KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Sunday, November 06, 2011

Selamat korban semua. Saya korban ni je.

Hai hai malaysia indonesia. Sihat sihat belaka dak ni. Petang petang macam ni dah lemau sikit so cik east ni nak mengupdate serba sedikit mengenai celebration ( tak reti nak eja sambutan ke?? ) dekat sini.


Celebration ni pasal aku jela. Kalau pasal jiran sebelah rumah aku, kejap lagi aku tanya.


Kalau kat bandung ni, solat raya awal. Pukul 6.30 pagi. Awal kan? Lebih kurang 7.30am kat malaysia laa..awal tu..haaa, tahun lepas aku pergi solat raya, sampai2 masjid org dah balik dah. hahaha. Almaklum pes time solat raya di perantauan so terlembab bab2 jadual ni. Tahun ni maju sikit. Tapi yg tak majunya bila duduk rumah, bgn lewat pulak kan. Sungguh tak senonnnn!



Kawasan perumahan aku ni byk jugak org kristian. Sambutan tu mcm tak rasa sangatla. Seolah olah hari biasa yang aku lalui dengan buku dan laptop. Oh sadis. Sambutan aidiladha ku disemarakkan dengan perasaan membara tgk org upload gambar makanan dekat facebook. Oit, sumbat dgn ekor lembu taulaaaa! Jelus I anak perantauan ni. 


Tapi takpe. Orang cool mcm aku yg tgh exam ni tak boleh stress stress. Aku pun nak tunjuk kerek makan lemang kat bandung. Kasi panas sapa yg jeluskan aku. hahaha. 






Semart tak lemang kitorang. Khas dibuat oleh anak jeponnnng ni. hehehe. sushi di pagi raya sungguh ohseeem. Yumi masak sushi, aku masak lauk untuk lunch, ser masak kek batik. Tapi time ser masak tu dia tak berkain batik la. Aku yang berkain batik. Dan aku tak paham kenapa nama dia kek batik. Tak kek betik. Okbai. 

p/s : kek batik tgh dlm peti ais, so tak boleh tgkp gambar. ( malas cakap jelaaa )

Seronok je anak2 dara duduk kat dapur masak bersama sama sambil bergosip mengenai siapakah bakal calon suami kami nanti hendaknya. OK. aku tipu.

Tanpa baju raya, tanpa ketupat dan rendang, ( ketupat ada dlm peti ais malas jugak nak kukus. Asyik malas je bila nak rajin ntah ) kami duduk bersila makan dan bergelak tawa. Kesedihan semalam mendengar takbir raya hilang seketika. Semalam aku terjaga lebih kurang jam 2.30 pagi dan aku masih kedengaran bunyi takbir bergema di angkasa. Subhanallah. Walau di mana sahaja di bumi ALLAH yang luas ini, islam masih kuat ditegakkan. Dan alhamdulillah aku di tempatkan di bumi yang mana agama islam itu masih kekal. 


Usai makan, kami masuk bilik dan kembali study. What a feeling. Exam minggu ke dua semakin tough jadi nikmat raya tu terpaksa dilupakan sebentar. Inilah pengorbanan kan? Yup. Ini pengorbanan aku. 
Demi mencapai cita cita yang 1 tu, banyak benda terpaksa aku korbankan. Letakkan keikhlasan dalam setiap pengorbanan kerana aku tahu di penghujung perjalanan ini ALLAH telah menyediakan sesuatu yg terbaik buat diriku.



Hangpa ingat senang ka orang lain dok sibuk bermasak masak bergembira bersama keluarga dan insan tersyg, kami dok pulun study and makan pun apa yg ada je. Jadi bersyukurlah mereka yg diberikan peluang dan keizinan oleh ALLAH. Susah tau dak. Sapa tak kuat memang dok nangis bawah bantal la...eh yeke?? hihihi.



Takpe, i no hal. Dah terbiasa berjauhan. No hard feeling. Walaupun kdg2 teringat lemang and rendang mak, nasi beriyani abah, aku masih berlagak cool babeyhhhh. Seronok dapat rasa pengalaman beraya di tempat org. Rasa macam org dewasa. *apa kejadah pakai perkataan dewasa ni. geli soft palate aku dgr.*  


Oraite babeyhhh. sampai di sini saje coretan tak berapa nak coret ni. Almaklum tadi stop makan sushi kejap. Hilang abeh segala idea. Malam ni nak pergi jamuan aidiladha student malaysia dkt bandung. Aku pun tak berapa amik port sgt pasla this year punya program sebab tgh exam kan. Sifat baik hati aku hilang seketika. hahaha. Kita datang, makan, balik. Sungguh tak berpedoman kau. Maaf, kadang kadang kita memang kena ' jual ikan ' = selfish.


Nak sambung study lagi sikit. ( padahal byk lagi tak study ). Doakan saya dalam peperiksaan ini. Nanti kalau saya jadi doktor yg bagus, korang boleh claim free treatment..huahuahua.. 

p/s (bukan pendidikan seni)  : hari ni utusan minggu ada kisah kak fatin liyana. seniorku yg famous dan cantik itu. glam taakkkk uni I keluar paper?? gilaaaa ko tak glammmm!! STOP. bye!!





No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3