KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Tuesday, September 13, 2011

Jangan benci, kan dah jatuh cinta.

Hai. Assalamualaikum. Selamat malam. Saya nak update blog hari ini. Sebab internet tengah laju. Tengah sedap2 saya bantai lontong dgn nasi himpit masak sendirian berhad, tiba tiba pakcik internet tu ketuk ketuk pintu rumah nak betulkan internet. Okay fine. Terima kasih dan selamat lebaran ye pak...kehkehkeh.


Pasal niat saya dalam entry yang lepas, saya bukanlah bermaksud nak berhenti berblogging. Blog ini yang telah memperkenalkan saya kepada erti dunia maya sebenar. Saya jumpa ramai orang2 famous via blog. Kelas kau jahhh! I pun kadang kadang kena google jugak sebab ada blog ni. # Terharu nama keluar kat google. No motif fine kBYE.

Saya cuma berfikir nak cari alternatif lain selain blogging. Sampai sekarang tak jumpa. Nak buat apa pun tak tau. Nak belajar buat pastry and cupcake laaa...kikiki



Pernah dengar ungkapan :

Jangan benci, nanti jatuh cintaaa.

( sambil feeling feeling lagu hindustan jd background belakang )


Saya mengalaminya sekarang yawwww!!


Ehem...saya bukan suka sangat belajar sains sains perubatan bagai ni. Pecah kepala you know. Bergelumang dengan dosa, eh silap..bergelumang dengan buku. Buku kalau nipis2 romantik bagai macam novel Andai Itu Takdirnya boleh jugak aku layan bhai. Ni tebal macam kalau baling kucing yang suka dok menyendel tiap kali aku nak pergi kelas tu boleh seizure kucing tu. Siap kena cerebral hemorrhage lagi. 


Dahla kalau belajar, bukan boleh refer satu buku. Ada la pat ma nam buku buku lain lagi yang boleh menyebabkan diri sendiri terhempap dengan longgokan buku itu. Dunia oh dunia. Kelas pun  boleh tahan pack. Kalau takde kelas tu adalah nikmat paling terbesar yang dikurniakan kepada kami. Tapi kalau junior aku yang baru daftar tu, takde kelas tu mcm nak nangis je kan. Takpe2. Akak faham. Lama sangat korang cuti so semangat waja tu masih kental dan jitu. Yezzzzaaaa!



Banyak omelan omelan ( mcm takde dalam kamus dewan je?? ) kan bila belajar medic? Kalau boleh, biarlah aku seorang sahaja dalam family yang amik bidang ini. My sistaaa tak payah la amik. I wont bear to see my sistasss letih letih. huahuahua. Lovely dovey angah ni tau!

But actually, now i'm kind errrr start to love my field. *malu


I do love medic right now. Saya merasakan bidang ini telah mengajar saya erti kematangan sebenar. Melatih otak saya untuk bekerja. Saya dapat rasakan perubahan dari segi berfikir berbanding awal awal saya menjejakkan kaki dan badan badan yang slim ni la kan dalam bidang ini. 



Nowadays, setiap benda atau masalah yang berlaku dalam lingkungan saya, saya mesti cuba mengaitkan dengan what is actually happened in your body. And how ur body adapt? Dan setiap perubahan dalam diri setiap individu itu kadang kadang bukan atas kehendaknya. So, saya mulai belajar menerima yang bukan salah dia kalau sesuatu benda itu terjadi. Mungkin dia pun tak nak benda tu berlaku kepada dia. Kalau masalah tu dari genetik, how come you nak change?? kan? It drives me to always think positive. Berusaha belajar menerima yang setiap insan tidak dilahirkan dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Jadi kita tak boleh nak berlagak or choyy choyyy kerek pulak dengan aku kan....ALLAH merancang sesuatu itu dengan hikmahNYA. 



rasanya mcm tak boleh nak menaip panjang panjang kot, sebab kenyang sangat. hahaha. Saya harus berusaha menaikkan berat badan 3kg semula. I lost 4kg during puasa and now memang tak comel argghhhh kurus kurus slim sampai pakai jam asyik nak londeh kannn. 



Saya semakin bersyukur dengan kehidupan saya sekarang. Alhamdulillah ya Rabbi. Semua perkara yang telah berlaku dalam hidup saya membuatkan saya berfikir DIA masih sayangkan saya kerana memberi saya dugaan. Melatih saya menjadi hamba yang redha dan selalu bertawakal kepadaNYA. 



Kalau kita punya masalah, stop luahkan di Facebook. U got nothing unless org LIKE or COMMENT. Jalan penyelesaiannya ke mana? ke laut la gamaknya. Carilah penyelesaian itu dengan menghadapNYA. Mohon ketenangan dan petunjuk. Dan itulah ketenangan yang akan kita perolehi insyaALLAH.


Semoga tulisan ini dapat memberi maanfaat kepada anda yang membaca dan diri saya sendiri. Ok. Sambung makan balik. Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3