KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Tuesday, March 01, 2011

SESI MEMASAK @ SESI MEMBAHANKAN DIRI

assalamualaikum....


aku pun tatau nape tiba-tiba aku TERAJIN nak masuk pertandingan memasak nie. Mungkin aku suka akan makanan atau aku cuba untuk membahankan diri aku sendiri?? LOL


Kami paling junior tu bro... Yang lain tu senior yang berpengalaman, bertapa di Gunung Kinabalu, memasak main potong-potong bahan sebelah tangan je bro. Kami nie cuma budak-budak picisan yang masih tidak kenal garam gula. sob sob sob. Ko nak makan penampo tak east??



Aku and the geng yang konon-konon iron chef nie kan, ( konon jela ) bersemangat la nie kan, nak masuk pertandingan sempena...... errr.... sempena apa pun aku tak tau tapi ianya melibatkan semua pelajar Malaysia Fakulti Perubatan, Pergigian and Farmasi dari setua-tua alam ( nie kalau diorang baca nie, mati aku kena side kick! ) okayla... dari tahun 06 sampai kami, 2010. Alamklum, pertandingan time kami tengah bajet study untuk exam, so memang susahla muka kami junior2 Twinning nie nak tertonjol kan.




Mula-mula urusetia tue bagi soalan sebab nak pilih beg plastik. Huh, tak sia-sia aku tengok American Next Top Model, sebab dari situla aku boleh jawab soalan tue. Perasan mcm cerita Slumdog millionaire la pulekkk minah nie.... =.=



Kemain bangga dapat jawab, terus kitorang pilih beg plastik yang kitorang suka. Aku pon sekali nampak beg plastik SOGO. Wah, aku terus jerit kat membe aku, Sara and Mira Chipmunk :

" wei wei.... nie haa.. amik plastik SOGO nie, nampak ke KEY ELL lan sikit wei. Baru glamor nak masak. Plastik mahei nie. "

- aku tatau ape tujuan aku cakap mcm tue!- =.=


ada gaya-gaya bibik di dapur nie.muahahaha


Sekali bukak dapat ikan merah and labu daaaa....BAPAK arrr....nak masak ape nie?? aku dirundum perasaan bersalah sebab pilih plastik SOGO. Kesimpulannya, jgn jadi materialistik. ahahaha...



Tapi, walaupun disebalik kesibukan semua org nak tengok sume team tu memasak, sampai aku terketar-ketar tumis bawang, WAAAA...JGN LA TENGOK-TENGOK. TAK FOCUS KO TAU! tapi, oleh kerana komitednye kami, ( muntah ijo! bahase indon! ) siaplah sup ikan merah by aku and pengat labu by mira and serrr hot. 


jgn tanya aku kenapa labu tu tak potong abeh. tu seni namenye! :P


and finally, walaupun kitorang dpt no 4, kitorang gembira di hari raya. Yeaaa...kitorang tak dpt no last!! sebab kami takde apron, takde hiasan kemain mcm org lain. :'(   sedihkan? junior cmnie la. Ne ad pengalaman lagi. Tengokla tahun depan!! hahahaha..


ohh, aku tak dapat makan ayam yang rempah tu....:(


pengat labu mira and sara abeh dibalun oleh budak-budak india sampai licin. Tapi memang sedap. Nak mamp punya sedap. Sikit lagi Chef WANted nak nanges je rase. ngeh3...

Sup ikan merah aku? 


ooohhh..... terharu tak bila abg senior tu bawak lari mangkuk tu makan bawah pokok smpi tinggal cmnie? Asal dia tak tanam ngn tulang-tulang tu sekali? kot-kot tumbuh buaian mcm cerita bawang merah bawang putih tu ke?? =.=

haaa, sup ikan tu bubuh bunga kantan, so boleh hilangkan bau ikan, disamping membuat bau wangi, disamping buat rase mcm laksa. Abang baju biru!! nah saya dah bagi resepi. ngeh3. sumpah ko kelaka bang! 


PESANAN PENAJA : masak tak dapat diwarisi~~
 dari seorang abah yang chef kababom ( nyanyi dalam versi lagu RAIHAN )

No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3