KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Tuesday, June 28, 2011

rutin hidup

Assalamualaikummmm.

Busynya lately ni. Sejak sejak rutin harian berubah ni aku rasa semakin matag. eh,matag pulak. MATANG. maaf. malas nak tekan backspace.


Dulu kalau kelas pukul 7, aku akan bgn seawal jam 6.15. Bila bgn, tgk jam, alamak, 45min lagi! amik baju dlm almari, gosok mana patut, mandi mcm penjenayah tumpang mandi rumah org, then, capai buku and nota apa patot, terus aku berlari ke kelas. Almaklumla 5min je pon.


But now, sejak dah duduk luar ni.


Kelas pukul 7, aku pukul 5.25 dh bgn dah. Ada unsur keinsafan di situ. Baju sudah digosok pada malam hari. Beg pulak siap2 dikemas dan nota2 dibelek agar memastikan aku tak tertinggal ape yg penting yang mungkin menyebabkan aku terpaksa patah balik ke rumah. Then, pukul 6.30 sudah berusaha mendaki bukit untuk menunggu angkot dan ke kelas.


Then, kalau dulu bangun pagi, katil pon malas kemas. Lagi lagi kalau aku ada on call lecture. Well, practise make perfect kan. Sekarang setiap kali bgn pagi, terus ikat langsir, betulkan rambut dpn cermin, kemas katil, lipat comforter. Usai mandi, ( ecewaaaahh ) terus merajinkan diri sapu sampah dulu kat bilik, ruang tamu dan tempat2 yang sepatutnya aku rasa la. Walaupun ada bibik kita tak boleh jadi pemalasssssssss okai!! nanti dah kawen susahhhh! :D

( bila tulis mcm ni terasa mcm suri rumah sepenuh masa pulakk )



Dan sekarang alhamdulillah sudah 2hari memulakan pengajian sebagai pelajar tahun kedua fakultas kedokteran UNPAD. Okayla... seronok je sebab masa dekat bandung tinggal lagi 2thn je.Wahhh. tak percayanya rasa. Tak sabar balik Malaysia. Nak dating selalu senang sikit sebab dah dekat. :P


System kali ini ialah endocrine and metabolism. Oh mennnnnn. Ohsemmm wei system ni. Belajar pasal hormon and also brain. Brain adalah organ yang cukup amazing. Subhanallah. And aku cukup suka belajar pasal hormone. Why? why? because aku nak sangat tahu kenapa aku cepat berasa lapar dan makan dengan banyaknya walaupun aku dah sarapan. Sebab bila perasaan ingin tahu itu ada, minat utk belajar semakin dalam. Mcm korang suka seseorang. mesti korang asyik nak tau je kan pasal org tu. Okay fine. analogi tak kena. =.=' damnnn.

sikitnya buku aku??


Ok mehh. Malas la mengupdate blog bila kat rumah. So letih. Balik kelas je dah lewat. Malam kena study. Sembang2 dengan housemate then pengsan sampai subuh. Tu pon bangun sebab ade org tukang kejut before pergi kerja. :P 

Dah dah....takmau o9 lama2 sem ni. Mau study sampai lebam pulak.. :P

Got to go. papai. 



Saturday, June 25, 2011

dekat mana ni east?

 

Assalamualaikum. Where am I?
A place that give me such a precious memory ever.
Wanna know?
Will update later.
Nak bermanja dgn 'pakwe' baru kejap. :D


Take care of ur health.
Daaaa.. Luv, east

Tuesday, June 21, 2011

Dating + Jalan jalan cari makan

Holla.. Assalamualaikum. Sila tepuk tangan. Tepuk dengan semangatnyaaaa!! seperti mana jika korang lihat abg senior hensem naik pentas time zaman sekolah sekolah dulu. Ehh, korang tak buat ek?? Aku sorang je la ni?? miahahaha. 



Ehem.. Cerita dah basi dah pun. Aku macam tak update langsung kan 'perkembangan' aku masa balik Malaysia. Lone ranger sangat ke aku ni kan, balik Malaysia tiket mahal mahal lepas tu tak ada buat benda menarik yang boleh dijadikan bahan tulisan dalam buku biodata orang. Apakah kenangan manis anda?kenangan pahit? minuman kegemaran? makanan kesukaan?



So, untuk tidak menunjukkan aku ini balik Malaysia tak ada motif, aku telah mengajak kawan kawan ronggengku, imran espana ( bukan nama dalam IC ) and azzam mutaza ( bukan nama penuh ) untuk keluar dating bersama sama aku. Dan lebih menggembirakan lagi, my lovely dear Yatt also follow. After a year kami tak jumpa, akhirnya Pizza Hut Mid Valley menemukan kami. Sobsobsob.


So, pertemuan tempat wajib aku ialah midvalley. 1st, sebab byk tempat makan best. 2nd, senang aku nak naik komuter. 3rd, entahla aku pun tak tau nak tulis sebab apa.


Tengok wayang konform la wajib kan. Walaupun aku mcm kecewa habis sebab tiket wayang Malaysia hari khamis harga rm13, sedangkan kat Bandung cuma 10k je, tapi macam berbaloi bila KL Gangster memang best walaupun terpaksa duduk depan sekali dan duduk atas kerusi macam orang takde tengkuk!! 



Yeaahhh. Setelah melantak di Pizza Hut dengan jayanya, dan selepas bergelak ketawa sampai akak Pizza tu nak halau kitorang, we move on to SS2. Aku ajak la bebudak ni bawak aku makan kedai mamak. Konon mengidam!! hakkkkk tuihhhhh tuiihhhhhhhh ( Dialog zizan dalam KL Gangster )



So, Imran pun drive kitorang sampai PJ. Diorang bukan bawak aku kedai mamak, tapi kedai tak berapa nak Mamak. Kedai Murni SS2. Walaupun aku duduk lembah kelang, namun dengan tawaduknya terpaksa menundukkan diri kerana aku memang tak tau kedai kedai makan best kat area sini. Deme takpela. Belajo kat sini. Oraite oraite. korang datang Bandung mehlaaa aku bwk round 1 Bandung!! :P  Berlagaknyaaaa...miahahahaha.

So,


Ni air kami. Aku amik Watermelon juice special. The rest order pink panther and imran aku tak ingat. Air herba ke apa tah...hahahaha.


Ko tengok kemain besar gelas dia. Eh, tu bukan gelas tu, tu JUG!! Memang hilang haus setahun.






Ini makanan Imran. Aku taktau nama dia apa. Semua makanan and minuman Imran aku lupa sebab dia dah bagi aku gelak banyak sangat. Memang banyak sangat sebab tak habes pun nasi tu.
( mampatan udara akibat gelak dah take place ruang perut )








Taraaaaa. This is my menu. Jauh import. Dari USA. Nama pon nasi goreng USA. Memang aku saja besarkan semua gambar untuk menunjukkan betapa besarnyaaaaaaa pinggan dia bagi sampai kami semua tak abeh.



Then, azam punya menu tak sempat snap. Dia makan makanan import jugak. Roti Hawaii tak silap. And yatt makan Nasi goreng Tomyam. 


Aku boleh cakap yang sumpah sedap. Kedai dia memang ramai orang sebab masa we all datang dah time orang balik kerja. They said Nasi Lemak Ayam Pandan dia sedap. I should taste it one day.


Haaa. kecur air liur aku. Dahla puasa ni!! Pi gatai buat entry pasal makanan lagi. Okay, that's all. Saya nak pergi jalan jalan Bogor dengan Housemate and kawan kawan. If there is an awesome story, i will update.


Got to go. Do take care. Lots of Love ; eAst.
=)

Sunday, June 19, 2011

Story about 3 years ago

Today is Sunday. This is about 3 years ago. And it is only a fairy tale.


I saw you. I stared for a while. Sorry, I dont know who you are. Then, i keep walking. But, u draw away my attention to keep looking at you.


And I still remember what were u wearing. Baju Melayu. Purple. or should i said violet. And........there is another thing. Watch. ur watch. :)










To be continued..................

Saturday, June 18, 2011

When i fall in love with u Sam.



Mamat ni. Bukan sebarang mamat. Bukan juga mamat exist atau mamat sepah. Tapi, mamat ni telah menggegarkan jiwa dan raga basikal aku dengan suaranya. Dengan suara je babe. Takpayah pun ko nak kasi gegar gempa bumi ke ape kan aku dah boleh goyah. Okay. Sikit sikit cukup yer. 


We call him Sam Tsui. Jangan tanya aku whether ni mat salleh ke, mat bin salleh ke, or cina??ke Taiwan mari?? errr....takpe2...jangan pening pening. Kita google ek kenapa nama dia Sam Tsui. 


He has such a wonderful voice. Yup. Born with talent. Aku rasa dia lagi best dari Justin Bibir. hahahaha. Dont get angry angry bird okai peminat Bibir. Sebab Sam Tsui lagi hensem !!! And rambut dia tak pelik macam Bibir....kan??



Member aku yang perkenal mamat ni. Aku ni jenis lembab lembab mcm broadband la kan bab bab penyanyi utube ni. Kalau gosip terbaru aku laju la... So, aku pon eishhhhhh malasnya nak bukak link dia bagi. But then, internet kat rumah lagi laju la kan dari internet siput gondang kat bale aku dulu tu. So, east pun bukak la...



Sekali bukak! mak aihhh. Mamat ni menyanyi sambil duduk!! ni kalau masuk AF ni kalah Hazama ni. Dahla main piano. Dan aku terus terserlah niatku nak belajar main piano jugak. Nampak macam hot la kan....kuang kuang kuang.

Then, start from 1 video i fall in love with him. Cinta dengar pertama. ecece. Sidekick kang. Followed by 2nd link yang my friend bagi, semakin aku menggilai suara mamat ni.



He mashup grenade and  firework become a good combination. 
So, nak lebih video, boleh layan utube okayyyyy!!

Kalau dah bukak utube tu, layan sekali video matlutfi yang terbaharu. Aku tgk mamat ni maken hensem. hahahha. Susah aku ni nak melayan utube. I only interested in amazing things. Tak suka layan benda benda plastik ni. Bak kata matlutfi :

Plastik.......sampah paling banyak kat muka bumi ni. So, jangan jadi plastik!



That's all for today. Got to go. Nak baca novel 7 hari mencintaimu. 

Friday, June 17, 2011

KETUKAN YANG TAKDE PEKDAH.

Assalamualaikummmmmm. 
Wah wah cik kiah. Lamanya tak ketuk keyboard.....iyarghhhhhh!!!! warm up jari jari dulu. 1 and 2 and 3. fuhhh fuhhh. keletak keletuk bone bone aku bunyi. holla bandung. gudbye Malaysia. :)


Alhamdulillah 14hb June selamat jugak aku sampai dekat Bandung. Balik kali ni agak lain sikit sebab terus menuju ke rumah. Setelah berapa hari berhempas pulas ( takpayah nak pulas pulas sangat la kan ) akhirnya bilik telah siap dikemas. Like i said i always wanna make my room look like a princess's room but hahahaha i wont happen sebab bilik princess kena selalu berkemas. :P


SO, cuti sem ada lagi seminggu. Rasanya nak jalan jalan Indonesia. Jakarta maybe but duit tak masuk lagi. Instead of niat nak berBB semakin hampir. Handphone dah mcm kena lenyek dgn steamroll ( ahhh salah eja nasib ). Dekat rumah bangun tido, bukak laptop, layan ape patut, then mandi. Tetiba eh, dah tengahari. I really hate situation kat bandung cz dekat Malaysia tak penah rasa pon masa berlalu dengan cepat. Lunch, masak ape yang patut dgn housemate then lepak lepak dlm bilik, tiba2 dah petang??


Tiba tiba dah malam. Haa, sekarang ni la..malam dah ni ha. Lama la tak ketuk keyboard. Cara menulis pun tak reti dah. Berapa kali aku delete,tulis, delete, tulis. Jiwa kacau mcm ni la. It is okay. Nanti dah lama lama sikit jadi betul balik. 


Now nak siapkan text for my sister. She got orater competition. Pheww...sebenarnya aku tak reti sangat nak buat text ni sebab sebelum ni my teacher yang prepare. But, i try la to help her. Now nak setelkan keje. Got to go. Takde idea la nak taip apa. jiwa tgh serabut. Masalah banyak. Tapi kena keep smile and happy. 


Ok then, bye....take care!