KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Monday, May 30, 2011

food Testing

holla..holla....Assalamualaikum...


Apa khabaq org bandung yang tak balek?? jaga diri nohhh kat rumah tu..hehehehe....im back at home now..yuhuuuu....


Dah berapa hari kat rumah ek??4hari 3 malam dah. Jumaat sampai lebih kurang pukul 4 daa...flight delay around 45minutes. Okayh2..ade ape hal kan der...janji aku balik. Mencangak aku menunggu. Dahla panas sebab aku berbaju kurung biru...wahahaha....terasa ayu gitu. ayu la sangat. kan dah tergolek bila nak angkat beg berat2. duhhhh.......



Ya ampun...bila sampai je, memang terasa. PANASNYA malaysia....!!! serius.... tak tipu. berpeluh peluh. even sekarang ni kat rumah pon aku berpeluh peluh. Perghhh....sabor jela...tanah tempat tumpah darahku kan. huhu.


End pasal introduction.


Move on kepada tajuk. Okayh okayh. Silalah percaya ini aku yang tulis. Sebab statement selepas ini bakal menggegarkan kewibawaan aku. * Breathe in and out...fuhhhhh!



Pagi makan nasi lemak. Then, dekat nak tengahari makan laksa emak buat. Pukul 2.30 makan lunch tomyam yang aku sendiri buat ( masakan paling senang dalam dunia ). Pukul 4, melepak pejabat abah, uruskan tiket flight then abah ajak makan cendol tp kedai tutup. But kitorang pergi makan mee rojak. Then, balik petang tu, mak dah siap masak kari bawal untuk dinner. Tolongggg....tolong.......banyaknyaaaa makannnnn!! and aku pon tak sengaja tersuap dengan lajunya. Kamonnn east, kamonnnn. Standard la tu. Jakon di situ. Eh, jakon tau tak?? Pi google.



I dunno nak cakap apa. Tapi makanan Malaysia memang enak enak belaka. Hari sabtu ahad pulak makan nasi beriyani abah masak. OMJAYYY.....ini memang aku. I love food. Walaupun berat badan aku susah nak naik, tapi harus diingatkan sebenarnya, walaupun berat badan kita tak naik, it does not mean tak berbahaya. Because high colesterol can happen either in slim person. So, we should beware with our health. Always take a good care although u kurus. So u jangan badget badan u slim, u takde problem. Hey, sakit jantung pon boleh kena dekat org kurus tau.



Sudah sudah. Masa berlalu dengan cepat. Di rumah jadi malas update. Kepada kawan kawan di Bandung yang tak balik, jaga diri okay. Semoga kamu semua bergembira di sana. Tunggu kami balik nanti. teheheee....Daaa.....sentiasa minum air masak banyak okay!! Luv...papai......


Tuesday, May 24, 2011

Bila malas nak kemas barang,aku menaip la.

Assalamualaikum..

Meluangkan masa seketika mengupdate blog. Banyak betul urusan seminggu ni. Urusan shopping lagi. Semalam shopping bagai nak tercabut limb limb aku. Tapi kali ini beli harus bajet 2011 sebab bulan ni sudah pakai duit banyak untuk rumah, immigresen, mak nenek tu, mak nenek ni, blablabla........Last last niat nak tukar handphone pon kena KIV. Padahal phone nazak macam baru lepas kena letupan gunung berapi. Takpe, dahulukan yang utama. Nanti bila ekonomi stabil, duit masuk, i kejar u sampai dapat BB.... siap!!


Bilik aku dah separa kosong. Dah takde dah barang atas meja. Sobsobsob.....( rasa mcm nak penampar diri sendiri bila baca balik sobsobsob ni ) Harini pindah rumah, so memang nak pengsan kau!!! buku ya ampunnnnn.....kemain banyakkk! kemain tebal. kemain bersih. nampak noorrrr jarang selak ye dak? hehe..
kasut berbelas-belas. Boleh bukak kedai bundle ni. Tapi sampai la ni aku dok melingkaqqqqq elok ja guling guling atas katil pakai comforter baru beli semalam kat pasar baru and baloq liat nak sambung kemas. Barang balek malaysia belum kemas, barang nak pindah tak abeh kemas, semua aku malas nak buat. Kenapa malas sangat ni izzatul?? kenapa? kenapa? tell me why!!!!!


rumah mode ialah FO yang seronok kat Bandung. Baju branded branded tapi harga jual boleh layannn arr wa cakap sama lu. Asal pergi sini je, bersepah aku jumpa org Mesia. Terus semangat semangat cakap
" eh, tu orang mesia kan?? " 
Wah, keterujaan yang tinggi bila jumpa. Warganegara yang bagus kitorang ni.


Memang super duper sedih nak tinggalkan 'suite mewah' aku ni. Ko nak ape? semua ada. Bilik sorang 1, bilik air sorang 1, cleaning room every monday, baju laundry je. Ko cuma kena rajin pergi kuar beli makanan je sebab ko jangan bajet dia nak serve ko breakfast ke, lunch ke, hantar sampai depan pintu bilik kan.. memang nak makan pelangkung la kan. Kalau ko malas nak jalan, memang ko akan lapar laaa. Macam aku. hahahaa...


macam mana aku tak kata suite. 


Ini waktu pes time aku sampai kat sini last year. Setahun dah ghupenya.....





Tingkap yang selalu jadi tempat aku fikir masa depan. ecececewahhhhhhh. 


View dari luar tingkap. Masa ni hujan. Sejuk je bandung. :)



Ni gambar cover depan bale. hahaha. Cover depan ye east. Ni masa tak balek raya taun lepas. 





Buku dan kasut hanyalah 1/3 jumlah sekarang. balek ni meniaga kasut ye.




Woraite. Nak sambung kemas la. Jadi pura pura rajin kejap. Pejam celik, pejam celik, pejam tak celik celik, dah nak genap setahun dah kat sini. Banyak benda berlaku,banyak pengajaran, pengalaman, sedih, ketawa, semua benda yang tak boleh nak order kat delivery atau beli dari tin mesin air. Walaupun dulu tak paham kenapa aku terima jugak tawaran nak datang sini, but now i know, HE knew best for me.

Got to go. Chiawwww..







Saturday, May 21, 2011

SEMINGGU sebelum balik cuti

haiyak.....


Dunno what to said.


My virus jahat budak jahat...ekekeke....sudah hilang maaa...I have my friend kat twitter nama Shahrul Hairy. Then he helped me how to destroy the bad bad virus tauuuu....then, HILANGGG sudaahhh...perhhh...lega lega yang amat. Aku pun jadi serabot nak update sebab virus tu. Tadaaaaa.....bila virus sudah hilang, so semakin terserlah lah kerajinan mengupdate. Terima kasih daun keladi bunting Shahrul Hairy. alamak, taktau la link apa nak tag dia. hehehe. But, a thousand of THANK YOU if u read this okai!! kamu hebat boleh detect apa yg abnormal!! yeaaaaaaa.....* a big applause plezzz.....drum roll..........



Secara rasminya aku dah tamat exam. Okayla. Finela. I promise u this time that yang kali ini memang aku dah habes exam. hehehe. Sebelum ni macam bukan ye dokkk?? back hand eAst ni sikit....:P
SO, aktiviti habes exam?? Start with release the stress. Release duit la jugak kan opkossss....hehehe... and since MARA dah masukkan elaun bulan 6, maka...........ya ampunnnn.....baiknya MARA ni bagi elaun awal awal. Rasa nak menangis and rasa nak semakin rajin belajar bila MARA masukkan duit awal... Okay, let it become your next azam kay eAst?? Promise yourself....!!



OMJAYYYY..... Friday next week im gonna fly.....yuhuuuuu...... this time balik Malaysia naik Air Asia. Before this kau berlagak sakan naik MAS, now kita rasa naik Air Asia pulak okai.....but it is not worth to say that tiket MAS actually lagi murah. But then, eAst takde rezeki, but then eAst dah beli tiket, but then, JANJI AKU BALEK GHUMAHHHHH! suka ati la nak naik apa pon janji bukan tongkang. Tapi kalau dah terpaksa, tongkang pon tongkang laaaaaaa.......  
* touching setaun.



And semakin dekat nak pulang Malaysia, maknanya semakin dekat jugakla aku bakal meninggalkan 'super duper suite mewah' yang aku diami selama hampir setahun di sini. Mestila sedih. Opkos then. Tempat suka dan duka aku. Tempat aku menggila sorang sorang belajar. Tempat aku nangis bila tak raya kat malaysia tahun lepas...........T.T      



And rumah pon dah siap renovate. It just like 'eh, sekejapnya masa'    rasa dah tua pulak bila kena duduk rumah kan. Nanti cerita pasal rumah i will update later. InsyaALLAH. Tak sabar nak memasak dengan housemate since yeahhhh my housemates such a good chef i bet. hahahaha.... Okay, okay, hope duduk rumah memang best!! 



Isnin ni aku nak meronggeng di Pasar Baru. Mahu ronda ronda cari baju raya. huhuhu. Raya tahun ini kena meriah okai because last year aku tak balek. And i will make sure baju kedevassss kedebommmm for my mak datin, along aku yang aku sayang ( wohoiiiiiii, aku bodek ko je ni long!! hahahaha ) and adik-adik pompuan aku yang famos amous tu....hahaha....Abah dgn izzuddin ni camno ni haaa....Baju FO jela aku capai...hehehehe.



And.....last but not least.............i do hope that, balik kali ini, there is something good happen to me. I just hope. After all the sad things that just passed me, saya cuma mahu lebih berhati hati. Okay, let's not put too much hope eAst. Let the time decide. :)



Wuarghhhhh......mengantuk sudah. Letih sengguk kat salon petang tadi, and melayan harry porter sepanjang hari....so, better have a sleep now....do take care. :)



Assalamualaikum. btw, harini mcm feeling nak share je lebih. Read if u love, leave if u dont. :)

Wednesday, May 18, 2011

BLOG KENA VIRUS

Assalamualaikum. 


I dunno what happened to my blog. Dia cakap ada MALWARE DETECTION. Virus that will cause harm dekat my lappy kalau aku bukak blog. OMJAYYYY.... can u imagine my feeling!! Die hard feeling. *menangis sejam....





So, aku ni buta IT. so very very da penakut. Aku pon privatekan blog aku. muahahaha.. but seriously kenapa my blog jd mcm tu??


Anyone?? korang punya blog pon kena jugak ke, or aku sorang je kanak kanak terpilih yang mendapat hadiah tu??


And sape2 tahu mcm mana nak hilangkan??


( haa itulah..dulu time kelas IT, ko bukak frinedster. T.T )

Saturday, May 14, 2011

Semalam jumpa Pasha UNGU. bye.

Assalamualaikummmmm. 


Sejuk sejukkkk. baru lepas hujan lebat. alhamdulillah. bandung kembali sejuk. tula zatul. semalam bebel bebel lagi dok panas.  =.=



Since jumaat secara tidak rasminya izzatul hidayah telah menamatkan peperiksaan akhir semester. Sebenarnya aku ada exam lagi. Tapi takpela. anggap je exam dah abes. eh eh.. boleh pulak macam tu?? suka hatila east. Ok. ok. Stop pasal exam. Ingat nak sambung story pasal dinner dekat Hilton. TAPI MALASSS. ahhh, malas and malas. Nantila bila mood gedik gedik aku dah mai, aku update. Sekarang ni tengah berdarah hidung. Ko tau kenapa?? bukan sebab penyakit platelet kurang ke apa. tapi pasal ni!



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Ni bukan pakwe baru I okai. Kalau jadi pakwe I pon okai jugakkk. Tapi jenuh la nak balek raya. wakaka.
PASHA UNGU okayyyy! 
* terus hidung berdarah dengan lajunya melihat kehensemannnn mamat ni. Pengsan, jaga balik, pengsan balik!!!



Semalam konon konon feeling habis exam, so aku and kwn kwn pergi celebrate la kannn. Pe lagi. Party la!! party kedai ayam bakar tepi jalan je derrr....=.=
Nak clubbing macam jahil sgt kan. Tak kenyang pulak tu. Baik pergi makan ayam bakar. Sodaap, kenyang, ditambah pulak abang tu memang kalau nampak muka kitorang pergi kedai dia dah tau dah.

" Bang, nasi lebih, sambel lebihhh!! "
" Ya....nggak usah malu malu neng kalau mahu tambah sambelnya. "


abang tu comel.......:(
serius comel sebab bagi can kitorang tambah sambel kedai dia. 
I lappp u bangg!!


Then, ngongeng ngongeng makan sampai perut dilate 10cm, gosip gosip, gelak sampai nak roboh kerusi, we all rasa macam tak cukup heaven lagi. Nak celeb abeh exam mesti gempak gempak weii!! baru ada bahan nak citer kat anak cucu cicit nanti. So, pe lagi. Movie time la. So, berlari we all ke Jatos. Takdela lari sangat kan. =.=


Thennnnn, jeng jeng. Bila naik panggung je, kau gilaa!! Pasha Ungu berlakon dengan Nirina Zubir laaa!! Lagi la hormon ngengada aku increase dgn galaknya. Fine, tiket 10000k je okai. Bersamaan rm3.50. Nak nangis tak tiket wayang murah macam tu?? Heaven wei. Aku suka Bandung. I love Bandung. ecece....



Panggung dia boleh tahan mewah. Kerusi pon luas. Ni pes time aku menonton wayang kt cinema sini. so, agak batak di situ. Orang pun tak ramai sebab kitorang tengok midnight movie. Sini kalau movie pukul 9 pon dah kira midnight dahhh. Rasa macam bertuah gila tgk muka Pasha Ungu kemainnnn beso dalam panggung tu. Sebelum ni tak pernah ponnn tgk muka mamat ni besar gedabak mcm tu. 



Kami tgk cerita purple love. Okayla. Kecomelan Nirina Zubir memang style la....tapi tiap kali Pasha buat adegan romantis memang aku berdarah hidung!! dan juga mesti terkeluar perkataan
" Pasha hensemmmmmmm ( sambil cakap banyak kali dengan harapan pasha akan dengar =.= )
Mamat ni memang hensem. Arghhh. style pulak tu. Suara sedap pulak tu. Ok. Ok. Dah menggeletis. Fullstop pasal Pasha. Layan gambar dia yang boleh buat korang berdarah hidung macam aku jugak okaiiiii!!!





ni semua sumber google yer. 




Pasha, i nak u dedicate 1 lagu kat i boleyyy??
( boleh blah )




Mak aiii..... sasanya tangan!! terbayang dia hug Nirina Zubir semalam. Amboi dahla bini orang.




Kenal kan dia ni?? Ala, selalu berlakon sinetron. Dulu dia kena gosip dengan pasha. But haritu aku tengok kat tv time tengah makan, si Pasha ni dah tunang dgn orang lain. Pakai tudung pulak tu tunang dia. hurmmmm....... Perempuan atas ni pon comel jugakkk.




ungu, u all tak nak buat show kat bandung ke?? Nak tangkap gambar dengan Pasha...hahahaha.
Takpe, dekat klinik gigi dekat sini, doctor dia macam muka Pasha ungu. Adehhhh. tetiba izzatul hidayah sakit gigi. Rasa macam nak pergi klinik japp....wahahahaha.....


Daaaaaa........ :D


( Aku tau korang tak suka bila blog ada lagu kan.Tapi ni lagu Ungu yang best. Akhir akhir ni mood east ialah menjiwang. Ade ape hal kan derr... watever happen pon hidup mesti diteruskan. Layan laaaa
Percaya padaku : ungu 

Tuesday, May 10, 2011

walawehhhh. aku kembali. ececece.

Assalamualaikummmmmm.....


Walla weehhhhhh..... miss me?? wahahahaa....meh kasi penampo sikit. bagi sewel balik. Yippp yipppp horayyy!! akhirnya boleh jugak ku mengetuk keyboard ni kannnn.....kemain kematu tangan aku pegang pen, pensel, marker. Now, aku nak ketuk ketuk keyboard ni.....seminggu nie haaaaa terbio je blog aku... naik abeh pokok cili, serai, ( sebab taktau beza lalang dgn serai ) sawang2 spider. Jommm aku nak menebass...iyarghhhh...... iyarghhhhhh......maaplerrr...baru bgn tido cenggini la ghupenya......cell cell body baru nak warm up.



Sebenarnya pagi tadi aku baharu sahaja menamatkan exam socca ku. ayat mau dramatis je. ok, takdela pagi sangat kan. Tengahari sikit sebenarnya. Tipu je kan aku ni. Sebab aku group tengah tengah. Haaa, aku pernah rasa jadi orang 1st, aku pernah rasa jadi orang last, now aku pernah rasa jadi org tengah tengah. Aku memang ambik pil perancang ponnnnn. <^^>



Selaku mengambil tempat sebagai exam paling tercuak dalam dunia, memang effect dia aku dah rasa 2minggu awal. Kesibukan, keletihan, kepenatan sebab ada 17case yang kena disetelkan. Aku ni pulak dahla kaki makan semut kan, so kemain cepat lupanya. Hafal depan, lupa abehhh kes belakang yang aku baca. Bila aku baca lagi depan, ahhh sudah, memang lupa terus semua...! grrrr....rasa macam nak rebus buat sup buntot...ahahhaa...eleh, aku sini makan sup bontot no hal laaaaa.....hehehe




Seminggu nak socca lagi gila. setiap malam mesti tido tak lena. Terkumat kamit menghafal case. Tido mimpi bentang case. Nasib baik aku tak ngigau malam2 sarung blazer bentang case kan. Mau ke berlari budak budak wing aku.. ( ko tido mana tau ko ngigau?? )




Ahhhh.....perDEVILkan semua itu. Sekarang aku dah selesai melaluinya. Result?? Alhamdulillah. Maintain lagi macam dulu. Aku no comment bab case aku terlalu panjang sampai letih aku nak bentang. No comment jugak bab sampai rupanya ada 3 anatomy case aku. No comment jugak bab doctor doctor yang aku dapat memang terkenal dengan ketegasan bab bagi markah. Setelah bagitau mak abah pasal result ; yeahhhh since doa ibu bapa adalah doa doa yang dimakbulkan so they should be the 1st person know about my result. aku pulang ke bilik dan berenang renang di atas katil sampai laaaaaaaaaaa petang...ahaha.




Eh....lek lu....exam belum abeh lagi sebenarnyaaa....kemain semangat cerita mcm dah abeh exam terus and boleh balik mesia dah kann?? kan?? ada exam lagi. 1 more paper. 1 more skills laboratory. Yezzzza..... oleh sebab next exam hari jumaat ni, so aku berjimba jimba dulu. Macam SPM kan exam schedule aku?? lama sangat....... =.=




okay okay. Banyak benda sebenarnya menanti aku selepas ini. Nak pindah rumah, nak pergi main ice skating, nak beli handphone (okay2..decide cepat nak ke takk!! ) nak pergi jalan jalan bandung, beli baju raya, dinner dengan timbalan menteri luar bandar dan wilayah dekat hotel hilton bandung...OMMO....makan free...okay, tak sabar!! dah lama tidak cantik cantik and tangkap gambar...hahaha...selama ni nak exam, comot je aku kannnn.....='(



So, before balik Malaysia 27Mei ni......kita enjoyyyyyy!!!!!!    



Luv : eAstzatulhidayah

Tuesday, May 03, 2011

GAGAH TAIP LEPAS BGN TIDOQQ!!

Assalamualaikum. Nak bagi pahala free ni. Jawablaaaaaa salam sy. Jauh kirim ni. Dari  Bandung. ^^
Holla. Gud evening. Im tired. 


Izzatul Hidayah baru bgn tidooo. Sorry. Promise to bangun awal sikit. Pukul 3. but migrain menghalang. Im trying to bangun east bangun but then BOMMMMM sambung tido balik.  Selalunya bila selesai paper MDE Question memang i will pengsan bila balek. 200question banyak tuuuu. Okay, kalau ada sesiapa yg kata sikit, then go ahead. But it is not only question because it  ++ statement about patient problem and etc.  So, tadi i handle almost 100++ patient woooo.....hehehe. Kalau la realiti nya mcm tu kan, patah riuk bdn. Krukkk kraakkkk krukkk krakkkk bunyi tulang. hek.



BTW, so far  paper tadi okayla. It is not too difficult compared to my previous Fundamental of Basic Science. Not too difficult bukan maksud betul banyak kan east kan?? kan kan?? =.='



But, i need more time. Seriously. Tak sempat derrrr....Dahla aku masuk exam hall LAMBAT! sebenarnya aku sampai 5mins before 8. but then semua org dah masuk sebab beloved doctor yang super duper cute and funny DR.Manoe memang suka suruh student start awal. Aiyakkk. Apnea aku tauuu time sampai tu. Gasping breath and tachycardia abeh. 
Dahla tempat yg tinggal cuma depaaaaaaaaan sekali betol betol dpn meja lecturer. =.='   
Baca doa apa yang patot, hembus kanan kiri, tawakal apa yang patut and START!



Terkejar kejar aku menyiapkan. Kelajuan membaca dan menghitamkan soalan tak payah story arr. Memang berbulu abeh bijik mata. 
Then, pemadam jatuh laaa, nak terkencing la sebab aircond kuat sangat la, kaki kebas la, kepala teleng la, berangan nak makan apa satgi sebab tak breakfast la, semua tu aku rasa tadi. 
And i just terus duduk bersila atas kerusi and buat mcm study kat bilik.hehe.



SAYA NAK MEJA EXAM UNTUK ORANG KIDAL!


susahhh tau bila tempat menulis tu belah kanan. Aigoooo. Sakit kepala sebab more to the right. Diskriminasi ni. Dahla orang tangan kidal ni special. Yeaaa!! sapa kidal angkat hidung!!!



Usai exam, then terus rushing nak pergi tengok rumah pulak. Sebab dah deal dgn tuan rumah then kena la pergi jugak kan. Because ibu tu sangat baik. Goshhh. balik bilik tukar baju, sempat telan paracetamol 500mg and go ahead rumah terus. Tak lunch lagi ni. Perut dah bebel bebel dah. Shut up you. I dah 20. banyak urusan orang tua i kena setelkan. u diammmm arr jap. Macam selama ni i tak bagi u makan kan. Tuan badan emo. =.='



Habes je tinjau tinjau rumah, baru dapat lunch. Dekat pukul 2 waktu indonesia barat baru makan. Singgah bungkus beli makanan tepi jalan je. Sempoi arr duduk sini. Dorongan ajaaa dong. Enak sekali. I try for the rujak buah since i thought it was very sedap like Rojak Mak Bee kan.huhu. But then very dissaponted because memang tak KAWWWW... hurm.... takpe, balik Malaysia lagi 25hari okaiiii.....HAPPY!! ^^



 


After i setel all the urusan, baru terpikir sorang sorang sambil hugging my super cutey Dinasour ; 

Hurm.....dah besar rupanya Izzatul Hidayah ni. Banyak benda dah kena setel sendiri sejak duduk sini. Thennn, awan nano pon kua and eh, sleeping dah??



Letih sangat hari ini hanya ALLAH yang tahu. I should not mengeluh. Be strong eAst. Sikit lagi okay. Nak berjaya bukan senang. Perlukan pengorbanan. So, I will never regret walaupun tak sempat enjoy and duduk dalam bilik 24/7 and finish my study. Agaknya kalau kat Malaysia mesti enjoy, pergi mall ke, tengok wayang ke kan bila dah stress belajar. Here, nak bersocial memang tak sempat. So, my way is bukak Facebook, Twitter and situ dah boleh social dengan kawan kawan. 


Nampak mcm takde life but then takpela. Because im not social person yg keluar jalan jalan dengan kawan pergi sana, situ, overnight ke apa even masa kat matrix. Most of my time duduk bilik, or rumah, tengok tv, selongkar dapur cari makanan, belajar memasak ( ececece. lempang kang ) dan bermain gelak ketawa dgn adik adik. 



Maghrib sudah??ala, macam membebel banyak pulak. Then masa tengah taip ni pulak internet down. Ko saja je kan internet. Siku karang. Penat taip panjang panjang. Takpe, save dalam draft dulu. 



GTG, and terima kasih siapa singgah baca. I sayangggg u lebihhhh la.... =)


Love : eAstzatulhidayah. ni bukan nama surat beranak!! nanti mak kitaaa marahh tauu!!