KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Friday, April 08, 2011

Hadiah hari jadi abah dan emak :)

Assalamualaikum. Wah… klik klak klik klak dah hari jumaat. Rasa macam baru je bermain main ketika sabtu minggu lepas.


Semalam hari jadi abah saya. Yang ke?? 30 kot. Sebab abah always look young and handsome. Hahaha. Angah tau abah baca ni kan. Hihihi. Eh, kalau abah 30, mak berapa?? Mak 25 la…hahahaha. Sudah eAst sudah. Merepek je keje kau yer. Aku pang kang. :P


Semalam handphone saya busy. Sibuk kalah Shaheizy Sam nak membalas twitter peminat ucap tahniah dpt Bintang Paling Popular. Adik adik saya ada tournament hoki smlm. So sibukla saya mengupdate perkembangan budak budak tu. Wah wah. Galak korang membantai sekolah lain ek. Bagi arr can sikit. Angah dulu baik hati je bg diorang golkan tau. Toleransi sikit! Wakakaka.  Alhamdulillah seperti aku jangka, Sek Keb Taman Gembira, johan Klang. Dah berapa tahun pon aku tak tau. Dan mereka masih dilatih oleh cikgu yang sama melatih aku dulu, Cikgu Azman. Good job la budak budak sekalian. 9-0 korang belasah sekolah kebangsaan bukit kapar ek. Eh eh…. Sekolah siapakah itu??hahahaha.


Dan agak sedikit teruja bila budak yg suka mengatakan dirinya comel bila message angah dia ; Nur Izzatul Syafikah was announced as Best Player for Klang District. Urm. Urm. Urm. Jelus jelus. Balik ni belanja angah!! Hehehe. Patotnya bagi teahhh la. Teah masuk padang je sume org pengsan sebab teah gemokkkk!! Hahahaha…. Jahat angah kau ek. Izzatul Syahirah pon ade golkan. Hamboi, korang buat pesta adik beradik ye dalam padang tu!





Tahniah juga diucapkan kepada mak saya kerana menjadi penyokong tetap anak - anakya di stadium. Itulah kunci kejayaan sebenarnya. Baru anak - anak ade semangat nak main ye dokk. ( angkat angkat kening ni )
Dan Izzatul Syafikah juga telah membuat kegilaan apabila pada pagi itu dia telah muncul johan pidato sek sek rendah daerah klang. Pagi pidato, petang lari hoki, tepuk dahi aku. Dia bantai 2 event sekaligus…. Haih… effect selalu nangis ke haa kakak?hahahaha… Tahniah dari angah. :)


Dan bagi ibu bapa, tiada hadiah yang lebih berharga dari kejayaan anak-anak. Dan kejayaan ini memang hadiah hari lahir paling bermakna buat abah ( 7 April ) dan emak ( 9 April ).



Tiba tiba cik eAst teringat zaman sekolah rendah….keluarlah awan awan nano dari celah celah headphone ini…..* mood berangan

tiba tiba cik eAst kena ketuk.

 “ tu pharmacology tu tak siap lagi tu. Main je lebih “

alaaaa… Dino ni…org nak berangan sesaat pon dia tak bagi. Yelaaa…Yelaaa…bubye!! Study dan staber. (stadi berangan) Eastzatul Hidayah sengal.

1 comment:

  1. haip haip.. tu sekolah tercenta ku itu!! even kalah, namamu ttp harum di hidungku..hahahah

    ReplyDelete

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3