KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Sunday, December 16, 2012

Dewasa

Hi. Assalamualaikum semua.


Dah lama rasanya saya tak mencoretkan sesuatu dari hati ke dalam penulisan. Dulu sewaktu zaman persekolahan, kalau saya stress atau sedih, saya akan main hoki atau jogging. Seriously saya akan rasakan kepuasan bila memukul bola hoki sekuat hati.


Itu dulu.


Bila dah berada di sini, saya cuba mencari jalan lain menghilangkan masalah dan kesedihan iaitu dengan menulis. Saya cukup suka menulis but because i have bad handwriting ( classical sign of doc-to-be haha ) i chose to hit the keyboard.


Here comes eastzatulhidayah.blogspot.


I wrote what i love. What i feel. Kadang kadang tulisan ni merapu ( like what im doing right now haha ) tapi yeahh itulah apa yang saya fikirkan sebenarnya.

Tahun 2012 tak lama lagi pun nak berakhir. Hari ni dah 16 Dec dah. Pejam celik,pejam celik makan tido twitter Facebook ( too klise sangat ayat pejam celik tu ) dah nak berakhir dah tahun ni. Frankly speaking, tahun ni saya rasa cepat sangat masa berlalu. Dan kalau mengikut perkiraan insyaALLAH 4bulan je lagi saya nak tinggalkan bumi Bandung ni for good. Dah 3 tahun kan? Even rasa macam sekejap tapi banyak jugaklah benda penting dah berlaku dalam hidup. :)



Saya tak tahu apa yang saya nak tulis sebenarnya sebab saya rasa mcm something. Jadi saya terus menulis. U're kind of talking to yourself right now, izzatul hidayah. haha.


Dulu waktu saya kecik,(skrg pun saya kecik lagi) saya selalu terfikir, seronok ke jadi dewasa? Nampak macam seronok je. Boleh drive kereta, ( believe me dulu saya kategorikan orang tu dewasa bila dia boleh bawak kereta. So kalau anda tak boleh drive,anda bukan org dewasa!haha) boleh buat apa benda je dia suka, boleh pergi mana-mana tanpa perlu nak kisah apa pun. 


Biasala, budak budak kan.


Kini, saya sudah dewasa. Dah nak menginjak 22 tahun dah. Saya boleh bawak kereta, saya boleh buat benda yang saya suka, saya boleh pergi mana-mana saya nak pergi. Saya sendiri jugak yang takrifkan definisi dewasa sebegitu kan?


Tapi kenapa bila saya boleh melakukan itu semua, saya rasa saya tak nak semua benda tu.


Saya nak kembali ke zaman dulu di mana saya rasa tak secure, saya nak rasa perhatian, saya nak dimanjai. Believe me saya manja sangat!! Mak saya suka peluk saya bila saya tido,makan nak suap,peluk cium adik adik saya. hahaha. who cares aku dah besar ponnnnnnn. 


Saya tinggalkan rumah sejak dari usia 13tahun. Banyak tempat saya jejaki cari pengalaman, cari erti hidup, handle problems by myself though sometimes i failed. InsyaALLAH tahun depan bila saya kembali balik ke Malaysia, agaknya baru saya sedari banyak benda dah saya terlepas untuk cita-cita dalam hidup ni. 


Dalam pada masa saya sibuk memikirkan banyak benda yang telah berlaku, kadang kala saya terlupa bukan saya seorang yang menginjak usia. Ibu bapa saya semakin berusia, kakak yang dah boleh kahwin dah ( huahua), adik adik yang semakin membesar dan sekeliling yang berubah. Saya kena menerima hakikat, masa merubah segalanya. Hidup saya bukan lagi seperti hidup tatkala saya mula jauh dari keluarga 9tahun yang lalu. Lebih banyak tanggungjawab datang, lebih banyak masalah saya kena uruskan sendiri, lebih banyak urusan yang kadang kadang buatkan saya terfikir, 'eh..dah besar rupanya aku ni'


Dear friends,
Dalam hidup ni kita akan sentiasa mencari sesuatu sampai kita puas. Dalam pada kita  sibuk mencari tu jangan pernah lupa padaNYA yang sebenarnya menentu jalan takdir hidup. Segala setiap apa yang berlaku ni semua berlaku atas izinNYA. Pernah kita rasa kenapa kita yang dipilih berada di sini? Kita rasa sepatutnya bukan jalan ni yang kita pilih. Siapa kita nak melawan kuasaNYA. Teruskan perjuangan dalam bidang masing-masing, keep strong and have faith.

2012 pun dah nak berakhir. Cepat sangat kan masa? :) I wanna wrote bout my 2012 but nantilah bila mood datang. 



Sekian sahaja coretan entah apa apa yang lahir dari hati.
Assalamualaikum. 
Nur Izzatul Hidayah.



Thursday, November 29, 2012

DAY 2 : Percutian ke Bali

Okay. Hi. Assalamualaikum. So, mari kita sambung cerita cinta kita. Eh silap. Cerita perjalanan kita ke Bali untuk hari ke 2. Ingatan saya mulai berbalam balam sebab dah nak masuk sebulan kan habis vacation so hopefully that i can still digest important informations so that it will help you out there.



DAY 2 : NGURAH RAI AIRPORT, NUSA DUA BEACH, PADANG-PADANG BEACH, PURA ULUWATU, JIMBARAN BEACH



Kepentingan telefon pintar ialah bukan hanya nak membantu anda upload pic-pic makanan dekat instagram,check in kat tempat yang org lain tak jejak kaki lagi or menghilangkan perasaan awkward apabila keseorangan di khalayak ramai. Tetapi smartphone juga boleh digunakan sebagai diary. Me download apps tu dan catit apa yang patut untuk memudahkan proses menulis blog di kemudian hari. Call me systematic please. ( puihhhh. tertinggal sabun shampoo dekat bandung sistematik ape bendanye tah ) hah



Kami bergerak keluar dari hotel di bandung jam 7am. Check in, ambil boarding pass semua dari staff airasia ( refer entry day 1 please kalau nak tahu kenapa boarding pass kami airasia pegang ) dan ready utk fly jam 8.30am.


Kami pergi 10 orang. tiket kami tempah lebih kurang 2bulan sebelum. 884k rupiah. Dalam 300++ untuk return. Agak murah jugak sebab yang ini promo. Kalau dari malaysia saya tak tahu berapa range dia. untuk jimat,kami tak amik luggage pun sebab kalau domestik tak ketat sgt. So segala liquid form semua lepas.


Ngurah Rai Airport, Bali.

Hai Bali! Kami sampai tepat jam 11.30 waktu tempatan. For ur information, waktu di bali adalah sama dengan waktu malaysia. Bandung je awal sejam. Perjalanan dari bandung ke bali lebih kurang 1jam 45minit. Tapi sebab saya pengsan sepanjang perjalanan,bukak bukak mata je dah sampai bali. haha.



Sampai je kat airport, terus bapak supir yang kami dah tempah siap siap tunggu dekat luar. Since i have my senior yang belajar kat bali, so mintak tolong dia carikan kereta sewa untuk 5hari ni. Jangan risau. Bila sampai dekat airport tu, amik je banyak2 pamplet yang ada dekat situ dan compare harga kereta sewa. For me, it is more convenient kalau amik kereta sewa dari amik teksi sebab sini kawasan tourist so takut dia cas mahal. Misi kita apa? ye. Ke bali hanya dengan 2juta rupiah all in! So, consider even small things.



Peringatan : Bali memang hot gila! So, janganlah berfesyen fesyen bagai sampai 4-5helai baju sekali pakai sebab kang korang tgk mat salleh kat sana sleeveless je korang rasa nak ikut sekali kang! iman wei. iman.










Jadi destinasi pertama kami setelah tiba ialah : NUSA DUA BEACH.


dekat bali ni memang banyak pantai cantik cantik. Nusa Dua ni salah satunya. Tapi memandangkan kami sampai Bali tengahari, agak kegilaan ye bila first destination ialah pantai. Terbakar tapak kaki wei dekat pasir. Kalau letak ayam bbq pun boleh masak. Air pun time ni surut so agak mengecewakan tak boleh feeling feeling layan ombak. Sekitar kawasan Nusa Dua ni memang kawasan mat salleh sebab very exclusive place. Masuk pantai ni tak payah bayar. FOC. 



See. Ini pemandangan biasa di sana. Lol. I rate this place 3stars sebab buat aku berpeluh yang amat. haha.



2ND DESTINATION : PADANG PADANG BEACH.

first thing, aku tak tahu motif apa dia letak sampai 2kali padang. haha. Tapi yang penting this place is very awesomeeeeeeeeee!! 


Pelik tak macam mana aku boleh amik gambar dari view ni? sebab nak masuk kat pantai ni kena turun dari celah celah batu..wohooooo. Mengah tau time nak turun ni. Tapi rasa tercabar sebab ada pakcik sebelah aku gagah muka ilek ilek je turun,aku yang 21 tahun ni dah nak terbalik dah. haha. 

So, tempat ni memang awesome dan ramai orang surfing. Nampak tak payung payung tu? Mat salleh berjemur kat bawah tu. Korang jangan sesuka hati je nak tumpang masuk sekali sebab kena bayar tu. haha. So, pantai ni memang wajib pergi layan feeling sebab cantik sangat ciptaan ALLAH s.w.t............tengok pic ye semua. :)


Have i mention that the water is CRYSTAL CLEARRRR my dearrrr...!! Deruan ombak dia memang sangat menenangkan dan membuatkan diriku terkenang kekasih hati yang jauh di mata. :)


if only i can spend my time here.......ombak..pantai....tenang......

Now wonder couple always choose Bali as one of the most popular honeymoon place.
No. I wont. hahaha.

I rate this place 5stars! :) oh i miss Bali.





3rd DESTINATION : PURA ULUWATU

So, instead of terkenal dengan pantai pantai yang cantik, Bali juga terkenal dengan temple bersejarah. Baca betul betul. It is temple. Not tempe. Kalau tempe tak payah fly jauh jauh, Bandung pun ada. haha
Salah satu yang paling historic ialah Pura Uluwatu ni. Pura = Kuil. Bali memang majoriti ialah agama hindu jadi memang banyak kuil kuil kat sana. 



Sepanjang perjalanan ke Pura Uluwatu ni memang banyak carving bangunan yang membuatkan aku membuka kaca mata hitamku. And i imagine how can they carve such building. Ohhh. manusia adalah ciptaan ALLAH yang menunjukkan kekuasaanNYA. Penat memang penat tapi bila lagi nak dapat peluang tengok bangunan yang diukir cantik jadi ku gagahkan diri supaya tidak tidur sepanjang perjalanan. 

Jom layan gambar. Pastikan tutup mulut ye selepas ini. 


Terlalu cantik kan ciptaan ALLAH? ini gambar pemandangan dari atas kuil ini. And i wonder how they build this temple. I love history so much. :)



Gambar sebelum ni saya amik dari sebelah sana. Nampak tak kegigihan saya berjalan dari sebelah sana ke sebelah sini. haha.




This is too beautiful to ignore. bukan model pacak kat depan tapi tu pemandangan belakang tu. haha.
Btw, kain purple tu memang kena pakai bila nak masuk temple ni. Peraturan temple. 



Ini batu karang tau. Tapi batu karang ni dekat bahagian atas temple. Kalau ada batu karang dekat bahagian atas maksudnya dulu air laut tu boleh naik sampai atas?????? 






Dan part paling menarik kat pura uluwatu ni ialahhhhhhh......

Yup. I am waiting for sunset here. :)



Pura uluwatu ni memang terkenal untuk tunggu sunset. So,kalau nak pergi, bajet timing biar boleh spend sampai sunset. Anda akan merasakan kebestan nye. Apa punya tatabahasa ni. haha.

Menunggu pertukaran dari siang ke malam. Air surut pun mulai pasang. Terasa mimpi dan tidak percaya finally saya boleh tgk sunset here in bali. So romantic :)

tiket masuk ke Uluwatu ni berbeza untuk penduduk tempatan dan pelancong. Kalau penduduk tempatan rp15ribu = RM4++
murah kan? Jadi gunakan kebijaksanaan anda agar dapat harga tempatan.




cukup tak gambar gambar dekat pura uluwatu? Banyak lagi gambar cantik cantik tapi limited kan..hehe.

So, pengembaraan waktu siang kami berakhir dan pulang dari uluwatu terus kami menuju ke rumah sewa kami. yup. kami sewa rumah memandangkan kami pergi 10 orang dan lebih jimat sebenarnya kalau sewa rumah. Macam mana kami dapat rumah? google dan compare harga. Make sure deal betul betul. We stay at  Jimbaran. 
U can choose to stay at Kuta or Jimbaran. Itulah yang selalunya tempat kat Bali orang tinggal. Jarak dari Kuta dan Jimbaran pun tak jauh sangat. Lebih kurang 30minit jela.

ni gambar rumah sewa kami. very nice. murah. oleh sebab kami duduk 10orang, kami bayar tidak sampai rm30 seorang untuk semalam. 



Penat mengembara pagi tak hilang lagi tapi sampai rumah je siap siap apa yang patut then kami terus ready untuk dinner. 
Let's have seafood yawwwww. 

Wajib untuk pergi makan seafood dekat tepi pantai Jimbaran ni. sebab..........


This is so romantic u guys. Candle light dinner, tepi pantai, dengar ombak, ada org nyanyi lagu......very nice. So,honeymoon couple, this is what u need. haha..

10 of us have dinner here. seafood sangat fresh. Ada banyak restoran sepanjang pantai ni. Pilih yang mana anda rasa murah dan best. Tapi harga lebih kurang. Kita just pilih seafood and dia akan suggest nak masak apa yang best. Sangat kenyang dan sangat sedap. Trust me. :) adakah kesedapannya dibantu oleh keromantikan bunyi ombak dan candle light dinner itu? haha.




Jadi perjalanan hari pertama kami berakhir. Balik rumah masing masing tumbang sebab penat perjalanan dari  pagi sampai la malam. Kumpul energy gila gila sebab esok nak main watersport pulak satu hari..yeaaa! the most awaited part. InsyaALLAH saya akan update pulak pasal watersport dalam entry perjalanan hari ke 3.

Adakah saya telah membuatkan anda mahu ke Bali? haha. 

Sekian, assalamualaikum semua. :) 





Tuesday, November 13, 2012

Kenapa anda perlu google nama sendiri

Hai. Assalamualaikum. 
Nak tau tak i can track who visited my blog. Let say if u reached my blog dari google ke, dari your friend's blog ke, dari keyword pape ke, dari negara mana sekalipun, memang akan di track.


So far mmg byk la pencarian yang datang pasal hot entry yang tak berapa nak hot iaitu pasal tempat melancong kat bandung tu kan. Tetiba dah lama tak check, suddenly i saw, 'looking for izzatul hidayah' from wilayah persekutuan kuala lumpur.


Are u a stalker? ahahaha. Ala, stalk jela belog ni. Takde mendeeeewww pun yang nak disembunyikan. Kemain dagu ke depan semua ye time baca mendeewwwww tu. 


So, tadi aku pun buat kerja gila yang mesti korang semua pernah buat. Google nama sendiri. 
kot kot la google nama sendiri sekali ada keluar aksi melampau ke haaaa tak ke naya. So selepas ni, anda digalakkan google google nama sendiri supaya boleh memastikan nama anda bersih di google dan kalau ada bakal mak mertua techno sekali dia google nya haaaa. Zaman sekarang anything is possible. So, kat instragaram (sengaja typo supaya menunjukkan saya takde instagram ) janganla upload pelik2 walaupun anda pelik.



For me, ofcoz la keluar my blog. Since i never hide my real name. Hai. nama saya izzatul hidayah. Nama surat beranak ada nur. Nama ayah, ahmad. Nama saya sedap sebab tu saya tak pernah nak pakai nama pelik2 kat facebook twitter or whatsoevertechnologyidontcare.
*flip my hair*



Tetiba2....or suddenly....saya tak pandai grammar. Muet saya band 3 je lagi 2marks nak band 4 (nak kata riak lertuwwwww ) sampai saya kena tegur dengan seorang pembaca pasal grammar saya. Ala bro, salah grammar sikit je. Wa tak amik TESL. wa amik medic je. Medic tak kira sgt grammar as long as ko inject org betul.


Terkeluar benda ni haaaaa. YA ALLAH gelak2 aku baca sambil latar belakang lagu Sejarah Mungkin Berulang~~~
Dah berapa tahun aku 'bersara' dari dunia perdebatan. Dunia yang banyak membentuk diriku sekarang. 
Perdebatan yang banyak meningkatkan my self esteem dan juga kespontanan loyar buruk. Gituwww. Almaklum nak amik lawyer tak jadi. 

Ini adalah ranking nama seluruh pembahas yang melibatkan diri dalam pertandingan UIA debate open ni. One of debate competition yang memang berprestij dan ditunggu-tunggu oleh pembahas seluruh malaysia. 
Eh. aku dulu pembahas la. Tak caye? kbye. huahua.

Jom check mana nama den terselit ni haaaa...




The 6th IIUM School Debating Championship Rank list (2007)

Speaker's Name and Total
1 MUHAMMAD AFFENDY B HASNI MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR ( A ) 1627
2 DAHLIA HAZIRAH BT JAAFAR SBPI GOMBAK ( A ) 1621
3 NUR HAZDIANA BT LATIP SMS MUZAFFAR SYAH 1620
4 ASLAM B ABD JALIL MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR ( A ) 1618
5 MOHD AQMIN B ABDUL WAHAB MRSM TAIPING ( 1 ) 1614.5
6 MUHAMMAD ADIB B REDZUAN SMS MUZAFFAR SYAH 1614
7 FARAH HUSNA BT MOHD NAZRI SMS POKOK SENA 1612
8 MUHAMMAD KASYFUL AZIM B SHAHLAN SBPI GOMBAK ( A ) 1610
9 MOHAMAD HISYAMUDDIN B GHAZALI SMAP KAJANG 1608.5
10 MOHD SYAFIQ B SAIFULLAH SMS SULTAN HJ AHMAD SHAH 1607
11 NURHAFIZAH MOHD YUSOF KOLEJ TUNKU KURSHIAH ( A ) 1605
12 MUHAMMAD SYAFIQ B MUSA SEKOLAH ALAM SHAH A 1599
13 FARAH ADIBA MALIHA SMAP LABU 1599
14 MOHD FIKRI B AHMAD SBPI GOMBAK ( B ) 1599
15 AMMAR B SAHRIM SM ISLAM AL-AMIN GOMBAK ( A ) 1598
16 MUHAMAD HANIF B KAMAIL SMS SULTAN MUHAMMAD JIWA 1598
17 WAN FARAH AIMUNIE BT WAN NASRUDIN SMS TENGKU ABDULLAH 1595
18 MOHAMMAD ZARIF ASRAF B ZULKEFLE SBPI SABAK BERNAM 1594.5
19 NUR IZZATUL HIDAYAH BT AHMAD SBPI SABAK BERNAM 1594
20 ABDULLAH AZZAM B ABDUL RASHID KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1591
21 MOHD FARIS B RAZALI MRSM TRANSKRIAN 1589.5
22 ADAM LUQMAN B AMDAN SEKOLAH ALAM SHAH A 1589
23 AFILDHATUL NASHIMA MUSTAFA SEKOLAH TUN FATIMAH 1589
24 MUHAMED AQWA ALIF B JASMI MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR ( B 1589
25 MOHD NASRUL HILMI M. DIN SMAP LABU 1589
26 KHAIRUZZIKRI B MOHD SAGI SEKOLAH ALAM SHAH B 1587
27 MUHAMMAD AMIR SAIFUDDIN B MUHD JUHARI SM ISLAM AL-AMIN GOMBAK ( A )1586
28 MUHAMMAD SIRAJ B ABDUL AZIZ SEKOLAH TUNKU ABDUL RAHMAN 1586
29 MOHAMAD FADLI B MOHD ZAILAN MRSM TAIPING ( 1 ) 1586
30 SITI NORHAFIZA MD YASIN SM SERI SERDANG (A) 1586
31 ISMAH MANSURAH BT ZAINUDIN SBPI GOMBAK ( A ) 1586
32 HAYATUL WIRDAH BT MOHD YUNOS SBPI SABAK BERNAM 1583.5
33 MUHD HARINN HIZHADI B MOKHTAR SEKOLAH TUNKU ABDUL RAHMAN(A)1583
34 NUR ALIYA DALILA BT MOHD RUSLAN MRSM TAIPING ( 1 ) 1583
35 MOHD NUR AFIQ B YASIM SMAP KAJANG 1583
36 DAENG AHMAD SAIFULLAH B TERMIZI SM ISLAM HIDAYAH 1583
37 MUHD FARID AL-AZIM B NORUZI SEKOLAH TUNKU ABDUL RAHMAN B 1583
38 MOHD AMIRUL ASYRAF MOHD HANAFI MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR ( A ) 1583
39 AIMAN ARIFF BIN ABDUL AZIJ MRSM PASIR SALAK 1583
40 ALIF ELIT JOHAN B ALANG WAHI ASRAMA YAYASAN SELANGOR 1583
41 AHMAD MUNIR B MANSOR SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK 1583
42 ELLYA NABILA BT A. JALIL SBPI SELANDAR 1582.6
43 FAWZA SABILA BT FAUDZI SMS POKOK SENA 1582
44 ABD HAKIM B MAIDEN SEKOLAH TUNKU ABDUL RAHMAN A 1582
45 IZZAT FATIH B HISHAM MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR1581

Sebenarnya ada 300++ lebih pembahas tapi igt takde kerja lain ke nak copy paste byk2 ni haaaaa. haha. 
ranking 19 malaysia ye. hurmmm. not bad jugak. haha. sebenarnya dulu byk goreng fakta. Paling penting muka kena meyakinkan. dan menggoda. eh. motif?? hahaha.

Kalau ditakdirkan satu hari rasa nak berbahas balik, bahas dengan suami jela kat rumah nak balik raya rumah sapa tahun ni. wakakakaka. 












Saturday, November 10, 2012

DAY 1 : percutian ke bali.


Hai. Assalamualaikum.

Saya baru balik bercuti dari bali. And would like to share sikit tempat tempat best and how our holiday ran. Ada benda lawak and benda sedih and benda penat. Dunno how long my entry would be but i'll try my best to summarize it. ( kalau tak lupa la since i hv short term memory lost.. :p )


DAY 1 : 30 October 2012


Flight kami dijadualkan pukul 6.15 waktu tempatan. So maknanya 7.15 waktu malaysia.Tapi masa tu dah tak sedap hati sebab cuaca mmg hujan. Malas sebenarnya nak delay flight sebab dah deal dengan pak supir kat sana. Ku sangka kan panas hingga ke petang, rupa-rupanya flight delay sampai 8.30pm. Schizo aaaaa. Delay flight almost 2hours. Tapi oleh sebab kami dikurniakan kesabaran yang tinggi, maka kita cool cool aje..



After penat dah kami melepak kat Bandara ( bandar udara ) bandung tu, tiba-tiba one of Air Asia punya officer datang kat kami. Then.......Suspen tak? haha.

' Anda ni semua nak pergi Bali ye? Dah tempah semua ke kat sana? Student ye 10 orang?' - bayangkanla officer ni cakap dalam indonesia. Kang kalau aku tulis, nganga nak paham kang.haha.

' Kami dari pihak airasia nak tawarkan anda 10 orang flight esok pagi. Satu pesawat kami rosak jadi 2 pesawat kena merge jadi 1. Dan kami kelebihan penumpang 10 orang. Jadi nak mintak tolong 10 orang ni supaya fly ke Bali esok pagi. Penginapan dan pengangkutan akan ditanggung oleh pihak air asia. '    ( lebih kurang mcm ni la ayat dia. Ada yg diolah untuk menyedapkan lagi suasana. Loyar buruk dan gelak tawa semua terpaksa di cut ye. )

Hurmmm.....setelah berbincang dan menimbang tara, we all decide. 

' Okay. Boleh. Tapi dengan syarat. Kami nak hotel selesa and flight esok yang paling awal dan kami nak airasia sediakan tiket balik untuk kami semua 2hb. Dan kitorang nak mcd!!! '

hahahaha. Ingat senang senang tu je nak mengalah dengan air asia. Customer is always right. So kami demand several things. Sepatutnya ade beberapa orang akan pulang 1hb, paling lewat 2hb. Tapi ambil kesempatan, kami semua extend tiket jadi 2hb. See. Percaturan yang paling menguntungkan kedua dua belah pihak. Errr...Yang mcd tu pun menguntungkan jugak sebab pow mcd banyak gila bwk balik hotel. haha.


Then air asia hantar kami ke Hotel Mutiara. Okayla hotel dia. Selesa. ada hikmah jugak flight kami delay. At least, kami akan sampai di bali pada esok pagi dan masa akan jimat. Kalau sampai malam ni pun, flight dah delay dan tak dpt nak jalan jalan sangat. Perancangan ALLAH itu lebih baik dari manusia. Jadi selalulah bersangka baik dengan ALLAH. DIA lebih mengetahui. Sebelum tu izzatul hidayah dah membebel bebel dah dekat loveku sbb flight delay. That's not good izzatul hidayah..hehe.


Style kan. Pengalaman tu. hehe



Time dah pukul 11.30 tau. Dah takde orang kat airport. Sebab tu sesuka hati je aku melepak kat roller tu. haha




Sebelum tu sempat wish adik demooookkku Teah sebab time ni birthday teah yang ke 9. omomomo. Adik angah dah besar. My lil pwincesssss yang selalu angah rindu. mmmuuuuaaaaahhhhh mmuaaaahhhhhhhhh. Hadiah teah jauh datang dari bali kali ni. hehe.
proud dengan kejayaan adik adikku dalam hoki. :) 







Check in hotel and tidoooooooo.

Banyak betul dugaan sebelum nak pergi bali ni. Esok perjalanan ke Bali bakal bermula. Nasib baik la aku tak check in kat FB ; Off to Bali tonight. Kalau tak, lagi bertambah kebengangan. Aku upload ; waiting....
Sekali memang waiting ponnnn..... -.-

 sempat lagi my friends terjun pool malam tu. haha




to be continue....................... ( DAY 2 31 OCTOBER 2012 )

Thursday, November 08, 2012

TEASER : percutian ke Bali

Hai. Assalamualaikum.

Saya baru balik bercuti dari bali. And would like to share sikit tempat tempat best and how our holiday ran. Ada benda lawak and benda sedih and benda penat. Dunno how long my entry would be but i'll try my best to summarize it. ( kalau tak lupa la since i hv short term memory lost.. :p )

DAY 1 : 30 October 2012


Flight kami dijadualkan pukul 6.15 waktu tempatan. So maknanya 7.15 waktu malaysia.Tapi masa tu dah tak sedap hati sebab cuaca mmg hujan. Malas sebenarnya nak delay flight sebab dah deal dengan pak supir kat sana. Ku sangka kan panas hingga ke petang, rupa-rupanya flight delay sampai 8.30pm. After penat dah kami melepak kat Bandara ( bandar udara ) bandung tu, tiba-tiba one of Air Asia punya officer datang kat kami. Then.......Suspen tak? haha.

To be continue..........

Sesuka hati je melepak dekat roller airport. :D





Tuesday, October 09, 2012

Kisah benar : Kuasa doa.

Hi. Assalamualaikum. 


Gila tak hot. Berapa lama membiarkan blog bersawang. Tak,sebenarnya laptop rosak 2minggu so nak update pun tak boleh. ( padahal kalau laptop tak rosak pun malas nak update ). Banyak jugaklah kena charge time laptop rosak haritu. Susah kalau laptop rosak kat tempat mcm ni sebab kita taktau betul ke harga component memang macam tu. Dibuatnya dia sajeeeee buat kerek charge lebih. Toing toing. Dia taktau ke ni kak yong kawasan. Berani dia buat camtu. huahua. Melayang duit tabung bali aku. Sob sob. (dalam medical term, SOB is shortness of breath )


Okay, sebenarnya diriku tengah final exam sem 5 sekarang. Ya ampun, tua gajah dah haaaa, dah sem 5..busy kau nyahhhh study. Bilik macam kedai fotostat. Okay takde sapa nak amik kisah kau exam ke tak. Proceed to the story please. *drumroll*


 I have a story to share. Baru je berlaku pagi tadi.


Semalam, i got message from my friend cakap harini kena bawak result untuk sem lepas. Aku pun dengan confident level yang tingginya meletakkan harapan, semua fail result aku ada atas almari. Berdondang sayang aku berfikir esok pagila lepas bangun tido tu amik. Confidence level tu penting ye. Confident makes us beautiful. aha. ( puihhhh )


Dan keesokan harinya, setelah tidurku disulami dengan mimpi indah ( ayat novel ) maka terbangunlah aku. Sebab indah sangat kan mimpinya, sekali terbangun lambat daaaa....terkejut tenggiling la aku bila sedar alamak, kena cari result exam.


aku pun intai atas almari, bawak turun segala fail bagai atas almari tu. Habuk tak payah cakap la. Boleh triggering factor utk sinusitis aku. Sekali cari, punya cari, punya cari, alamak...takde fail result aku. Tapi fail mara and borang borang aku semua ada kat situ. Takpe, kita cari lagi. Maybe dia main Hide and Seek. lol


Setelah membongkar untuk kali yang ke 3 nya, still tak ada lagi. Aduh..macam mana ni. Aku dah lambat nak pergi exam pagi ni. Exam dahla pukul 8. Mandi belum, baju belum gosok. Aku pun dengan segala kekuatan yang ada, memunggah satu bilik semata mata mencari result exam tu. Habis kotak kotak, baju baju semua aku punggah. Poyo je kan? Apa ke pekdahnya aku nak letak result exam dalam lipatan baju baju kan. Tapi sebab menggelabah punya pasal, nak pikir apa lagi. Kalau ada kotak makanan, kotak makanan aku punggah. Kot kot fail tu berjalan masuk sendiri.


Memang konform tak ada. Aku pun tengok lagi sekali atas almari tu. Takdak. Belakang almari buku 5 tingkat yang dah tak cukup tu pun takdak. And i give up. ( tetiba keluar lagu latar Jason Mraz - I won't Give up~~~ ) eh. tetiba je kan.


Aku pun terdiam seketika. Aku tahu, hanya DIA sahaja yang boleh bantu aku. Aku dah lambat nak pergi exam, aku belum habis baca lagi, aku belum jumpa lagi mana fail tu. Aku berdoa padaNYA. Aku mohon, DIA bantu aku. Tunjukkanlah kat mana fail tu. Dekat 5minit aku terdiam atas katil. Mulutku tak henti henti bermohon 'YA ALLAH, bantu aku....YA ALLAH bantu aku........Hanya ENGKAU maha mengetahui'


ditakdirkan, aku terdetik sekali lagi untuk tengok atas almari tu. Sekali aku nampak ada benda warna putih. Bukan cerita hantu, korang jangan takut pulak. Aku amik kerusi, aku panjat, dan aku lihat fail tu ada dekat atas almari tu. 


Alhamdulillah. Tadi memang aku dah cek atas almari tu 3kali. Takde pun.


what i would like to tell here adalah, kita orang islam, kuasa kita adalah doa. Doa itu senjata orang mukmin. Berdoalah. DIA maha mendengar walau hanya bisikan hatimu. Aku bersyukur sangat, ALLAH makbulkan doa aku. What a miracle file tu boleh ada kat situ. Nampak tak kuasa doa. 


mungkin file tu memang ada kat situ dari tadi. Agaknya aku kelam kabut, so aku tak nampak. mungkin jugak file tu memang tak ada kat situ tapi.....mungkin jugak ALLAH nak menguji aku. menguji kesabaran aku. Hanya DIA mengetahui.

ALLAH sentiasa mendengar doa hamba-hambanNYA. Berdoalah..nescaya akan dimakbulkan..Cepat atau lambat saje. :)

Sekian, nak sambung study. Doakan kejayaan kami. Assalamualaikum. 

_Izzatul Hidayah_

Tuesday, September 18, 2012

Tuesday, September 04, 2012

jangan jadi macam saya


Hai. Assalamualaikum. Selamat malam. Semua orang sila pakai mask sebab saya tengah flu. Sebarang penyebaran virus di alam maya tidak akan dipertanggungjawabkan.



Okay. Rushing entry. Esok kelas pukul 7, tapi alang alang mood menulis datang ni baik aku menaip. Sebab mood menulis ni datang sepurnama je. Mood makan tu datang sokmo la.


On Sunday, i went to panel clinic for students here in UNPAD. Called as Klinik Padjadjaran. Saya dapat fever hari jumaat but since i considered fever as one of my body response towards the infection, i put 56% hope that this fever will disappear in the next day. Macam tinggi harapan aku kan. Okayla, i put some hope that this fever wont disturb my daily life activities la kan.


But im totally wrong. pffft. Kesimpulan, jangan bajet kuat ye.

till sunday, the fever still there even it's only low grade fever, i started to coughing,sore throat and my voice become hoarseness.


Medically, your voice become hoarseness because there is might be inflammation at laryng part or we term it as laryngitis. Selama ni aku dok cakap 'ella pinjam suara aku buat concert semalam' .


Memandangkan diri ini hanyalah insan biasa yang tak berapa nak berjaya bajet kebal, telan jugak paracetamol malam tu dan terpengsan la beberapa ketika dan bermimpi indah gamaknya. Then i decided if all my symptoms are not disappear within 3 days, then i will go to clinic. Saya memang cukup tak minat pergi klinik. ( dalam aspek ini,lupakan saya student medic dan anggaplah saya manusia biasa. sob3 ). wanna know why? sebab bila kat klinik, tiba2 badan terus jadi sihat,cerdas dan kuat seolah olah baru lepas jogging padang 5 round. And depan doktor taktau nak cakap apa. pfft. Itu adalah saya. Kenyataannya. 


So bila dah hari ahad, badan still lemah, pergi jela. Then after doktor cek cek apa semua, doctor ordered me a blood test because he suspected me as Denggi Fever. :O   OhMyGuess. I am not afraid of the diagnosis. Yeahh.. Of coz im afraid coz im not married yet ( LOL ) but there is more big big boganza worries toward the blood test. SAKIT TAU TAK CUCUK JARUM TU. -.-  



Dah agak dah! abang keje lab tu salah amik darah aku, 2 kali dia cucuk, muka aku dah ketat macam seluar orang baru balik open house, ape lagi terjerit ' Sakitlaaaa...' -.-  
Muka badak je kan dah salah cucuk tangan i. Ingat i gemuk sangat ke cari vein pun tak dapat. 

Sampai sekarang tangan lebam, bengkak. Good. Bila saya jadi doktor, i will do my best to find patient's vein so that patient saya takkan sakit...omomomo...sweet tak Dr.Izzatul Hidayah. ;)




Luckily, blood test are normal.:') alhamdulillah. I was being diagnosed as Acute Tonsilitis and Pharingitis. Please google for more info. thank you. hik. 

since i can read my own lab value, dapat dapat je dari lab,terus bukak tengok thrombocyte (platelet) value padahal doktor blm tengok lagi. Then depan doktor, buat buat muka riang gembira bila doktor cakap 'okay,your thrombocyte is normal'.
huehuehue.



Actually motif entry ni pasal benda ni haaa sebenarnya. Kak eton kau suka melalut. yup. Ni semua ubat yang kena makan. Tapi....................................

( toing toing toing....kepala kena ketuk dengan tukul plastik )

Saya bukan jenis suka makan ubat. or DRUG.

Saya tahu, orang akan cakap, 
'apela...student medic, belajar, tapi taknak makan. Habis tu nanti jadi doktor, tak payah bagi ubat. ' - Mr.X

Racist ke? okayla...bubuh la huruf apa pun anda suka...X..Y..Z...zzzzz



Saya dari dulu memang tak prefer makan ubat. I have very low antibody actually. Yup. during medical check up untuk masuk medical school, antibody saya BORDERLINE. So, doctor tu suggest me to hv booster sebab dia kata masuk medic ni kena sihat selalu..nanti asyik sakit je macam mana nak belajar...huhu. Ubat booster pun tak abeh makan..uwekkkkkk...


I can say that i am not a good patient. I am not compliance to my treatment. 
But, bila saya dah jadi doktor nanti, saya taknak bakal bakal patient saya, jadi macam saya. :)


Kita perlu tahu, banyak benda dalam dunia ni ada side effect. Saya belajar benda tu, sebab tu saya lebih berhati hati dalam makan ubat. Antibiotik, kalau jenis makan tak suka habis, nanti bacterial resistance. So, saya tak makan sebab saya tau saya memang susah habiskan antibiotik. On the other hand, saya degil. -.-

Ada setengah ubat yang saya makan, perut saya sakit. So i refuse. 
Saya hanya makan ubat untuk menghilangkan symptom. Once symptoms tu dah hilang, saya takkan makan dah. Tapi ingat. Antibiotik wajib habiskan.












am i too paranoid? simpan jawapan tu sendiri. :P
Assalamualaikum...


Saturday, August 25, 2012

Love.wordless.miss u

 

:')Wordless Saturday since just arrived at Bandung almost one hour ago. thank you my love and u know what suits me well. huhu.Love. :)

Saturday, August 04, 2012

DIA.

Assalamualaikum. Salam 15 ramadan.






Merenung seketika sisi perjalanan ini,aku sedar. Aku sedar yang dalam mendapatkan sesuatu yang kita inginkan pasti adanya pengorbanan. Ada sesuatu yang terpaksa kita korbankan. Korban perasaan tu pun pengorbanan jugak.






*terdiam sejenak*




Pengorbanan itu bukan mudah. Ianya memerlukan kesabaran dan ingatlah ALLAH sentiasa bersama dengan orang orang yang sabar. Dan aku tahu, ALLAH sentiasa ada bersamaku. Di saat manusia lain jauh dariku, di saat manusia lain punya coretan hidup sendiri, hanya DIA yang setia bersama hambaNYA ini. :')




Hanya DIA yang mengetahui apa yang ada di fikiranku ketika ini. Dan hanya padaNYA aku bermohon, kuatkan aku YA ALLAH............


Ameen.......






__NurIzzatulHidayahAhmad__