KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Friday, April 29, 2011

Lebarnya cik eAst senyum.

My last class for Fresh Year student. Ko nampak semua muka riang gembira?? termasuk aku sekali. =.=

De pe hal kan exam. Ko jerit jerit nak terjun lombong pon ko still kena face exam jugak kan. So, kesimpulannya, ko stress ke, tak stress ke, exam tu kesahhh apa kan. Aku nak lanyak korang jugak. Aku nak buat korang muntah jugak jawab :




7 exam bertulis
1 pembentangan case di hadapan doktor pakar
1 exam yg menguji ke skill an anda sebagai bakal MD ( medical doctor )






So, kita nak exam kita tak boleh gelabah gelabah. Harus rileks sentiasa. Jangan bazirkan ATP dan hormon kita berfikir tentang ke stress an exam. Sebab memang dah terbukti benda tu stress. So, kita layan je kay. 
Benda dah terbukti stress dan membengongkan.






Bye. acik eAst nak siapkan keje. Masalah negara banyak sangat ni. 






Jap jap..... Asal ek kalau nak exma org mesti deactivate Facebook?? Bagi aku la kan, ni bagi aku je. Toksah dok touching touching sangat. Tampo kang taula...wakakakaka.


Bagi aku la, Facebook ni buat hilang bosan. Tapi takdela even aku selalu menyala lampu hijau tu kan ( selalu o9 la tu ), maknanya aku menghadap laptop aku 24jam. Kita on FB, kita biar jela. Biar FB kita tu pergi jalan jalan cari jodoh ke kan.....opssssss..... Then, kita buatla keje kita kan. Be professional. Tak semestinya dia o9 FB selalu, maknanya dia MENGHADAP selalu kannnn.... so, masalah deactivate tu bergantung kat diri. 
Ko try gantung diri ko tengok...wakakaka.... It depends on urself how you manage ur desire. 
Biasalah, lain org lain cara, lain org lain kekuatan makannya. ( tkde kaitan )


Papai........ 


Saya cinta DCB. :)   mau makannnnn balek mesia ini...!! yahoooo.....

Wednesday, April 27, 2011

cepatnya masa???

Assalamualaikum. =)


Wahhhhh.....perasaan teruja seperti baru first time nengok KEY ELL SI SI.....caye tak caye tak....sesungguhnya saya baharu sahaja menamatkan system untuk semester ke 2 iaitu reproductive system. System yang memang berserabot cephalic ( kepala versi medic ) la jugak.....rasa macam baru je aku teruja teruja sebab belajar Reproductive system kannnnn......jeling jeling belakang tengok, eh eh...habeh dah??



Seronok wa citer dgn lu belajar repro ni. Mula mula malu tak hengat!! perghhhhh.....direct sound je wa cakap. Time kat sekolah sekolah dulu malu je nak nengok benda benda tu ha.... Sekali bukak buku anatomy, gini haaaaa dia tunjuk je!! Real punya pulak tu. Bak kata teah yang tengok buku tu, buku ni lucah la angah.



Case tak payah cakap la. Semua patient perempuan. Gender aku la tue..... =.=  Sorang je haaa patient laki tersesat. Tu nak tunjuk bukti tu pompuan memang kena jaga diri baik baik okai. Badan kita ini dilahirkan memang untuk melahirkan. So, memang banyak masalah yang mungkin timbul kalau kita tak pandai manage diri.


Skills lab lagilaaaaaa menarik. Oleh sebab repro system ini merangkumi Gynecology ( sakit puan ), Obstetrics ( kebidanan ) and Pediatrics ( kanak-kanak ) so memang skills lab agak menarik la jugak...... Terketar  la tgn nak buat Pap Smear.. Kalau aku terketar, budak budak laki tu macam mana pulak?? hahahaha. Tak terkejut beruk ke sekali kena tgk benda yang mcm tu?? hahahhaahaha...sukanya aku gelakkkk..... =.=



Ohh kecomelan baby baby doll itu memang mengexcitedkan kami. Walaupun kadang kadang keganasan rumah tangga berlaku terhadap baby baby itu, seperti menekannya dgn terlalu kuat, bermain2 mencucuk vaksin di hidungnya ( bukan AKU!! ) tapi we are still the gentlest doc to be ever....ahahaha



my housemate to be


Tapi atas dasar niat menuntut ilmu, memang kami open. Baik yg girl mahupun boys. No hal la kalau takat nak tanya kat dyorang :


" Wei, vagina kan, vascularization dia mcm mana? "
" Breast punya histology during pregnancy and waktu breastfeed berbeza tak?"


Perghhhh....diorang lagi pro bab tu dr kami ni haaaa.....hahaha


faculty of medicine universitas padjadjaran. 
Aippp.... 'dia' kata universiti pajak gadai.....waaaaaaaa.....nakal tau 'dia' ni


Untung tauuu sapa dapat suami doctor kerana dia akan lebih memahami anda wanita wanita sekalian kerana dia sudah terbiasa sejak berkurun lama belajar..hehehehe...eh eh...dapat bini doctor pon untung jugaklaaaaa......sebab tu Ashraf Muslim untung...:P



Dan skill lab terakhir tadi memang heaven. Pasal kena undi sekali aku org last kena perform. Ceh, menggelabah badak dah tinggal ayam dh pasal lamaaaaa sgt tunggu. Last skill lab pasal Breast examination. Repeat, breast examination. Angkat angkat kening ni....... Sempoi kan? hahahaha...nak gelak2 la jugak masa mula2 tau kena buat. Tapi sebab semua org serius, aku terus tak jadi gelak. =.=  



Yeaaaaa......now berakhir sudah semua pembelajaran tahun pertama. Tunggu aku nak muntah jawab exam pulak. Work out for my 1st year. And going back to Malaysia with happy happy meal...!!! And after going back, insyaALLAH call me 2nd year student of school of medicine and im going to be a good muslimah doctor insyaALLAH.



Updating : baru pulang makan dengan my senior 3rd year yang akan pulang ke Malaysia esok buat selama-lamaya. ( ceeewahhhhh. Nanti beli baju kawen mai la pasar baru. ngeh3...) 

Semoga mereka terus sukses di HUKM. Nantikan adik2 junior ini lg 2thn yerrr.....*wink-wink. Izzatul Hidayah seronok la tu.....:P



Papai......... Lots of  Love : eAst

Tuesday, April 26, 2011

3 IZZATULS in THE STAR

Tuesday April 26, 2011

District all set to retain hockey crown with help from TNB trainers

By STUART MICHAEL
metro@thestar.com.my
Photos by SAM THAM


KLANG district, the overall champions for the Selangor Schools Sports Council (MSSS) hockey championship since 2003, look set to retain its ninth overall title this year.
Students from nine districts — Klang, Petaling, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Sabak Bernam and Sepang — will take part in the championships that will be held at Pandamaran Hockey Stadium in Klang from May 9 to 15.
Recently, students from both the Under-12 and Under-18 age groups went through a three-day centralised training session at the stadium.

Tenaga Nasional Berhad’s (TNB) Thunderbolt trainers led by Nor Saiful Zaini guided the 72 selected youngsters to work on match play, skills development and others.
Besides Nor Saiful, other notable names in the national hockey scene who turned up were Mohd Amin Rahim, Mohd Madzli Ikmar, Nor Azlan Bakar, Lailin Abu Hassan, Mohd Fairuz Ramli, M. Kaliswaran. Azlan Rahim and current national goalkeeper Wan Mohd Fairuz.
MSSS Klang district hockey technical and development chairman Azman Ali said the team’s overall strength was very strong compared to the other districts.
“Besides this, we have homeground advantage where the tournament will be held in Klang.
“Last year, we won the girls’ Under-18 title and finished second in both the girls’ Under-12 and boys’ Under-12. We finished fourth in the boys’ Under-18 that made us overall champions.
“It would be nice to bag all four titles — boys’ Under-12, girls Under-12, boys’ Under-18 and girls’ Under-18. I am confident our players will put up a good fight.
“This year, our girls Under-12 side is strong, thanks to siblings Izzatul Shafika Ahmad, 12, Izzatul Syahirah Ahmad, 10, Izzatul Fatehah Ahmad, eight.

“Izzatul Shafika, who plays as a striker, is the best player in the team and looks set to make it into the national squad someday,’’ he said.
As a father and hockey enthusiast, Azman also has his three children Mohd Norizzal, 12, Nurnabilah Huda, 15 and Nurnazirah Husna, eight, in the centralised training team.
He said that TNB sponsored the entire training programme for the juniors that totalled about RM7,000 for the three days.

* credit to the Thestar.com.my

Monday, April 25, 2011

Nah...surat ini untuk KORANG.

Assalamualaikum. menangis bawah bantal. ---> tipu


Sebenarnya tiada mood mahu mengupdate. Tapi saya sedihhhhhhh. Takpe. Kugagahi jari jemari yg kematu akibat pegang pen lama sangat untuk terus mengetuk. Kalau aku pandai main muzik, dah lama aku buat lagu menggambarkan perasaan aku. Then aku hantar bertanding juara lagu. sobsobsob.



Pada pendapat anda, adakah student tajaan itu kaya? almaklumla....dapat beratus-ratus ringgit sebulan. Kalau aku, lagi kaya, dapat 2jutaaa!! =.=


Tapi....................harus diingatkan. korang ingat semua student Malaysia yang belajar dengan tajaan dekat sini tu kaya?????????


Kalaulah aku boleh pos benda ni suruh korang baca. Tapi mesti korang tak kesah kan? Janji duit masuk poket korang.


Duit immigresen sahaja dekat rm1000. Belum masuk dengan wang yg perlu dibayar tiap kali kami nak balik. Dan tiket flight korang ingat mcm naik tongkang?? Pe kelasss...... Kitorang nak yang ada akak akak and abang abang hensem and cun mcm rozita che wan and fahrin ahmad tu. Baru perjalanan kitorang yang 2 jam tu berbaloi-baloi.


Then, korang tipu kami lagi. Kenakan cas tambahan. Korang kata kami lambat bagitau nak balik. Padahal ada korang kisah yang jadual akademik dah lama kami mintak tapi org korang keluarkan lambat? Ade pikir tak sebelum pauuuuuuu duit student ni????



Sampai hati tauuuuuu....... kami bukan seperti pelajar negara korang di fakulti ini yang masuk sendirian berhad, bayar berjuta juta, pergi kelas bawak honda jazz, compressor, civic, swift. Kami jalan kaki je sampai tiap2 kali nak pergi kelas berjuang sebab takot kena langgar dgn angkot. =.=


Dahla internet kami selalu kena potong. Penaja kami bayar tau.........ayoooo.....tak baek seleweng duit orang....nanti rezeki yg masuk poket korang tak berkat......


Itupon korang pauuuuuuuuu kami lagi.  Tak tau sedih ke?? Ta baek tauuuu.... ALLAH tak rahmat..... Nanti ALLAH balas kat akhirat........ :(   ALLAH tu maha berkuasa tau.......doa orang teraniaya dimakbulkan.


Cakap dengan korang, habuk pon tarak. Macam cakap dengan tiang elektrik. Tegak je kat situ. Last2 aku jugak kena karennnnnn......( pacak pacak rambut aku )



Masalahnya aku hanya boleh luah kat sini je. Nak cakap byk2, susah. Aku bukan di negara sendiri. Pengalaman betul duduk sini. Mengajar erti hidup. Dah banyak kali tau korang buat mcm ni.......( nanges seperiuk...sebelanga pon boleh )

Dan kepada korang........ingat.......doa orang teraniaya dimakbulkan. 


Korang = ehem ehem. Nanti aku kena bako. Kua paper front page nanti.

Thursday, April 21, 2011

Aku tak sangka aku buat entry pasal JB.

Hai.. berehat sebentar bersama zigzag. Kaki kejang sebab harini tak pakai stokin berpantang. Kau nak tahuuuu betapa sejuknya lantai mozek bertatahkan berlian permata kat bilik aku ni. Derrrr, ubat tumit pecah aku pun tak berkesan. Hari hari aku sapu. Camni arrrrrr. Arghhh. iklan kemain semua boleh hilang, sekali bila pakai HAMPEH. dimanakah hak sebagai pengguna?? Korang rasa aku emo hari ni tak?? entry tidak bertatasusila kenegaraan langsung!!


Ko nak tau sebab apa........


ko nak tau sebab apa aku gagah update blog walau aku ada case byk ni untuk exam kali ini.


Sebab ni.

JUSTIN BIEBER


Aku bukak Facebook orang cerita pasal dia. Aku fedup arr kan. So, aku pon cari alternatif lain. Aku pon layan la twitter aku yg dah sampai 1000 twitt tu kan. Jangan sapa sapa add aku kat twitter. Aku remove korang balek. HAHAHA.... parabola di situ. Baik, teruskan cerita. Bila aku on twitter lagi aku HANGEN derrr. 


Trending la pulak mamat bibir ni....!!!  Tak boleh jadi ni. 


Maka dengan berat hatinya, ( hati berat ko tau!! ) aku pon menutup twitter dan Facebook dan teruskan study aku. Bagus jugak aku menyampah kat Bibir ni kan. At least aku boleh jugak study. 


Aku dengar cerita dia buat konsert dekat Malaysia. Mizz Nina buat opening performance. Hurm.......... and penuh pulak tu. Aku takda perasaan la kat Justin ni. Maybe sebab dia adik adik I kot. Errr... Walaupun konporm la dia lg tinggi dari aku. 


Antara sebab aku tak suka dia ialah :


asal dia mcm lembut je???
Asal rambut dia pelik?? tebal sgt......=.=
Asal suara dia tak pecah???  aplikasi hormonal effect di sini
Asal aku mcm tak pernah nampak dia??  eAst mengong.
Asal dia mcm adik aku?? okay...tipu.....


Tipu la kalau aku tak cakap aku tak layan lagu dia kan. Layan la yang ada banyak sangat word 'baby' tu. Sampai jd ringtone bila abah dgn mak aku tepon. ahaha. Ko rasa justin bangga tak?? hekhekhek. Tapi aku takde la KIPAS KIPAS SUSAH MATI dia kan. aku aircond je. hehehe. Tapi pencapaian dia memang hebattt......... tapi aku tak amik tau. SORRY. aktiviti fakulti pon aku tak amek kesah, ni nak melayan benda lain. Maaf zahir batin la derrrr.



Entry emo kan?? sebab aku sasau bilik aku penuh dgn kertas. Macam kedai fotokopi pun ada. Ni kalau aku kitar semula kertas ni boleh buat tiket konsert bibir ni. ahahahahaha.


Sapa minat Justin jgn nak bakauuu aku pulak lepas ni yeeeeee....heeeeeeee.





Tuesday, April 19, 2011

TAHUKAH ANDA??

assalamualaikum.


Saya tengah bersenang senang ni. Lunjur lunjur kaki atas katil. Sambil suap buah anggur dalam mulut. Sambil tengok persembahan wayang kulit. Yelaaa...mestila aku bersenang senang, sebab jadual exam baru keluar td. Ade ape hal kan derr.... Lek lu......lambat lg....2minggu lagi.....( PANGGG... kena penampar jepun sekali! )



Last tutorial, i was having chat with my doctor. She is specialist in OBGYN. Even muka garang sekali rupanya baik daaa. Seriously, doctor doctor di sini sangat baik. Ohh... memang heaven gila. Ko takkan rasa ko study medic sebab ko ada lecturer yg baik. hehehe. 



Kadang - kadang naik berlemak laa jugak kan dh dapat lecturer baik ni. Lelagi taip kali hari jumaat and Lab activity ialah pasal Farmakologi. Konprom konprom aku pemalas nak buat pasal lecturernya sgt baik dan sooooo nice Prof!! Lepas tu dalam exam aku tergolek golek bila soalan Farmako keluar and tak dapat jawab. =.=



Masa sembang tu, doctor tu pon tanya la pasal life and ape semua laa. almaklumlaaa.... aku baik hati selalu kena duduk sebelah lecturer. Tempat yg selalu semua orang mengelak.
 Baik kan aku?? ( padahal aku selalu sampai kelas lambat and tinggal tempat tu je )


Then dia tanya :

" Gaji permulaan doctor di Malaysia berapa ? "

Oleh sebab aku ni biol bab bab gaji ni kan, membe aku la tolong jawab. Cer citer kat doctor tu. Cer citer.


" kurang lebih RM2900 doc "


aku pon baru tau....so aku pon ber " oooooooo " dengan doctor tu sekali.


Then, dia cakap, lebih kurang 7juta rupiah la kan....


Dalam hati aku " perghhhhh.... lajunya doc ni convert. Aku baru terkial2 nak bawak kua kalkulator! "
( selingan manja )


tu aku no hal la kan. Takla terkejut sangat. Sekali doctor ni bawak keluar statement. ( mcm bergosip pulak kau ek )


" Gaji permulaan bg doctor di Indonesia ini 2juta lebih la begitu "


Aku pun oooooo buat kali yg ke dua. Sekali...... bila aku pikir pikir balek, eh....2juta tu bukan rm800++ ke?? Takkan gaji permulaan doctor sikit mcm tu??


Hurm....mungkin doctor tu bercakap masa zaman dia mula mula jd doctor dulu. Tapi dia muda lagi. Melihat keadaan ekonomi indonesia ni, kalau nak naik gaji secara mendadak tu memang susah la kan. Kalau betul la apa yg doctor tu cakap, maksudnya gaji permulaan doctor di sini menyamai elaun sara bulanan yg penaja berikan kepada kami...... ( lets virtual hug for my scholar )



So....... bersyukur tak duduk Malaysia?? Bersyukur tak bekerja di Malaysia?? Tapi memangla kos sara hidup di Malaysia mahal. No doubt la kan pasal itu. Patutla orang indonesia yang bekerja di Malaysia bila balik sini boleh buat banglo!! Perghhhh....Kau gilaaaaaaaa..... Keje pam attendent je! eh...tu bangladesh. Silap silap.



Banyak benda buat aku terkezut bila ada di sini. Tapi nak terkezuttt banyak banyak pon tak boleh yerrr dokkk..... Nanti kang kena hypertension. Kojol aku awal awal kang sia sia je. Ramai menanti di Malaysia tu. hekhekhek. 
( mood ngengaaadaaaa ) 



So, let's bersyukur for being in such a lovely country!! alaaaa...gaduh gaduh politik tu kan lumraahhh. Baru ada warna warni kehidupan sikit! ( amacam??ada gaya ketua puteri tak?? ) ----> kena side kick sekali.



Lots of luv ; eAstzatulhidayah.   ( rse pelik menaip tnp cincin kt jari........hurm.........)




anda rasa entry ini bermanfaat? show ur love by say  " nice one " at comment box
eAst wish thanks for read. =]





Saturday, April 16, 2011

TIPS : bertemu dan menduga

Assalamualaikum.....:)  Jawablah..jawablahhh...hehehe...saya tgh sengih bahagia ni....tetttt....hehehehe....



Saya rasa seronok sekiranya entry saya mengenai resume itu dapat membantu anda2 yang menggogle dan sampai ke blog eAst ini. Sharing ilmu is nothing kan. :) so, semoga resume itu akan membantu dan menyumbang walau sedikit.. :)



Now, after the resume, what you should do? Of course hadiri temuduga. Baiklah, sekadar ingin berkongsi sedikit tips yang ada. Mungkin tips ini agak sedikit common dengan yang mana mana anda pernah baca di dada dada majalah. Wahhh....asal dada ek?? sapela yang buat ayat tu...hahahaha...eh, serius black. side kick kanggg....


Baiklah, let's have santai perkongsian. Not kongsi-kongsi raya okai! Paling penting sewaktu interview ialah attire. I repeat. attire.

  • kemas akan buat kau nampak hensem walaupun sebenarnya kau tak.
  • sopan akan buat kau nampak ayu walaupun sebenarnya kau kaki gelak kuat-kuat ( bukan aku )
  • sila pakai kasut bertutup laaa....ni dok bunyi srekkk srekkk sandal dok heret lantai....no no...that's not good.
  • best chosen for girl ; baju kurung. Boy ; kemeja and slack. Rilek derr...ana rafali pon style je pakai baju kurung. hehehe
haaaa...style apa ni. Nak style lg, mai shopping kain baju kurung kat Bandung. hehehe




Next, sewaktu di hadapan bilik penemuduga. Belum masuk laaagi tau ni. Eishhhhh....sabaq sat kot... nak atur strategi ni...hehehehe

  • Sila jangan hayunkan resume dan sijil anda di tgn. Peluk fail anda dgn sebelah tangan. Jangan dok buat mcm nak balik pasar tani....
  • Tarik nafas dalam-dalam. Senyum. macam ni. :) senyum itu senaman muka okaiiihhhh.
  • Bacalah bismillah, selawat dan mintak ketenangan dari DIA.
  • Then, ketuk......tok tok tok.....


Next, dalam bilik penemuduga. ehh, senyum tu maintain.....ehehehehe....
  • Bagi salam, kalau islam. " Assalamualaikum puan, tuan. Selamat pagi. "
  • Serahkan resume dgn tangan kanan. Kalau dua-dua belah pon laaaagi elok. Nampak hormat.
  • Jangan duduk selagi belum disuruh! fuhhhh......
  • Bila dah duduk jgn dok silang silang kaki or goyang goyang kaki....nak goyang pegi dangdutt laaaa..hehehe...duduk sopan sopan... senyum maintain okaihhhh.
  • Then, bermula lah adegan bertemu dan menduga...hehehehehe



Temuduga MARA pastinya dalam bahasa inggeris. No doubt. Tapi aku melawak je dgn penemuduga tu dalam bahasa melayu. elehhh...bahasa melambangkan budaya ye dokk?

 Just be confident, but dont over confident.
Show your passion towards that scholar. Siapa nak bagi ratus2 ribu suruh kau belajar derrr....
Silalah bercakap seolah olah anda lah the only one yang bagus dan layak untuk interview itu. Yakinkan penemuduga itu untuk memilih anda. Yeaahhh...you go babe!

then, ade rezeki, u will fly. :)


MARK THIS !

  • pastikan anda tahu mengenai latar belakang pihak tajaan anda. Jangan sekali kali cuba menggebang sebab takut anda yang tergolek frust menonggeng.
  • Penemuduga biasalah. Kerja dia ialah menpsiko u oll.. hehehe... jadi jgn mudah gelabah dgn soalan soalan menguji tahap kesetiaan and kecintaan anda terhadap biasiswa tersebut. ewahhhh.
  • Rajin rajin baca mengenai isu semasa la derr. Jangan takat hafal dialog filem Kak Limah je woi......

Last but not least ; 

Malam sebelum temuduga tu, minta banyak - banyak padaNYA. Semua rezeki adalah kehendakNYA. Anda hebat, SPM straight A's pun tak bermakna anda boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara kalau tanpa izinNYA. 

GTG. exam is coming next May. Then, i will going back to Malaysia insyaALLAH. Have a great day ahead. 





Friday, April 15, 2011

Okay. Aku suka kau la!

Assalamualaikum......


Wah..tajuk kontroversi! Sudahlaaa.....


Sebenarnya, sejak akhir akhir ni aku TERsuka dekat Nike la. Bukan mat salleh nama Nike. Aiyakkk.... Tampar laju laju 180k/h nak??


Ni haaa.......aku rasa Nike sangat style. Dengan logo yang simple. Design eksklusif. Harga boleh tahan goyang. And kau akan rasa diva la bila sarung Nike...ekekeke..... cuba try google, Snickers Nike sangat smart dan elegan.



sumber : Google
kalau tak silap aku, ni pattern lama ni. Tapi berbaloi sepanjang zaman sebab kita boleh pakai bila listrik ( elektrik dlm indonesia ) takde... kikikiki
ko tgk lampu kecemasan bwh tu!





sumber : Google
ini pattern ape ek?? court girl punya ni...byk lagi smart2.
jgn buang pekdah pakai baju kurung, pakai kasut ni. 




aku baru beli earphone back ni.
Nike.
murah ajaaa dongggg... hehehe....rase style pki earphone back. Kau akan rasa mcm DJ Uno. hahaha
Nike publish benda ni untuk atlet atlet dia bersukan sambil berhibur. ( aku tipu je )



Okay. Aku puas hati dgn kasut ni. Tapak cengkam. Buat jogging sedap. Well, harga murah sikit dr Nike kat Malaysia. Inilah kelebihan duduk bandung. muahahaha...


Moh lerrr kita berNIKE. 
Do It Yourself. 


Mood aku lari banyak la bulan ini. Tiap tiap tahun aku bermasalah time bulan 4. haiyakkk..... Surrender. 

Baiklah. Ramai mencari mengenai aktiviti pelancongan di bandung dan sampai kat blog ni. Nanti cik eAst citer apa yang best kat sini okai.....:)

Thursday, April 14, 2011

YANG FEDUP : eAstla...sapa lagi....

salam. a quick quick entry. biji mata dh macam merah makngahhh dah....nantuk sudahhhh....:(  but i need to say this.

 YES. and i meant it.


boyssss...... ye, korang la....yang ade chromosome XY tu......toksah dok toleh2 member belakang tepi kiri kanan. Gender sendiri lupaaa kaaa...aiyakkk....

Nak habaq mai ni.

Jagala hati pompuan baik baik oi....... jgn dok zon selesa sangat......Ingat sampai bila-bila......

Dah....study. Occupation pelajar, so, pe lagi.....takkan clubbing pulak... belajar laaaa....

yang fedup ; eAst.....

entry emo. aku lapa. muahahahahaahaha. 

grrrrrrrr........ give up


Tuesday, April 12, 2011

malang yang aku tak sempat nak bau.

Salam. Sewaktu entry ini ditaip, tgn ku masih berbalut. Jadi teramat lembab kegiatan menaip je. Ibarat Siput Babi kena bayar tol bila jalan kat highway.


Haaaa.....amik kau! aku kata dah main hoki je, toksah dok galak main benda lain. Main hoki ade kayu. Ni, dok buaih sangat pi bantai gedebakk gedebakk bola tu kuat sangat haaaaa amik kaaaau!!

cool gilerrr tgn aku.......mcm nak buat selalu je...hahahhaha


haa??mcm jari aku batang eskremm kan??


pandangan topografi. ehh...yeke?? yokyoooo je kau!


 tapi malam kena tu aku sempat pi bantai makan pizza..........kau memang dasar tak sedar diuntunggg!! hahahaha


Sampai klinik tu masuk unit kecemasan la jugak. doctor tu gelabah sgt tgk jari aku besorr semcm. Alaaaa, rilek doc. Saya masih boleh tersengih laaa...( ko tau doctor tu hensemmmmmm )


Dahla.... nak study pre eclampsia. Ko tau kemain muda patient ni hamil. 17TAHUN!!! hamik kau. aku dok lompat lompat longkang lagi 17 taun tu...hahahaha....daaaaa....saya mau final lagi 2minggu...huhuhuh.....


Wei, korang. Nuffnang aku naik 50sen????? seronoknya akuuuu..boleh la balik Malaysia bln 6 ni...hahahaha.....Lots of luv ; eAst.


Friday, April 08, 2011

Hadiah hari jadi abah dan emak :)

Assalamualaikum. Wah… klik klak klik klak dah hari jumaat. Rasa macam baru je bermain main ketika sabtu minggu lepas.


Semalam hari jadi abah saya. Yang ke?? 30 kot. Sebab abah always look young and handsome. Hahaha. Angah tau abah baca ni kan. Hihihi. Eh, kalau abah 30, mak berapa?? Mak 25 la…hahahaha. Sudah eAst sudah. Merepek je keje kau yer. Aku pang kang. :P


Semalam handphone saya busy. Sibuk kalah Shaheizy Sam nak membalas twitter peminat ucap tahniah dpt Bintang Paling Popular. Adik adik saya ada tournament hoki smlm. So sibukla saya mengupdate perkembangan budak budak tu. Wah wah. Galak korang membantai sekolah lain ek. Bagi arr can sikit. Angah dulu baik hati je bg diorang golkan tau. Toleransi sikit! Wakakaka.  Alhamdulillah seperti aku jangka, Sek Keb Taman Gembira, johan Klang. Dah berapa tahun pon aku tak tau. Dan mereka masih dilatih oleh cikgu yang sama melatih aku dulu, Cikgu Azman. Good job la budak budak sekalian. 9-0 korang belasah sekolah kebangsaan bukit kapar ek. Eh eh…. Sekolah siapakah itu??hahahaha.


Dan agak sedikit teruja bila budak yg suka mengatakan dirinya comel bila message angah dia ; Nur Izzatul Syafikah was announced as Best Player for Klang District. Urm. Urm. Urm. Jelus jelus. Balik ni belanja angah!! Hehehe. Patotnya bagi teahhh la. Teah masuk padang je sume org pengsan sebab teah gemokkkk!! Hahahaha…. Jahat angah kau ek. Izzatul Syahirah pon ade golkan. Hamboi, korang buat pesta adik beradik ye dalam padang tu!





Tahniah juga diucapkan kepada mak saya kerana menjadi penyokong tetap anak - anakya di stadium. Itulah kunci kejayaan sebenarnya. Baru anak - anak ade semangat nak main ye dokk. ( angkat angkat kening ni )
Dan Izzatul Syafikah juga telah membuat kegilaan apabila pada pagi itu dia telah muncul johan pidato sek sek rendah daerah klang. Pagi pidato, petang lari hoki, tepuk dahi aku. Dia bantai 2 event sekaligus…. Haih… effect selalu nangis ke haa kakak?hahahaha… Tahniah dari angah. :)


Dan bagi ibu bapa, tiada hadiah yang lebih berharga dari kejayaan anak-anak. Dan kejayaan ini memang hadiah hari lahir paling bermakna buat abah ( 7 April ) dan emak ( 9 April ).



Tiba tiba cik eAst teringat zaman sekolah rendah….keluarlah awan awan nano dari celah celah headphone ini…..* mood berangan

tiba tiba cik eAst kena ketuk.

 “ tu pharmacology tu tak siap lagi tu. Main je lebih “

alaaaa… Dino ni…org nak berangan sesaat pon dia tak bagi. Yelaaa…Yelaaa…bubye!! Study dan staber. (stadi berangan) Eastzatul Hidayah sengal.

Wednesday, April 06, 2011

DINNER YG BEST. best sikit laa..:D

Assalamualaikummmmm....heeeeeee.....senyum tunjuk gigi and taik lalat kat bibir...awww...seksi!! hahaha.


Nak tau awat aku seronok bagai?? Because tonight i had a great dinner ever since balik dari Malaysia, Jan yg lalu. Okay. to make suspen, now i would like to story mcm mana kisah pemakanan di Bandung ini. Atau lebih tepat lagi sekitar my uni yg fofularrr ni Universitas Padjadjaran ni kannnn. We call our place J-Town. :D



Baiklah, kalau ada yang berkata budaya dan pemakanan di Indonesia lebih kurang mcm Malaysia, um...saya nak kata yang ianya tidak tepat 100%. Ye. tidak tepat. Semenjak 9bulan saya menetap di sini, saya akui memang semangat kemakanan Malaysia meluap luap dlm diri. hahaha. ade ke ayat kemakanan tu?? Budaya pulak. hurm...no komen. sini banyak benda open. Anda patut bersyukur tinggal di Malaysia. Saya nak kata yang budaya di Malaysia takkan boleh disamakan dengan mana2 tempat. Coz Malaysia, u're special. ececece....:P


  • makanan sini tak pedas sgt. Tak kawww. 
  • Kebanyakan makanan kat sini tak berkuah mcm kita. Dyorang makan KFC dgn nasi bro...boh sos cili buat kuah. erkkk. Tercekik aku mkn.
  • Sambal belacan dy tak kawww. Arghhh.....aku jiwa melaaayooooo
  • hurm..hurm..hurm....sini makanan tidak byk yg bersantan.
  • byk ngomel sgt gi masak sendiri laa wei....hahahaha


Sudah. Now, the great dinner ever......i present to you. Taraaaaaa.......

Sudu siapa tuh? aku pinjam kat pantry. hahahaha
this is nasi goreng paprik....hehehe..agak sedikit riak nak tunjuk sebab selama ni aku asyik dok pelahap nasi ayam penyet je kan. muka aku pon dh mcm tempe dh nie haaa!
Oleh kerana ada 1 kedai ni baru bukak dan menjual makanan-makanan Malaysia. 
Tauke dia dulu keje dekat Malaysia oh tanah airku. So, adela rupa makanan msia ye dokk....


So, keexcitedan aku mengalahkan muka Qi makan time mengacara JJCM ko tauu!!

Ohh. terujanya. Senior sy promote kt skype. hehehe. 
Rasa biasa jelah. Tapi aku kesah ape kan. Janji ade rasa paprik. Tak rasa durian ke, jagung ke. Kalau kat msia ni aku jeling sebelah mata je kat paprik ni. hahaha.




haa...ni cawan sape pulak ni haa aku pinjam kat pantry jugak....hahaha
tea sbg pelengkap. kang tercekik excited mkn susah pulak  kan. jenuh nak panggil ambulans. dahla sini ambulans kena bayo. =.='


So, ape lagi. Mamak mamak kat msia tu mohh le niaga kat sini. Nanti aku abeh 3thn, kome balek la Msia balek. Nasi kandaq line clear ka kan..... konprom kayoo! hari2 untung juta juta rupiah!! hahaha

Takpunnnn.....abah ngn mak jela mai meniaga nasi beriyani kat sini...hekhekhek.