KLIK TAU. TIKET BALIK MALAYSIA.

Wednesday, August 25, 2010

Kenapa abah tak pernah tukar baju raya?

East menulis pada tanggal 15 ramadhan..betul-betul genap pertengahan antara ramadhan dan menunggu ketibaan syawal. Membuang pandang kat luar tingkap jap. Nak susun ayat…




Perkara yang selalu east risau bila nak sambut raya apa ek…( dalam konteks bukan raya tahun ini yer! )

Baju raya kot.
*********************************

Dulu sewaktu zaman kanak-kanak, baju mesti sama dengan along. Kalau tak sama warna pun,mesti sama pattern. Yela, saya beza dengan along cuma 2 thn. Mestilah beli sekali harung. Bila dah besar sikit ( bukan dari segi saiz bdn yer tp umur ) mula la pilih baju sendiri. Tapi mesti sama gak dengan along. Dan budak-budak itu ( kakak,yaya,teah ) mesti sepasang gak. Ah, kanak-kanak tak boleh banyak soal. Hamik je apa mak pilih. Tapi pilihan ibu – bapa tu kan yang terbaik. :)

______________________

Emak macam mana?ala, emak kan sama kepala dgn kami. Jadi baju raya mesti vogue-vogue gak. I admit my mother memang chantek! ( hellooo,kalau kita tak puji mak kita sendiri,sapa yang nak puji ). Dan setiap kali raya, jenuhla kami memikirkan nak buat baju theme warna apa, fesyen baju macam mana. Takkan baju kurung je setiap tahun kan…tukar la taste sikit…and my mummy yang vogue tu memang paling menawan tiap kali sampai kampung…muahahaha…kembang kalau tau kena puji kat tempat yang ramai orang boleh baca!
___________________________

Adik lelaki tunggal aku yang jambu tu ; selalu kena puji hensem…hensem ke??nilai sendiri!


Hensem kat hidung je!ceh!


Dia pun tak banyak songeh sangat. Apa abah beli,dia pakai je.eh…eh….abah???


ABAH???
@@@@@@@@@@@@@@@@@@ 

Abah yang dah berapa tahun tak tukar baju raya
Abah yang tak pernah kisah pakai kain pelikat yang sama
Abah yang tak pernah risau dy tak ada baju raya
Abah yang mesti dahulukan dulu anak-anaknya
Abah yang akan pastikan anak-anaknya gembira mcm anak org lain
Abah yang sentiasa memenuhi keperluan raya kami
Abah yang sentiasa bagi kami duit raya
Abah yang akan bagi kami gelak kuat-kuat dalam perjalanan balik kampung
Abah yang kadang-kadang buat kami takut

@@@@@@@@@@@@@@@@@

Abah itula………
Abah saya……..

Tapi……

Kenapa abah tak pernah tukar baju raya????










Abah suka baju raya tu kot……hurm.........


No comments:

Post a Comment

sapa komen nanti dpt treatment free...hek3