KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Monday, January 03, 2011

SEKEMBALINYA KE BANDUNG

Alhamdulillah…selamat tiba di Lapang Terbang di bandung yang aku tak tahu namanya apa tepat jam 1.10 waktu tempatan..kat Malaysia lebih kurang pukul 2 la..setelah berhadapan dengan kelambatan imigresien dan bermacam kerenah pakcik kereta sewa yang kena amik kitorang second trip finally now aku sudah keseorangan di Bale Padjadjaran 1 Universitas Padjadjaran….semalam pada waktu ini aku sedang bersuka ria bersama adik-adikku dirumah..sekarang,dah home alone..:(  
SEDIH......sapa belum pernah rasa memang rugi.......cepat-cepat gi apply keje kat indon ke,bangladesh ke,Myanmar ke....

untuk mengisi masa terbuang,aku pun menonton balik video adik-adikku..:)
hehehe.....so sweet....:)

Sewaktu kat KLIA,aku rasa aku la orang paling tenang dalam dunia...abah,mak and adik-adik hantar,lepas tu aku check in and dey all terus balik…takdenya nak melambai-lambai mcm orang lain..abah tak sihat…it’s okay..aku pun time tu memang cool..takde perasaan..sebab aku dikuatkan oleh tekad dan azam tahun baru kami berdua :

“ belajar jauh-jauh dulu, kerja nanti dekat-dekat…”

Eh.bunyi tak macam azam pon..hahaha

Tapi bila dah sampai bilik,dah duduk sorang-sorang dalam bilik,dah sunyi sepi tak ada gelak tawa adik-adik,baru aku sedih….hahaha….sudah 20 pun masih mau homesick ka…haiyak,ini baru Bandung..belum pergi Russia ke, Ireland ke, Zimbabwe ke...patutla ALLAH hantar aku kat indon je..haih,takmau dah jauh2!!


Masa dalam flight saya cuma tido and tido and tido….sambil mimpi kenangan manis cuti ini…waaa..cuti yang sungguh bahagia..3minggu yang sungguh bermakna...i was spend my single moments with sweet-sweet je..sampai sakit gigi la kan sebab sweet sangat…:P


I was having my good time with my family,gelak-gelak,mak abah masak sedap-sedap,adik-adik yang mengikut kata,along yang sudah kurang membuli saya, lepak-lepak dengan diy, ikut k.nona shopping,main-main dgn emeer…semua benda yang besh2 je saya buat cuti nie..yang tak besh tamau buattt!!! Buku pun wa tak pegang cuti ini…ala,ni bukan zaman sekolah menengah nak study-study time cuti…nie zaman universiti yang di mana kalau orang bagi cuti,kita cutila kan!


Walaupun rasa rindu itu kuat, namun bila terpikirkan ini ialah tanggungjawab….tanggungjawab sebagai seorang pelajar..so,bersusah susah dahulu,bersenang-senang kemudian…berjauh-jauh dahulu,berdekat-dekat kemudian…itulah motivasi yang membuatkan aku terus kuat berada di sini...motivasi yang mana aku ingin membina masa depan yang cemerlang… dan sempena semester baharu yang esok pagi pukul 7 nak bermula ni, semangat baharu pun datangla kan…tapi bertahan sampai bila tu belakang cerita sebab kadang-kadang berapi je lebih,lepas tu tinggal asap je kan…as long as keep ourself at the right path..kalau kita tak suka pun dengan apa yang kita buat,fikirkanlah bahawa mungkin akan ada hikmah dipenghujung Jalan yang menanti…who knows kan…


cara terbaik menghilangkan kesedihan terhadap insan-insan di Malaysia ialah dengan :

sama sekali tidak pernah berfikir bahawa sesungguhnya sekarang ini sedang berada di negara yang mana telah kalah kepada Malaysia dalam AFF....

sentiasa memegang dan melihat handphone sebab wallpaper menghilangkan kerinduan...

sedang menganggap saya sedang mengikuti sebuah kursus pembelajaran yang pecah kepala dan akan pulang tidak lama lagi....

mengharapkan kerja datang dengan berlambak-lambaknya supaya tk pikir pape...

tengok video yang dah dirakam time kat Malaysia....

jangan duduk sorang-sorang dalam bilik..dalam bilik air takpe..

jangan pikir pasal duit mara yang dah masuk tapi ciput je sebab currency dah naik sikit





*entry basi sebab semalam nak update tak de tenet....!!

3 comments:

  1. huaaaaaaaaaaaaa xdapat nak jumpa zatul pon. sedihhhhh gilaa :(

    ReplyDelete
  2. lya...kita bagi baju kat nadiy..:)
    sorryla..tak sempat jumpa..tapew,raya nie kita jumpa ek..:)

    ReplyDelete
  3. tau nadiy ade cakap tapi time dia nak bagi kite nak otw balik ukm dahh. thanksss tau! hehee ok kite jumpa rye insyaALLAH nanti raye jangan lupa datang umah kite!

    kalau x kite merajukkk hua hua hua.

    ReplyDelete

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3