KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Thursday, September 29, 2011

Link blog Dr.

BY : Izzatul Hidayah



Hye. i am updating with my nose keep 'blocking'. It happened when u were TOO exciting with something. Yup. I am so exciting with my new blog's appearance. But,actually who cares kan ko nak tukar blog bagai siap tampal itu ini ke kan. Lain la ko famous macam Hanis Zalikha. Kau cuma izzatul hidayah.


Actually i preferred to use Bahasa Jiwa Bangsa Inilah Kebanggaan Kita ketika menulis. But sudden I started hit my keyboard, macam tiba tiba berubah pakai bahasa konon mat salleh lerrrtuwwwww. (kibas rambut pergi belakang).


 But actually my english was so bad and sometimes rasa macam nak tulis pakai bahasa kedah je kan. Tapi satgi angpa yang mai dari celah mana tu baca blog cheq ni tak paham pulak kan. So, instead of i bajet2 ada foreigner read my blog, so let me just mixed up my language. Kuah ROJAK Mak bee cicah jambu. slurrrrppppp.
 ( but yeah, actually i have. He YM me and said Hi east. I read your blog. It is nice. I'm from Sri Lanka. Then, so what?? urghhhh...stop discrimination. =.= )


Actually my motive for tonight is to advertise something yang for me, urmmmm....nice and i love it.


No...no... it is not about Double cheese burger kat mcd ke or icecream choco flavor ke even though I love both of it. Last time i eat mcd with uhukuhuk....terbatukkk.....:P


suspen tak pasal apa? Lagi suspen tak if I said 
THIS IS BASED ON TRUE STORY.................
( pastikan time baca ni, korang tak duduk alone. im talking seriously. )


Taraaaaa.... aku baru baca blog Dr.Halina la sebenarnya. Itu je surprisenya.

BTW, she is new in blogging but i love the way she wrote. Lagi lagi bila dia selalu update pasal kesihatan, life as a doctor and her lovely omey omey baby, Sophea Isabella. Like seriously, dia memang cantik dan Datuk Dr.Syeikh Muszaphar konform konform la hensem kannnn. Like a sweet sweet partner je kan. Nak macammm tu jugak boleyyyy?? :'D



Ini link blog Dr.Halina. Who wanna get some info, or sharing a moment being a mother can just follow and read her blog. Actually i love to read life about someone who had become a doctor because later when i'm also being there, i will think back and ohhhhh this is how they feel. Busy, life, family and so on and so forth.


Okay, itu saja kot info sharing. I want to have some sleep. Kaki masih kejang sebab almost 2years aku tak terlibat dgn sport balik, main fitness semua so muscle agak terkejut. Aiyooo kapten, sudah lemau ka??

My spirit for today :

Setiap insan di dunia ini berbeza personaliti. Jangan mengharapkan orang lain sahaja untuk memahami kita. Letakkan diri kita dalam keadaan fleksible supaya mampu mengimbangi setiap perbezaan tindak tanduk insan.

Salam.


Sunday, September 25, 2011

Ceritera raya 2011 ( Malaysia )

Hye. Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Last year, i was celebrating my eid di bumi indonesia. And i once promised that for raya next year i want to celebrate it with full of joy.

And this is my pics for Eid 2011. I love this raya very much. And i miss the moments until now. I keep looking at my raya's photo and xoxo. hehehe.

So, those are several pics of mine and the other 4 Izzatul and 1 Izzuddin.
Also with big boss and big madam la opkosssss.





OTW balik kampung. aku kena duduk belakang sekali dgn budak GEMUK yang tak abes2 membebel dalam kereta. 
Last sekali aku sumbat earphone kat telinga dia, then kitorang sing along. hahaha.
Gemuk gemuk macam tu dia pergi landing elok atas riba angah sampai kejang2 kaki angah tau!!



Ada reason sbb apa angah kena duk belakang. muahaha




Kiri kanan atas semua budak2 gemuk himpit angah. Patutla angah tak besar2. haihhhh



Kitorang tunggu mak fitting baju raya, then kitorang snapping. hehehehe
Abah pon layannnn je. haha



Orange kau. Hamik. Even aku dgn along lari theme sebab...sebab apa ye. Rabun warna kot kitorang ni.
Awwww. Comelnya kitorang semua. :P




Sebab tu kitorang comel. Tengok mak abah arr..hahaha..ala, puji sendirian berhad la. Kalau tak,sapa nak puji ye dakkk. 


Macam menara KLCC. Aku selalu jadi jambatan kat tengah2. Mencikkkk I !!
Bukan aku yang rendah, tapi diorang yang tinggi.
Kannn.....


I love this piccaaa. 
SEMUA SILA FOKUS KAT TEAH.
dia memang kadang2 tak betul sikit.




Tangkap gambar dengan artis.
Artis yang suka nangis. Pantang angah usik, nangis. Dahla nangis, pemalas pulak tu. hahaha..

Adik jantan aku paling hensem. ( Dah memang la, sebab aku ada sorang je adik jantan. =.= )



Yang kiri dgn kanan sekali dah berpunya. Yang tengah2 tu single. :P 
bahahaha.


Omey omey nyaaa adik angah pakai tudung. :))
Mulut sepanjang highway PLUS tak reti diam. ku gigit taulaaaa. 

And bab makan tak payah cakapla. Abes lemang,ketupat semua aku bantai. Korang kena paham, tahun sebelumnya tak dpt makan. Terpaksa la qada' :P

And bila balik Klang, sempat jugak raya rumah kawan2. But perantau dia tak boleh duduk Malaysia lama2. Last day sempat jugak out jumpa kawan2. 


Jumpa budak2 ni. haruslahh kan ngong ngeng dengan imran dgn azzam. Satu kewajipan bagi aku. 
And sempat jumpa cik ika before dia fly pergi india. Ehem....sakit tekak pulak. :P

Jumpa emeer pun sempat jugak. Anyonyonyo emeer dah pandai jalan.

time ni emeer dtg umah acik zatul kannn. alololo. dah besar dah. :))
Hensem boy...!


That's all ceritera raya 2011.
Raya umur ku ke 20. Eh,besar dah izzatul ni. 20 dah ye......;)
Daaaa....



Tuesday, September 20, 2011

saya sweet.

ehemm...


anyone boleh ajar aku main piano?? ^^


actually i used to have keyboard dekat rumah dulu, but then adik adik aku yang bijak pandai belaka telah mematahkan setiap kekunci keyboard aku!! kannn....nak kena gigit!




dulu aku belajar main music biasa2 je. I really love to play with instrument. and until now, minat itu masih belum pudar. and tadi aku layan music instrumental dekat utube dan minat bermain piano itu datang semula.




enjoy this song.
sometimes love always make me feeling sweet. hahahaha. LOL.



LOVE. east


Sunday, September 18, 2011

Malaysia, I want Malaysia.

Assalamualaikum. Okay.
Serius ni. Aku memang serius orangnya. Tak suka gelak gelak ni. kuikuikui.
Fine. Aku tengah lapar, so nak membebel kejap. Dengar tau. Eh,tak payah dengar sangat pun sebab korang baca je apa aku tulis ni. Kalau aku tulis macam ni 

" aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........ "

See. Korang tak dengar kan aku jerit?? ( east loser L)


Actually im getting bored with all these stuff!

Tiba tiba aku rasa hidup aku loser sangat!


Di hari ahad, aku terperap dalam bilik taktau nak buat apa. 
Aku berharap sangat ada someone call, or message me and cakap 

" wei, jom keluar tengok wayang?? Ada cerita baru. Johhny ke apa benda tah. Reborn johhny kot. "

Mimpi di siang hari aku sebab :


++ Sini panggung wayang NON hade cerita mat salleh oi!! semua stok2 negara mereka dan mereka lagi. And ape kejadah kawan kawan aku nak ajak tengok cerita lokal mcm tu kan. LOSER NO 1





Then aku bermimpi lagi, bestnya kalau dapat makan mcd. Yeah, i know. Macam macam video la, pandangan, and tafsiran pasal mcd. But, aku makan pun jarang. So, aku pejam mata jugak sebab mcd is my fav fastfood okayhhhh.

Tapi sekali lagi :

++ Tempat aku belajar ini tiada mcd. yang ada hanyalah KFC yang tak sedap,pelik,mahal,nk order pun pening and tax mahal gila! Kalau ada mcd pun dekat bandung. Takkan aku nak ke Bandung yang take about 1hour dr uni aku kan. grrrrr. Tak dpt makan mcd adalah kesedihan terbesar bagi aku.
 LOSER NO. 2


Kemudian, aku nak hangout. Terasa nak jalan jalan. Tapi aku sendiri yang akan terluka nanti sebab :

++ Arghhh...ramainya smoker. Sudah setahun lebih aku kat sini aku masih tidak dapat menghilangkan kegeraman terhadap smoker smoker yang sesuka hati limpa mereka je nak sembur asap rokok depan aku kan! So, kalau nak jalan2 hidup udara segar pun it is like NOTHING. There is no place such as Taman tasik titiwangsa ke hape. sabar izzatul, sabar. LOSER NO 3.


Menghilangkan kebosanan aku dengan cara main game. Angry bird la. Terketagih sekarang ni. Hidup aku nampak loser sangat. Sekian.


YA ALLAH berilah kekuatan ke
pada aku untuk menamatkan pengajian di sini dengan cemerlang dan pulang ke Malaysia dalam masa yang ditetapkan. 



Sabar. Satu tahun setengah lagi. Now, im 20 dah nak hujung tahun. Next year 21 and insyaALLAH 22 bulan 4 aku habis. Tak sabar.................getting tired with all these. :(

( sorry, lapar. cannot tahan my emosi. )

Tuesday, September 13, 2011

Jangan benci, kan dah jatuh cinta.

Hai. Assalamualaikum. Selamat malam. Saya nak update blog hari ini. Sebab internet tengah laju. Tengah sedap2 saya bantai lontong dgn nasi himpit masak sendirian berhad, tiba tiba pakcik internet tu ketuk ketuk pintu rumah nak betulkan internet. Okay fine. Terima kasih dan selamat lebaran ye pak...kehkehkeh.


Pasal niat saya dalam entry yang lepas, saya bukanlah bermaksud nak berhenti berblogging. Blog ini yang telah memperkenalkan saya kepada erti dunia maya sebenar. Saya jumpa ramai orang2 famous via blog. Kelas kau jahhh! I pun kadang kadang kena google jugak sebab ada blog ni. # Terharu nama keluar kat google. No motif fine kBYE.

Saya cuma berfikir nak cari alternatif lain selain blogging. Sampai sekarang tak jumpa. Nak buat apa pun tak tau. Nak belajar buat pastry and cupcake laaa...kikiki



Pernah dengar ungkapan :

Jangan benci, nanti jatuh cintaaa.

( sambil feeling feeling lagu hindustan jd background belakang )


Saya mengalaminya sekarang yawwww!!


Ehem...saya bukan suka sangat belajar sains sains perubatan bagai ni. Pecah kepala you know. Bergelumang dengan dosa, eh silap..bergelumang dengan buku. Buku kalau nipis2 romantik bagai macam novel Andai Itu Takdirnya boleh jugak aku layan bhai. Ni tebal macam kalau baling kucing yang suka dok menyendel tiap kali aku nak pergi kelas tu boleh seizure kucing tu. Siap kena cerebral hemorrhage lagi. 


Dahla kalau belajar, bukan boleh refer satu buku. Ada la pat ma nam buku buku lain lagi yang boleh menyebabkan diri sendiri terhempap dengan longgokan buku itu. Dunia oh dunia. Kelas pun  boleh tahan pack. Kalau takde kelas tu adalah nikmat paling terbesar yang dikurniakan kepada kami. Tapi kalau junior aku yang baru daftar tu, takde kelas tu mcm nak nangis je kan. Takpe2. Akak faham. Lama sangat korang cuti so semangat waja tu masih kental dan jitu. Yezzzzaaaa!



Banyak omelan omelan ( mcm takde dalam kamus dewan je?? ) kan bila belajar medic? Kalau boleh, biarlah aku seorang sahaja dalam family yang amik bidang ini. My sistaaa tak payah la amik. I wont bear to see my sistasss letih letih. huahuahua. Lovely dovey angah ni tau!

But actually, now i'm kind errrr start to love my field. *malu


I do love medic right now. Saya merasakan bidang ini telah mengajar saya erti kematangan sebenar. Melatih otak saya untuk bekerja. Saya dapat rasakan perubahan dari segi berfikir berbanding awal awal saya menjejakkan kaki dan badan badan yang slim ni la kan dalam bidang ini. 



Nowadays, setiap benda atau masalah yang berlaku dalam lingkungan saya, saya mesti cuba mengaitkan dengan what is actually happened in your body. And how ur body adapt? Dan setiap perubahan dalam diri setiap individu itu kadang kadang bukan atas kehendaknya. So, saya mulai belajar menerima yang bukan salah dia kalau sesuatu benda itu terjadi. Mungkin dia pun tak nak benda tu berlaku kepada dia. Kalau masalah tu dari genetik, how come you nak change?? kan? It drives me to always think positive. Berusaha belajar menerima yang setiap insan tidak dilahirkan dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Jadi kita tak boleh nak berlagak or choyy choyyy kerek pulak dengan aku kan....ALLAH merancang sesuatu itu dengan hikmahNYA. 



rasanya mcm tak boleh nak menaip panjang panjang kot, sebab kenyang sangat. hahaha. Saya harus berusaha menaikkan berat badan 3kg semula. I lost 4kg during puasa and now memang tak comel argghhhh kurus kurus slim sampai pakai jam asyik nak londeh kannn. 



Saya semakin bersyukur dengan kehidupan saya sekarang. Alhamdulillah ya Rabbi. Semua perkara yang telah berlaku dalam hidup saya membuatkan saya berfikir DIA masih sayangkan saya kerana memberi saya dugaan. Melatih saya menjadi hamba yang redha dan selalu bertawakal kepadaNYA. 



Kalau kita punya masalah, stop luahkan di Facebook. U got nothing unless org LIKE or COMMENT. Jalan penyelesaiannya ke mana? ke laut la gamaknya. Carilah penyelesaian itu dengan menghadapNYA. Mohon ketenangan dan petunjuk. Dan itulah ketenangan yang akan kita perolehi insyaALLAH.


Semoga tulisan ini dapat memberi maanfaat kepada anda yang membaca dan diri saya sendiri. Ok. Sambung makan balik. Assalamualaikum.




Tuesday, September 06, 2011

menginjak usia kematangan

Assalamualaikum.


lain perasaan mengetuk keyboard hari ini. Saya merasakan sesuatu.


 bila saya teliti archieve kembali, tersenyum membaca entry terdahulu. Jelas terlihat sisi kematangan dalam penulisan. Malu pun ada bila baca ' eh,mcm budak2 je aku ni' menulis.


Mungkin dah sampai masanya keluar dari dunia maya ini. Hadapi dunia sebenar. Dunia maya merupakan jalan lari dari masalah aku. Itulah kesilapan terbesar. Sepatutnya masalah yang dihadapi kena diselesaikan. Bukan berundur, mencari alternatif lari dari masalah itu. 


Blog ini peneman saya. Curahan hati ketika saya sendiri, tidak ada lagi insan boleh dipercayai dan ia telah merakamkan berjuta juta kenangan terindah yang saya coret setiap masa. 


Pantai pun boleh berubah, inikan pulak manusia. Saya mula terfikir, saya harus move on. Memandang sisi lain dalam kehidupan, mencari lebih pengalaman dan belajar erti kematangan. 


Saya suka menulis. Setiap hasil tulisan saya lahir dari hati. Tapi menginjak kini, seolah olah saya rasakan hasil tulisan ini hipokrit. 


Berfikir mahu meng-away-kan diri seketika tapi itu cuma janji melayu je. Saya mencari kepuasan. Sesuatu benda yang lebih menarik untuk dibuat selain mengetuk keyboard ini.


Terfikir nak belajar main piano........mungkin lebih baik dari duduk menghadap laptop ni....hurmmmm....