KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Thursday, January 05, 2012

Ini bukan entry cara menurunkan berat badan.

Assalamualaikum.

Ye. Kan dah tulis dekat tajuk tu, memang tak nak bagi tips ke, tutorial aku tengah berjogging ke, aku tak makan makanan berminyak ke, aku check semua label makanan untuk tahu nilai kalori tiap kali aku beli makanan kat pasaraya ke, hanya sentuh nasi sehari sekali dalam kuantiti yang sikit ke, hanya makan buah-buahan tempatan ke, ( aku makan tembikai je, durian tak makan, rambutan tak makan, pisang kadang kadang ) hanya goreng makanan pakai minyak zaiton ke, berjumpa dengan pakar pemakanan ke, google cara cara nak kurus ke. Orang kata memang tak. Sebab aku tak pernah buat semua tu. So siapa yang salah tempat google tu, boleh la jemput makan jemput jemput di blog lain.


Aku nak naikkan berat badan!!!!!


Berat badan dari kecik, zaman main cintan cintun pakai handphone NOKIA 3310 sampai lah sekarang canggih sikit pakai BlackBerry yang kononnya kat Malaysia tu retis retis je pakai u oll~~~ *flip rambut* tapi dekat indonesia ni bersepah budak2 sekolah menengah pakai hatta sekalian budak budak kat universitas aku yang terkenal dan fofular ni. Abaikan ayat perli memerli itu. opsssssss. 

Subhanallah. Bersyukur sangat sangat aku ni berat badan susah nak naik. Makan nafsunya boleh tahan. Compartment perut tu agak agak mcm perut lembu. Ada 4. Makan pulak susah nak skip, setiap masa dipenuhi dengan aktiviti kunyah mengunyah. Jangan nak cemburu cemburu sangat. Sebabnyaaaaaaaaaaaa


Yela, umur dah 21 ( 26Feb ni ye aku genap 21. Ready hadiah siap2. toinnnnggggg ) tapi badan comel sangat mcm budak darjah 3. Bab tinggi jgn cakap dgn aku, nanti aku punya hati mengalami atrophy dan terus mengecil lah hatiku. Tinggi tu bab growth hormone. Maybe kecik2 dulu aku suka study dan tidak suka tidur menyebabkan growth hormone itu tidak dapat direlease kan dengan se effectivenya menyebabkan terlahirlah figura seperti ini. Maka bila besar aku menebus kesilapan itu dengan tidur dengan banyaknya dan tidak study. Aku selalu berharap pada keajaiban adverse effect. ( yang tidak pernah mungkin terjadi )



Aku nak naik berat around 3kilo je cukupla. Sedang cuba sedaya upaya sejak beberapa tahun yang lalu tapi masih gagal hingga kini. Sila jangan cadangkan makan vitamin sebab nanti effect dia terlebih. OOOOO.....akan membebel la sygku seandainya melihat diriku terlebih di pam pam. 



And now, im still looking in my nutrition book, how to increase my lean body wieght. I have a tip but yeahhh everyone knows it and yet it is not a tip anymore. Sebab kalau tak silap aku tip tu kiranya kalau org lain belum pernah tau benda tu and diilhamkan dari kita sendiri. But since kalau orang lain dah ramai yg tau, please stop calling that tip. Kau jgn bajet hot buat konon idea tu datang dari kau padahal tiap2 awal bulan ko beli majalah REMAJA nak tgk tips kecantikan baru apa yg ada dalam tu. Kau tak paham ayat aku? Aku pun tak paham. 


Okay. Tip nya ialah dapatkan lean body. Bukan fat body. Lean body bila berat bdn kau bertambah sebab gain muscle. Macam ahli bina badan or atlet selalunya. 



Aku berusaha dapatkan lean muscle dengan cara bawak buku berat 2kilo pergi kelas. Kau tau azab bawak buku berat naik bukit? Haaaa....if u had any idea how to gain weight sedikit melalui makanan sharing is caring la kan. 



Sudahlah. Aku rasa aku banyak merepek. Ni effect vitamin zinc, coconut oil, antibody supplement yang aku telan setiap pagi. So, now understand why i resist  any vitamin idea? ;)



Aku sangat tembam ketika berumur 18tahun. =.=

Have no idea, lost an idea. Blah dulu la. Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3