KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Thursday, August 11, 2011

PUTUS

Hai. Assalamualaikum. 


Hati tgh kecewa. Kecewa yang amat. Dikecewakan oleh exam yang senang tapi me still keliru nak jawab. Tapi, hidup perlu diteruskan kan? Bukannya boleh patah balik masa pun. Redha redha.

So, dah lama sebenarnya nak tulis pasal benda ni, tapi takde kesedaran diri yang tinggi. hehehe. So, dikesempatan yang tak menyempat ni sesungguhnya kerajinan menaip dtg.


Let's start. Akhir akhir ini asyik dengar cerita banyak ceriteracinta yang tak kesampaian. Artis la, pengacara la, pemain bola la...opssss....Pergh, ini menimbulkan ketakutan yang teramat dalam diri aku. kuikuikui. Can u imagine people that we love then jadi mcm org asing bagi kita?


Ini just my opinion jela. Sebagai insan yang berpengalaman. Ngeng! 


Actually when we are not meant to be together, memang la sedihkan. Lagi-lagi kalau dah kawan lama. lalalala~terkena btg hidung sendiri. Tapi bila difikirkan balik setiap perpisahan yang tersurat itu ada hikmahnya. Mungkin dia bukan yang ditakdirkan untuk kita. Mungkin setiap perpisahan yang berlaku itu adalah untuk mengajar erti kesabaran dan kematangan. 

Sempat kan aku bersnap pic before pergi exam?? elehhh...mcm korang tak buat!! :P
dino yg gemuk. besar gila.
btw,tudung tu hadiah dr mama and k.nona. Masih baik dgn aku wpun wpun wpun...


Apa yang saya lihat dalam kes Elia ni kan ialah keberanian dia menghadapi masalah itu. Tak semua orang sebenarnya berani menghadapi kenyataan dan masalah. Ramai orang mengambil jalan LARI dari masalah. Betul jugak cakap dia. Siapa tak update kisah pasal pakwe la,kekasih la,chinta hati la, baby la dekat blog kan? Tapi bezanya dengan dia ialah 'ex' nya famous. So, itulah harga yang perlu dibayar. 


Aku bukan nak mengata sesiapa di bulan yang baik ini. Aku pun berharap aku dijauhi dari perkara sedemikian. Setiap manusia harus diberi peluang untuk berubah kan.... Inilah antara sebab kenapa DULU aku tak prefer upload gambar bersama 'teman' di facebook. No. Ketika masih berkawan dulu pun jarang untuk aku mengexposekan kisah persahabatan kami di FB atau Blog. Adalah sikit sikit ketika mood ulat bulu aku datang. HAHAHA. 


Facebook dan blog ialah laman sosial yang menjadi tontonan masyarakat dunia. i repeat. DUNIA. Jadi setiap tingkah laku kita boleh diperhatikan segenap lapisan ( teringat kuih lapis dibulan puasa ini ) masyarakat dan mereka boleh menjatuhkan hukuman bila bila masa sahaja tanpa perlu lebih jauh MENGENALI anda. See, the power of technology. 

Dan alhamdulillah.... aku masih tetap berdoa agar aku tetap terpelihara dari perkara itu sehingga hari ini. Jadi, bila kami putus...( erm......benda dah lama lepas....) tidaklah menimbulkan perasaan jengkel di hati friends dekat FB kan. Dan tidaklah juga kedengaran kata kata nista 

" tula, upload gambar dengan balak kemain. Sandar - sandar bahu la, mcm org dh kawin but then putus. "

Maaf. Saya bukan ingin mengata sesiapa yang berbuat demikian. Itu hak anda. Kubur lain-lain. Walaupun saya kadang kadang menyampah dan rasa nak muntah. Tak kisah la korang nak tangkap gambar mcm mana pun tapi takpyh la semua nak upload kt FB. Sikit sikit cukupla.....Mak ayah zaman sekarang ni semua berFB bhai...segan segan. 

Bukan mudah kan nak mengcontrol diri dari mengupdate kisah cinta dekat blog and FB? ye. saya akui. memang bukan mudah. Sebab tu hanya wanita yang KUAT sahaja boleh mengawal dari mendedahkan kisah cintanya di public. Yela, nak jugak semua orang tahu kisah cinta agung dia dengan kekasih tu kan......tapi, belajarlah menjadi wanita yang KUAT. Jangan buat anda kelihatan lemah. 

Salah 1 cara untuk mengcontrol diri dari mengupdate kisah cinta di FB ialah pastikan mak ayah anda ada FB jugak dan aktif mengstalker anda. hekhekhek.

Kalau di blog pulak, anda tulis je panjang2 apa anda nak tulis then SIMPAN dalam draft. muahahaha. Tak payah publish kan. Tapi simpan je buat koleksi dalam draft. Lelaki ni pun bukan suka sangat wanita yang suka mededahkan terlalu over hubungan cinta ni. 

Ramai je saya lihat kwn kwn saya yg sweet sweet sampai sakit gigi but then putus. Apa pandangan saya yg dh melihat gambar loving2 they all tu? ( terus keluar english aku ) saya tidak dapat menidakkan hati bahawa adalah terkutuk sikit. hahaha. Mesti susah kan, sbb kalau anda berkawan lagi lepas ni orang dah boleh tahu 

" eleh, before this pon aku dah tgk gambar dia dgn ex dia. Ni awek latest pulak ke? "


Agak agak kenapa lepas putus mesti kita nak bergaduh dgn ex kita? Padahal dulu itulah intan payung, gayut 2jam kat tepon sampai nak putus telinga, kalau sehari tak message tak boleh hidup la katakan....agak-agaknya kalau kita bergaduh dgn dia tak ke menunjukkan pilihan kita sebelum x tepat? yela, dulu puji melambung tp lepas tu kutuk. uisyyyy, buruknya perangai! Apa salahnya terima je dgn redha. Dah putus dahla. Takpayah nak membangkitkan kemarahan masing masing. Keep move on sudah. Dia bahagia, kita pun bahagia.

Apa yang aku mencarut panjang2 ni??????

Tak..sebenarnya aku nak cakap, jadilah insan yang BIJAK. Semoga kita semua dilindungi. aminnnn.




3 comments:

  1. be a strong ea :)
    akk ade je kt sini kalo zatul memerlukan.. :)

    ReplyDelete
  2. Keep on track East! =)
    Saya membaca dari jauh.. moga semuanya baik2 je k..

    yours
    SH

    ReplyDelete

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3