KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Tuesday, June 21, 2011

Dating + Jalan jalan cari makan

Holla.. Assalamualaikum. Sila tepuk tangan. Tepuk dengan semangatnyaaaa!! seperti mana jika korang lihat abg senior hensem naik pentas time zaman sekolah sekolah dulu. Ehh, korang tak buat ek?? Aku sorang je la ni?? miahahaha. 



Ehem.. Cerita dah basi dah pun. Aku macam tak update langsung kan 'perkembangan' aku masa balik Malaysia. Lone ranger sangat ke aku ni kan, balik Malaysia tiket mahal mahal lepas tu tak ada buat benda menarik yang boleh dijadikan bahan tulisan dalam buku biodata orang. Apakah kenangan manis anda?kenangan pahit? minuman kegemaran? makanan kesukaan?



So, untuk tidak menunjukkan aku ini balik Malaysia tak ada motif, aku telah mengajak kawan kawan ronggengku, imran espana ( bukan nama dalam IC ) and azzam mutaza ( bukan nama penuh ) untuk keluar dating bersama sama aku. Dan lebih menggembirakan lagi, my lovely dear Yatt also follow. After a year kami tak jumpa, akhirnya Pizza Hut Mid Valley menemukan kami. Sobsobsob.


So, pertemuan tempat wajib aku ialah midvalley. 1st, sebab byk tempat makan best. 2nd, senang aku nak naik komuter. 3rd, entahla aku pun tak tau nak tulis sebab apa.


Tengok wayang konform la wajib kan. Walaupun aku mcm kecewa habis sebab tiket wayang Malaysia hari khamis harga rm13, sedangkan kat Bandung cuma 10k je, tapi macam berbaloi bila KL Gangster memang best walaupun terpaksa duduk depan sekali dan duduk atas kerusi macam orang takde tengkuk!! 



Yeaahhh. Setelah melantak di Pizza Hut dengan jayanya, dan selepas bergelak ketawa sampai akak Pizza tu nak halau kitorang, we move on to SS2. Aku ajak la bebudak ni bawak aku makan kedai mamak. Konon mengidam!! hakkkkk tuihhhhh tuiihhhhhhhh ( Dialog zizan dalam KL Gangster )



So, Imran pun drive kitorang sampai PJ. Diorang bukan bawak aku kedai mamak, tapi kedai tak berapa nak Mamak. Kedai Murni SS2. Walaupun aku duduk lembah kelang, namun dengan tawaduknya terpaksa menundukkan diri kerana aku memang tak tau kedai kedai makan best kat area sini. Deme takpela. Belajo kat sini. Oraite oraite. korang datang Bandung mehlaaa aku bwk round 1 Bandung!! :P  Berlagaknyaaaa...miahahahaha.

So,


Ni air kami. Aku amik Watermelon juice special. The rest order pink panther and imran aku tak ingat. Air herba ke apa tah...hahahaha.


Ko tengok kemain besar gelas dia. Eh, tu bukan gelas tu, tu JUG!! Memang hilang haus setahun.






Ini makanan Imran. Aku taktau nama dia apa. Semua makanan and minuman Imran aku lupa sebab dia dah bagi aku gelak banyak sangat. Memang banyak sangat sebab tak habes pun nasi tu.
( mampatan udara akibat gelak dah take place ruang perut )








Taraaaaa. This is my menu. Jauh import. Dari USA. Nama pon nasi goreng USA. Memang aku saja besarkan semua gambar untuk menunjukkan betapa besarnyaaaaaaa pinggan dia bagi sampai kami semua tak abeh.



Then, azam punya menu tak sempat snap. Dia makan makanan import jugak. Roti Hawaii tak silap. And yatt makan Nasi goreng Tomyam. 


Aku boleh cakap yang sumpah sedap. Kedai dia memang ramai orang sebab masa we all datang dah time orang balik kerja. They said Nasi Lemak Ayam Pandan dia sedap. I should taste it one day.


Haaa. kecur air liur aku. Dahla puasa ni!! Pi gatai buat entry pasal makanan lagi. Okay, that's all. Saya nak pergi jalan jalan Bogor dengan Housemate and kawan kawan. If there is an awesome story, i will update.


Got to go. Do take care. Lots of Love ; eAst.
=)

1 comment:

  1. kau dah sampai Bandung seminggu, baru nak tulis pasal benda ni ye?

    ReplyDelete

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3