KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Monday, December 26, 2011

Instrumental song untuk menemani anda ketika nak menjiwang seorang diri.

Assalamualaikum semua yang membaca. Good night. Macam nak tido la pulakkk kan wish nya. Memang update sebelum nak tidor pun. Actually kannnnnn....................



( Bayangkan tengah sengih sorang sorang sambil ditemani lagu latar blog. Kalau agak agak tak suka lagu tu, boleh la pausekan. Nampak tak butang pause tu? Jangan tekan pakai tangan pulak sebab laptop korang bukan touch screen kannnn. Bawak cursor anak panah tu ke situ dan klik. Tidak semena mena akan diamlah suara Christina Perry yang menyanyi lagu - A Thousand Years tu. )



Sebenarnya........... Saya macam terkejut bila tengok dekat chatbox, ramai yang suka content blog ni. *ok,perasan sendiri kbai.*
 Sejak kebelakangan dan kedepanan ini saya memang akan mengupdate blog bila saya rasa ada jiwa dan perasaan sahaja. Mungkin neurotransmitter serotonin saya dah kurang, so saya kurang rasa excited nak mengHUPDATE blog ni! Malas kauuuu senang cerita!



Tapi bila membaca komen2 anda yg ditinggalkan umpama anda meninggalkan fingerprint ke page ini, rasa macam seronoknyaaaaa kalau apa yang kita share dengan niat untuk membantu dari aspek yang tak seberapa ini dihargai. and menambah kerajinan untuk berblog dari 2minggu sekali ke seminggu sekali. Okayyyy la tu kannnn. hehehe. 



Let's have nasi ayam penyet sebagai balasan dari saya untuk anda yang sudi menjengah ke blog EAST ni. Jemput makan semua...... 
*bayangan secara maya itu amatlah penting untuk diaplikasikan di sini*



So, another thing that i want to share and spread the love is about instrumental music. I love to hear when im not focusing toooooooo much during my study. hahaha. 
*ketuk kepala samaaa tukul katak plastik tauuulaaaa*



I've already subscribed AffanAizatMusic dekat youtube. So far dia banyak buat cover instrumental and cover nyanyi. Btw, blog OHBULAN pernah buat view pasal mamat ni. He is very talented and i really love his way in presenting his karya. 



Takde nak show off sangat, takde nak nyanyi gelabah2 ke apa, so cool yawwww. And dia bekas student matrix penang. Yeee....tak payah jerit kuat kuat, i tau semua ex student Matriks Penang memang cool....ahakssss! 
*rasa mcm nak buang kahak kannn bila tulis ahakss ahaksss ni *



Layan la video ni. Video yang selalu menemani bila saya study buku medic yang menakutkan malam malam tu. Creepy tauuuu. Macam kita tengok cerita hantu seorang diri di malam hari sambil makan popcorn. Ok tipu. 



Nahhhh...amik niiiii.....sambuttttt...hehehe...penyepakkk taula east oi! subscribe la dia kalau nak tau latest video update. Saya sambung study balik. 









assalamualaikum w.b.t ya sohabat. * 2jari tabik dekat dahi sambil pejam celik mata byk kali*

*
*
*
*
*


( Korang mesti try buat jugakk kannnn....hahahaha)

Tuesday, December 20, 2011

Kita ada 10hari lagi dari tarikh ini.

Lama nampaknya tak mengetuk keyboard. Jari tengah aku sakit. tak boleh taip. ( alasan dan alasan lagi ) hehehehe. Instead of that, saya dah tak sunyi lagi sebab tu jarang menaip. ;) I had 10 draft yg dah ditaip tapi tak dipublishkan. Rasa mcm bila dah ada seseorang di sisi, kita tak perlukan tempat lain untuk luahkan perasaan, kebimbangan, kegembiraan. Those who love you will spend their time to heard you mumbling mumbling even they are busy. Ok, im in love sekarang so mood jiwang2 bila menaip. haha. ( sila abaikan jika anda merasakan histamine anda TERrelease dgn banyaknya dan menyebabkan gatal gatal geli bila baca statement ini )



2011 dah nak meninggalkan kita. Perasan tak?? haaa.... i repeat. Perasan tak?? 2012 dah nak masuk. OH really. rasa mcm baru je bergelar umur 20thn, tiba2 tup tup nk 21 dah. Orang kata 21 ni kunci kebebasan. Yeke. Mana mangganya tak nampak pun kalau betul ada kunci. hehehe.


Rasa rasanya nak buat rumusan 2011. Yeah. It's important tau. Why? Since DIARY aku hilanggggggg dan aku tak tau mana aku letak diary tu, aku telah kehilangan sejumlah besar kenangan2 aku tahun 2011 nie! tolongla jangan cakap kalau ada org jumpa diary tu dia akan peras ugut aku sebab byk rahsia memalukan dlm diary tu. kehkehkeh.. im still old style person that wrote something before i sleep and then dilanda mimpi ngeri bila tido. Pity me. :-B


Dont worry, aku akan berusaha sehabis mungkin mencari diary tu balik sebab mungkin keadaan bilik yg tak berapa nak mengizinkan telah membantutkan usaha aku yg dah bantut ni untuk menemui diary tu. Ohhhh duniaaaa... perasaan paling indah ialah bila bangun2 tido, bibik tgh kemas ruang tamu, aku pun melangkah ke bilik air untuk mandi and bila masuk bilik balik, bilikku sudah tersusun rapi dan seharum bunga ros. pffft.......
WE love you bibik!! ;))



So let's people marilah kita bersama2 memikirkan apakah lagi angan2 dan impian kita yang tak tercapai lagi di tahun 2011 ni. Sempat lagi tuuu sebab harini baru 20hb. You have around 10days more. Errrr...what i said? YOU? actually WE! sebab ada angan2 aku tak tercapai lagi ni....ngeh3...tunda tahun depan laaa...kikikiki



Since i have a lot of works to do, since i am a student, since i am a full time lover ( errrrrr.....) got to move now. Take care peeps. Add me kat twitter laaaaa. My bebelan almost 10k tau. hehehehe. 


Happy working and studying everyone. Hope your day is blessing by ALLAH and dimurahkan rezeki hendaknya. aminnnnnn. Say aminnnn everyone. :))


p/s : some friends keep asking me who's my 'him'. It is not a big matter to you all whoever my 'him'. hehehe. Biarlah nanti akan sampai juga masanya. Rilek rilek sudah kan. :)) so far, i'm in love and yeahhh that's all...:D

Assalamualaikummmmm w.b.t ya sohabat. 




Friday, December 02, 2011

inilah dia.

Assalamualaikum.


Belajar reproductive system nak jadi OBGYN. nak sambut baby. nak jadi PEDIATRICS. nak main dgn baby baby comel selalu.

Belajar endocrine system nak jadi doctor INTERNAL MEDICINE. nak diagnose patient. nak jadi mcm dr.House.

Belajar neuro behaviour system nak jadi neurologist. nak explore2 otak manusia. nak cabar diri kononnya.

Belajar psychiatry nak jadi psychiatrist. nak involve with people. nak mendalami diri manusia dari sisi yg berbeza. 

Belajar dermato system, nak jadi surgeon. walaupun kidal kan. konon konon surgeon yang kidal ni lagi cool la kannn. konon jela..ada hati walau tgn tremor.

ahhhh. semua nak jadi. tak ada pendirian. mencikkkkk betol. :P


doktor memang tak suka pakai kasut dalam lab ea?????






Saturday, November 26, 2011

wordless saturday.



life is unpredictable. There is something that sometimes u cannot explain.
Why it happen.
Why me?
Why you?
Why us?
:)




We meet people for a reason. Never regret if people come into ur life but end with walk away. Always believe that HE planned a better life for you.

Thanks sunshine. :)
Semoga ada pengakhiran yang indah kali ini. :)




:: Izzatul Hidayah , Jatinangor Bandung ::

Thursday, November 24, 2011

LOVE

cinta adalah satu anugerah yang ALLAH kurniakan kepada manusia.
menyatukan hati 2 insan.

and now im in LOVE.
:)


Friday, November 11, 2011

Saya mengagumi anda. :)

Hi. Assalamualaikum.


Saya sangat mengagumi anda. :)
Saya follow blog doktor, saya follow fanpage doktor, saya baca setiap coretan doktor di blog, saya tersenyum sorang sorang bila baca sebab saya rasa doktor sangat cool dan friendly. 


Doktor, u are so sweet and beautiful. Like seriously!! :D And u have an adorable baby and handsome husband. hehehe. Ur bella is so beautiful just like you. :)


Keep writing doktor. InsyaALLAH several years ahead, when i become a doctor, then i would like to meet you and say :


" Hi Dr.Halina Mohd Yunos. Saya Dr.Izzatul Hidayah yang cukup minat doktor dari dulu. :) "



Agak agak Dr.Halina baca tak blog ni. bahahahhaha. 

Till then, Salam From Bandung. :) 
( nk dpt baby comel mcm tu jugak laaa. hehehe )

Tuesday, November 08, 2011

AISHITERU

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan aku


Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan aishiteru.



~ Izzatul Hidayah 3.15wib Jatinangor, Bandung. ~


Sunday, November 06, 2011

Selamat korban semua. Saya korban ni je.

Hai hai malaysia indonesia. Sihat sihat belaka dak ni. Petang petang macam ni dah lemau sikit so cik east ni nak mengupdate serba sedikit mengenai celebration ( tak reti nak eja sambutan ke?? ) dekat sini.


Celebration ni pasal aku jela. Kalau pasal jiran sebelah rumah aku, kejap lagi aku tanya.


Kalau kat bandung ni, solat raya awal. Pukul 6.30 pagi. Awal kan? Lebih kurang 7.30am kat malaysia laa..awal tu..haaa, tahun lepas aku pergi solat raya, sampai2 masjid org dah balik dah. hahaha. Almaklum pes time solat raya di perantauan so terlembab bab2 jadual ni. Tahun ni maju sikit. Tapi yg tak majunya bila duduk rumah, bgn lewat pulak kan. Sungguh tak senonnnn!



Kawasan perumahan aku ni byk jugak org kristian. Sambutan tu mcm tak rasa sangatla. Seolah olah hari biasa yang aku lalui dengan buku dan laptop. Oh sadis. Sambutan aidiladha ku disemarakkan dengan perasaan membara tgk org upload gambar makanan dekat facebook. Oit, sumbat dgn ekor lembu taulaaaa! Jelus I anak perantauan ni. 


Tapi takpe. Orang cool mcm aku yg tgh exam ni tak boleh stress stress. Aku pun nak tunjuk kerek makan lemang kat bandung. Kasi panas sapa yg jeluskan aku. hahaha. 






Semart tak lemang kitorang. Khas dibuat oleh anak jeponnnng ni. hehehe. sushi di pagi raya sungguh ohseeem. Yumi masak sushi, aku masak lauk untuk lunch, ser masak kek batik. Tapi time ser masak tu dia tak berkain batik la. Aku yang berkain batik. Dan aku tak paham kenapa nama dia kek batik. Tak kek betik. Okbai. 

p/s : kek batik tgh dlm peti ais, so tak boleh tgkp gambar. ( malas cakap jelaaa )

Seronok je anak2 dara duduk kat dapur masak bersama sama sambil bergosip mengenai siapakah bakal calon suami kami nanti hendaknya. OK. aku tipu.

Tanpa baju raya, tanpa ketupat dan rendang, ( ketupat ada dlm peti ais malas jugak nak kukus. Asyik malas je bila nak rajin ntah ) kami duduk bersila makan dan bergelak tawa. Kesedihan semalam mendengar takbir raya hilang seketika. Semalam aku terjaga lebih kurang jam 2.30 pagi dan aku masih kedengaran bunyi takbir bergema di angkasa. Subhanallah. Walau di mana sahaja di bumi ALLAH yang luas ini, islam masih kuat ditegakkan. Dan alhamdulillah aku di tempatkan di bumi yang mana agama islam itu masih kekal. 


Usai makan, kami masuk bilik dan kembali study. What a feeling. Exam minggu ke dua semakin tough jadi nikmat raya tu terpaksa dilupakan sebentar. Inilah pengorbanan kan? Yup. Ini pengorbanan aku. 
Demi mencapai cita cita yang 1 tu, banyak benda terpaksa aku korbankan. Letakkan keikhlasan dalam setiap pengorbanan kerana aku tahu di penghujung perjalanan ini ALLAH telah menyediakan sesuatu yg terbaik buat diriku.



Hangpa ingat senang ka orang lain dok sibuk bermasak masak bergembira bersama keluarga dan insan tersyg, kami dok pulun study and makan pun apa yg ada je. Jadi bersyukurlah mereka yg diberikan peluang dan keizinan oleh ALLAH. Susah tau dak. Sapa tak kuat memang dok nangis bawah bantal la...eh yeke?? hihihi.



Takpe, i no hal. Dah terbiasa berjauhan. No hard feeling. Walaupun kdg2 teringat lemang and rendang mak, nasi beriyani abah, aku masih berlagak cool babeyhhhh. Seronok dapat rasa pengalaman beraya di tempat org. Rasa macam org dewasa. *apa kejadah pakai perkataan dewasa ni. geli soft palate aku dgr.*  


Oraite babeyhhh. sampai di sini saje coretan tak berapa nak coret ni. Almaklum tadi stop makan sushi kejap. Hilang abeh segala idea. Malam ni nak pergi jamuan aidiladha student malaysia dkt bandung. Aku pun tak berapa amik port sgt pasla this year punya program sebab tgh exam kan. Sifat baik hati aku hilang seketika. hahaha. Kita datang, makan, balik. Sungguh tak berpedoman kau. Maaf, kadang kadang kita memang kena ' jual ikan ' = selfish.


Nak sambung study lagi sikit. ( padahal byk lagi tak study ). Doakan saya dalam peperiksaan ini. Nanti kalau saya jadi doktor yg bagus, korang boleh claim free treatment..huahuahua.. 

p/s (bukan pendidikan seni)  : hari ni utusan minggu ada kisah kak fatin liyana. seniorku yg famous dan cantik itu. glam taakkkk uni I keluar paper?? gilaaaa ko tak glammmm!! STOP. bye!!





Monday, October 31, 2011

Nak hadiah hantaran ni tau! LOL.

uhuhuuhu. Release tension jap petang petang ni ngupdate blog.


Esok nak start exam dah. Doakan ye selama 3minggu exam ni, saya sihat walafiat, kesihatan baik, exam boleh jwb, dan tenang2 sentiasa. aminnnnn. Final sem 3 ni. Nevessss kebaby ni. Sistem neurology ialah sistem yg cukup ditakuti oleh we all we all kat sini sebab susah gila sistem ni. Aku pun dah nak terbalik dah ni. Tapi takpe...yang penting kita keep going on okayyy!


Cakap pasal exam kan.............Jam tanganku rosak sudahhh!! bukan rosak apa, tapi tercabut cermin. Jam tu walaupun terlalu besar untuk tgn i yang slim ni kan, tapi sebab mak yg suruh pakai, i pakai tauuuu. So sentimental value i am. Actually since i was a kid, tak pernah beli jam tangan sendiri. 


Jgn dok fokus tangan yang i pegang tu. 
Fokus dekat jam tangan tu! ekekeke.
Tangan yumi so lembut. Tangan aku kematu!


Yup. It's truth. Dulu sekolah rendah tak pakai jam sangat. When masuk boarding school, abah belikan jam Baby G warna purple. Lepas tu bila naik Form 3, abah belikan jam B.U.M equipment pulak sebab hadiah trial PMR. warna purple jugak. Lama pakai jam tu. Then bila masuk matriks pakai jam apa ye. tak hengat. Then, abah belikan pulak jam warna orange. Pakai jam tu sampai dekat bandung ni haaa. 

My orange watch. Jaga elok2 wooo. Even plastik yang cover jam tu pun tak tercabut walau dah bertahun2 pakai. Tapi bila ADIK JANTAN ANGAH tu amik jam tu dari angah, hamboiiii...calar abes tau....:P


Truly i am. Aku memang jenis yang cermat jaga barang. My own things memang kena jaga betul2. Lagi lagi kalau yang orang bagi. Sentimental value kan. Ada sesetengah barang yang berikan kita kenangan tersendiri.
kan?? hurmmmm.


So, tadi bila dah petang2 ni, malas nak belajar ( selalu rajin ke?? ) bukak la web guess watch ni. Aku memang suka jenama guess. 
Ni semua along aku punya kerja la yang suka bagi i guess..hehehe.
My purse hadiah hari jadi dari along tersimpan di dalam almari. Sayang wooo nak pakai. hihihi.
Handbag pun selalu gak cilok along punya. And very the jelus tengok along punya jam guess.

Since aku tak pernah beli jam sendiri, sekarang teringin la nak beli. Mula mula berkenan dengan jam ada ukir roses. Bila cakap dgn along, she said tak lawa. Hadoi! Frust I.

Tunggula sampai guess keluarkan model baru. Sekali terberkenan dengan yang ini.




Hamik. Printscreen terus! tak boleh nak donload kan.

Simple, trendy, warna pun nice. Pandangan setiap orang kan berbeza. But aku memang tak suka sangat jam yang mcm perempuan. Suka yang lasak2, yang besar2.

Tau. Jam guess memang mahal. Ni mesti area 300++ ni sebab baru lagi. Tapi suka. hurmmm. Ingat lepas duit rumah dah settle nak beli. huhu.

Beza harga Guess Malaysia dengan sini tak jauh beza pun. Survey dekat shop Guess bandung haritu harga sama dengan malaysia. Waaaa...kena ikat perut ni. hihihi.

Okay, malam ni berangan nak jam baru. Nak tunggu hantaran laaaambat lagi la kan!! hahahahaha.


Sunday, October 30, 2011

Happy Birthday Izzatul Fathihah. :)

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Izzatul Fathihah Ahmad
Happy Birthday to you.....~~


Hari ini 30oct 2011 ialah ulangtahun kelahiran my lovely sister, teah. Oh yeahhh. 8tahun dah ekau ye haa. Eh,terkeluar bahasa nogori. Almaklum semalam N9 menang. Isoookay is alright. Next year selangor menang ye dakkk. *tetiba. Baling dengan fire extinguisher*

Tadi belek2 phone Sony yang sgt disayangi, tiba2 ternampak byk koleksi gambar besday girl. So, saja la upload perkembangan gmbr teah. Kot kotla ada produser filem baca blog aku and nak amik teah berlakon ke. * boommmm. Kena baling bom pulak kalini*    




Ini gambar time teah baby. Ya ALLAH. Pipi macam kuih pau. Macam anak Mat Salleh pun ada. Tapi memang betul anak mat pun. Tapi mat shariff leeerrr....
Nyiawww....bersinar2 muka teah sebab time ni suci2 lagi kan tak suka buli mak kannnn.

wahahahaha.....*tergelak sampai tertendang  dino jatuh tergolek ke bawah. bukan nak gelak kat teah, tapi dekat lg 3org tu...huahuahuahua....

 ni masa teah 5thn kan. Londehnya pipi! Sedut lemak angah lertuuuuwwww.
tomey adik angah.



Mcm khairul Fahmi je angah tgk.


Ni time teah tadika. Masuk pertandingan bercerita. Si Merak yang sombong. 
umur angah time ni 18. teah berapa ye... 


Banyaknya ko makan!! 


At cinta sayang golf and country resort. Tak igt umur teah berapa. 6thn rasanya.



Hobi si gemuk. Menyanyi, menari, membebel, makan. 4M.
when she was 7 years old. Standard 1. Teah participated in dancing. Haiyooo. angah langsung tak reti menari!

and this is the latest pic of teah with angah during  eid for this year.
She is getting smarter. Mulut tak reti nak diam. Ada je benda yang nak  dibebelnya.
And, around this week, i got message from emak's no. So i message jela mcm biasa coz mak tny soalan yang biasa mak tny la. I pun answer just like anak yg message dgn mak dia la kan.
Sekali, i was wondering. Kenapa ayat mak mcm pelik. Since when mak pandai buat singkatan and simbol pelik2.....Ghupenyaaaaaaaa!!


Teah yang dok message angah!! hadoiiii....hahahaha...punya la angah igt mak. So, aku pun mls nak melayan si gemuk ni since i was study on that time and kredit pun di ambang2 beratus2 rupiah je.

Then she replied.







she was sulking i guess. hehehe. My sweet little sister.

Because im always being far away from family,  i only see her growth via phone, skype or facebook. Semoga adik manja angah rajin pergi sekolah, main hoki bagus2, dengar cakap mak abah, rajin kemas rumah, jangan gaduh dgn yaya, and be smarter always.

Okay, angah sambung belajar. Angah saaaayang teah. Nanti balik kita nyanyi2 lagi okayyy.

Love, angah. :)

Friday, October 21, 2011

sebab tu gaji doktor mahal.

Assalamualaikum. 


pergh....malas nak buat ayat biasa poyo poyo rasa bersalah sebab tak tgk blog. Masak sudah dgn ayat picisan kau. Okay2 blog. Aku sibuk gila lately. Sibuk main twitter. Itu pun kira sibuk jugakla kan. Plus hidup aku rasa empty gila sekarang. So, macam loser bila tak happy happy lepas tu nak update blog kan. Mestila nak share yg happy je kat blog. Barulah nampak hidup aku aman,bahagia dan sejahtera. Pfft. HypoCRITE.






I have a week ++ left before exam appear. So, i am like schizophrenia person although without hallucination. Eh,berangan tu bukan hallucination ek?? Takpe, i nak hallucinate aril dlm cinta elysa je. sweet sgt! suka gila! ehemmm....terbatuk2...




Abaikan pengenalan entry yang tidak semenggah. 




Baiklah, baru aku tahu sekarang kenapa gaji doktor kena mahal.




Dulu aku melihat kejayaan senior yang masuk medic dan bakal jd doktor sebagai WOW. hebat gilaaa. Nak jugak nak jugak!! saya nak jadi doktor yg paling berjaya di alam semesta. Untung2 kena hantar gi bulan ke rawat org2 kat sana. 


But now, bila sendiri berada dalam bidang ini, barulah aku mengerti kenapa worth utk doktor dapat gaji yang mahal. 



  • buku - buku dalam bidang ini sangat mahal. ketika di awal semester nak mulakan system mesti duit habis beli buku je. beratus ringgit. Alhamdulillah aku ditaja. Kalau pakai duit sendiri, hurmmmm.

  • Kalau aku kat sini, selalu sgt fotostat case yg nak bentang dekat kelas. So, memang la terrrrrrrrrramat byk kertas dkt bilik aku. Duit lagi kan. 

  • Belajar medic bukan sekejap. Lama. 5,6 thn. Orang lain belajar 3thn dah boleh kerja and start kumpul duit. Doktor lambat. So, aci tak gaji doktor mahal. Mestilah. A good thing is for someone who waiting.

  • Susah. Aku tau semua benda dalam dunia ni susah. Tapi perubatan boleh dikategorikan antara bidang2 yang menjamin kesusahan dari segi belajar. Bila kita belajar sesuatu dgn susah payahnya, mestilah nak hasil yg memberansangkan. Nak dpt title Dr.Izzatul Hidayah tu bukan senang derrr....Berapa byk air mata yang menitik dan berapa banyak kekuatan mental dan fizikal yang diperlukan.

  • Masa bila bekerja. Perghhh. Yang ini kenyataan dan penyokong utama hujah. ececece. mentang2 baru dpt best debator haritu. ahaha. Tak,bayangkan masa bekerja doktor berapa lama. Ada on call. Sekarang alhamdulillah sistem shift diperkenalkan. Taklah serabut sgt. Bayangkan kalau ada family, anak2, suami. Semua tu kena dikorbankan untuk kerjaya. Bukan mudah. Main dgn nyawa kot. Kepercayaan yang patient letakkan pada kita. Bukan mudah.


Aku bukan nak mengeluh. atau nak jadi tak bersyukur pulak kan. Tapi aku nak memberi pandangan yang bila kita dah ada dalam sesuatu keadaan tu, baru kita faham. Kalau kita hanya memerhati, melihat sesuatu, bukan sepenuhnya dapat kita alami. Aku jugak bukan nak menakutkan pelajar2 yang nak amik perubatan. Bagus. Kalau anda ada kelayakan, teruskan. Lahirkanlah doktor2 muslim yang terbaik dan dapat menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan. Tapi ini adalah realiti.

 Mungkin aku agak letih kerana nak exam. Dan itu perkara biasa bagi aku. Keletihan. Kalau aku suarakan tak semestinya aku mengeluh. Tapi itu realiti. Dan kini aku akui, patutlah gaji doktor mahal dan bidang ini dianggap mulia. Alhamdulillah ALLAH memilih aku untuk membantu insan-insan yang memerlukan bantuan. InsyaALLAH 4thn lagi dgn izinnnya. Semoga aku dpt menjadi doktor yang memberikan sesuatu untuk masyarakat.

Kepada adik2 yang ingin mengambil bidang ini, pertama, bina keyakinan dan kekuatan diri dari awal lagi. Ingat, di pertengahan perjalanan sebelum gelaran Dr. itu disemat, banyak cabaran2 yang mungkin akan membuat ada terduduk seketika. Tapi terus bangkit dengan sentiasa memohon kekuatan dariNYA, doa ibubapa dan sokongan rakan-rakan. 

Kalau anda hanya ingin berada di dalam bidang ini kerana gaji yang mahal, sorry. Gaji yang mahal tu lambat lg kita nak dpt. Sebelum tu, kekuatan minda dan fizikal tu penting dulu. Tanpa kekuatan minda, sedikit cabaran je kita dah goyah.

Okay. Itu je kot pandangan seorang hamba ALLAH yang ingin berkongsi pendapatnya. 

Jam laptop sudah 12.08am. Kembali menyambung tugas. Inilah realiti seorang pelajar medic. Long life learning. Bahkan doktor aku yang umur sudah 50++ masih menyelak buku untuk mencari ilmu apatah lagi aku yang masih lagi hijau dalam bidang ini. Semoga hasil tulisan ini memberi sedikit sebanyak input.

Assalamualaikum.






Monday, October 03, 2011

Jadual harianku. monday blues wei.

By : Izzatul Hidayah.
Time : Tengah gosok gosok mata sebab mengantuk. :(



Hi. Mengantukla. Seolah olah dah 4tahun tak tidur. Jadi marilah kita mengupdate diari harian ini. Tak berapa nak harian sangatla sebab update pun setahun sekali. uisyyy, hyperbola bola api~~ kau eton. 


Esok PMR. Esok aku cuti. Jadi selamat berPMR semua adik adik comel sekalian. Termasukla adik jantan aku yang kadang kadang aku pun geram jugak ni. Nasib baik adik jantan sorang. Grrr...Angah kalau membebel boleh jadi macam Bini-Biniku gangster tu tau. Ni KakNgah Bandung sudah mariiiii.....BAMMMMM...*hentak meja terbelah tengah.



Pelik tak kenapa aku cuti hari selasa? Silalah angguk dengan penuh paksaan dan muka tak relanya. Meh nak cerita sikit jadual belajar di Universitas tercinta Medical School of Padjadjaran. Glamor tak U aku? Haaaa..Glamor la jugak even tak pernah keluar BeautifulNara ke, OHBULAN ke kan. Feeling feeling bagai nak U nama mat salleh. Apa yg dibanggakan sangat dengan matsalleh tu pun aku taktahu. They all pun dulu belajar ilmu dengan tamadun islam tauuu! *emoemomiawwwmiawwwwww

gemuk gila aku time 1st year. =.=


Cerita hari isnin cukuplah ye dakkk. Kehidupan ku sama seperti biasa, tiada yang berbeza kerna ku hanya insan biasa. *lempang laju laju bagai tiada hari esok


TARAAAAA.....


Hari isnin ku bermula seawal jam 5.15 pagi. hohoho. Sememey mu bangkit tidoq lambat. Bangun bangun haruslah berjogging keliling bilik, sit-up 20kali, starjump 30 dan disudahi dengan sodakallahulazimmmmm. Pendusta pendustaaa....kekekeke...bangun bangun menguap luas2 oi, capai spekmata, capai BB yang ada dekat merata tempat. Mungkinkah BB ku vibrate bunyi alarm di bawah kakiku spt pagi tadi?? =.=


Setelah ngong ngeng ngong ngeng buat apa yg patut, bukak almari dan merenung selama lebih kurang 10minit. Nak pakai baju apa ni? bukan pening sebab baju takde, tapi pening pilih baju mana takpayah gosok. =.=


Hari isnin kelas pukul 7. Yibaaaaa. We all keluar rumah pukul 6.45. Wah,contoh pelajar contoh yang wajib dpt anugerah setiap hujung tahun. Hadiahnya mungkin pinggan mangkuk atau buku tulis. Yang tak berapa nak contoh bila otw dlm angkut dah 5minit, then perlu berjalan dari pintu gerbang ke fakulti yang mengambil masa 10minit. Total ialah 15minit. Jadi dijangka tiba di dewan kuliah pukul 7 pagi tepat tepat. Tetapi malang sesungguhnya tidak berbau kerana bila Izzatul Hidayah kesemputan menaiki bukit pergi ke kelas maka akan terhegeh hegeh la berjalan lenggang kangkung dan sampai lewat ke kelas.



 Jadi bila lewat, apa kita buat? Pandai. 

Letakkan beg di surau, amik pen,kertas sehelai,fone dan purse lalu berjalan masuk melalui pintu belakang dan berlagak seolah olah baru balik toilet, sengih mcm kerang busuk kepada kawan kawan dan duduklah kamu di tempat yg kosong. ( NAKAL. =.= )


Pagi pagi 7-9 ialah lecture. Khusyuk mendengar setiap ilmu yg diberikan oleh dosen ( lecturer in indonesian language ). Kadang kadang dosen terlalu baik hati dengan membatalkan kelas secara tiba tiba. Kami pun buat muka eh eh ape ni..kelas batal ke?Laaa...kenapa tak twitt ke, post awal2 kat FB ke, boleh aku sambung tido. ( dialog wajib aku ) Maka aktiviti sementara menunggu tutor sudah tentunya makan di kantin sambil bergosip
 'uisyyyyyyy.......budak budak indonesian medic ni semua pakai kete mewah2 ye..bersusun je. Belum jadi doctor lagi. Kalau dah jadi doctor, pakai trellar la gamaknya ye.'

*** berakhir sesi pagi ****


Then,melangkah ke bilik tutor masing masing jam 9. Maka bermulalah sesi perah memerah idea ataupun menyabarkan diri dihentam oleh doktor kerana salah diri sendiri yang tak study. 1 bilik tutor 10org student. Cool kan?? Cool la..................sebab ada aircond kat bilik tu..hahaha. Fine, tak lawak sbb aircond bilik kitorang selalu rosak.. =.=


***berakhir sesi tak berapa nak pagi*****


Tengahari rest start pukul 1130 sampai 1. Kalau rajin pergi makan. Kalau rajin lagi, pergi makan jauh sikit. Kalau rajin rajin lagi, tunggu org suap makanan kat mulut. ( memang nak makan kaki la kan ). Ada la menu macam mee ayam ke,batagor ke,kuih kuih ke. Selalu kalau keluar awal, kami pergi menyerbu Kantin Fakulti Pergigian sebelah tu je. Ada nasi ayam penyet. Yummyyy... :)) 


Siapla solat Dzuhur dan makeup makeup tabur bedak baby ke apa yang patot kan. hahaha. Kalau aku, tengahari tu WAJIB on wifi and twitt ke, usya FB ke, usya page pakwe ke, eh eh....

***sesi petang ***


1pm sampai 3.30pm

Haaa...selalunya isnin petang we all ada skill lab. Kiranya segala clinical aspect yang akan perform dalam setiap system la kan. Macam tadi we all practise check reflex dekat baby. anyonyonyo i love baby...:)) sifat keibuan dan kenenekan menebal ni..bhaahaha... Selalunya aku banyak main time ni. Eishhh. Teruknya perangai. Nak kena hentak dengan steamroll ni. Tak tak. Bila dah abes practise tu aku main la. Lagipun isnin cuma practise je sebab kami akan di test setiap jumaat. 



Setelah ngong ngeng beberapa ketika, maka pulanglah semula ke kediaman terchenta KAV 76 mulana lebih kurang jam 4 smpi rumah. Petang selalu aku spend main angry bird atau aku jogg atau aku TIDOR.


basically itulah rutin harian ku dan malamnya study and o9 la ofkos. Siapkan homework, berangan angan sikit then tidur. Nak gayut dengan pakwe, pokok pun takde nak gayut. So, kita dating dengan buku buku jela. Laaaagi aman dunia. ehehehe. Kan.......

Itu je kot nak merepek.. Lain kali bila bosan, aku merepek lagi okayyyy. =)

terima kasih baca panjang2 ni. hehhehe



* nak upload pics lambat lagi. Mahu menggagau bijik mata korang baca tulisan2 hitam ni. agak agak tak nampak kan, amik higlighter, highlight kat skrin laptop tu..kuikuikui


Thursday, September 29, 2011

Link blog Dr.

BY : Izzatul Hidayah



Hye. i am updating with my nose keep 'blocking'. It happened when u were TOO exciting with something. Yup. I am so exciting with my new blog's appearance. But,actually who cares kan ko nak tukar blog bagai siap tampal itu ini ke kan. Lain la ko famous macam Hanis Zalikha. Kau cuma izzatul hidayah.


Actually i preferred to use Bahasa Jiwa Bangsa Inilah Kebanggaan Kita ketika menulis. But sudden I started hit my keyboard, macam tiba tiba berubah pakai bahasa konon mat salleh lerrrtuwwwww. (kibas rambut pergi belakang).


 But actually my english was so bad and sometimes rasa macam nak tulis pakai bahasa kedah je kan. Tapi satgi angpa yang mai dari celah mana tu baca blog cheq ni tak paham pulak kan. So, instead of i bajet2 ada foreigner read my blog, so let me just mixed up my language. Kuah ROJAK Mak bee cicah jambu. slurrrrppppp.
 ( but yeah, actually i have. He YM me and said Hi east. I read your blog. It is nice. I'm from Sri Lanka. Then, so what?? urghhhh...stop discrimination. =.= )


Actually my motive for tonight is to advertise something yang for me, urmmmm....nice and i love it.


No...no... it is not about Double cheese burger kat mcd ke or icecream choco flavor ke even though I love both of it. Last time i eat mcd with uhukuhuk....terbatukkk.....:P


suspen tak pasal apa? Lagi suspen tak if I said 
THIS IS BASED ON TRUE STORY.................
( pastikan time baca ni, korang tak duduk alone. im talking seriously. )


Taraaaaa.... aku baru baca blog Dr.Halina la sebenarnya. Itu je surprisenya.

BTW, she is new in blogging but i love the way she wrote. Lagi lagi bila dia selalu update pasal kesihatan, life as a doctor and her lovely omey omey baby, Sophea Isabella. Like seriously, dia memang cantik dan Datuk Dr.Syeikh Muszaphar konform konform la hensem kannnn. Like a sweet sweet partner je kan. Nak macammm tu jugak boleyyyy?? :'D



Ini link blog Dr.Halina. Who wanna get some info, or sharing a moment being a mother can just follow and read her blog. Actually i love to read life about someone who had become a doctor because later when i'm also being there, i will think back and ohhhhh this is how they feel. Busy, life, family and so on and so forth.


Okay, itu saja kot info sharing. I want to have some sleep. Kaki masih kejang sebab almost 2years aku tak terlibat dgn sport balik, main fitness semua so muscle agak terkejut. Aiyooo kapten, sudah lemau ka??

My spirit for today :

Setiap insan di dunia ini berbeza personaliti. Jangan mengharapkan orang lain sahaja untuk memahami kita. Letakkan diri kita dalam keadaan fleksible supaya mampu mengimbangi setiap perbezaan tindak tanduk insan.

Salam.