KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Friday, October 21, 2011

sebab tu gaji doktor mahal.

Assalamualaikum. 


pergh....malas nak buat ayat biasa poyo poyo rasa bersalah sebab tak tgk blog. Masak sudah dgn ayat picisan kau. Okay2 blog. Aku sibuk gila lately. Sibuk main twitter. Itu pun kira sibuk jugakla kan. Plus hidup aku rasa empty gila sekarang. So, macam loser bila tak happy happy lepas tu nak update blog kan. Mestila nak share yg happy je kat blog. Barulah nampak hidup aku aman,bahagia dan sejahtera. Pfft. HypoCRITE.






I have a week ++ left before exam appear. So, i am like schizophrenia person although without hallucination. Eh,berangan tu bukan hallucination ek?? Takpe, i nak hallucinate aril dlm cinta elysa je. sweet sgt! suka gila! ehemmm....terbatuk2...




Abaikan pengenalan entry yang tidak semenggah. 




Baiklah, baru aku tahu sekarang kenapa gaji doktor kena mahal.




Dulu aku melihat kejayaan senior yang masuk medic dan bakal jd doktor sebagai WOW. hebat gilaaa. Nak jugak nak jugak!! saya nak jadi doktor yg paling berjaya di alam semesta. Untung2 kena hantar gi bulan ke rawat org2 kat sana. 


But now, bila sendiri berada dalam bidang ini, barulah aku mengerti kenapa worth utk doktor dapat gaji yang mahal. 



  • buku - buku dalam bidang ini sangat mahal. ketika di awal semester nak mulakan system mesti duit habis beli buku je. beratus ringgit. Alhamdulillah aku ditaja. Kalau pakai duit sendiri, hurmmmm.

  • Kalau aku kat sini, selalu sgt fotostat case yg nak bentang dekat kelas. So, memang la terrrrrrrrrramat byk kertas dkt bilik aku. Duit lagi kan. 

  • Belajar medic bukan sekejap. Lama. 5,6 thn. Orang lain belajar 3thn dah boleh kerja and start kumpul duit. Doktor lambat. So, aci tak gaji doktor mahal. Mestilah. A good thing is for someone who waiting.

  • Susah. Aku tau semua benda dalam dunia ni susah. Tapi perubatan boleh dikategorikan antara bidang2 yang menjamin kesusahan dari segi belajar. Bila kita belajar sesuatu dgn susah payahnya, mestilah nak hasil yg memberansangkan. Nak dpt title Dr.Izzatul Hidayah tu bukan senang derrr....Berapa byk air mata yang menitik dan berapa banyak kekuatan mental dan fizikal yang diperlukan.

  • Masa bila bekerja. Perghhh. Yang ini kenyataan dan penyokong utama hujah. ececece. mentang2 baru dpt best debator haritu. ahaha. Tak,bayangkan masa bekerja doktor berapa lama. Ada on call. Sekarang alhamdulillah sistem shift diperkenalkan. Taklah serabut sgt. Bayangkan kalau ada family, anak2, suami. Semua tu kena dikorbankan untuk kerjaya. Bukan mudah. Main dgn nyawa kot. Kepercayaan yang patient letakkan pada kita. Bukan mudah.


Aku bukan nak mengeluh. atau nak jadi tak bersyukur pulak kan. Tapi aku nak memberi pandangan yang bila kita dah ada dalam sesuatu keadaan tu, baru kita faham. Kalau kita hanya memerhati, melihat sesuatu, bukan sepenuhnya dapat kita alami. Aku jugak bukan nak menakutkan pelajar2 yang nak amik perubatan. Bagus. Kalau anda ada kelayakan, teruskan. Lahirkanlah doktor2 muslim yang terbaik dan dapat menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan. Tapi ini adalah realiti.

 Mungkin aku agak letih kerana nak exam. Dan itu perkara biasa bagi aku. Keletihan. Kalau aku suarakan tak semestinya aku mengeluh. Tapi itu realiti. Dan kini aku akui, patutlah gaji doktor mahal dan bidang ini dianggap mulia. Alhamdulillah ALLAH memilih aku untuk membantu insan-insan yang memerlukan bantuan. InsyaALLAH 4thn lagi dgn izinnnya. Semoga aku dpt menjadi doktor yang memberikan sesuatu untuk masyarakat.

Kepada adik2 yang ingin mengambil bidang ini, pertama, bina keyakinan dan kekuatan diri dari awal lagi. Ingat, di pertengahan perjalanan sebelum gelaran Dr. itu disemat, banyak cabaran2 yang mungkin akan membuat ada terduduk seketika. Tapi terus bangkit dengan sentiasa memohon kekuatan dariNYA, doa ibubapa dan sokongan rakan-rakan. 

Kalau anda hanya ingin berada di dalam bidang ini kerana gaji yang mahal, sorry. Gaji yang mahal tu lambat lg kita nak dpt. Sebelum tu, kekuatan minda dan fizikal tu penting dulu. Tanpa kekuatan minda, sedikit cabaran je kita dah goyah.

Okay. Itu je kot pandangan seorang hamba ALLAH yang ingin berkongsi pendapatnya. 

Jam laptop sudah 12.08am. Kembali menyambung tugas. Inilah realiti seorang pelajar medic. Long life learning. Bahkan doktor aku yang umur sudah 50++ masih menyelak buku untuk mencari ilmu apatah lagi aku yang masih lagi hijau dalam bidang ini. Semoga hasil tulisan ini memberi sedikit sebanyak input.

Assalamualaikum.






2 comments:

  1. sgt bgune...good for motivation,tapi "6-7thn" tu dh dpt "degree"..."3thn" belajar tu, baru dapat "diploma"....

    ReplyDelete

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3