KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Tuesday, June 28, 2011

rutin hidup

Assalamualaikummmm.

Busynya lately ni. Sejak sejak rutin harian berubah ni aku rasa semakin matag. eh,matag pulak. MATANG. maaf. malas nak tekan backspace.


Dulu kalau kelas pukul 7, aku akan bgn seawal jam 6.15. Bila bgn, tgk jam, alamak, 45min lagi! amik baju dlm almari, gosok mana patut, mandi mcm penjenayah tumpang mandi rumah org, then, capai buku and nota apa patot, terus aku berlari ke kelas. Almaklumla 5min je pon.


But now, sejak dah duduk luar ni.


Kelas pukul 7, aku pukul 5.25 dh bgn dah. Ada unsur keinsafan di situ. Baju sudah digosok pada malam hari. Beg pulak siap2 dikemas dan nota2 dibelek agar memastikan aku tak tertinggal ape yg penting yang mungkin menyebabkan aku terpaksa patah balik ke rumah. Then, pukul 6.30 sudah berusaha mendaki bukit untuk menunggu angkot dan ke kelas.


Then, kalau dulu bangun pagi, katil pon malas kemas. Lagi lagi kalau aku ada on call lecture. Well, practise make perfect kan. Sekarang setiap kali bgn pagi, terus ikat langsir, betulkan rambut dpn cermin, kemas katil, lipat comforter. Usai mandi, ( ecewaaaahh ) terus merajinkan diri sapu sampah dulu kat bilik, ruang tamu dan tempat2 yang sepatutnya aku rasa la. Walaupun ada bibik kita tak boleh jadi pemalasssssssss okai!! nanti dah kawen susahhhh! :D

( bila tulis mcm ni terasa mcm suri rumah sepenuh masa pulakk )



Dan sekarang alhamdulillah sudah 2hari memulakan pengajian sebagai pelajar tahun kedua fakultas kedokteran UNPAD. Okayla... seronok je sebab masa dekat bandung tinggal lagi 2thn je.Wahhh. tak percayanya rasa. Tak sabar balik Malaysia. Nak dating selalu senang sikit sebab dah dekat. :P


System kali ini ialah endocrine and metabolism. Oh mennnnnn. Ohsemmm wei system ni. Belajar pasal hormon and also brain. Brain adalah organ yang cukup amazing. Subhanallah. And aku cukup suka belajar pasal hormone. Why? why? because aku nak sangat tahu kenapa aku cepat berasa lapar dan makan dengan banyaknya walaupun aku dah sarapan. Sebab bila perasaan ingin tahu itu ada, minat utk belajar semakin dalam. Mcm korang suka seseorang. mesti korang asyik nak tau je kan pasal org tu. Okay fine. analogi tak kena. =.=' damnnn.

sikitnya buku aku??


Ok mehh. Malas la mengupdate blog bila kat rumah. So letih. Balik kelas je dah lewat. Malam kena study. Sembang2 dengan housemate then pengsan sampai subuh. Tu pon bangun sebab ade org tukang kejut before pergi kerja. :P 

Dah dah....takmau o9 lama2 sem ni. Mau study sampai lebam pulak.. :P

Got to go. papai. 



No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3