la kalau saya agak2 dah ada stamina. hihi.


Hari ini tergerak di hati kecik ini ( walaupun sebenarnya hati adalah organ yg terbesar dalam badan. Saya kata dalam badan tau sebab luar badan ialah skin. ) untuk menyatakan satu pendapat. Satu je. Saya promise, satu je. :P


Pernah tak kita lihat orang lain punya perangai, cara pembawakan, style, dan kita rasa tak suka. Ada tak??

Ada tak kita lihat cara seseorang berfikir dan tergerak dalam hati kita macam mana dia boleh nak terfikir buat semua tu? Takde benda menarik lain ke yg dia boleh buat?? 


akan ada masa dan ketika kita akan rasa semua orang di sekeliling kita tak betul. Apa orang tu buat salah, apa orang tu berfikir salah. Apa cara pembawakan dia salah. Dan kita rasa, 


'Aku tak macam tu pun. Asal la dia tu mcm tu sekali.'

Contohla ayat tu kan. Kita akan rasa macam apa yang kita buat je betul dalam dunia ni.

Tapi fahamilah bahawa.........


Cara pembawakan, behavior, style, pertuturan, tingkah laku, ( eh tingkah laku dengan behavior tu sama je la kan...) adalah dibentuk dari persekitaran. Mungkin dari kecil dia sudah dibentuk dari persekitaran seperti itu. Mungkin bila dia membesar itu persekitarannya. Jadi kita nak expect dia berubah sedrastik itu semata mata sebab kita tak suka?? Dan kalau kita tak cakap kita tak suka, ko ingat dia nak tahu yang ko tak suka??



Kalau kita rasa menyampah sangat dengan rakan sekelas ke, rakan sekerja ke, marilah kita mempositivekan diri dengan berfikir


' mungkin itu adalah dari persekitaran dia dari kecik. Kita jangan nak harapkan orang lain je paham kita, kita pun kena berusaha menerima kekurangan dan kelebihan insan lain. Ingatlah dunia ini diciptakan saling melengkapi pasangannnya. Mungkin bagi kita apa yang dia lakukan, fikirkan itu pelik. Tapi dia tak rasa begitu pun sebab mungkin keluarganya juga begitu dan dia rasa dia ada yang asing mengenai dirinya. '

' Janganlah menjadi insan yang terlalu negative fikirannya. Buka minda dan positivekan diri. Pasti anda akan melihat betapa indahnya dunia ini.'


' Masa yang ALLAH berikan untuk hidup di muka bumi ini tidaklah terlalu lama jadi janganlah buang masa itu dengan sibuk membenci perlakuan orang lain. Hiasilah dunia dengan insan yang mencintai dunia anda.'


Setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi ini tidak sempurna. Itu lumrah alam. Itu hukum alam. Hanya ALLAH s.w.t sahaja yang sempurna. Jadi mengapa kita mengharapkan agar orang lain bersifat sempurna bahkan terlalu sempurna sedangkan kita tahu itu tak mungkin terjadi??

Kalau tak tahan sgt, berdoalah. Berdoalah agar kita diberikan kekuatan tak menyampah sgt dengan orang yg kita tak suka tu. 

Marilah kita belajar mempositivekan diri. Ingatan untuk diri sendiri dan taulan..

Assalamualaikum. 



- Izzatul Hidayah -

No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3