KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Sunday, July 31, 2011

Alhamdulillah. =)

Hye there. Assalamualaikum. 


Alhamdulillah...syukur...kita yang masih hidup ini masih lagi diberi peluang untuk menikmati bulan rahmat dan bulan keampunan ini, Ramadhan.


Dan alhamdulillah juga ini ialah tahun kedua saya menyambut ramadhan di perantauan. Rasa mcm baru semalam Izzatul Hidayah termenung depan tingkap sebab ingat rumah. Masuk tahun ini jugak sudah 8 tahun rupanya saya tidak ada di rumah ketika 1 Ramadhan. Kali terakhir adalah ketika darjah 6. Anak perantauan sungguh!


Yang pastinya, insyaALLAH saya tak akan menyambut lebaran di sini lagi. hahaha. Macam serik je kan bunyinya. Serik makan megi pagi pagi syawal ke dik?? Such an experience. :)


Sempena kehadiran bulan mulia ini, saya ingin mengucapkan salam ramadhan buat keluarga di Malaysia, sahabat TWP 10, senior-seniorku, sahabat-sahabat di zaman persekolahan dan kepada.....kepada......pakcik monn monn gemm gemmm. I know u wont or never read my blog. Or u never know i had blog. it is better yawww. We move on our life kan? so do I. Now cara 'berkawan' yang lebih matang. We just let it as a secret and let it moves on by itself. Jodoh itu rahasia ILLAHI kan? so,biarlah ia menjadi rahsia sehingga tiba masanya. Now, kita belajar sampai lebam!



Banyakkanlah amalan di bulan ini agar kita sama sama mendapat syafaatnya. Marilah kita sama-sama senaraikan azam dan matlamat ibadah kita dlm bulan ini dan tampal di mana2 ruang dan corok2 supaya bila kita nampak, kita terus teringat nak buat. Semoga ramadhan ini akan menjadi lebih baik dari tahun tahun sebelumnya. InsyaALLAH. Saya juga ada 1 benda yang saya azam dalam bulan ini. Semoga saya dapat tunaikan. aminnnnnn.



Pastikan minum air masak yang banyak waktu sahur untuk mengelakkan dehydration dan keletihan. Makan pisang time sahur pun ok. Good source of Carbohydrate. Sekian, wassalam. 

Much love ; eastzatulhidayah.
Jatinangor ; 9.11pm waktu Malaysia.

Saturday, July 30, 2011

E-baca Ogos 2011


Tajuk mau gempak saja kannn? 
Nama pun mcm cantik je....hehehe.

Again. Nur Izzatul Syafikah bt Ahmad keluar majalah lagi. Before this paper TheStar and Sinar tak silap. 
Ini majalah E-baca keluaran Ogos. 
Aku yang tak pernah pernah hingin nak bukak laman web karangkraf terpaksa beberapa kali menggoogle. 
Then petang tadi, abah kol me and asked me to open my FB. Padahal aku baru deactivate FB aku 15minit sebelum itu. Finally terus tak jadi deactivate. Dan sampai sekarang masih lagi melayan FB. hahaha.





She looks so pretty. and tall. haiyaaa. effect edit ni. kau hitam kan kakak??hahaha.
When i read the statement, i noticed that it said 
" blablablabla kakaknya yang juga pemain hoki sewaktu zaman persekolahan. "

Aku ke tu??hahaha. Like sista like sista yawww. But dia lagi hebat. Dan tangkas opkoss. She was given a huge opportunity by her teacher and this made me proud. Dia memperoleh peluang yang tak patut disia-siakan kerana tak semua orang dpt peluang mcm tu.



Semoga setiap kejayaan yang diperolehnya menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang. Ingat adikku. Angah juga telah melalui semua itu. Pahit manis kejayaan dan jatuh bangun. Disebalik angah selalu perli perli and kutuk kutuk kakak ( hahahaha..padan muka ko ) terselit perasaan bangga pada pencapaian adik adik angah. Mungkin angah dulu tak berpeluang seperti ini. Tapi angah bangga bila adik adik angah dapat buat lebih bagus dari angah.

Jangan mudah lena diulit mimpi dengan kesenangan kita. Orang yang hebat ialah orang yang takut untuk berada di zon selesa terlalu lama. Selalu angah pesan kat rumah kan. Bebel bebel. Lepas tu mesti angah kena buli balik. 

U gonna face UPSR this year. Buktikan u are the best. Capai keputusan terbaik. Who's gonna make ur dream become reality? it is u. urself. U are better than me, so u shud beat me.


Best of luck my sista. 5 Izzatul's and 1 Izzuddin. BTW, Izzuddin Adha. Go study for ur PMR. jangan nak bercinta cinta sgtla....debik sebijik taulaaaa. 

From : Angah yang garang. Garang laaaa. Selalu berebut remote TV dgn korang! grrrrrr.....




entry ini pendek je. tak payah baca.

Hye. Assalamualaikum. Morning..... *ucap dgn nada tak ikhlas je morning tu.


Semenjak dua menjak ni, baru aku memperasankan beberapa perkara. Entry entry di blog amatlah tidak bermanfaat dan menggelikan anak tekak. Kena menuntut ilmu balik. 


Di pagi sabtu yang dah tak hujan beberapa lama ni, perasaan rajin menaip blog datang. Semenjak aku balik sini, baru 3 kali hujan tak silap aku. Dah lama Jatinangor tak hujan. Tapi nasib baik sejuk. Sampai aku terjengket jengket dlm rumah. hahaha. ( ape yang hahaha pun aku tak tau )


So, let's go to the main point. 


Actually i have no main point. I just take my lappy and main writing je. Jap. Ape ye tadi.....( berfikir sambil kunyah koko krunch )


Haa, sebenarnya dr semalam dok google karangkraf punya laman web. Tapi cerita cover bulan 8 tak keluar lagi. So, tak boleh la nk mengupdate kat blog ni. Kena tunggu lagi beberapa purnama la nampaknya. Sapa yang jadi cover yang membuatkan aku tergoogle google ni? Jadi artis nampak org tu.....hahaahahaha....tunggu bila aku dpt gambarnya.


To be continued........... ( kalau ade la continue nya la kann )
aku kata dah pendek je entrynya. tak payah baca. tak nak caya.......:P

Thursday, July 28, 2011

pemalas. serius pemalas.


Sometimes u dont need to tell the whole world that u are happy.
but i know that u are happy.
please be safe.
i'll be there.
Luv....... :)

Tuesday, July 26, 2011

bezakan east dan izzatul

Hai. Eh. rajinnya. Opkos la. I memang rajin update. :D


Ok. What topic for today? So, let us talk about power. Not power rangers or power puff girl. Tapi dlm banyak banyak tu paling best ialah totally spies kan? Gadget so girlish and feminin. I like.


Tadi singgah blog chat, ada terbaca seorang budak amik my opinion about sperm and ovum untuk dia pny kertas kerja ke apa. I should call her adik mungkin since i was 20. hahaha. poyo. ok,let be serious. ehemmm.

( betulkan headphone )

For this weekend, i have to attend my additional lesson from UKM. Yup. For those who still do not know, my program here is Twinning Program between UNPAD and UKM. After i complete 3years here, i will proceed with clinical year at HUKM. Therefore, we have to follow all softskillsubject from UKM instead of medical subject yang boleh buat aku separuh mati.


So, during the lecture, or better i said class, i noticed something. the lecturer was awesome! Dia ada power. Power untuk mempengaruhi orang lain. Seriously. Kuasa berkata kata dia sangat hebat until my jaw keep opened all the time.LOL.


I bet she used to be a debator during her school time. Comel pulak tu Puan ni. eh eh. melalut.


Saya berminat bila dia sembang sembang story pasal kuasa lidah ni. Memang betul kan? Pasal lidah pun manusia boleh gaduh. Lagi hebat dari weapon kau. Kalau tak kuasa lidah pon, kuasa menulis dah membuatkan orang boleh menilai peribadi anda secara tidak langsung. Gabungan antara kedua dua kuasa ini cukup hebat. Menggegar dunia mungkin. Let say in blog. U can just write what u feel. Ur expression. Sometime u ignore fact. U follow ur emotion. Dan orang yg membaca yang mungkin bukan jenis seseorang yang mengkaji akan terusssssss bulat bulat ( kalau tak nak bulat, nak 4segi pon boleyyy ) mempercayai penulisan anda. 


Percakapan anda. Perghhh. Yang ni memang tak boleh nak kata apa dah! takyah nak kata pape kan sebab aku pun menulis sekarang. =.=
Macam mana nak tau anda hebat dalam bab percakapan?
Cukup apabila anda berjaya mempengaruhi beberapa orang di sekeliling anda untuk ikut cakap anda. Ada sesetengah orang yang mungkin dia looks annoying. Kita pun menyampah dgn dia. Tapi kenapa bila dia dekat dengan kita, mintak tolong kita, automatically, i follow~~ bak kata abg jam.
see, hebat kan. dia gunakan kuasa percakapan dia untuk mempengaruhi komuniti. Kalau aku kat sini, aku panggil orang mcm ni EMO. yup. they are emo because they can influence others.


Kalau anda dah tau kuasa penulisan itu sangat besar impaknya, pastikan lebih berhati hati dalam memberi pandangan tentang sesuatu. I want to relate this with my above statement. Adik yg amik part of my words untuk buat kertas kerja tu, akak tak larang. Yes u may. Sebab saya memang menulis untuk berkongsi serba sedikit apa yang saya tahu. ( instead of saya bosan la kannnn ) but, pastikan u check sumber kesahihan and jangan menerima bulat bulat apa yang kamu baca atau lihat. 


Sama macam kita baca paper pasal politik sekarang, macam banyak masalah je kan?? itulah, inilah..but jangan percaya bulat bulat apa kita baca..kalau pun anda tidak mampu mengkaji kesahihannya, berfikirlah secara rasional. Jangan emosional. ALLAH memberi kita brain supaya kita berfikir. Melalui situ kita boleh membezakan perwatakan dan keperibadian seseorang. Sama ada anda jenis bertindak melulu, atau berfikir baru bertindak. 


Kesimpulannya, penulisan dan percakapan itu semuanya berbalik kepada kuasa minda. think wisely, act properly. Sebenarnya aku pon tak tau aku tulis apa. Dah lama tak merepek meraban, jadi mcm ni la.. 


Sekian. motivasi by Doctor east. 


p/s : doctor east is a reflection of izzatul in another world. doctor east is not izzatul. she comes in my mind when i need motivation and dia yang menggerakkan jari jemari ini untuk terus menari di atas keyboard.


Wassalam.

Friday, July 22, 2011

Baby itu indah. :))

Assalamualaikum. Masuk yang kali ini, sudah 5 entry yang aku taip berhenti separuh jalan. Semuanya aku biarkan sahaja tanpa berpost. Kalau aku berjaya post entry ini means that satu kejayaan besar bagi aku.

Akhir akhir ini, selain kesibukan yang melanda, perasaan menaip seolah olah hilang. Dah tak ada passion nak menulis, nak berkongsi motivasi or membebel bebel bagi menghilangkan kebosanan dan keletihan. Dunia oh dunia.

Kekuatan dan semangat itu telah hilang. Sama macam 'dia' . Menyepikan diri dan membuatkan aku rasa malas sangat nak melayan! Jadi pura pura menyibukkan diri dengan pelajaran dan kerja itu adalah terapi terbaik dari pikir masalah yang takkan selesai. Sampai bila nak mcm ni? Soalan yang dibiar tergantung tanpa jawapan.

Nasib baik akhir akhir ni ada teman buat sembang. Baby la. Sapa lagi. Walaupun bila aku bersembang dengan dia, dia tak reply langsung aku cakap apa, tapi itu lagi baik sebab aku tahu at least dia mendengar.

Kecik je baby time ni. Sekarang dh besar dah. Makan banyak sangat!

Sekarang ni balik rumah je terus pergi panggil baby. Dia duduk bersepah2 je haaa kat rumah org kaya sebelah rumah aku. ( jgn bajet rumah aku kaya jugak seperti jiran aku. sekian~ ) Bila kita panggil je tak lama lepas tu terus dia lari lari keluar. Nak kangkung laaa tu. Buat muka comel pulak kannn!

Lagi tenang sekarang bila sayang binatang. Dari sayang org, buat sakit hati je. Kan??ini bukan dari pengalaman. Tapi ini dari pandangan beberapa ketika melihat situasi yang berlaku di zaman globalisasi kini. Fine, rindu bahas la tu.

Seriously mood menaip hilang. My soul fly away. Cintaku tertinggal di Malaysia. Gagal lagi kali ini. So, lets end the entry right now. Alarm makan antibiotik sudah berbunyi. Dahulukan kesihatan. lymph node enlargement due to infection. Viral doctor tu kata. Tapi aku rasa bacteria. Ikut sukahati la. Janji microorganism. 

Got to go. Do take care. daaaa

Saturday, July 16, 2011

why i love to date with

Tadi Malaysia skor 3 bijik kan lawan Liverpool. Okayla. Not bad. So, tiba-tiba dapat idea nak tulis entry. Kesibukan pada minggu ini menyebabkan nak jeling blog pon tak sempat.


Why I love to date with Football player instead of medical student.

1. I love sports compare to book!

2. Football player not wearing spectacles while medical students usually YES.

3. Football player got 6packs mehhh....lol

4. They are more romantic and havoc. I bet laaa. Instead of nerd. :P

5. I can get free jersey!! hahahaha.

6. I double prefer man in jersey compare to kemeja.

7. Rasa style and feel bajet hot sebab org sokong2 BF kau kan tgh padang.

8. Berangan jadi WAG. kalau dgn medic student ada gelaran ke??

9. I can escape my duty and lari2 pergi stadium untuk sokong. Kalau amik yg doctor jugak, for sure dating kat hospital je kan....

10. Man looks sexy when sweating. hahahaha.

11. Can gooooo with my brother. playing football together. :D 

12. Teman jogging petang-petang. Kalau doc kan sibukkk. 

13. No idea.

14. lapaq. nak pi cati makanan.

15. Tambah sendiri la nohhhh.


p/s : this entry just for humour sense. joking only. but seriously i like sport man. ngehngehngeh. ada hint di situ. 

Saturday, July 09, 2011

MAAF. SAYA TAK SUKA.

Assalamualaikum. Phewwww.


Maaf. Saya tetiba rasa menyampah nak bukak Twitter dan BeritaHarian. Timeline penuh pasal BERSIH. Dan saya tak ingin langsung BERMINAT nak ambil tahu walaupun kalau siapa yang mengenali saya sejak zaman sekolah cukup mengetahui minat saya dalam bidang politik even finally saya end up dalam medic. Setiap hari pasti saya akan membelek surat khabar untuk mengetahui perkembangan Malaysia sebab ada terselit impian nak join politik. Tapi itu dulu. Right now, my passion macam musnah mcm tu je. Menyampah dah tengok permainan politik. Dan saya pun tak tahu mana pihak yang betul dan salah. Cuma pendapat saya, tak salah menuntut keadilan atau hak sebagai rakyat tapi jangan sampai menyusahkan orang lain ok. 


*********** END *********************


Minggu ini cukup letih. Saya mencuri beberapa detik sambil menaip dengan lajunya dengan harapan dapat menyiapkan segala tugasan dalam masa yang ditetapkan. ( Tetiba tak paham asal ayat aku skema. DAMN. )

Teruskan east.

Kelas pack dari hari Isnin sampaila Jumaat. Minggu ini cukup meletihkan. Saturday and Sunday i have class from UKM syllabus. TITAS. Then, case minggu ini sangatlahhhhhh panjang sampai kakak fotostat tu senyum je tiap kali tgk pagi2 aku singgah kedai dia before pergi kelas. Dalam hati kecilnya ' rajin budak ni.hari hari buat homework'.  Bajet muda nampak panggil kakak. =.='

Balik balik kelas je konprom aku akan tergolek kepenatan dan tido sampai maghrib. Bangun malam pulak untuk siapkan LI dan esoknya berushing rushing ke kelas semula. ( Dalam diam cuba membayangkan kesibukan apabila sudah bekerja nanti. ) 

Second year memang memenatkan. And August nanti i have mid sem examination. Aiyooo. Lajunya. Work up from now. * Tampar diri sendiri dengan lajunyaaaa.

Semoga usaha dan perjalananku menuntut ilmu akan diredhai oleh ALLAH. Aminnn.


* P/S : Penulisan di blog adalah mengenai diri sendiri. Kisah suka duka. Jadi hak saya untuk menulis apa sahaja. Dilarang mempersoalkan sama sekali kenapa saya menulis blog cara begitu. Pantang tok nenek ku. Kalau nak mengomel, jangan baca. Or, pergi tulis blog anda sendiri. 

Saya hanya menulis untuk tujuan hiburan semata-mata. Sila paham atau nak saya pahamkan??

Sekian~


Monday, July 04, 2011

Genap setahun di sini.

Holla. Assalamualaikum. Terajin pulak malam ni menaip. Sambil sambil dgr instrumental song kan. 


Semalam 3rd of July 2011. Setahun yg lalu pada tarikh ini, 3rd of July 2010 saya telah menjejakkan kaki ke bumi ariel peterpan ini. Err. Kenapa ariel jugak yg ko pilih?? okayla. Pasha Ungu la. Deal la kan?


Sedar tak sedar atau saja buat buat tak sedar, dah setahun sudah. Dari mula belajar bertatih menyesuaikan diri dekat tempat orang, sampai la sekarang dah boleh berlari mengundur dah aku. Betul la kata org, pengalaman itu mematangkan. Makna istilah sains org kata reach puberty la kan. Matang. Ala, matang. Baru tadi belajar pasal puberty. Tu aku saja include dalam entry malam ni. Biar org kata ala ala mengulang kaji gituuu.









Banyak benda berlaku setahun ini. Banyak la jugak. Kalau tak percaya, cuba tgk berapa banyak entry aku dah taip. Haa. Banyak la tu kan. Kira aku tak loser la. Gambar gambar melancong pon banyak. Best. Best giler. Shopping pon best. kekeke. 

Raya tahun lepas di Bandung. Apakah tahun ini nasibku sama? Jeng jeng.

Eden masak sondiri ni haaa. 


Involve dalam bidang yg mencabar ni ( mencabar la sangatkan ) selalu buatkan aku terfikir, memang bukan aku nak berada di sini. Since become a doctor is only my karier, not my passion. But then, I realised, siapa yang menetapkan aku berada di sini? DIA bukan? Jadi bukan hak aku atau sesiapa untuk menidakkan takdirNYA. So, now kita follow jalan yang dah DIA tentukan. Alhamdulillah sekarang i manage to stand until now in my second year. Tinggal beberapa tahun lagi untuk mencapai impian yg satu itu. Menyematkan kot putih dan tanda nama ' Dr.Izzatul Hidayah' , berjasa kepada kerajaan yang telah menghantar saya beratus ratus ribu ke sini, berbakti pada masyarakat yang telah membayar cukai jalan,cukai tol, cukai pintu dan sebagainya supaya dapat melahirkan cerdik pandai negara, dan paling penting 2 insan yang kuat menyokong budak comot lagi ciwek ini, opkossss la big bos and my mam besar. hehehe.




susah woooo duduk ober da sea ni. Kalau kat Malaysia, kau still boleh lari balik rumah kalau ada masalah. Tapi bila kau duduk luar, jauh jauh, kalau nak balik pon kena pikir sampai tertonggeng terbalik, semua masalah kena setel sendiri. Even masalah nak pasang kipas pon aku pasang sendiri. Takde aku nak balik rumah semata-mata nak suruh adik aku pasangkan ke. Takdenye aku. * picit picit hidung yg tak gatal sambil buat muka toya.

Apa aku merepek malam ni haaa. duhhh. =.='

Ok. ok. conclusionnya tuntutla ilmu sampai ke negeri china. Tak sampai china, Bandung pon boleyyyy~~~ :D

Got to go. End. By : east.



Sunday, July 03, 2011

Malaysia layak.

Okay. Sumpah. Ni update laju laju. Laju gila.


Baru lepas layan bola td. Malaysia lawan Taiwan. Takyah nak propa sangat la east kan. Aku layan dekat twitter je. Banyak pengulas sukan kat situ. Ko tanya je ; 


" amacam game? "
" sape lead ? "
" keeper ok tak? "
" asal ref tu nak kena maki dengan aku.buta ke?? penalti la doiii "


Memang cukup rajin mereka balas. Lagi lagi deen. Kan deen kan?? hahaha. Layan jela minah bandung ni.


Ok. Malaysia KALAH td dengan Taiwan. But kita menang dengan agregat. Berapa ek. 4-4 kot. tapi kita ada gol away. So,kita layak pusingan kedua kelayakan piala dunia.


Halamak. Lepas ni Malaysia lawan Singapore. Ni rasa nak pi tgk kat Bukit Jalil ni. Isyyy. Jangan dibuang tebiat east. Tiket raya pon ko tak beli lagi. hahaha.


Aku memang minat bola. Layan la kalau Malaysia main. Piala Malaysia ke. Nice arr kan tengok ramai ramai 1 family sambil mak aku buat cucuq ka kan. Lepas tu jerit lompat2 dengan adik jantan aku. Family atlet mcm ni la kan. Sebab tu i minat pemain bola. Sebab diorang hot. hahaha. 


Dah. dah. Member aku kat twitter sound suruh mandi. Eh, twitter nice tau. Best. Lagi lagi kaki twitter mcm aku ni. Meramaikan sohabat la katakan. So, add la saya di twitter.

@izzatulhidayah.

Peace no war. End. By : Izzatul Hidayah.

Saturday, July 02, 2011

I hate You.

Sometimes I really hope that u can understand me. U hurt me that much but u remain silent with no words. U torture me inside. U kill my heart. 

And now I would like to say I Hate You.(400000x)


*mogok setahun. Pergi sana main jauh-jauh. grrrrrr....

Friday, July 01, 2011

Ye. Ini buah hati baru saya.

Assalamualaikum. 

Kahkahkah. Gelak abes volume baru lepas tgk final maharaja lawak. Lambat mcm siput gondang kan aku?? nak buat mcm mana. Inilah nasib perantau yang internet rumahnya bagai dilambung ombak.



Orang kata kalau patah tumbuh hilang berganti. Orang kata. Aku tak kata. Aku tulis je. So, bila hati dah kecewa dengan yang lama, kita keep move on cari yang the best untuk kita. Setelah bertahun menanti, akhirnya, dia datang jugak. 



Blackberry Bold 9078.
White color.

Since i love white.
Since he said i look nice in white.
Wahahaha. Suka sangat gelak mcm ni kan?? =.='



A year maaa tunggu. Kumpul duit sikit sikit. Jangan tanya aku macam ni.
Kenapa tak beli Iphone?  Kenapa tak beli Curve? Asal warna putih?

Sebab dah suka nak buat macam mana. Cinta tu kan buta. As long as aku rasa nice, okay, can get along with me, then itu yg jadi pilihan.
Takyah nak bermadah sangat la ye eAst.........
=.='



Apa nasib handphone yang dulu? Dont worry. Banyak kenangan aku dengan handphone tu. Handphone tula yang pertama aku beli pakai duit gaji jadi promoter Jusco. Then, handphone tu la jugak yang digenggam setiap kali event penting dalam hidup aku berlaku. 
Masa aku di matrikulasi, itulah harta aku paling berharga. Aku rakam kebanyakan kuliah lecturer. Semua kenangan kat matrik, ada dalam telefon tu. Gambar, video, message yang beribu.



Waktu aku tekanan temuduga di HUKM, telefon tu la aku genggam. W910i tula yang jadi peneman masa aku serabut balik naik LRT.
Bila aku fly, telefon tu la yang aku pandang. Itulah harta yang tak boleh aku tinggalkan walau sesaat. Telefon tula aku buat nangis2 telefon emak and abah.



Itulah benda first yang aku capai setiap kali bgn tidur. Itulah teman waktu tidur. Ade je kat sebelah. Tak pernah curang pon. Kuang3x.
Ehem.
Serius balik.
Kadang-kadang mandi pon aku bawak sebab adik adik aku suka curi baca message. Kan?? korang kan memang suka baca message angah kan?? baik ngaku kalau tak angah gigit. 



Walaupun handphone tu laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama sangat nak response sebab ade beribu ribu message dalam tu, tapi kalau dia rosak, mesti aku nangis. Kenangan - kenangan cintan dulu semua dalam handphone tu. So, kau gila aku nak delete kan??? 


But, bila dah ada 'buah hati' baru, i just keep the old one. Biarlah dia duduk situ diam diam. Terima kasih W910i kerana bersama sewaktu susah dan senang. Terima kasih sebab setia membunyikan alarm walaupun aku tak pernah nak bangun. Terima kasih sebab izinkan saya bersama dengan awak 2 tahun 1/2. 


Berbaloi bila dapat guna sampai tahap maksimum. Tapi nak buat macam mana, jodoh kita tak panjang. Semoga memori yang ada, kita simpan elok elok kay! :)


Terima kasih sebab pernah jadi harta paling berharga dalam hidup saya. Say hi to kawan baru kita. Nama dia bold. :)
Take care my phone. Lots of love ; eastzatulhidayah.






* kisah ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal atau dengan kisah peribadi penulis. Silalah percaya. Harap maklum.