KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Monday, October 31, 2011

Nak hadiah hantaran ni tau! LOL.

uhuhuuhu. Release tension jap petang petang ni ngupdate blog.


Esok nak start exam dah. Doakan ye selama 3minggu exam ni, saya sihat walafiat, kesihatan baik, exam boleh jwb, dan tenang2 sentiasa. aminnnnn. Final sem 3 ni. Nevessss kebaby ni. Sistem neurology ialah sistem yg cukup ditakuti oleh we all we all kat sini sebab susah gila sistem ni. Aku pun dah nak terbalik dah ni. Tapi takpe...yang penting kita keep going on okayyy!


Cakap pasal exam kan.............Jam tanganku rosak sudahhh!! bukan rosak apa, tapi tercabut cermin. Jam tu walaupun terlalu besar untuk tgn i yang slim ni kan, tapi sebab mak yg suruh pakai, i pakai tauuuu. So sentimental value i am. Actually since i was a kid, tak pernah beli jam tangan sendiri. 


Jgn dok fokus tangan yang i pegang tu. 
Fokus dekat jam tangan tu! ekekeke.
Tangan yumi so lembut. Tangan aku kematu!


Yup. It's truth. Dulu sekolah rendah tak pakai jam sangat. When masuk boarding school, abah belikan jam Baby G warna purple. Lepas tu bila naik Form 3, abah belikan jam B.U.M equipment pulak sebab hadiah trial PMR. warna purple jugak. Lama pakai jam tu. Then bila masuk matriks pakai jam apa ye. tak hengat. Then, abah belikan pulak jam warna orange. Pakai jam tu sampai dekat bandung ni haaa. 

My orange watch. Jaga elok2 wooo. Even plastik yang cover jam tu pun tak tercabut walau dah bertahun2 pakai. Tapi bila ADIK JANTAN ANGAH tu amik jam tu dari angah, hamboiiii...calar abes tau....:P


Truly i am. Aku memang jenis yang cermat jaga barang. My own things memang kena jaga betul2. Lagi lagi kalau yang orang bagi. Sentimental value kan. Ada sesetengah barang yang berikan kita kenangan tersendiri.
kan?? hurmmmm.


So, tadi bila dah petang2 ni, malas nak belajar ( selalu rajin ke?? ) bukak la web guess watch ni. Aku memang suka jenama guess. 
Ni semua along aku punya kerja la yang suka bagi i guess..hehehe.
My purse hadiah hari jadi dari along tersimpan di dalam almari. Sayang wooo nak pakai. hihihi.
Handbag pun selalu gak cilok along punya. And very the jelus tengok along punya jam guess.

Since aku tak pernah beli jam sendiri, sekarang teringin la nak beli. Mula mula berkenan dengan jam ada ukir roses. Bila cakap dgn along, she said tak lawa. Hadoi! Frust I.

Tunggula sampai guess keluarkan model baru. Sekali terberkenan dengan yang ini.




Hamik. Printscreen terus! tak boleh nak donload kan.

Simple, trendy, warna pun nice. Pandangan setiap orang kan berbeza. But aku memang tak suka sangat jam yang mcm perempuan. Suka yang lasak2, yang besar2.

Tau. Jam guess memang mahal. Ni mesti area 300++ ni sebab baru lagi. Tapi suka. hurmmm. Ingat lepas duit rumah dah settle nak beli. huhu.

Beza harga Guess Malaysia dengan sini tak jauh beza pun. Survey dekat shop Guess bandung haritu harga sama dengan malaysia. Waaaa...kena ikat perut ni. hihihi.

Okay, malam ni berangan nak jam baru. Nak tunggu hantaran laaaambat lagi la kan!! hahahahaha.


Sunday, October 30, 2011

Happy Birthday Izzatul Fathihah. :)

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Izzatul Fathihah Ahmad
Happy Birthday to you.....~~


Hari ini 30oct 2011 ialah ulangtahun kelahiran my lovely sister, teah. Oh yeahhh. 8tahun dah ekau ye haa. Eh,terkeluar bahasa nogori. Almaklum semalam N9 menang. Isoookay is alright. Next year selangor menang ye dakkk. *tetiba. Baling dengan fire extinguisher*

Tadi belek2 phone Sony yang sgt disayangi, tiba2 ternampak byk koleksi gambar besday girl. So, saja la upload perkembangan gmbr teah. Kot kotla ada produser filem baca blog aku and nak amik teah berlakon ke. * boommmm. Kena baling bom pulak kalini*    




Ini gambar time teah baby. Ya ALLAH. Pipi macam kuih pau. Macam anak Mat Salleh pun ada. Tapi memang betul anak mat pun. Tapi mat shariff leeerrr....
Nyiawww....bersinar2 muka teah sebab time ni suci2 lagi kan tak suka buli mak kannnn.

wahahahaha.....*tergelak sampai tertendang  dino jatuh tergolek ke bawah. bukan nak gelak kat teah, tapi dekat lg 3org tu...huahuahuahua....

 ni masa teah 5thn kan. Londehnya pipi! Sedut lemak angah lertuuuuwwww.
tomey adik angah.



Mcm khairul Fahmi je angah tgk.


Ni time teah tadika. Masuk pertandingan bercerita. Si Merak yang sombong. 
umur angah time ni 18. teah berapa ye... 


Banyaknya ko makan!! 


At cinta sayang golf and country resort. Tak igt umur teah berapa. 6thn rasanya.



Hobi si gemuk. Menyanyi, menari, membebel, makan. 4M.
when she was 7 years old. Standard 1. Teah participated in dancing. Haiyooo. angah langsung tak reti menari!

and this is the latest pic of teah with angah during  eid for this year.
She is getting smarter. Mulut tak reti nak diam. Ada je benda yang nak  dibebelnya.
And, around this week, i got message from emak's no. So i message jela mcm biasa coz mak tny soalan yang biasa mak tny la. I pun answer just like anak yg message dgn mak dia la kan.
Sekali, i was wondering. Kenapa ayat mak mcm pelik. Since when mak pandai buat singkatan and simbol pelik2.....Ghupenyaaaaaaaa!!


Teah yang dok message angah!! hadoiiii....hahahaha...punya la angah igt mak. So, aku pun mls nak melayan si gemuk ni since i was study on that time and kredit pun di ambang2 beratus2 rupiah je.

Then she replied.







she was sulking i guess. hehehe. My sweet little sister.

Because im always being far away from family,  i only see her growth via phone, skype or facebook. Semoga adik manja angah rajin pergi sekolah, main hoki bagus2, dengar cakap mak abah, rajin kemas rumah, jangan gaduh dgn yaya, and be smarter always.

Okay, angah sambung belajar. Angah saaaayang teah. Nanti balik kita nyanyi2 lagi okayyy.

Love, angah. :)

Friday, October 21, 2011

sebab tu gaji doktor mahal.

Assalamualaikum. 


pergh....malas nak buat ayat biasa poyo poyo rasa bersalah sebab tak tgk blog. Masak sudah dgn ayat picisan kau. Okay2 blog. Aku sibuk gila lately. Sibuk main twitter. Itu pun kira sibuk jugakla kan. Plus hidup aku rasa empty gila sekarang. So, macam loser bila tak happy happy lepas tu nak update blog kan. Mestila nak share yg happy je kat blog. Barulah nampak hidup aku aman,bahagia dan sejahtera. Pfft. HypoCRITE.






I have a week ++ left before exam appear. So, i am like schizophrenia person although without hallucination. Eh,berangan tu bukan hallucination ek?? Takpe, i nak hallucinate aril dlm cinta elysa je. sweet sgt! suka gila! ehemmm....terbatuk2...




Abaikan pengenalan entry yang tidak semenggah. 




Baiklah, baru aku tahu sekarang kenapa gaji doktor kena mahal.




Dulu aku melihat kejayaan senior yang masuk medic dan bakal jd doktor sebagai WOW. hebat gilaaa. Nak jugak nak jugak!! saya nak jadi doktor yg paling berjaya di alam semesta. Untung2 kena hantar gi bulan ke rawat org2 kat sana. 


But now, bila sendiri berada dalam bidang ini, barulah aku mengerti kenapa worth utk doktor dapat gaji yang mahal. 



  • buku - buku dalam bidang ini sangat mahal. ketika di awal semester nak mulakan system mesti duit habis beli buku je. beratus ringgit. Alhamdulillah aku ditaja. Kalau pakai duit sendiri, hurmmmm.

  • Kalau aku kat sini, selalu sgt fotostat case yg nak bentang dekat kelas. So, memang la terrrrrrrrrramat byk kertas dkt bilik aku. Duit lagi kan. 

  • Belajar medic bukan sekejap. Lama. 5,6 thn. Orang lain belajar 3thn dah boleh kerja and start kumpul duit. Doktor lambat. So, aci tak gaji doktor mahal. Mestilah. A good thing is for someone who waiting.

  • Susah. Aku tau semua benda dalam dunia ni susah. Tapi perubatan boleh dikategorikan antara bidang2 yang menjamin kesusahan dari segi belajar. Bila kita belajar sesuatu dgn susah payahnya, mestilah nak hasil yg memberansangkan. Nak dpt title Dr.Izzatul Hidayah tu bukan senang derrr....Berapa byk air mata yang menitik dan berapa banyak kekuatan mental dan fizikal yang diperlukan.

  • Masa bila bekerja. Perghhh. Yang ini kenyataan dan penyokong utama hujah. ececece. mentang2 baru dpt best debator haritu. ahaha. Tak,bayangkan masa bekerja doktor berapa lama. Ada on call. Sekarang alhamdulillah sistem shift diperkenalkan. Taklah serabut sgt. Bayangkan kalau ada family, anak2, suami. Semua tu kena dikorbankan untuk kerjaya. Bukan mudah. Main dgn nyawa kot. Kepercayaan yang patient letakkan pada kita. Bukan mudah.


Aku bukan nak mengeluh. atau nak jadi tak bersyukur pulak kan. Tapi aku nak memberi pandangan yang bila kita dah ada dalam sesuatu keadaan tu, baru kita faham. Kalau kita hanya memerhati, melihat sesuatu, bukan sepenuhnya dapat kita alami. Aku jugak bukan nak menakutkan pelajar2 yang nak amik perubatan. Bagus. Kalau anda ada kelayakan, teruskan. Lahirkanlah doktor2 muslim yang terbaik dan dapat menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan. Tapi ini adalah realiti.

 Mungkin aku agak letih kerana nak exam. Dan itu perkara biasa bagi aku. Keletihan. Kalau aku suarakan tak semestinya aku mengeluh. Tapi itu realiti. Dan kini aku akui, patutlah gaji doktor mahal dan bidang ini dianggap mulia. Alhamdulillah ALLAH memilih aku untuk membantu insan-insan yang memerlukan bantuan. InsyaALLAH 4thn lagi dgn izinnnya. Semoga aku dpt menjadi doktor yang memberikan sesuatu untuk masyarakat.

Kepada adik2 yang ingin mengambil bidang ini, pertama, bina keyakinan dan kekuatan diri dari awal lagi. Ingat, di pertengahan perjalanan sebelum gelaran Dr. itu disemat, banyak cabaran2 yang mungkin akan membuat ada terduduk seketika. Tapi terus bangkit dengan sentiasa memohon kekuatan dariNYA, doa ibubapa dan sokongan rakan-rakan. 

Kalau anda hanya ingin berada di dalam bidang ini kerana gaji yang mahal, sorry. Gaji yang mahal tu lambat lg kita nak dpt. Sebelum tu, kekuatan minda dan fizikal tu penting dulu. Tanpa kekuatan minda, sedikit cabaran je kita dah goyah.

Okay. Itu je kot pandangan seorang hamba ALLAH yang ingin berkongsi pendapatnya. 

Jam laptop sudah 12.08am. Kembali menyambung tugas. Inilah realiti seorang pelajar medic. Long life learning. Bahkan doktor aku yang umur sudah 50++ masih menyelak buku untuk mencari ilmu apatah lagi aku yang masih lagi hijau dalam bidang ini. Semoga hasil tulisan ini memberi sedikit sebanyak input.

Assalamualaikum.






Monday, October 03, 2011

Jadual harianku. monday blues wei.

By : Izzatul Hidayah.
Time : Tengah gosok gosok mata sebab mengantuk. :(



Hi. Mengantukla. Seolah olah dah 4tahun tak tidur. Jadi marilah kita mengupdate diari harian ini. Tak berapa nak harian sangatla sebab update pun setahun sekali. uisyyy, hyperbola bola api~~ kau eton. 


Esok PMR. Esok aku cuti. Jadi selamat berPMR semua adik adik comel sekalian. Termasukla adik jantan aku yang kadang kadang aku pun geram jugak ni. Nasib baik adik jantan sorang. Grrr...Angah kalau membebel boleh jadi macam Bini-Biniku gangster tu tau. Ni KakNgah Bandung sudah mariiiii.....BAMMMMM...*hentak meja terbelah tengah.



Pelik tak kenapa aku cuti hari selasa? Silalah angguk dengan penuh paksaan dan muka tak relanya. Meh nak cerita sikit jadual belajar di Universitas tercinta Medical School of Padjadjaran. Glamor tak U aku? Haaaa..Glamor la jugak even tak pernah keluar BeautifulNara ke, OHBULAN ke kan. Feeling feeling bagai nak U nama mat salleh. Apa yg dibanggakan sangat dengan matsalleh tu pun aku taktahu. They all pun dulu belajar ilmu dengan tamadun islam tauuu! *emoemomiawwwmiawwwwww

gemuk gila aku time 1st year. =.=


Cerita hari isnin cukuplah ye dakkk. Kehidupan ku sama seperti biasa, tiada yang berbeza kerna ku hanya insan biasa. *lempang laju laju bagai tiada hari esok


TARAAAAA.....


Hari isnin ku bermula seawal jam 5.15 pagi. hohoho. Sememey mu bangkit tidoq lambat. Bangun bangun haruslah berjogging keliling bilik, sit-up 20kali, starjump 30 dan disudahi dengan sodakallahulazimmmmm. Pendusta pendustaaa....kekekeke...bangun bangun menguap luas2 oi, capai spekmata, capai BB yang ada dekat merata tempat. Mungkinkah BB ku vibrate bunyi alarm di bawah kakiku spt pagi tadi?? =.=


Setelah ngong ngeng ngong ngeng buat apa yg patut, bukak almari dan merenung selama lebih kurang 10minit. Nak pakai baju apa ni? bukan pening sebab baju takde, tapi pening pilih baju mana takpayah gosok. =.=


Hari isnin kelas pukul 7. Yibaaaaa. We all keluar rumah pukul 6.45. Wah,contoh pelajar contoh yang wajib dpt anugerah setiap hujung tahun. Hadiahnya mungkin pinggan mangkuk atau buku tulis. Yang tak berapa nak contoh bila otw dlm angkut dah 5minit, then perlu berjalan dari pintu gerbang ke fakulti yang mengambil masa 10minit. Total ialah 15minit. Jadi dijangka tiba di dewan kuliah pukul 7 pagi tepat tepat. Tetapi malang sesungguhnya tidak berbau kerana bila Izzatul Hidayah kesemputan menaiki bukit pergi ke kelas maka akan terhegeh hegeh la berjalan lenggang kangkung dan sampai lewat ke kelas.



 Jadi bila lewat, apa kita buat? Pandai. 

Letakkan beg di surau, amik pen,kertas sehelai,fone dan purse lalu berjalan masuk melalui pintu belakang dan berlagak seolah olah baru balik toilet, sengih mcm kerang busuk kepada kawan kawan dan duduklah kamu di tempat yg kosong. ( NAKAL. =.= )


Pagi pagi 7-9 ialah lecture. Khusyuk mendengar setiap ilmu yg diberikan oleh dosen ( lecturer in indonesian language ). Kadang kadang dosen terlalu baik hati dengan membatalkan kelas secara tiba tiba. Kami pun buat muka eh eh ape ni..kelas batal ke?Laaa...kenapa tak twitt ke, post awal2 kat FB ke, boleh aku sambung tido. ( dialog wajib aku ) Maka aktiviti sementara menunggu tutor sudah tentunya makan di kantin sambil bergosip
 'uisyyyyyyy.......budak budak indonesian medic ni semua pakai kete mewah2 ye..bersusun je. Belum jadi doctor lagi. Kalau dah jadi doctor, pakai trellar la gamaknya ye.'

*** berakhir sesi pagi ****


Then,melangkah ke bilik tutor masing masing jam 9. Maka bermulalah sesi perah memerah idea ataupun menyabarkan diri dihentam oleh doktor kerana salah diri sendiri yang tak study. 1 bilik tutor 10org student. Cool kan?? Cool la..................sebab ada aircond kat bilik tu..hahaha. Fine, tak lawak sbb aircond bilik kitorang selalu rosak.. =.=


***berakhir sesi tak berapa nak pagi*****


Tengahari rest start pukul 1130 sampai 1. Kalau rajin pergi makan. Kalau rajin lagi, pergi makan jauh sikit. Kalau rajin rajin lagi, tunggu org suap makanan kat mulut. ( memang nak makan kaki la kan ). Ada la menu macam mee ayam ke,batagor ke,kuih kuih ke. Selalu kalau keluar awal, kami pergi menyerbu Kantin Fakulti Pergigian sebelah tu je. Ada nasi ayam penyet. Yummyyy... :)) 


Siapla solat Dzuhur dan makeup makeup tabur bedak baby ke apa yang patot kan. hahaha. Kalau aku, tengahari tu WAJIB on wifi and twitt ke, usya FB ke, usya page pakwe ke, eh eh....

***sesi petang ***


1pm sampai 3.30pm

Haaa...selalunya isnin petang we all ada skill lab. Kiranya segala clinical aspect yang akan perform dalam setiap system la kan. Macam tadi we all practise check reflex dekat baby. anyonyonyo i love baby...:)) sifat keibuan dan kenenekan menebal ni..bhaahaha... Selalunya aku banyak main time ni. Eishhh. Teruknya perangai. Nak kena hentak dengan steamroll ni. Tak tak. Bila dah abes practise tu aku main la. Lagipun isnin cuma practise je sebab kami akan di test setiap jumaat. 



Setelah ngong ngeng beberapa ketika, maka pulanglah semula ke kediaman terchenta KAV 76 mulana lebih kurang jam 4 smpi rumah. Petang selalu aku spend main angry bird atau aku jogg atau aku TIDOR.


basically itulah rutin harian ku dan malamnya study and o9 la ofkos. Siapkan homework, berangan angan sikit then tidur. Nak gayut dengan pakwe, pokok pun takde nak gayut. So, kita dating dengan buku buku jela. Laaaagi aman dunia. ehehehe. Kan.......

Itu je kot nak merepek.. Lain kali bila bosan, aku merepek lagi okayyyy. =)

terima kasih baca panjang2 ni. hehhehe



* nak upload pics lambat lagi. Mahu menggagau bijik mata korang baca tulisan2 hitam ni. agak agak tak nampak kan, amik higlighter, highlight kat skrin laptop tu..kuikuikui