KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Saturday, August 20, 2011

kahwin? 20. 21. 22. 23. mudanya!!

Assalamualaikum.

Lesson for today. Never update your Facebook's status when u are angry. Becoz the impact is u will regret for the whole of your life.

**********************************


Berapa umur saya? 20tahun. Tepat sekali. Tapi saya rasa tak salah budak berusia 20tahun ini memberikan pandangannya.

Kalau menurut pandangan orang zaman sekarang, 20tahun itu masih muda belia. 20 tahunla baru nak bermula kehidupan remaja yang sebenar. Ayat muda mudi sekarang ni simple je :

" ala,baru 20 beb...rileks laaaa "

SAYA TAK SETUJU.

ade sesiapa nak bantah saya cakap tak setuju? kehkehkeh....jom arr dengar saya story mory pandangan saya kejap. Lepas ni marilah kita bersama sama nilaikan. Bukan nilai 3 kat seremban yang jual baju raya banyak banyak tu.

Kematangan dari segi medic : kematangan dari segi physiology tubuh badan dan juga sistem neuron kita.


kenapa agak agaknya kita yang muda belia ni selalu nak mengelak perkara yang orang lebih berusia lakukan? contohnya


  • belajar memasak ( lelaki, perempuan )
  • beribadah
  • pergi ikut mak ayah beli ikan kat pasar. Sampai ko taktau beza ikan kembung dgn ikan yu.
  • belajar membuat kuih ketika nak raya.
  • Meniaga sambilan.
  • KAHWIN.
jawapannya senang je. Sebab bila kita dah meningkat umur nanti, kita buatla semua benda tu. Oh mennnn. Anda silap. Why?

Adakah anda tahu anda akan hidup dalam jangka masa yang lama? itulah silap kita. Kita terlalu yakin dan pasti kita akan bertapak dalam jangka masa yang lama lagi di dalam dunia ini, sebab tu kita berfikir nanti nanti jela...

Saya bercakap dari perspektif yang meluas. Jangan pandang dari aspek yang LAST POINT tu je. Korang ni bukan bulihhh! haihhhh. 

sebenarnya, kita sepatutnya melakukan apa yang kita rasa NAK lakukan. Sebab kalau kita tak lakukan sekarang, besar kemungkinan kita tak berpeluang melakukannya lagi. Tapi kalau umur anda panjang, alhamdulillah....ALLAH bagi peluang kepada kita lagi di masa hadapan.

Saya kadang kadang melihat dan terfikir, kenapa sesetengah orang berpandangan pelik kalau perempuan tu kahwin awal. Saya pun kadang kadang terfikir jugak hal yang sama. 

" eh, dia ni kahwin awal gila..umur 21,22,23. Gila tak heaven tak nikmati alam remaja ' 

aaahhhh....sesungguhnya alam remaja itu amatlah membahagiakan senikmat minum air soya cincau sejuk di bulan puasa.

Kan? Tapi pernah tak kita terfikir, kalau la ditakdirkan seseorang tu umur dia tak panjang, yela..ajal maut di tangan ALLAH kan?kita sebagai muslim kena percaya kan semua tu. Kalau umur dia tak panjang meninggal sebelum 35thn, dan ditakdirkan dia berkahwin umur 22 la contohnya, adakah 22tahun itu masih dikira awal baginya??

Kalau sesorang itu ditakdirkan oleh ALLAH panjang umur, murah rezeki, dia berkahwin umur 35 pun takpe kalau ajal dia menjemput umur 65 tahun. 

Faham tak apa saya cuba sampaikan??

Jadi saya rasa tak salah kalau kita melakukan apa yang mungkin kita rasa belum layak seorang belia lakukan sebab kita tak tahu kalau kita menangguhkan perkara yang baik, apakah peluang itu akan datang lagi untuk kita di masa hadapan???? panjang umur, alhamdulillah......


Kalau kita rasa umur masih muda, area area saya la kan...anda rasa nak memulakan perniagaan. Go ahead! Jangan tangguh kalau peluang itu datang. Ni meniaga yang elok elok la kan. Jangan yang tak elok. Bermulalah dengan menjadi penjual wakil orang dulu ke, then lama kelamaan bina empayar sendiri. Kalau sudah tertulis rezeki anda, insyaALLAH dalam usia 35 tahun, dah boleh jadi jutawan. Contohnya meniaga VCO tu ke kan. Ala, minyak kelapa dara tula. Tengok dak IRINE NADIA MARCELLO tu. masih muda tapi keberanian dan keyakinannya selalu menarik perhatian aku. 


Next, belajar memasak. Jangan ingat belajar memasak tu susah. Takpun. Dan buat dek je sentimen sesetengah orang yang kata 

" Ni dah pandai masak ni dah boleh kawin ni. " ( dan anda pun tersipu sipu malu kambing ) Rasa nak PANGGG sekali.

 ni zaman moden laaaa.... zaman dulu dulu boleh la cakap kalau dah pandai masak dah boleh kawin. Sebab dulu takde GOOGLE! ni zaman sekarang ko google je resepi apa. GEDEBAKKK keluarrr! ha...senang je kan. Orang muda macam kita ni pun boleh buat. Jangan tunggu sampai tua baru nak belajar masak. anda sudah terlepas nikmat dunia dengan tidak suka memasak......



Lagi?

Hurmmmm....ni perkara paling sensitif. Bab kahwin. Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Tak salah nak kahwin awal KALAU anda rasa dah bersedia nak jadi isteri solehah. Yang lelaki pun tak salah nak kahwin awal KALAU dah rasa mampu imamkan solat. ( Ni sikit jela ciri ciri dia. )
 Ramai je student yang belajar luar negara kahwin awal. Tapi ada sesetengah insan yang BANYAK sangat cas negatif dalam badan dia akan berfikir : 

" Gatalnyaaaa kawin awal. Belajar pun tak abeh lagi. "

See. Itu memang kenyataan dan lumrah SESETENGAH masyarakat kita. Padahal selagi mana pasangan itu rasa dirinya mampu, go on jela. Buat dosa lama lama buat apa. 


Apa yang cuba saya sampaikan di sini mudah. Kalau peluang sudah hadir di depan mata anda, GRAB! lakukanlah semua perkara yang membawa kebaikan kepada diri kita tanpa perlu menunggu menjadi lebih berusia. Kerana kita tidak pasti sampai bila kita akan diberikan peluang di atas muka bumi ini. 


Pedulikan pandangan insan insan yang memandang sinis sesetengah perkara yang kita lakukan. Biasalah, manusia. Kalau kucing ke, dia tak pandang sinis pun. Kucing suka nyendel nyendel je. miawwwww


Semoga setiap perkara bermanfaat yang kita lakukan, disertai dengan niat yang ikhlas akan diredhai ALLAH. Usia bukanlah pengukur segala-galanya kerana istilah kematangan itu sendiri ditentukan oleh kita.


Salam 20 Ramadhan.....marilah bersama sama mencari keberkatan malam LAILATULQADAR. insyaALLAH......

No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3