KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Tuesday, January 31, 2012

ISNIN dan LOSER memang sepadan

Assalamualaikum. 


Rasa macam nak menulis. Kenapa? Entahla. Rasa macam harini L O S E R. 


Selalunya, Kebiasaannya, Majoritinya orang kata a good day start with a good morning. Sebab tu kita digalakkan sarapan pagi. Makan 2,3 keping roti canai kuah banjir dengan teh tarik ONE ke, nak sedap lagi nasi lemak daun pisang 2bungkus. Peberet aku tu! Tapi sejak duduk Bandung ni, sarapan aku hanyalah bertemankan Batagor bumbu, Mee ayam atau Gorengan. Patah seribu hatiku~~



Isnin selalu menjadi hari yang L O S E R bagi aku. Aku rasa anda anda di luar sana pun kan? Alkisahnya begini.



Ahad jam 2.15am aku dikejutkan dengan serangan gastrik. Pfft. Lama sudah anda tidak datang menjenguk. Sepanjang ahad itu hanya roti je sempat aku makan atas alasan gedik gedik manja nak diet padahal berat badan tak pernah naik sejak sekolah menengah. Dan malam tu makan nasi goreng seafood. Perbezaan masa yang ketara menyebabkan gastric juice yg direleasekan sekian lama menghakis sedikit demi sedikit wall of my stomach. Kesian cell cell stomach aku. Say NO to diet. aha.



Then, ketidakboleh tidur telah memaksa aku bangun, menggagahkan diri menyuap makanan ke mulut, dan minum air suam secawan. Aku mengharapkan sumber glucose dapat bertindak dengan secepatnya.  Gitu~ I sleep again with minyak angin jd peneman. Ayat kau macam novel ongbakkk rinduuu sangat! Aku sendiri baca sendiri geli.



Kau bayangla, biologic clock aku terganggu. Then, aku TERlewat bangun padahal kelas hari isnin jam 7. Nampak aku caps lock perkataan TER tu? Nampak tak ketidaksengajaan aku tu? Menggelabah ayam siap nak gi kelas, aku sempat spend 5min lagi termenung nak pakai baju apa pergi kelass. Meninggalkan rumah dalam keadaan tergesa2, rupanya raaaaaaaamai kwn2 aku dalam angkot ( angkutan kota ) sekali. Sepakat membawa berkat. hihi



Bila sampai kelas, kami rushing gila jalan. Aku rasa nak lari pecut sampai fakulti. almaklum lama tinggal balapan. Tapi memikirkan jln yang berbukit aku jalan macam org jepun jalanla. Sekali sampai kelas, lecturer tak bagi masuk!!! lewat 2minit. Terima kasih. Aku baru tau lecturer yang ini tegas gila bab masa. Aku buat silap besar kali ni BEB! silap besar. Di uni aku, kedatangan ialah 80% kalau nak masuk exam. If u sick, bring ur MC letter in 24hours. Tapi kena 100% untuk exam ulangan. See? Aku judikan life aku sikit semata2 2minit tu.



Dah tak boleh masuk lecture 2jam tu dah satu hal. Nak pergi breakfast mak aiii orang punyalah ramai. Aku dahla semalam gastritis. Kepala aku dah start berpinar pinar macam baru lepas turun Vertigo yg dekat Theme Park tu kan. 



Bila dah balik rumah, kepala migrain, badan panas, hidung sakit. Yup. I do have sinusitis atau bahasa mudahnya resdung. Orang resdung tak boleh makan seafood. But then, aku lupa, sabtu haritu keluar makan kat bandung aku bantai seafood seolah olah tiada hari esok. Pity me. :(   badan panas maybe sebab my antibody tengah berlawan dengan virus tu,then keluarkan inflammatory mediator. Another L O S E R event. huh



Kesimpulan, manage your day. Remember what is the consequence of your action. so ni salah sape ni? Salah seafood lerrrtuwwwwww.. ahaa.

Aku bosan kbai.










No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3