KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Saturday, October 09, 2010

AKU JANGKA KE SEMUA TU?

HI dear...how about my new page? aku dah serabut la tgk page lama...pinky panther sangat...aku pOwn dengan rajinnya telah membelek katalog template2 yang menarik...fuh, cerewet mcm ni la...berapa kali aku download,delete...download,delete......akhirnya, template ni gak aku pilih..sebab pe eK...sebab nampak cam style2 sikit kot....aku nie dahla rabun IT..punya la godek sana sini sikit...akhirnya, jadilah mcm ni page aku..credit to *nadhirah kerana telah mengLINK kan tutorial blog supaya saya dapat ubah tarikh tu..tanks dear!





perasan tak ikan aku dah tak ada?? aku cuci akuarium td...lepas tu, ikan tu melompat dan mati...akhirnya terpaksa lah aku mengREMOVE ikan tu dari blog aku...& time aku jalan2 kat taman td, aku terNAMPAK seekoq rama-rama baik punya dok lepak2 kat tepi jalan...aku pun HAPE lagi...gi tangkap rama-rama tu and aku ganti la ikan tu dengan rama-rama ni kat blog aku......( sapa tak paham, gi hantukkan kepala anda kat dinding...:P )




aku terBUDGET nak update blog ni semalam..sebab aku terover GUMBIRA sebab dapat lab coat, aku pun melupakan hasrat tu.....ye,aku dah dapat lab coat yang terjahit nama aku sendiri...:)  nak tau kenapa aku terover GUMBIRA?
*
*
*

aku pernah meletakkan hasrat dan cita-cita aku untuk bergelar doktor...biasalah, budak2 baru belajar biology time form 4 cam gitu ler perangainya....tapi, bila aku menginjak ke SPM...sikit demi sikit, pudar cita-cita tu...sebab aku terfikir,mampu ke aku? layak ke aku? ohh..oleh kerana saya teramat 'rajin' ketika SPM, tak hingin la saya menjadi doctor...maka, dengan taksubnya aku mengisi jurusan UNDANG-UNDANG ketika apply UPU...masuk matriks pun tak nak....( budget gila arr time nih )
*
*


as as sudden, bila SPM keluar.......it is such a nightmare to me..aku menangisi slip tu selama seminggu! down, tired and lost! aku akan kenang SPM sebagai kenangan paling buruk aku....sebab banyak peristiwa yang menyedihkan aku berlaku selepas itu....malas arr nak story, ti aku nak vomit....yek2...:P



bila result UPU keluar, HAMIK ko.....dapat UNDANG-UNDANG UIA betoi2...nganga seketika...nak, taknak..nak, taknak....sebab time tu matriks dah keluar and aku dapat tawaran KMPP ( KOLEJ MATRIKULASI PALING POPULAR ) lalalala~~ budak matriks lain sila jangan jelus...:P




di sini lah yang menguji aku antara minat dan kerjaya...aku akui, aku minat undang-undang...tapi peluang untuk seorang wanita bertahan dalam kerjaya ini amat susah...bukan aku menidakkan potensi kerjaya dalam bidang peguam, tapi...banyak cabaran..mampu ke aku....DUSH...aku benci buat pilihan............


akhirnya, aku melangkah ke matriks...tempat yang aku laung2 kan selama ini, aku tak nak pergi...tapi boleh ke kita melawan apa yang sudah ditakdirkan? kenapa aku tolak LAW? aku pun tak tahu.....memikirkan bidang sains lebih menjanjikan bidang kerjaya yang lebih luas...aku tolak tepi minat aku...aku paksa diri aku melakukan dan menerima sesuatu yang terbaik untuk diri...tapi percayalah..tak terdetik dalam hati aku, bidang yang akan aku pilih selepas matriks ialah perubatan.....




sewaktu matrikulasi, sekali lagi minat untuk menjadi doctor terpupuk kembali....i have force myself to work hard and cover my SPM's result..aku berharap aku akan diberikan peluang kedua di matrikulasi, belajar kembali, dapatkan kembali impian aku satu ketika dahulu, dan capai cita-cita aku....dan....aku pernah berjanji, aku nakkan biasiswa....sebab aku pernah meletakkan matlamat tersebut dlm diri aku selepas SPM, tapi aku tak capai....i rebuild my strength...



and.............

ALLAH maha pemurah.....tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Bandung selama 3 tahun, dan di HUKM selama 3 tahun, aku terima selepas tamat matrikulasi.....aku jangka ke semua tu??? tak....and sepanjang tempoh pengajian, MARA taja kami....aku jangka ke semua tu?? tak pun....aku tak pernah terfikir,aku akan mendapat semua peluang itu.....

ALLAH mendengar doa hamba-hambaNYA....lambat atau sekejap doa kita dimakbulkan kita tak tahu...jadi kita kena terus berdoa dan berdoa


walaupun aku pernah menangisi SPM aku satu ketika dahulu, membangkang di dalam hati kerana aku buat keputusan nak ke matriks, terfikir salah keputusan yang aku buat dahulu, tapi hikmah di sebalik itu............


Jangan menangisi hujan yang ALLAH turunkan...kerana selepas itu, DIA sediakan pelangi yang amat indah.............


dulu, aku pernah berangan memiliki lab coat sendiri...jangan gelak!!!! ( blushing2 nie~~) serius...yela,tgk doctor2 pakai mcm smart je....tapi lepas tu aku tau, takkan jadi kenyataan punyalah....

tapi..............
ini white coat saya....
walaupun saya belum lg seorang doctor,
ini lambang semangat saya.....
sebab dulu,




nak sangat jadi doctor and pakai white coat nie............








semoga semangat ini akan kekal dalam diri budak kecik yang dah besar ini.....
mak,abah,along,adik2,kawan-kawan.....
terima kasih atas doa.....
a long journey should begin with a 1st step....
dan
doakan aku takkan tersungkur dalam 1st step aku........
terima kasih YA ALLAH
wassalam.......






1 comment:

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3