KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Wednesday, September 01, 2010

KISAH OVUM DAN SPERM

Topik untuk tutorial minggu ini ialah

EMBRYOLOGY

case mengenai sepasang suami isteri yang after 5 years married baru isterinya boleh pregnant.kahwin lambat sangat. suami kahwin umur 35,isteri umur 32. isy.....nak mengandung umur 37. ada risiko tu kat baby...so,conclusion, kahwinlah _ _ _ _ ( lu pikirla sendiri..............)
so,semua bakal-bakal doc ni memang sangat semangat untuk topik ni termasukla

AKU

hehehe......

*******************************

jadi perbincangan meja 4 segi kami, ( 10 calon doktor ni ) asyik dipenuhi dengan gelak ketawaaaaaaaa je!
( aku gelak paling sopan ek! :p )
almaklumla,berbicara soal mcm ni kena open...
nasib baik bulan puasa!
kena arr control sikit...

jadi kisah ovum dan sperm ini memang sangat menarik
sebab dari situ la macam mana bermula nya kehidupan insan
sedang asyik dok dengar kawan-kawan aku ni membentangkan learning issues masing2,aku berangan jap.............awan-awan pun keluar.......



pe???
korang jgn ingat aku berangan lain pulak! ( no blue-blue ha......puasa! )

***********************************

aku cukup mengagumi kebesaran Yang Maha Esa
ALLAH menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian
dan kita selalunya disuruh mengambil iktibar dari proses kejadian manusia
itu yang membuatkan aku berfikir........dan berfikir..........hurm.............

*************************************

pertama ; sila lihat gambar ini

berjuta-juta sperm sedang menuju ke arah ovum

kedua ; lihat gambar ini pula

hanya 1 sperm berjaya menembusi dinding ovum

apa yang membuatkan aku berfikir ialah :

kalaulah kita disuruh mengambil iktibar dari kejadian manusia yang sesungguhnya adalah sebaik-baik kejadian ni, dari bermulanya saat fertilization itu kita dapat melihat bahawa dari berjuta-juta sperm yang berenang menuju ke ovum itu,hanya satu yang berjaya menembusi dinding ovum. Maka,setiap manusia yang lahir itu,ialah manusia yang hebat! Bayangkan dari berjuta-juta sperm,kita yang terpilih. Maka kenapa mesti dipersiakan kehebatan dan kecemerlangan diri kita yang telah lama wujud? jadi takkan ada alasan lagi untuk menyatakan diri kita tidak boleh melakukan. sebab sebelum lahir lagi sudah terserlah kehebatan manusia itu

mesti 'lelaki' mencari 'perempuan' ye.....:P  paham ke idak??



kalau kami disini, untuk melihat atau memikirkan bagaimana sesuatu abnormalities dalam sesuatu case itu berlaku, mesti dilihat dan dirujuk kepada proses yang normal dahulu. dari situlah bagaimana kita dapat mengesan masalahnya..Dan ini pun memang fitrah kan......
perasan atau tak, memang itu yang sepatutnya berlaku....

kalaulah kita sebagai manusia, telah melakukan kesilapan @ sesat @ ada abnormalities dalam perbuatan, kembalilah kepada sesuatu yang benar...kerana selepas itu barulah dapat dilihat di manakah salah kita...apakah yang benar itu?

Al-Quran dan As-Sunnah adalah 2 perkara yang sekiranya kita berpegang dan beramal dengannya,kita tidak akan sesat selama-lamanya..

Dengan belajar perubatan @ sains, makin terserlah lah betapa sebenarnya manusia ini cukup kerdil.

Ya ALLAH,jadikanlah aku hambamu yang bukan hanya belajar ilmu untuk peperiksaan, tetapi mengambil nilai-nilai dari ilmu itu untuk ku sampaikan buat kebaikan diriku dan juga orang lain........

Wallahualam...........





No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3