KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Monday, October 03, 2011

Jadual harianku. monday blues wei.

By : Izzatul Hidayah.
Time : Tengah gosok gosok mata sebab mengantuk. :(



Hi. Mengantukla. Seolah olah dah 4tahun tak tidur. Jadi marilah kita mengupdate diari harian ini. Tak berapa nak harian sangatla sebab update pun setahun sekali. uisyyy, hyperbola bola api~~ kau eton. 


Esok PMR. Esok aku cuti. Jadi selamat berPMR semua adik adik comel sekalian. Termasukla adik jantan aku yang kadang kadang aku pun geram jugak ni. Nasib baik adik jantan sorang. Grrr...Angah kalau membebel boleh jadi macam Bini-Biniku gangster tu tau. Ni KakNgah Bandung sudah mariiiii.....BAMMMMM...*hentak meja terbelah tengah.



Pelik tak kenapa aku cuti hari selasa? Silalah angguk dengan penuh paksaan dan muka tak relanya. Meh nak cerita sikit jadual belajar di Universitas tercinta Medical School of Padjadjaran. Glamor tak U aku? Haaaa..Glamor la jugak even tak pernah keluar BeautifulNara ke, OHBULAN ke kan. Feeling feeling bagai nak U nama mat salleh. Apa yg dibanggakan sangat dengan matsalleh tu pun aku taktahu. They all pun dulu belajar ilmu dengan tamadun islam tauuu! *emoemomiawwwmiawwwwww

gemuk gila aku time 1st year. =.=


Cerita hari isnin cukuplah ye dakkk. Kehidupan ku sama seperti biasa, tiada yang berbeza kerna ku hanya insan biasa. *lempang laju laju bagai tiada hari esok


TARAAAAA.....


Hari isnin ku bermula seawal jam 5.15 pagi. hohoho. Sememey mu bangkit tidoq lambat. Bangun bangun haruslah berjogging keliling bilik, sit-up 20kali, starjump 30 dan disudahi dengan sodakallahulazimmmmm. Pendusta pendustaaa....kekekeke...bangun bangun menguap luas2 oi, capai spekmata, capai BB yang ada dekat merata tempat. Mungkinkah BB ku vibrate bunyi alarm di bawah kakiku spt pagi tadi?? =.=


Setelah ngong ngeng ngong ngeng buat apa yg patut, bukak almari dan merenung selama lebih kurang 10minit. Nak pakai baju apa ni? bukan pening sebab baju takde, tapi pening pilih baju mana takpayah gosok. =.=


Hari isnin kelas pukul 7. Yibaaaaa. We all keluar rumah pukul 6.45. Wah,contoh pelajar contoh yang wajib dpt anugerah setiap hujung tahun. Hadiahnya mungkin pinggan mangkuk atau buku tulis. Yang tak berapa nak contoh bila otw dlm angkut dah 5minit, then perlu berjalan dari pintu gerbang ke fakulti yang mengambil masa 10minit. Total ialah 15minit. Jadi dijangka tiba di dewan kuliah pukul 7 pagi tepat tepat. Tetapi malang sesungguhnya tidak berbau kerana bila Izzatul Hidayah kesemputan menaiki bukit pergi ke kelas maka akan terhegeh hegeh la berjalan lenggang kangkung dan sampai lewat ke kelas.



 Jadi bila lewat, apa kita buat? Pandai. 

Letakkan beg di surau, amik pen,kertas sehelai,fone dan purse lalu berjalan masuk melalui pintu belakang dan berlagak seolah olah baru balik toilet, sengih mcm kerang busuk kepada kawan kawan dan duduklah kamu di tempat yg kosong. ( NAKAL. =.= )


Pagi pagi 7-9 ialah lecture. Khusyuk mendengar setiap ilmu yg diberikan oleh dosen ( lecturer in indonesian language ). Kadang kadang dosen terlalu baik hati dengan membatalkan kelas secara tiba tiba. Kami pun buat muka eh eh ape ni..kelas batal ke?Laaa...kenapa tak twitt ke, post awal2 kat FB ke, boleh aku sambung tido. ( dialog wajib aku ) Maka aktiviti sementara menunggu tutor sudah tentunya makan di kantin sambil bergosip
 'uisyyyyyyy.......budak budak indonesian medic ni semua pakai kete mewah2 ye..bersusun je. Belum jadi doctor lagi. Kalau dah jadi doctor, pakai trellar la gamaknya ye.'

*** berakhir sesi pagi ****


Then,melangkah ke bilik tutor masing masing jam 9. Maka bermulalah sesi perah memerah idea ataupun menyabarkan diri dihentam oleh doktor kerana salah diri sendiri yang tak study. 1 bilik tutor 10org student. Cool kan?? Cool la..................sebab ada aircond kat bilik tu..hahaha. Fine, tak lawak sbb aircond bilik kitorang selalu rosak.. =.=


***berakhir sesi tak berapa nak pagi*****


Tengahari rest start pukul 1130 sampai 1. Kalau rajin pergi makan. Kalau rajin lagi, pergi makan jauh sikit. Kalau rajin rajin lagi, tunggu org suap makanan kat mulut. ( memang nak makan kaki la kan ). Ada la menu macam mee ayam ke,batagor ke,kuih kuih ke. Selalu kalau keluar awal, kami pergi menyerbu Kantin Fakulti Pergigian sebelah tu je. Ada nasi ayam penyet. Yummyyy... :)) 


Siapla solat Dzuhur dan makeup makeup tabur bedak baby ke apa yang patot kan. hahaha. Kalau aku, tengahari tu WAJIB on wifi and twitt ke, usya FB ke, usya page pakwe ke, eh eh....

***sesi petang ***


1pm sampai 3.30pm

Haaa...selalunya isnin petang we all ada skill lab. Kiranya segala clinical aspect yang akan perform dalam setiap system la kan. Macam tadi we all practise check reflex dekat baby. anyonyonyo i love baby...:)) sifat keibuan dan kenenekan menebal ni..bhaahaha... Selalunya aku banyak main time ni. Eishhh. Teruknya perangai. Nak kena hentak dengan steamroll ni. Tak tak. Bila dah abes practise tu aku main la. Lagipun isnin cuma practise je sebab kami akan di test setiap jumaat. 



Setelah ngong ngeng beberapa ketika, maka pulanglah semula ke kediaman terchenta KAV 76 mulana lebih kurang jam 4 smpi rumah. Petang selalu aku spend main angry bird atau aku jogg atau aku TIDOR.


basically itulah rutin harian ku dan malamnya study and o9 la ofkos. Siapkan homework, berangan angan sikit then tidur. Nak gayut dengan pakwe, pokok pun takde nak gayut. So, kita dating dengan buku buku jela. Laaaagi aman dunia. ehehehe. Kan.......

Itu je kot nak merepek.. Lain kali bila bosan, aku merepek lagi okayyyy. =)

terima kasih baca panjang2 ni. hehhehe



* nak upload pics lambat lagi. Mahu menggagau bijik mata korang baca tulisan2 hitam ni. agak agak tak nampak kan, amik higlighter, highlight kat skrin laptop tu..kuikuikui


No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3