KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Thursday, March 22, 2012

nak tulis title apa pikir sampai 10min

Assalamualaikum.

Ya ALLAH berabad tidak ku menghadap blog usang ini. Berlalang lalang sudah sebagaimana tumbuhnya lalang lalang di depan rumahku. Dah macam Taman Safari cuma tinggal tak letak Zirafah je, kalau tak dah sebijik dah.
Fuhhh, what a relief sesungguhnya hari ini saya baru saja menamatkan segala kelas pembelajaran untuk Sem 4 yakni tahun kedua as a medical student di Bandung. 

( What a relief ke??????? =.= )

Sebenarnya tak ada la what a relief sangat sebab nak exam final ye tuan tuan dan puan puan yg dikasihi. Selalunya exam final akan membuatkan aku makan terlebih kenyang, tidur terlebih lena dan mandi tak terlalu basah sangatla sebab malas nk mandi. lol.


( letup letupkan jejari tembam ini )


So,jangan terkejut sebab memang sejak duduk di sini saya tak pernah mengenal erti study week. Apa tu study week? Study a week before nak exam saya taula sebab tu selalu saya buat. Jadi marilah kita bersama sama mendoakan yang terbaik buat diri kita dan orang lain. hehehe.


Sebenarnya saya mengarang sambil makan ni haaaa. Sekarang mood i bahagia bahagia manja gituwwww so asyik makan je la memanjang kan sampai tembun. Bukan sampai tambun ye. Jangan silap pulak haaaa...


I cooked it by myself. First time masak bihun ladna. Sebelum ni bihun reti goreng dengan buat bihun singapore je but this time rasa nak ubah selera. 
Not bad la my first try but maybe i should put more tepung jagung tu so that dia lebih likat.


 And saya hanya mencampak apa yg ada dalam peti sejuk tu so sayur just carrot,sayur apa tu ntah,fishball and ayam. Kalau ada mushroom, udang, konform lg sedap kot. 




1 more thing, i cannot eat pedas but then i put 3 cili yg kecik kecik cili padi. Menggagau cari ayaq...!! And i was like...alamak......dia dahla jenis makan pedas.....hehe...daaaaaa..Assalamualaikum.....:)


No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3