KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Tuesday, January 31, 2012

Tempat tempat menarik di Bandung

Baiklah. Assalamualaikum. Tulisan ini diilhamkan bila saya dapat comment begini.




Sebenarnya aku dah lama nak tulis entry pasal pelancongan di Bandung ni. Sebab bila aku scroll visit entry kebanyakannya akan datang mencari aktiviti pelancongan di Bandung. But when i got this message rasa rasa macam what if aku membantu you guys out there kan. :) So, spend a lil bit of my time write this entry is not a big deal as long as it will help you. A doctor was born and trained to help. ;)



 Tapi sebelum tu ada beberapa peringatan sebelum anda terus membaca tulisan yang panjang ini. Kelas kau kannn. Siap ada peringatan bagai! Yela..aku tak nak bila anda anda drop by dan baca entry ni anda kecewa sebab tak memenuhi kehendak piawaian ISO anda. So baik aku ingatkan awal awal apa yang anda patut expect dan tidak patut expect.



APA YANG ANDA PATUT EXPECT.
  • Saya akan cuba sedaya upaya memberitahu dan berkongsi tempat tempat menarik yg pernah saya lawati di Bandung ini tapi memandangkan saya lebih kurang 2tahun saja di sini takla terlalu banyak yg boleh saya kongsikan. :)

  • Mungkin pandangan saya agak berbeza dari teman teman anda yang pernah singgah di Bandung. Jadi ambil dan nilai sendiri. Jangan terima bulat bulat. Mungkin saya kata tak best, mungkin rakan anda kata best. :)

So, let we start the journey about aktiviti aktiviti dan tempat tempat menarik di Bandung. Also known as Paris Asia. ;) atau juga tempat menghabiskan duit bershopping. atau juga tempat mak mak,kakak kakak bersukaria dan bapak bapak termenung saje. ekekeke.


1. Pasar Baru





Ini merupakan tempat wajib lawat bagi pelancong pelancong. Setiap kali aku shopping kat sini, tak pernah tak sah ( ayat bangla ) kalau aku tak jumpa org Msia. Artis artis pun selalu datang shopping sini. Pasar Baru ada apa? Ok. Sini memang murah dengan kain ela, baju kebaya, telekung, kuih kuih tradisional bandung, handbag so on and so forth. Anda akan teruja melihat kemurahan harga nya jika nak banding dengan Malaysia. 

DIINGATKAN. Kalau hari minggu, Pasar Baru ni memang ramai orang tak kira luar negara atau local. So, beware of ur belonging. Bawak beg silang. Jaga beg anda betul betul. Pastikan tawar menawar sehabis sepulun pulunnya dengan peniaga sebab selalunya memang dia akan manja manja liat dengan foreigner. Dan jangan terkejut kalau ada org datang jual keychain, beg, kerumun anda ramai2 dan takkan berputus asa suruh anda beli benda tu. Mereka punya marketing system yang bagus. ;) 
 Kalau taknak beli ckp elok elok, jangan naikkan suara ke apa. Let's not being too rude coz Malaysian we are polite rite? :)
More info, google more about Pasar Baru.




2. Factory Outlet



AAAAAA...folder gambar aku berterabur so aku tak boleh nak show off gambar best2 dekat Factory Outlet. Actually ada 1 gambar je pun. Yela aku konon taknak bajet pelancongg aaa kan. :P

Factory Outlet boleh dikatakan gedung yg terdapat di sepanjang jalan yang menjual baju baju berjenama dan mewah. Tell me what u want. Zara, Polo, Armani Exchange, Gucci, gusi opsss, semua ada. Factory Outlet ni banyak tempat. Let me name yang famous la sikit ea.
Secret ( my fav ), Rumah Mode ( my fav ), Jetset, Fashion World, Gossip Girl and baaaanyak lg. Since Bandung dikenali sebagai syurga membeli belah asia, u wont regret it. Me also. But since haku pakai duit Mara so ko jgn bajet bajet nak amik bayar amik bayar kannnnn!!
The price i would say yup it is affordable. Kat sini tak boleh tawar menawar la kan mcm Pasar Baru. Factory  Outlet ni ada dekat 3 jalan. Jl. Setiabudi, Jl. Riau, Jl. Dago. So banyak sgt pilihan.



3. Toko Tiga

Maaf. Yang Toko Tiga ni aku tak ada gambar sebab pernah pergi sekali je. Toko Tiga ni menjual Jeans Levi's original dengan harga yang berpatutan. Since Bandung pembuatnya dekat asia. Harga kalau compare dengan Malaysia aku rasa lebih kurang je sebab aku tak usya sangat harga Levi's dekat Malaysia so i had no idea. :) Jadi kalau anda semua penggemar penggemar Jeans, yes, bolehlah pergi Toko Tiga tu, ada baaaaaaaaanyak Jin. ;P okay typo sengaja gedik gedik. Jeans.




4. Paris Van Java



Baiklah. Ini adalah shopping mall tapi style2 pavillion. Is it too much if i compare it with pavillion???? Mall ni for my point of view memang orang orang kaya je yang datang membeli belah. Banyak kedai best best and comel comel. Do come have a look. Memang la shopping mall kebanyakan nya sama je seluruh dunia but alang alang dah datang sini, singgahla sekali dekat Paris Van Java yang menjadi lambang jugak kot untuk bandung ni . :)  Harga barang barang standard chartered la. Mahal jugak. huhu.
Paris Van Java ini sangat cantik diwaktu malam. Let say anda rasa bosan di hotel selepas penat berbelanja siang tu kan, what if cuci mata dekat mall ni di malam hari. Banyak lampu sepanjang jalan. 




5. Cihampelas Walk ( Chiwalk ) 

AAAAAAA....this is my favourite shopping mall ever. Like seriously. I can spend a day dekat sini. ( spend money also lorrrr ) Jom layan gambar ye.



Okay, 3 je cukup. huahuahua.tapi aku nampak tembam la dlm gambar ni. eh eh, out of the topic. Basically, chiwalk ini adalah mall dalam taman. Kat sini banyak kedai best best dan standard. Menjadi tempat lepak student student malaysia selalunya sbb mall ni memang awesome. Ciwalk ni ada skywalk. Nampak tempat yg aku tangkap gambar tu, itulah skywalk. Sesuai kalau anda dah letih letih pusing bandung yang sesak tu,lepak kat mall ni makan tutti frutti. hihihi. my fav. :D
BTW, kedai kedai di Ciwalk ni amat berpatutan jugak. Nice one. 




5. TRANS STUDIO




Trans Studio ni aku masih belum jejakkan kaki lagi. Ini adalah theme park dalam mall iaitu Bandung Supermall. If im not mistaken terbesar di asia. Macam Kosmo World dekat Times Square tu.Tapi my friends yang dah pergi cakap memang best dekat sini. Tiket masuk 180k rupiah rasanya. Haaa....convert sendiri. kikiki. BTW, Trans Studio Bandung ni mula dibuka sejak tahun lepas. Masih baharu lagi. Just nice. Kalau siapa yang bawak anak anak datang Bandung tu, bagila anak anak anda chance holiday time pulak. Yela, maknya dah puas shopping kat Pasar Baru tu kan..hehehe. 







6. KARTIKA SARI


Kartika Sari ialah Bakeri tersedap yang aku pernah rasa. Selalunya orang Malaysia akan datang sini last sekali beli brownies, bread, cake, macam macam lagi makanan untuk dibawa balik sebagai ole ole ke Malaysia. Antara yang terfamous dan aku selalu bawak balik ialah Brownies kukus. Like seriously memang sedap. Kartika Sari ni ada 2 cawangan. Sama ada dekat kilang dia dan dekat Jl. Dago. Pendapat saya pergilah di Jl. Dago tu sebab sangat cantik dan best. 
Harga pun murah. 28k untuk satu brownies. lebih kurang rm9 macam tu. Go get one before pergi airport. Jangan sampai terlepas flight sudeyyyy. 
Kang tetiba  'ni east punya pasal la ni promote2 Kartika Sari suruh beli before balik mesia sampai I tertinggal flight. Kelass kau kan. aha. '




Baiklah, ini adalah tempat di sekitar Bandung. InsyaALLAH selepas ini saya cerita mengenai tempat tempat menarik yang jauh sikit dari Bandung. We have Kampung Daun, Kawah Putih, Tangkuban Perahu. Itu kira tempat wajib pelancong la. Later ya. 

Tempat tempat yang saya nyatakan di atas ni tempat yang berada dekat dekat. Sesuai kalau anda datang 2hari atau 3hari ke Bandung. 

Enjoy your holiday!!
Semoga tulisan ini dapat membantu.


Btw, i miss Malaysia. :)
Assalamualaikum. 


p/s update : another tour tips that might help you. refer tour tips dekat page. saya membantu setakat mana termampu.

Aktiviti habis exam


Hai. Saya main salji. :D


ISNIN dan LOSER memang sepadan

Assalamualaikum. 


Rasa macam nak menulis. Kenapa? Entahla. Rasa macam harini L O S E R. 


Selalunya, Kebiasaannya, Majoritinya orang kata a good day start with a good morning. Sebab tu kita digalakkan sarapan pagi. Makan 2,3 keping roti canai kuah banjir dengan teh tarik ONE ke, nak sedap lagi nasi lemak daun pisang 2bungkus. Peberet aku tu! Tapi sejak duduk Bandung ni, sarapan aku hanyalah bertemankan Batagor bumbu, Mee ayam atau Gorengan. Patah seribu hatiku~~



Isnin selalu menjadi hari yang L O S E R bagi aku. Aku rasa anda anda di luar sana pun kan? Alkisahnya begini.



Ahad jam 2.15am aku dikejutkan dengan serangan gastrik. Pfft. Lama sudah anda tidak datang menjenguk. Sepanjang ahad itu hanya roti je sempat aku makan atas alasan gedik gedik manja nak diet padahal berat badan tak pernah naik sejak sekolah menengah. Dan malam tu makan nasi goreng seafood. Perbezaan masa yang ketara menyebabkan gastric juice yg direleasekan sekian lama menghakis sedikit demi sedikit wall of my stomach. Kesian cell cell stomach aku. Say NO to diet. aha.



Then, ketidakboleh tidur telah memaksa aku bangun, menggagahkan diri menyuap makanan ke mulut, dan minum air suam secawan. Aku mengharapkan sumber glucose dapat bertindak dengan secepatnya.  Gitu~ I sleep again with minyak angin jd peneman. Ayat kau macam novel ongbakkk rinduuu sangat! Aku sendiri baca sendiri geli.



Kau bayangla, biologic clock aku terganggu. Then, aku TERlewat bangun padahal kelas hari isnin jam 7. Nampak aku caps lock perkataan TER tu? Nampak tak ketidaksengajaan aku tu? Menggelabah ayam siap nak gi kelas, aku sempat spend 5min lagi termenung nak pakai baju apa pergi kelass. Meninggalkan rumah dalam keadaan tergesa2, rupanya raaaaaaaamai kwn2 aku dalam angkot ( angkutan kota ) sekali. Sepakat membawa berkat. hihi



Bila sampai kelas, kami rushing gila jalan. Aku rasa nak lari pecut sampai fakulti. almaklum lama tinggal balapan. Tapi memikirkan jln yang berbukit aku jalan macam org jepun jalanla. Sekali sampai kelas, lecturer tak bagi masuk!!! lewat 2minit. Terima kasih. Aku baru tau lecturer yang ini tegas gila bab masa. Aku buat silap besar kali ni BEB! silap besar. Di uni aku, kedatangan ialah 80% kalau nak masuk exam. If u sick, bring ur MC letter in 24hours. Tapi kena 100% untuk exam ulangan. See? Aku judikan life aku sikit semata2 2minit tu.



Dah tak boleh masuk lecture 2jam tu dah satu hal. Nak pergi breakfast mak aiii orang punyalah ramai. Aku dahla semalam gastritis. Kepala aku dah start berpinar pinar macam baru lepas turun Vertigo yg dekat Theme Park tu kan. 



Bila dah balik rumah, kepala migrain, badan panas, hidung sakit. Yup. I do have sinusitis atau bahasa mudahnya resdung. Orang resdung tak boleh makan seafood. But then, aku lupa, sabtu haritu keluar makan kat bandung aku bantai seafood seolah olah tiada hari esok. Pity me. :(   badan panas maybe sebab my antibody tengah berlawan dengan virus tu,then keluarkan inflammatory mediator. Another L O S E R event. huh



Kesimpulan, manage your day. Remember what is the consequence of your action. so ni salah sape ni? Salah seafood lerrrtuwwwwww.. ahaa.

Aku bosan kbai.










Tuesday, January 10, 2012

oh. gmbr ni nampak tembam. abaikan.



ye...dah tembam dahhhhhhhhhhhhhhh. 
aku rasa webcam aku salah angle ni.

mencik arrr....makan lagi yogurt selalu. padan muka.

*sit up 40 kali*
huahuahuahua.

ok. sbnrnya bosan. bye.

Thursday, January 05, 2012

Ini bukan entry cara menurunkan berat badan.

Assalamualaikum.

Ye. Kan dah tulis dekat tajuk tu, memang tak nak bagi tips ke, tutorial aku tengah berjogging ke, aku tak makan makanan berminyak ke, aku check semua label makanan untuk tahu nilai kalori tiap kali aku beli makanan kat pasaraya ke, hanya sentuh nasi sehari sekali dalam kuantiti yang sikit ke, hanya makan buah-buahan tempatan ke, ( aku makan tembikai je, durian tak makan, rambutan tak makan, pisang kadang kadang ) hanya goreng makanan pakai minyak zaiton ke, berjumpa dengan pakar pemakanan ke, google cara cara nak kurus ke. Orang kata memang tak. Sebab aku tak pernah buat semua tu. So siapa yang salah tempat google tu, boleh la jemput makan jemput jemput di blog lain.


Aku nak naikkan berat badan!!!!!


Berat badan dari kecik, zaman main cintan cintun pakai handphone NOKIA 3310 sampai lah sekarang canggih sikit pakai BlackBerry yang kononnya kat Malaysia tu retis retis je pakai u oll~~~ *flip rambut* tapi dekat indonesia ni bersepah budak2 sekolah menengah pakai hatta sekalian budak budak kat universitas aku yang terkenal dan fofular ni. Abaikan ayat perli memerli itu. opsssssss. 

Subhanallah. Bersyukur sangat sangat aku ni berat badan susah nak naik. Makan nafsunya boleh tahan. Compartment perut tu agak agak mcm perut lembu. Ada 4. Makan pulak susah nak skip, setiap masa dipenuhi dengan aktiviti kunyah mengunyah. Jangan nak cemburu cemburu sangat. Sebabnyaaaaaaaaaaaa


Yela, umur dah 21 ( 26Feb ni ye aku genap 21. Ready hadiah siap2. toinnnnggggg ) tapi badan comel sangat mcm budak darjah 3. Bab tinggi jgn cakap dgn aku, nanti aku punya hati mengalami atrophy dan terus mengecil lah hatiku. Tinggi tu bab growth hormone. Maybe kecik2 dulu aku suka study dan tidak suka tidur menyebabkan growth hormone itu tidak dapat direlease kan dengan se effectivenya menyebabkan terlahirlah figura seperti ini. Maka bila besar aku menebus kesilapan itu dengan tidur dengan banyaknya dan tidak study. Aku selalu berharap pada keajaiban adverse effect. ( yang tidak pernah mungkin terjadi )



Aku nak naik berat around 3kilo je cukupla. Sedang cuba sedaya upaya sejak beberapa tahun yang lalu tapi masih gagal hingga kini. Sila jangan cadangkan makan vitamin sebab nanti effect dia terlebih. OOOOO.....akan membebel la sygku seandainya melihat diriku terlebih di pam pam. 



And now, im still looking in my nutrition book, how to increase my lean body wieght. I have a tip but yeahhh everyone knows it and yet it is not a tip anymore. Sebab kalau tak silap aku tip tu kiranya kalau org lain belum pernah tau benda tu and diilhamkan dari kita sendiri. But since kalau orang lain dah ramai yg tau, please stop calling that tip. Kau jgn bajet hot buat konon idea tu datang dari kau padahal tiap2 awal bulan ko beli majalah REMAJA nak tgk tips kecantikan baru apa yg ada dalam tu. Kau tak paham ayat aku? Aku pun tak paham. 


Okay. Tip nya ialah dapatkan lean body. Bukan fat body. Lean body bila berat bdn kau bertambah sebab gain muscle. Macam ahli bina badan or atlet selalunya. 



Aku berusaha dapatkan lean muscle dengan cara bawak buku berat 2kilo pergi kelas. Kau tau azab bawak buku berat naik bukit? Haaaa....if u had any idea how to gain weight sedikit melalui makanan sharing is caring la kan. 



Sudahlah. Aku rasa aku banyak merepek. Ni effect vitamin zinc, coconut oil, antibody supplement yang aku telan setiap pagi. So, now understand why i resist  any vitamin idea? ;)



Aku sangat tembam ketika berumur 18tahun. =.=

Have no idea, lost an idea. Blah dulu la. Assalamualaikum. 

Sunday, January 01, 2012

Wordless Sunday ;)


Saya dicabar dan saya pantang dicabar. 
:)
Selamat Tahun Baru 2012.
I am unofficial 21.