KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Monday, July 04, 2011

Genap setahun di sini.

Holla. Assalamualaikum. Terajin pulak malam ni menaip. Sambil sambil dgr instrumental song kan. 


Semalam 3rd of July 2011. Setahun yg lalu pada tarikh ini, 3rd of July 2010 saya telah menjejakkan kaki ke bumi ariel peterpan ini. Err. Kenapa ariel jugak yg ko pilih?? okayla. Pasha Ungu la. Deal la kan?


Sedar tak sedar atau saja buat buat tak sedar, dah setahun sudah. Dari mula belajar bertatih menyesuaikan diri dekat tempat orang, sampai la sekarang dah boleh berlari mengundur dah aku. Betul la kata org, pengalaman itu mematangkan. Makna istilah sains org kata reach puberty la kan. Matang. Ala, matang. Baru tadi belajar pasal puberty. Tu aku saja include dalam entry malam ni. Biar org kata ala ala mengulang kaji gituuu.









Banyak benda berlaku setahun ini. Banyak la jugak. Kalau tak percaya, cuba tgk berapa banyak entry aku dah taip. Haa. Banyak la tu kan. Kira aku tak loser la. Gambar gambar melancong pon banyak. Best. Best giler. Shopping pon best. kekeke. 

Raya tahun lepas di Bandung. Apakah tahun ini nasibku sama? Jeng jeng.

Eden masak sondiri ni haaa. 


Involve dalam bidang yg mencabar ni ( mencabar la sangatkan ) selalu buatkan aku terfikir, memang bukan aku nak berada di sini. Since become a doctor is only my karier, not my passion. But then, I realised, siapa yang menetapkan aku berada di sini? DIA bukan? Jadi bukan hak aku atau sesiapa untuk menidakkan takdirNYA. So, now kita follow jalan yang dah DIA tentukan. Alhamdulillah sekarang i manage to stand until now in my second year. Tinggal beberapa tahun lagi untuk mencapai impian yg satu itu. Menyematkan kot putih dan tanda nama ' Dr.Izzatul Hidayah' , berjasa kepada kerajaan yang telah menghantar saya beratus ratus ribu ke sini, berbakti pada masyarakat yang telah membayar cukai jalan,cukai tol, cukai pintu dan sebagainya supaya dapat melahirkan cerdik pandai negara, dan paling penting 2 insan yang kuat menyokong budak comot lagi ciwek ini, opkossss la big bos and my mam besar. hehehe.




susah woooo duduk ober da sea ni. Kalau kat Malaysia, kau still boleh lari balik rumah kalau ada masalah. Tapi bila kau duduk luar, jauh jauh, kalau nak balik pon kena pikir sampai tertonggeng terbalik, semua masalah kena setel sendiri. Even masalah nak pasang kipas pon aku pasang sendiri. Takde aku nak balik rumah semata-mata nak suruh adik aku pasangkan ke. Takdenye aku. * picit picit hidung yg tak gatal sambil buat muka toya.

Apa aku merepek malam ni haaa. duhhh. =.='

Ok. ok. conclusionnya tuntutla ilmu sampai ke negeri china. Tak sampai china, Bandung pon boleyyyy~~~ :D

Got to go. End. By : east.



No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3