KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Thursday, August 25, 2011

tahun lepas tak. tahun ni ye.

Hai semua...Assalamualaikum....:D


Baiklah, entry yang ditaip dengan kelajuan 120km/j. Tapi nak balik raya ni,korang jgn mengada ngada nak drive laju laju. Aku bagi side kick sekali...heeee....


Gemviraaaa nya saya. Eh,aku tak TYPO tau. Memang aku saja je tulis gemvira tu untuk menggambarkan kegembiraan aku. Kan...nampak tak permainannya kat situ??


Ecece....gembira sebab tadi ko baru balik shopping raya kannnn?? tapi sebab duit elaun tak masuk, amatlah berbajet kali ini. Beli yang perlu je. Along, ko tak beli baju raya angah siap. Angah suntik ko dengan phenobarbital biar ko tido. muahahaha. I takde baju raya ni. sob3


Actually entry ni sebab aku tengah dengar lagu raya. So, aku pun terfikirlah beberapa perkara.


Di saat orang lain tengah sibuk tolong mak buat kuih raya kat dapur, di saat orang lain tengah sibuk tolong mak dia pasang langsir, aku masih di sini berusaha menyiapkan segala tugasanku.


Di kiri kanan masih lagi buku mengenai anatomy otak dan juga esok juga masih ada lagi pembentangan mengenai case strok. 


Sadis tak bunyi??


hurm......itu kenyataan yang perlu diterima oleh insan yang belajar 
 ' pembelajaran sepanjang hayat '


Bagi siapa siapa yang bertanya kepada aku di Facebook ;

" zatul balik bila ? "

---> zatul balik ahad la...sebab jumaat tu kelas zatul petang baru abes...

Semua orang kata lambatnya balik.....


Nak buat macam mana, bukan boleh balik naik bas ke, kuda ke, kereta kebal ke ( takde kaitan ) kan....Ni kena naik kenderaan yang ada abang abang kachakkk and akak akak chantik tu kannn. 


bagi mereka yang belaajr dalam bidang yang sama dengan saya pasti dah biasa dengan keadaan ni kan? Yela, parents pun kena biasakan sebab nanti bila dah kerja, laaaaagi sibuk. Entah entah raya pun dekat hospital. So, kita melatih diri kita dari sekarang, walau apa keadaan sekalipun, tugasan dan tanggungjawab itu harus melebihi segala-galanya. Sementelah pula berada di bidang yang menuntut pengorbanan masa dan tenaga ini. Ikhlaskanlah diri dalam melakukan sesuatu pekerjaan kerana insyaALLAH ada balasannya.

So, sambil dengar lagu raya, sambil kita buat learning issues okay. :)

Ahad ni I balik....hehehe. sumpah seronok kau! sebab last year tak balik raya......:'D


Salam aidilfitri.

1 comment:

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3