KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Thursday, August 25, 2011

tahun lepas tak. tahun ni ye.

Hai semua...Assalamualaikum....:D


Baiklah, entry yang ditaip dengan kelajuan 120km/j. Tapi nak balik raya ni,korang jgn mengada ngada nak drive laju laju. Aku bagi side kick sekali...heeee....


Gemviraaaa nya saya. Eh,aku tak TYPO tau. Memang aku saja je tulis gemvira tu untuk menggambarkan kegembiraan aku. Kan...nampak tak permainannya kat situ??


Ecece....gembira sebab tadi ko baru balik shopping raya kannnn?? tapi sebab duit elaun tak masuk, amatlah berbajet kali ini. Beli yang perlu je. Along, ko tak beli baju raya angah siap. Angah suntik ko dengan phenobarbital biar ko tido. muahahaha. I takde baju raya ni. sob3


Actually entry ni sebab aku tengah dengar lagu raya. So, aku pun terfikirlah beberapa perkara.


Di saat orang lain tengah sibuk tolong mak buat kuih raya kat dapur, di saat orang lain tengah sibuk tolong mak dia pasang langsir, aku masih di sini berusaha menyiapkan segala tugasanku.


Di kiri kanan masih lagi buku mengenai anatomy otak dan juga esok juga masih ada lagi pembentangan mengenai case strok. 


Sadis tak bunyi??


hurm......itu kenyataan yang perlu diterima oleh insan yang belajar 
 ' pembelajaran sepanjang hayat '


Bagi siapa siapa yang bertanya kepada aku di Facebook ;

" zatul balik bila ? "

---> zatul balik ahad la...sebab jumaat tu kelas zatul petang baru abes...

Semua orang kata lambatnya balik.....


Nak buat macam mana, bukan boleh balik naik bas ke, kuda ke, kereta kebal ke ( takde kaitan ) kan....Ni kena naik kenderaan yang ada abang abang kachakkk and akak akak chantik tu kannn. 


bagi mereka yang belaajr dalam bidang yang sama dengan saya pasti dah biasa dengan keadaan ni kan? Yela, parents pun kena biasakan sebab nanti bila dah kerja, laaaaagi sibuk. Entah entah raya pun dekat hospital. So, kita melatih diri kita dari sekarang, walau apa keadaan sekalipun, tugasan dan tanggungjawab itu harus melebihi segala-galanya. Sementelah pula berada di bidang yang menuntut pengorbanan masa dan tenaga ini. Ikhlaskanlah diri dalam melakukan sesuatu pekerjaan kerana insyaALLAH ada balasannya.

So, sambil dengar lagu raya, sambil kita buat learning issues okay. :)

Ahad ni I balik....hehehe. sumpah seronok kau! sebab last year tak balik raya......:'D


Salam aidilfitri.

Saturday, August 20, 2011

kahwin? 20. 21. 22. 23. mudanya!!

Assalamualaikum.

Lesson for today. Never update your Facebook's status when u are angry. Becoz the impact is u will regret for the whole of your life.

**********************************


Berapa umur saya? 20tahun. Tepat sekali. Tapi saya rasa tak salah budak berusia 20tahun ini memberikan pandangannya.

Kalau menurut pandangan orang zaman sekarang, 20tahun itu masih muda belia. 20 tahunla baru nak bermula kehidupan remaja yang sebenar. Ayat muda mudi sekarang ni simple je :

" ala,baru 20 beb...rileks laaaa "

SAYA TAK SETUJU.

ade sesiapa nak bantah saya cakap tak setuju? kehkehkeh....jom arr dengar saya story mory pandangan saya kejap. Lepas ni marilah kita bersama sama nilaikan. Bukan nilai 3 kat seremban yang jual baju raya banyak banyak tu.

Kematangan dari segi medic : kematangan dari segi physiology tubuh badan dan juga sistem neuron kita.


kenapa agak agaknya kita yang muda belia ni selalu nak mengelak perkara yang orang lebih berusia lakukan? contohnya


  • belajar memasak ( lelaki, perempuan )
  • beribadah
  • pergi ikut mak ayah beli ikan kat pasar. Sampai ko taktau beza ikan kembung dgn ikan yu.
  • belajar membuat kuih ketika nak raya.
  • Meniaga sambilan.
  • KAHWIN.
jawapannya senang je. Sebab bila kita dah meningkat umur nanti, kita buatla semua benda tu. Oh mennnn. Anda silap. Why?

Adakah anda tahu anda akan hidup dalam jangka masa yang lama? itulah silap kita. Kita terlalu yakin dan pasti kita akan bertapak dalam jangka masa yang lama lagi di dalam dunia ini, sebab tu kita berfikir nanti nanti jela...

Saya bercakap dari perspektif yang meluas. Jangan pandang dari aspek yang LAST POINT tu je. Korang ni bukan bulihhh! haihhhh. 

sebenarnya, kita sepatutnya melakukan apa yang kita rasa NAK lakukan. Sebab kalau kita tak lakukan sekarang, besar kemungkinan kita tak berpeluang melakukannya lagi. Tapi kalau umur anda panjang, alhamdulillah....ALLAH bagi peluang kepada kita lagi di masa hadapan.

Saya kadang kadang melihat dan terfikir, kenapa sesetengah orang berpandangan pelik kalau perempuan tu kahwin awal. Saya pun kadang kadang terfikir jugak hal yang sama. 

" eh, dia ni kahwin awal gila..umur 21,22,23. Gila tak heaven tak nikmati alam remaja ' 

aaahhhh....sesungguhnya alam remaja itu amatlah membahagiakan senikmat minum air soya cincau sejuk di bulan puasa.

Kan? Tapi pernah tak kita terfikir, kalau la ditakdirkan seseorang tu umur dia tak panjang, yela..ajal maut di tangan ALLAH kan?kita sebagai muslim kena percaya kan semua tu. Kalau umur dia tak panjang meninggal sebelum 35thn, dan ditakdirkan dia berkahwin umur 22 la contohnya, adakah 22tahun itu masih dikira awal baginya??

Kalau sesorang itu ditakdirkan oleh ALLAH panjang umur, murah rezeki, dia berkahwin umur 35 pun takpe kalau ajal dia menjemput umur 65 tahun. 

Faham tak apa saya cuba sampaikan??

Jadi saya rasa tak salah kalau kita melakukan apa yang mungkin kita rasa belum layak seorang belia lakukan sebab kita tak tahu kalau kita menangguhkan perkara yang baik, apakah peluang itu akan datang lagi untuk kita di masa hadapan???? panjang umur, alhamdulillah......


Kalau kita rasa umur masih muda, area area saya la kan...anda rasa nak memulakan perniagaan. Go ahead! Jangan tangguh kalau peluang itu datang. Ni meniaga yang elok elok la kan. Jangan yang tak elok. Bermulalah dengan menjadi penjual wakil orang dulu ke, then lama kelamaan bina empayar sendiri. Kalau sudah tertulis rezeki anda, insyaALLAH dalam usia 35 tahun, dah boleh jadi jutawan. Contohnya meniaga VCO tu ke kan. Ala, minyak kelapa dara tula. Tengok dak IRINE NADIA MARCELLO tu. masih muda tapi keberanian dan keyakinannya selalu menarik perhatian aku. 


Next, belajar memasak. Jangan ingat belajar memasak tu susah. Takpun. Dan buat dek je sentimen sesetengah orang yang kata 

" Ni dah pandai masak ni dah boleh kawin ni. " ( dan anda pun tersipu sipu malu kambing ) Rasa nak PANGGG sekali.

 ni zaman moden laaaa.... zaman dulu dulu boleh la cakap kalau dah pandai masak dah boleh kawin. Sebab dulu takde GOOGLE! ni zaman sekarang ko google je resepi apa. GEDEBAKKK keluarrr! ha...senang je kan. Orang muda macam kita ni pun boleh buat. Jangan tunggu sampai tua baru nak belajar masak. anda sudah terlepas nikmat dunia dengan tidak suka memasak......



Lagi?

Hurmmmm....ni perkara paling sensitif. Bab kahwin. Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Tak salah nak kahwin awal KALAU anda rasa dah bersedia nak jadi isteri solehah. Yang lelaki pun tak salah nak kahwin awal KALAU dah rasa mampu imamkan solat. ( Ni sikit jela ciri ciri dia. )
 Ramai je student yang belajar luar negara kahwin awal. Tapi ada sesetengah insan yang BANYAK sangat cas negatif dalam badan dia akan berfikir : 

" Gatalnyaaaa kawin awal. Belajar pun tak abeh lagi. "

See. Itu memang kenyataan dan lumrah SESETENGAH masyarakat kita. Padahal selagi mana pasangan itu rasa dirinya mampu, go on jela. Buat dosa lama lama buat apa. 


Apa yang cuba saya sampaikan di sini mudah. Kalau peluang sudah hadir di depan mata anda, GRAB! lakukanlah semua perkara yang membawa kebaikan kepada diri kita tanpa perlu menunggu menjadi lebih berusia. Kerana kita tidak pasti sampai bila kita akan diberikan peluang di atas muka bumi ini. 


Pedulikan pandangan insan insan yang memandang sinis sesetengah perkara yang kita lakukan. Biasalah, manusia. Kalau kucing ke, dia tak pandang sinis pun. Kucing suka nyendel nyendel je. miawwwww


Semoga setiap perkara bermanfaat yang kita lakukan, disertai dengan niat yang ikhlas akan diredhai ALLAH. Usia bukanlah pengukur segala-galanya kerana istilah kematangan itu sendiri ditentukan oleh kita.


Salam 20 Ramadhan.....marilah bersama sama mencari keberkatan malam LAILATULQADAR. insyaALLAH......

Saturday, August 13, 2011

Sempena HARI KIDAL SEDUNIA i present to U....



Hai u oll. *ayatbajetartis.
Assalamualaikum. *ni bukan bajet ustazah ye.


Kalau kat twitter sekarang memang tengah famous game hashtag ni. Aku yang sentiasa FREE dan BYK masa terluang ni memang rajin la bermain game ini dan selepas itu gelak seorang diri bila baca hashtag orang lain. And yang memang seronok is #alasanbreakup. Artis pun join jugak game ni. OK. Apa kejadah mukadimah aku ni??grrr....

So, Hari ini kan ekceli ( menyampah aku baca ) ialah 


HARI KIDAL SEDUNIA!!! 


Huhuhu...Bagi clap besar sikit sama ini Lefties. Besar lagiiiii....yeahhhh...aku lah salah satu golongan terpilih tu..huekhuekhuek....( gelak paling hodoh dalam dunia )






Yes I am. And I proud to be lefties!







Aku dapat tahu hari ini ialah hari lefties bila my fren update kat Twitter. And im so anyonyonyo why i never know before this because sambutan ini sudah disambut sejak 1992. See, itulah dia kuasa twitter. 

Jom kita baca sikit2 beberapa info yang mungkin akan keluar dalam trial SPM atau soalan final year universiti korang. Aku bukan universiti. Aku universitas.




Apakah itu yang dikatakan Left Handed?

Sedar ataupun tidak, selalunya kita mentakrifkan SI KIDAL sebagai org yang menulis menggunakan tangan kiri. Kan? Tapi ada sesetengah orang yang menulis sahaja menggunakan tangan kiri tapi melakukan semua aspek tugasan menggunakan tangan kanan. But we still call him or her as KIDAL.

The definition of LEFTIES is still debate among scientist. Tapi kalau aku yang makan pakai sudu pun tangan kiri, and i have no doubt that i am truly LEFTIES. ceh.

But, we are more believe that being left- or right-handed has to do with how the right and left sides of the brain relate to one another.




Adakah LEFT HANDED ini genetic?

Sebab mengenai mengapa seseorang itu kidal tidak dapat lagi dipastikan. Ada yang mak ayah dia tak kidal, tapi dia kidal. Tidak ada specific gene yang mengcode untuk kidal. Saya ada terbaca dalam 1 laman web, but i dunno la kan kesahihannya, dikatakan si kidal ini terjadi kerana itu tangan pertama yang kita hisap time kita dlm perut mak kita. alololo so sweet kan?? 

Since ALLAH hadiahkan kita 2 tangan kan, so ada hikmah la kenapa sesetengah org kidal dan sesetengah lagi tak. 





Statistik
Jumlah ratio LEFTIES compare to right handed amatlah kecil kerana majoriti manusia menggunakan tangan kanan dominant. 

Dont u think it is cool sebab u jadi orang terpilih. huhuhu.



Orang terpilih tengah menulis...huahuahua





Kepelikan dan kekunoan dulu dulu.
Anda mungkin sedar mungkin tak tapi kita sering kali dihebahkan yang buat kerja menggunakan tangan kiri ni tak elok. Makan tangan kiri tak elok, bagi duit tangan kiri tak elok, salam tangan kiri tak elok. Sebab selalunya kita mengaitkan KIRI ini dengan tidak sopan ataupun kejahatan.








Tapi u oll perasan tak, kalau LEFTIES yang pegang pisau tangan kiri, dia akan pegang sayur ke,ikan ke, belah kanan kan?? Saya cuba melatih diri saya untuk makan pakai sudu tangan kanan tapi setelah 20tahun masih tidak berjaya. muahaha. Ni kalau pergi rumah mak mertua ni mampuh kena jeling ni...kuikuikui.


INI ADALAH PANDANGAN SAYA berdasarkan pengalaman 20thn ni kan. ecece.


KELEBIHAN :

  • Kalau saya makan pakai tangan kan, saya masih boleh menulis pki tangan kiri. Sesuai dipraktikkan bila kau study last minute sampai time makan pon ko study. huahuahua. 
  • Bila saya tulis jawi, tulisan saya sangat lah cantik sebab dari kanan ke kiri kannn.... 
  • Pemain hoki selalunya memerlukan kekuatan tangan kiri and that's y im good at hockey. buekkk! :P 
  • Nampak cool bila tulis kat whiteboard. 
  • Sangat power dan laju gila main gear manual sebab belah kiri. Sbb tu test JPJ full mark..:P 
  • Dia pun kidal. :P 



KEKURANGAN :

  • Meja ketika di dewan kuliah terletak di sebelah kanan. So i have to sengetkan kepala setiap kali tulis and paling parah bila exam 3jam. Macam nak fracture tengkuk aku. 
  • Kebanyakan barang dicipta untuk org sebelah kanan. Gunting, pemegang pintu, PENGUPAS KENTANGGGG. sebab tu aku selalu terhegeh2 nk kupas kentang. kuikuikui 
  • Bila pakai pen basah and tulis rumi kertas mesti comot. 
  • Selalu kena tegur sebab makan tangan kiri pakai sudu...sob3 
  • Suka letak tgn kiri dalam mulut time berfikir...muahahaha. 
  • Berfikir mcm mana nak jadi surgeon sebab nurse akan duduk belah kanan kita. Dan setiap incision mesti susah untuk surgeon kidal sebab pegang scalpel belah kiri. 











Macam banyak lagi kekurangan dari kelebihan kan? hurm....Tapi percayalah ramai insan2 hebat di dunia ini ialah LEFTIES!







Kebanyakan bekas presiden US ialah kidal.


Prince Charles and Prince William of England


musicians Jimi Hendrix, Kurt Cobain and Paul McCartney


scientists Isaac Newton, Marie Curie and Benjamin Franklin


artists Michelangelo and Leonardo Da Vinci


historical figures Alexander the Great, Charlemagne and Julius Ceasar.


Lin Dan, Diego Maradona ; athletic


Kalau kat malaysia, ramai jugak artis yang aku perasan kidal. They are great also.
Yusri KRU, Zahiril Adzim, errr...ni aku tau sebab dyorg wish kt twitter td. hahaha.




Actually sama je kidal ke, tangan kanan ke. The way u make up yourself determine who you are. 


Jangan sebab ramai org hebat kidal, kita rasa diri kita cukup hebat dan tak berusaha. Kalau mcm tu, tulis pakai kaki kiri pun tak boleh maju.


Ape ape pun Selamat Hari Kidal sedunia tu my abah,me,adik lelakiku, teah and to 
'org kidal termacho kat area ni '

I still remember ur words lorrr pakcik...hehehe...



FACTS : Entry ini ditulis selama 4 jam. Ye. Sebab aku tulis pakai tangan kiri je.

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Aku tipulaaaaa..hehehehe...

Thursday, August 11, 2011

PUTUS

Hai. Assalamualaikum. 


Hati tgh kecewa. Kecewa yang amat. Dikecewakan oleh exam yang senang tapi me still keliru nak jawab. Tapi, hidup perlu diteruskan kan? Bukannya boleh patah balik masa pun. Redha redha.

So, dah lama sebenarnya nak tulis pasal benda ni, tapi takde kesedaran diri yang tinggi. hehehe. So, dikesempatan yang tak menyempat ni sesungguhnya kerajinan menaip dtg.


Let's start. Akhir akhir ini asyik dengar cerita banyak ceriteracinta yang tak kesampaian. Artis la, pengacara la, pemain bola la...opssss....Pergh, ini menimbulkan ketakutan yang teramat dalam diri aku. kuikuikui. Can u imagine people that we love then jadi mcm org asing bagi kita?


Ini just my opinion jela. Sebagai insan yang berpengalaman. Ngeng! 


Actually when we are not meant to be together, memang la sedihkan. Lagi-lagi kalau dah kawan lama. lalalala~terkena btg hidung sendiri. Tapi bila difikirkan balik setiap perpisahan yang tersurat itu ada hikmahnya. Mungkin dia bukan yang ditakdirkan untuk kita. Mungkin setiap perpisahan yang berlaku itu adalah untuk mengajar erti kesabaran dan kematangan. 

Sempat kan aku bersnap pic before pergi exam?? elehhh...mcm korang tak buat!! :P
dino yg gemuk. besar gila.
btw,tudung tu hadiah dr mama and k.nona. Masih baik dgn aku wpun wpun wpun...


Apa yang saya lihat dalam kes Elia ni kan ialah keberanian dia menghadapi masalah itu. Tak semua orang sebenarnya berani menghadapi kenyataan dan masalah. Ramai orang mengambil jalan LARI dari masalah. Betul jugak cakap dia. Siapa tak update kisah pasal pakwe la,kekasih la,chinta hati la, baby la dekat blog kan? Tapi bezanya dengan dia ialah 'ex' nya famous. So, itulah harga yang perlu dibayar. 


Aku bukan nak mengata sesiapa di bulan yang baik ini. Aku pun berharap aku dijauhi dari perkara sedemikian. Setiap manusia harus diberi peluang untuk berubah kan.... Inilah antara sebab kenapa DULU aku tak prefer upload gambar bersama 'teman' di facebook. No. Ketika masih berkawan dulu pun jarang untuk aku mengexposekan kisah persahabatan kami di FB atau Blog. Adalah sikit sikit ketika mood ulat bulu aku datang. HAHAHA. 


Facebook dan blog ialah laman sosial yang menjadi tontonan masyarakat dunia. i repeat. DUNIA. Jadi setiap tingkah laku kita boleh diperhatikan segenap lapisan ( teringat kuih lapis dibulan puasa ini ) masyarakat dan mereka boleh menjatuhkan hukuman bila bila masa sahaja tanpa perlu lebih jauh MENGENALI anda. See, the power of technology. 

Dan alhamdulillah.... aku masih tetap berdoa agar aku tetap terpelihara dari perkara itu sehingga hari ini. Jadi, bila kami putus...( erm......benda dah lama lepas....) tidaklah menimbulkan perasaan jengkel di hati friends dekat FB kan. Dan tidaklah juga kedengaran kata kata nista 

" tula, upload gambar dengan balak kemain. Sandar - sandar bahu la, mcm org dh kawin but then putus. "

Maaf. Saya bukan ingin mengata sesiapa yang berbuat demikian. Itu hak anda. Kubur lain-lain. Walaupun saya kadang kadang menyampah dan rasa nak muntah. Tak kisah la korang nak tangkap gambar mcm mana pun tapi takpyh la semua nak upload kt FB. Sikit sikit cukupla.....Mak ayah zaman sekarang ni semua berFB bhai...segan segan. 

Bukan mudah kan nak mengcontrol diri dari mengupdate kisah cinta dekat blog and FB? ye. saya akui. memang bukan mudah. Sebab tu hanya wanita yang KUAT sahaja boleh mengawal dari mendedahkan kisah cintanya di public. Yela, nak jugak semua orang tahu kisah cinta agung dia dengan kekasih tu kan......tapi, belajarlah menjadi wanita yang KUAT. Jangan buat anda kelihatan lemah. 

Salah 1 cara untuk mengcontrol diri dari mengupdate kisah cinta di FB ialah pastikan mak ayah anda ada FB jugak dan aktif mengstalker anda. hekhekhek.

Kalau di blog pulak, anda tulis je panjang2 apa anda nak tulis then SIMPAN dalam draft. muahahaha. Tak payah publish kan. Tapi simpan je buat koleksi dalam draft. Lelaki ni pun bukan suka sangat wanita yang suka mededahkan terlalu over hubungan cinta ni. 

Ramai je saya lihat kwn kwn saya yg sweet sweet sampai sakit gigi but then putus. Apa pandangan saya yg dh melihat gambar loving2 they all tu? ( terus keluar english aku ) saya tidak dapat menidakkan hati bahawa adalah terkutuk sikit. hahaha. Mesti susah kan, sbb kalau anda berkawan lagi lepas ni orang dah boleh tahu 

" eleh, before this pon aku dah tgk gambar dia dgn ex dia. Ni awek latest pulak ke? "


Agak agak kenapa lepas putus mesti kita nak bergaduh dgn ex kita? Padahal dulu itulah intan payung, gayut 2jam kat tepon sampai nak putus telinga, kalau sehari tak message tak boleh hidup la katakan....agak-agaknya kalau kita bergaduh dgn dia tak ke menunjukkan pilihan kita sebelum x tepat? yela, dulu puji melambung tp lepas tu kutuk. uisyyyy, buruknya perangai! Apa salahnya terima je dgn redha. Dah putus dahla. Takpayah nak membangkitkan kemarahan masing masing. Keep move on sudah. Dia bahagia, kita pun bahagia.

Apa yang aku mencarut panjang2 ni??????

Tak..sebenarnya aku nak cakap, jadilah insan yang BIJAK. Semoga kita semua dilindungi. aminnnn.




Tuesday, August 09, 2011

KITA KAN SEBENARNYA

Assalamualaikum.


Jam laptopku menunjukkan 4.21 am. 10minit lagi nak sahur,so ketuk keyboard kejap. Iyarghhhh, sudah tak mampu study lagi. Nasib baik esok tak ada exam. Bolehla aku membantai tidur seolah olah tiada lagi hari esok. muahahaha. makruh puasa. :P


Sekarang ni aku tengah menghadapi exam sebenarnya. mid semester exam. Yup, my next system, Endocrine Metabolism system dah pun berakhir. Lajunya habis??tergolek dog aku nak mengejar. Kalau rajin takpela. kuikuikui. Ala, kenapa jadi student kena rajin. Tak bestlaaaa. Nak malas nak malas. hukhukhuk terbatuk comel...* skipping jap 100x bagi mood rajin dtg balik. Ok,sumpah bohong.



Alhamdulillah hari ini sudah 9augustus. Maksudnya sudah 9 ramadhan. aaaaaa, aku baru je berapa ramadhan. Lol. hahaha. Ala, bosannya study sorang sorang ni. :(  isyyyyy, dahla tgh sakit hati kan, so memang nak menggila la study sorang2. Jahatla...tak suka tau....buat kita mcm tu....kita ada hati tau..kita bukan pakai hati ayam ke, lembu ke...ngehngeh...nasib baik kita ada sistem kekebalan dan keignoran buekkkkk yg tinggi. Kalau tak, kita lipat awak mcm lipat baju.....grrrrrr....


*berfikir sebentar....nak makan apa sahur ni??megi laaa....hidup org bujang...dah 3 hari aku sahur mkn kurma. Perghh memang buatkan aku hyper sampai ke petang. Siap boleh gelak2 kuat la katakan. Itulah dia ye, penangan kurma...manisnyaaa kurma itu.....~ tiru nada Jepp Sepah...kuikuikui....aaaaaaaaaa, semput.......


Isyyyy.....kenapa kena jadi org tua...masalah byk tau...tak suka tak suka tak sukaaaa...pergi sana jauh jauh...isyyy, takut kan tulis pape pelik kat blog, nanti org igt aku x siuman pulak kann. Dahla next sem nak belajar system Neurobehaviour yang mungkin akan membuatkan malam ku kesiangan. huhuhuhu...Lamanyaaaaa medic ni. *lompat lompat papan anjal. Kita ngantuk la belajar lama lama....nasib baik kita ada Twitter dgn Hotfm yg selalu teman kita. Kita tak suka Facebook la. Facebook jahat. Suka buat kita sedih. hurmmmm. :(   Dah berapa kali kita deactivate, tapi sbb kwn kwn kita suka send info ikut situ, so kita kena on balik. Tak sukaa tau.... Tau tak kita tak suka Facebook....tau x??? x tau la tu, sebab tu buat jugakkk...hekhekhek...


* kenapa ada lagu Kpop dekat radio ni...kita x suka Kpop tau. Next song la DJ! 


aaaaaaaa.....malasnya nak bangun bukak peti aissss. kita takde mood langsung ni. Kita menyampah arrr. sangat. Nasib baik ni bulan puasa. So, kita banyak mintak ALLAH bagi kekuatan dan petunjuk kat kita. Kita tau DIA maha mendengar. So, kita mintakkkk je dekat DIA. Kita yakin DIA tolong kita. hurmmm.. :)  Bila kita serabut mesti kita follow kata hati kita sebab kita tau DIA bagi petunjuk apa yang kita buat tu betul. Kita taktau nak mintak tolong dari siapa lagi. DIA jela.......kita pun redha jela. DIA mesti lagi tau apa yg terbaik buat kita. hurmmm.... =)


Dahla, housemate kita dh bgn and panggil sahur. Kita taktau dia tido ke tak sbb dia duduk tingkat atas. Kita pulak duduk tingkat bawah. Sebab kita igt kita sorang je xtdo malam ni. Kita nak join dia la..malas la nak layan benda remeh temeh....buekkkkk...Girl's power!! tak herannnn....buekkk!! kikikiki...sahur tau semua...aaaaaa.....dushhhh dushhhhh




# symptom symptom exam dan juga terlebih hormon pelik pelik dalam bdn. Haaaaaaa, sahur IZZATUL!! bubyee....wink wink

Tuesday, August 02, 2011

9 PERKARA-PERKARA

Assalamualaikum.

Wah wah meriah semalam makan kan. Mentang-mentang 1st ramadhan kan. Bazar pon mantap mantap. Saya hanya mampu tatap kebestttttan nya dekat twitter and Facebook jela. hukhuk...terbatuk sedih. 

Ada masa sekejap ni so feeling like nak buat typing error. So, orang selalu kata benda bila kita dah hilang baru kita nak hargai kan? so do I. Bila dah duduk over the sea ni baru terhegeh hegeh nak rindu nikmat puasa kat Malaysia. Kan tahun ini sudah masuk tahun ke 2 puasa di perantauan, maksudnya semakin banyaklaaa makneka makneka yang dirindui. Tahun ini insyaALLAH balik Malaysia 28hb. Takpela, janji dpt jugak puasa dekat Malaysia. Kan? dari non hado lgsg mcm last year. kuikuikui.


PERKARA-PERKARA YANG DIRINDUI CIK EAST KETIKA BULAN PUASA DI TANAH AIR TERCHENTA 


  • Berbuka puasa dengan family laaa. Haiyak. Mana sama nikmat bukak puasa dengan member if compare to family kan. Tapi kalau bukak puasa dgn family konporm2 angah bgn paling lambat dari meja makan kannnn?? :P



  • Bazar ramadhan!!!!! Serius sirius black sini tak best langsung bazar nye!! actually sini bukanla bazar sangat pon. Cuma dia bukak kedai jual jual je. Tapi meriah sikit la compare to bulan2 lain. Tapi nikmat dan kebahagiaan perasaan itu amatlah tidak sama. huh. :(



  • Makanan makanan yang hanya dijumpai ketika bulan puasa. Contohnya kuih tepung pelita. erm erm erm. bulan lain jumpa tak? :P



  • Kueytiaw goreng kerang menu wajib cik east bukak posaaaa nohhh. Hangpa tanya abah dgn mak tgk betapa gilanya anak dia kat Kueytiaw goreng. ohh mennn. Sini susah nak jumpa kerang pon. Semua kerang merajuk takmau duduk sini. Nak tunggu masak sendiri macam malas je kan. :P



  • Bubur lambuk. kuikuikui. Sedapnya. Selalu adik jantan aku la yang kena hamik kan....ohhh, sini takde bubur lambuk. Bubur lamm lammm lammmm bukkkk...( lap air liur )



  • Iklan yusuf taiyob. Ko tipu la kann kalau tak rindu. T.T  yusuf taiyobbbb~~



  • Pengumuman waktu berbuka yang keluar lepas asar tu haaa. Terkejar kejar aku depan tv nak tgk klang bukak pukul berapa. Bila tgk pukul 7.30 tu mcm longlai je nanti...hahaha. 



  • cerita jejak rasul. dulu konon nak cepatkan masa nak dekat bukak puasa mesti tgk jejak rasul. hehehe. padahal bukan nak minat pon. terukla cik east ni! ( bammmm. dino belasah )



  • Gelakkan adik adik yang letih. muahahahahahaha. angah yang nakal!! akan berbahagialah hatiku bila melihat adik adik ku terdampar seperti ikan paus yang keletihan. kuikuikui. tak baik tau angah ni!!





itu jela kot yg sempat terfikir. Oh, i miss that moment. Sesungguhnya di perantauan ini mengajar ku erti kesabaran dan menghargai sesuatu. Sabar. InsyaALLAH lagi beberapa tahunn saja maaaa.... hekhekhek.