KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Sunday, August 22, 2010

STUDENT MALAYSIA vs STUDENT INDONESIA

Tajuk post je dh buat gabra semacam je..
kome gaduh ke?
ada kontroversi ke?
ada demonstrasi ke?
haih...boleh kena ISA aku kalau tulih pelik-pelik!
baca dulu sampai habis ek...
sebab post ini dikarang selama beberapa hari

*********************
walaupun sudah sebulan aku ada kat sini,student indonesia baru je mendaftar 10hb Julai. nak cerita bagi paham macam mana ye. o I C ,kami daftar ikut jadual Malaysia. so,sini budak U daftar lambat sikit. 
apakah kefobiaan bagi pelajar yang baru mendaftar di Universiti?


ORIENTASI!

***********************************

Jadi orientasi pelajar medical Malaysia dan Indonesia dicanangkan akan berlangsung selama 2 minggu. Dan seperti biasa,kami kan nak pergi berjuang untuk orientasi ini. Maka,berduyun-duyunlah kata-kata semangat dari senior.

Mereka yang lebih dahulu makan garam dari kita

kami digambarkan yang orientasi ini memang menguji kesabaran dan insyaALLAH akan mengurangkan pahala puasa kalau yang tak kuat. 2 hari sebelum orintasi,kami sudah diuji. Kami harus menyediakan beberapa barang untuk orientasi itu..antaranya :

  • beras 3 kilo
  • 3 buah buku 
  • melukis peta kampus mengikut piawaian tertentu
  • berpakaian seperti yang ditetapkan ; kemeja putih,tudung putih, kasut hitam, skirts....eh,kami pakai seluar....celah mana nak rembat skirts kan...
  • name tag dengan tulisan harus disamakan dengan semua student
*******************************
actually,nampak biasa je kan. apa yang nak mencabarnya. tapi sebab maklumat sampai last minute sebab tu kami mengalami hyperthermia dan hypertension. 

*******************************

untuk aku menulis setiap aktiviti selama seminggu itu memang banyak. Lagipun aku bukan blogger sepenuh masa. Buku tebal-tebal kat depan mata ni takkan nak buat pameran pulak kan. jadi terimalah rumusan dan pemerhatian aku selama seminggu ni...


_____________________________



mereka baru berusia 17 tahun. tetapi sudah bergelar pelajar universiti fakulti perubatan. Ada jugak yang muda daripada tu. Jadi apabila kami pelajar malaysia yang berumur 19thn ni bersama mereka, memang terasa seperti kebudak-budakan. Remaja ni kan suka melawan. Rebellious. Lumrah alam la kan.

***********************


bagi mereka,memasuki universiti adalah satu kejayaan besar dalam hidup kerana tidak semua berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Mungkin kerana desakan hidup. Jadi mereka tidak kisah dimarahi dan diarah oleh senior. Tapi pelajar Malaysia ni kan selalu berada dalam posisi selesa. Masuk universiti itu kan perkara biasa. Memang semua orang harus melanjutkan pelajaran. Jadi sebab itu selalu mengeluh kalau susah sikit

_________________________

pelajar di sini cukup berani dalam melontarkan pendapat mereka. kalau diminta sesiapa memberikan pandangan,berebut-rebut mereka angkat tangan. Kalau di Malaysia, lebih ramai yang memilih untuk menundukkan pandangan..urm..atas dasar apa ye?mungkin kerana di Indonesia mengamalkan kebebasan bersuara dan menyedari peranan mahasiswa itu cukup besar dalam masyarakat, Kalau kat Malaysia,mahasiswa tidak dibenarkan berpolitik kan...

___________________________

Pelajar-pelajar di sini ( medical ) sangat baik. mereka cukup menghormati foreigner. Sementelah kami daripada Malaysia. Mereka cukup bersopan santun dan tidak kisah kalau kami yang nakal-nakal ni tidak membuat tugasan. Kalau kita di sana,mesti dh memberontak sebab member group tak buat tugas...

      Banyak sebenarnya yang membezakan antara pelajar Malaysia dan pelajar Indonesia. ini yang aku perhatikan dari kelompok pelajar medical. yang lain aku tak tahu la. tapi mesti keseluruhannya sama kan....


      aku hanya memerhati dan cuba membuat pentaksiran...kalau ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya, saya mintak maaf. 
      bila ....


      STUDENT MALAYSIA vs STUDENT INDONESIA


      maka terzahirlah kekurangan dan kelebihan masing-masing. aku tak kata student Malaysia ( TWP ) perfect. ataupun aku memuji pelajar di sini. apapun, itu realiti. dan kini aku mula menyedari


      Jauh Perjalanan Luas Pengalaman


      errkkkk...jauh ke?jauh la gak kot...hehehe


      3 comments:

      1. gambar laki kat atas tuh...dean winchester a.k.a jensen ackles...pelakon supernatural...

        ReplyDelete

      sapa komen nanti dpt treatment free...hek3