KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Saturday, July 09, 2011

MAAF. SAYA TAK SUKA.

Assalamualaikum. Phewwww.


Maaf. Saya tetiba rasa menyampah nak bukak Twitter dan BeritaHarian. Timeline penuh pasal BERSIH. Dan saya tak ingin langsung BERMINAT nak ambil tahu walaupun kalau siapa yang mengenali saya sejak zaman sekolah cukup mengetahui minat saya dalam bidang politik even finally saya end up dalam medic. Setiap hari pasti saya akan membelek surat khabar untuk mengetahui perkembangan Malaysia sebab ada terselit impian nak join politik. Tapi itu dulu. Right now, my passion macam musnah mcm tu je. Menyampah dah tengok permainan politik. Dan saya pun tak tahu mana pihak yang betul dan salah. Cuma pendapat saya, tak salah menuntut keadilan atau hak sebagai rakyat tapi jangan sampai menyusahkan orang lain ok. 


*********** END *********************


Minggu ini cukup letih. Saya mencuri beberapa detik sambil menaip dengan lajunya dengan harapan dapat menyiapkan segala tugasan dalam masa yang ditetapkan. ( Tetiba tak paham asal ayat aku skema. DAMN. )

Teruskan east.

Kelas pack dari hari Isnin sampaila Jumaat. Minggu ini cukup meletihkan. Saturday and Sunday i have class from UKM syllabus. TITAS. Then, case minggu ini sangatlahhhhhh panjang sampai kakak fotostat tu senyum je tiap kali tgk pagi2 aku singgah kedai dia before pergi kelas. Dalam hati kecilnya ' rajin budak ni.hari hari buat homework'.  Bajet muda nampak panggil kakak. =.='

Balik balik kelas je konprom aku akan tergolek kepenatan dan tido sampai maghrib. Bangun malam pulak untuk siapkan LI dan esoknya berushing rushing ke kelas semula. ( Dalam diam cuba membayangkan kesibukan apabila sudah bekerja nanti. ) 

Second year memang memenatkan. And August nanti i have mid sem examination. Aiyooo. Lajunya. Work up from now. * Tampar diri sendiri dengan lajunyaaaa.

Semoga usaha dan perjalananku menuntut ilmu akan diredhai oleh ALLAH. Aminnn.


* P/S : Penulisan di blog adalah mengenai diri sendiri. Kisah suka duka. Jadi hak saya untuk menulis apa sahaja. Dilarang mempersoalkan sama sekali kenapa saya menulis blog cara begitu. Pantang tok nenek ku. Kalau nak mengomel, jangan baca. Or, pergi tulis blog anda sendiri. 

Saya hanya menulis untuk tujuan hiburan semata-mata. Sila paham atau nak saya pahamkan??

Sekian~


No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3