KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Sunday, September 19, 2010

RENUNGAN BERSAMA

Entry ini ditulis ketika aku sedang blur mengenai case keluarga Dipsy ini…tapi kes ini ada kaitan sedikit sebanyak dengan apa yang aku nak coretkan ini…keluarga ni accident ; anak mengalami dashboard injury and died on the spot…bukan aku nk kupas mengenai kes ini..tetapi bab kematian..


Beberapa hari yang lalu, aku mimpi gigi aku patah..tak pernah2 aku mimpi mcm tu..bila aku tny kawan-kawan aku ( konon2 tukang tilik la ni ) most of them said itu tandanya ada org terdekat dgn kita nak meninggal dunia..tak ke menggelabah cimpanzi aku!!! Tapi mimpi itu kan mainan tidur..mimpi itu juga rahsia ALLAH..insyaALLAH nanti aku berusaha cari pandangan mengenai mimpi dari sudut perubatan…

Pagi itu rutin harianku setelah no mood menghadap buku ialah online FB..dan aku agak terkejut bila seorang lagi juniorku ketika di bangku persekolahan kembali kepada penciptaNYA…alfatihah…..

Aku tak kenal sangat dengan arwah..yela, sewaktu aku tingkatan 5, arwah tingkatan 2...arwah meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan..dan aku tidak pasti apakah disebabkan oleh dashboard injury @ sebaliknya…

awal tahun ini, juniorku juga ; arwah Luqman meninggal dunia (pada umur 18thn) juga disebabkan oleh kemalangan..aku mengenali Luqman sewaktu aku melatihnya untuk pertandingan bahas antara rumah..aku kagum dengan arwah sebab arwah berusaha juga untuk menyampaikan hujahnya walaupun sebenarnya itulah kali pertama arwah memasuki pertandingan bahas…alfatihah untuk arwah Luqman…

Pada tanggal 18 September 2010, belum lg aku habis terkejut disebabkan oleh kematian juniorku itu, sekali lagi di FB, ucapan takziah untuk abang Farhan Rafine yg meninggal dunia pada jam 7.40pg disebabkan oleh asthma…pulang kembali kepada penciptaNYA pada usia 22 thn…aku sekadar mengenali abg paan disebabkan dy ialah peserta forum…alfatihah untuk arwah abg paan

Sedikit sebanyak ia mendatangkan kesan yg agak mendalam untuk aku..walaupun aku dan mereka tidaklah rapat, tapi sekurang-kurangnya kami pernah belajar di satu institusi pengajian yang sama iaitu SBPI SABAK BERNAM…mereka pergi dlm usia yg muda ; sesungguhnya kematian itu tidak mengenal umur….maka kita haruslah sentiasa bersedia kerana kita tidak akan tahu bila kematian akan dtg menjemput..bersyukurlah kita yang dipanjangkan umur agar kita dapat beribadah kepadaNYA…

AKU MASIH IGT SAAT ARWAH HAFIZAH HASSAN ( MENINGGAL DUNIA DISEBABKAN OLEH KANSER TULANG ) SAKIT,SEBELUM ITU DY ADA MEMBERITAHU AKU SATU RAHSIA………DAN RAHSIA ITU AKU SIMPAN SAMPAI SEKARANG…..DAN MASIH AKU INGAT SAAT AKU MENGHUBUNGINYA KETIKA AKU DI KEM PLKN….DIA JUGA TELAH PERGI….TEMAN YANG DUDUK DISEBELAH AKU KETIKA TINGKATAN 5, TEMAN YANG SELALU MENCATATKAN NOTA JIKA AKU KELUAR UNTUK KOKURIKULUM…TEMAN YANG MENGAJAR AKU ADDITIONAL MATHEMATICS DAN TEMAN YANG BERKATA AKU SANGAT KENTAL KERANA TAK TIDUR WAKTU SEJARAH……alfatihah untuk arwah…………

1 comment:

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3